Isnin, 27 Disember 2010

TOLAK YANG PENTINGKAN PERUT



Menghadapi PRU-13
Ahli-ahli mesti ikhlas
Baca banyak kali surah Al-Ikhlas
Allah itu Maha Esa
Mencipta masa
Manusia mudah menyalahguna kuasa

Bila berucap selalu lebih masa
Pendengar sudah biasa
Dengar ucapan yang sama
Tetap beri kerjasama
Tujuan kita
Menumbangkan pihak durjana

Bangunan "tinggi" mahu dibina
7 kampung Melayu musnah
Tercabut sejarah 150 tahun
Di sekitar Setapak dan Sentul
Memang tindakan tak betul
Oleh penguasa separuh tolol
Dirasuk oleh janji manis
Janji jutawan segera
Tertarik dengan komisen
Daripada tokeh-tokeh tempatan
Mudah digula-gulakan agen-agen syaitan

Boleh diatasi melalui "Pakatan"
Boleh berubah
Boleh bersatu
Boleh dapat berkat Illahi
Dengan semangat reformasi
Dengan semangat setiakawan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan