Jumaat, 31 Januari 2014

BERIBADATLAH DALAM MASJID


Apabila salah seorang kamu memasuki masjid, maka
hendaklah ia mengucapkan salam atas Nabi dan doa,
perkara yang sama juga harus dilakukan ketika hendak keluar’
Masjid pertama setelah Nabi hijrah ke Madinah
Masjid Qubah
Tempat solat berjemaah
Pahalanya lebih 25 kali ganda
Ilmu perlu ada
Awal-awal agama mengenal Allah
Allah itu Tuhan kita
Ilmu sebagai pelita
Menerangi hati yang buta
Hati menjadi sasaran Iblis
Iblis mahu menyesatkan manusia
Mahu manusia masuk Neraka
Tempat paling celaka
Buah cempedak buah nangka
Dua buah jenis tempatan
Jika tak mahu celaka
Jauhilah segala hasutan syaitan
Bila berjumpa
Berilah salam
Doakan kesejahteraan
Seluruh manusia sekelian
Perlu keadilan
Perlu makanan, rumah dan pakaian
Menjadi asas keperluan hidup manusia
Jagalah alam sekitar
Dengan dasar pro rakyat
Betulkanlah niat
Setiap amalan itu berdasarkan niat
Niat atau hasrat murni
Untuk keselamatan dunia dan akhirat
Berzikirlah setiap saat
Banyakkanlah selawat ke atas Nabi s.a.w



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Khamis, 30 Januari 2014

BACA DAN FIKIRKAN


I

Sekolah bukan penjara
Universiti bukan kilang
Kebajikan rakyat diambil kira
Sebelum kuasa politik hilang
Nasib rakyat bertambah malang
Dosa penzalim tak terbilang
Penyalahguna kuasa perlu dihalang
Dengan ilmu dan sembahyang
Dengan iman dan kasih sayang
Di negara Malaysia yang tersayang

II

Sekolah bukan penjara
Universiti bukan kilang
Dosa pahala diambil kira
Seksa di akhirat bukan kepalang
Bagi penzalim yang curang
Dari rasuah dikumpul wang
Dikatakan harga kangkong murah
Dikatakan boleh duit rasuah
Cara pimpinan tak bermaruah
Rakyat jelata menerima padah
Terkumpul dosa dengan mudah

III

Sekolah bukan penjara
Universiti bukan kilang
Budaya haprak tukarlah segera
Baru agama tidak hilang




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014






Rabu, 29 Januari 2014

AL-FATIHAH UNTUK IBU AYAH


“Memandang ibubapamu adalah ibadah”
Hanya Adam a.s tiada ibubapa
Hanya Isa a.s tiada bapa
Selainnya ada ibubapa
Jasa mereka jangan kita lupa
Di akhirat jadi papa
Oleh itu pandanglah muka
Ibu dan bapa kita
Perihal mereka boleh kita cerita
Kerana kita mereka sanggup menderita
Korbankan harta
Korban masa
Korban segala-gala
Kerana anak-anak semua
Inilah jasa orang tua-tua
Sejak dulu lagi
Mahu anak-anak berjaya
Dalam menghadapi kehidupan
Di akhir zaman
Dengan ilmu dan iman
Sabar dalam ujian
Ujian datang silih berganti
Beramal untuk mati
Tentukan amalan berkualiti
Setiap tindakan berhati-hati
Bahagia menanti
Syurga menanti
Syurga di bawah tapak kaki ibu
Tanam ubi tanam tebu
Tanam pula di bulan puasa
Terlalu banyak jasa ibu
Mendidik kita sepenuh masa
Sekarang mereka tiada
Doakan mereka sentiasa
Semoga dirahmati Allah Yang Maha Kuasa
Al-Fatihah untuk ibu dan ayah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Selasa, 28 Januari 2014

PENUH DUSTA


'Yang buruk itu ada faedahnya, yang baik itu ada pula buruknya,
hanya orang-orang yang bersifat ikhlas yang selalu memetik hasilnya’
Semua makhluk ada pasangannya
Semua ciptaan Yang Maha Kaya
Semua boleh berjaya
Dengan syarat percaya
Kewujudan Allah Yang Maha Esa
Berkuasa sentiasa
Buruk itu ada
Baik itu ada
Penting ilmu di dada
Kenal Yahudi punya propaganda
Kenal penzalim punya tipudaya
Menipu dalam pilihanraya
Untuk kekal berkuasa
Mudah menyalahguna kuasa
Hidup terus selesa
Buruk tapi ada faedahnya
Ini Macviavelli punya cara
Matlamat menghalalkan cara
Dosa lupa diambil kira
Untung saja diambil kira
Yang baik itu ada buruknya
Dari tipudaya jadi kaya-raya
Kroni-kroni jadi kaya-raya
Komisyen diberi juga
Beri makan seluruh keluarga
Buruk tapi ada faedahnya
Berhenti bila dapat cahaya
Bertaubat segera
Tinggalkan Ketuanan Bangsa
Berbaik-baiklah di antara bangsa-bangsa
Dalam negara tercinta
Perlembagaan jadi pedoman kita
Memberi kebaikan menjadi cita-cita
Membawa kebajikan menjadi cita-cita
Baru rakyat buka mata
Yang lama penuh dusta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014






Isnin, 27 Januari 2014

JODOH KETENTUAN ALLAH


“Kurangilah dosa, supaya mudah kamu menghadapi
mati dan kurangilah hutang supaya kamu hidup merdeka’
Selagi digelar manusia
Kemungkinan besar melakukan dosa
Dosa jasmani
Dosa rohani
Terutama dewasa ini
Beri projek kepada kroni-kroni
Takut kepada bini
Istilah bertamadun isteri
Ada kekurangan pada diri sendiri
Melayu hanya ada Tuah dan Jebat
Tak lama lagi GST dapat
Tokeh-tokeh besar untung berlipat
Ikan puyu ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Dosa pula mudah dapat
Kekal menderita di alam akhirat
Berubahlah sepenuh-penuh qudrat
Tolak dulu pimpinan keparat
Dengan mendampingi ulama akhirat
Jodoh tentu akan dapat
Istilah ”kalau” ditolak syariat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Ahad, 26 Januari 2014

PANTUN - MEMBAWA PAHALA

BUATLAH KEBAIKAN


Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”
Manusia ada berbagai keperluan
Ada yang asas
Seperti makanan
Seperti pakaian
Seperti rumah
Perlu dibantu yang lemah
Bila nilai wang rendah
Kepada maksiat pula terdedah
Seperti
Arak
Judi
Hiburan
Bertebaran
Tokeh-tokeh berkenaan
Dapat keuntungan
Berlebih-lebihan
Rakyat dapat kesusahan
Perlukan bantuan
Timbullah sedekah
Dari golongan yang berada
Ada iman
Ada wang ringgit
Ada kemampuan
Ada kesedaran
Membantu golongan bawahan
Dengan mewujudkan peluang pekerjaan
Memperolehi pendapatan
Sentiasa dalam ingatan
Menjaga kesihatan
Mencegah lebih baik dari mengubati
Pokok rambutan berbuah lebat
Dimakan kelawar di waktu malam
Nabi dibantu oleh sahabat-sahabat
Dengannya berkembang agama Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Sabtu, 25 Januari 2014

PIMPINAN KANGKUNG


Lelaki adalah pemimpin bagi wanita
Dengan syarat
Celik mata
Ada harta
Ada cita-cita
Mahu ikut Rasul tercinta
Mencerahkan mata yang buta
Dibutakan oleh tiga ”Ta”
Harta
Takhta
Wanita
Dengannya pimpinan kangkung jadi gelap mata
Bila banyak harta
Bila lama di atas takhta
Tertarik dengan wanita
Wanita yang jelita
Terbeliak biji mata
Terus menyalahguna kuasa
Beredar masa
Tiba-tiba kangkung disebut penguasa
Pegang kangkung di tangan
Tengok harga kangkung tak naik”
Tergelak Dr Zakir Naik
MengIslamkan ramai orang
Mendengar cerita kangkung dibesar-besarkan
Lupa isu amal soleh
Lupa kuasa boleh beralih
Lupa rambut isteri terdedah
Yvonne Ridley baru jadi muslimat
Bertutup kepala wartawan barat
Berbeza isteri-isteri korporat
Terus menerus mendedahkan aurat
Dosa saja dapat
Kangkung sekarang susah nak dapat
Bila korporat korporat menaruh minat
Mengaut untung secara cepat
Majoriti rakyat terus melarat
Disebabkan dasar ekonomi pimpinan kangkung
Yang kong ke lengkong


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Jumaat, 24 Januari 2014

CERITA SAYUR KANGKONG


Setiap makhluk
Ada peranan tertentu
Kangkongpun begitu
Boleh tumbuh kecuali di atas batu
Asal usulnya orang Inggerispun tak tahu
Jauh sekali Melayu
Biarkan bahasa sendiri layu
Tolak pula ajaran wahyu
Dari Barat semua ditiru
Tanjong Katong airnya biru
Tempat manusia datang berehat
Kejahatan Yahudi cuba ditiru
Sejak dulu terkenal jahat
Makan kangkong badanpun sihat
Campur belacan terasa lazat
Walaupun kurang zat
Yang penting hati orang kampung terpikat
Walaupun rupanya hitam pekat
Harga kangkong seolah-olah disekat
Jual di pasar juga kangkong diikat
Warna hijau begitu pekat
Dibuat pecal terasa lazat
Cerita Hang Tuah ke Cina kita ingat
Pahlawan Melayu dikatakan hebat
Wira sebenar ialah Hang Jebat
Raja zalim kena lawan
Penguasa jahat kena lawan
Bukan dengan kangkong
Tapi dengan
Iman dan amal soleh
Baru Putrajaya beralih


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Khamis, 23 Januari 2014

ROSAK KERANA IKLAN KOMERSIL


Selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah
menyimpan rahsia; sekuat-kuat manusia ialah
orang yang kuat menahan nafsunya”
manusia ada berbagai jenis
mudah mengidap sakit kencing manis
kata orang Inggeris Diabetes
berlebihan gula dalam darah
daripada diabetes datang penyakit lain
ada juga penyakit rohani
terkadang dapat sifat-sifat mazmumah
boleh merosakkan ummah
bila ulama dan umarak lemah
bila terlibat dengan rasuah
terlibat dengan kes-kes pecah amanah
rahsiapun mudah terdedah
aurat wanita Barat terdedah
melalui iklan-iklan komersial
aurat wanita jelita terdedah
untung penganut fahaman Syiah
ada kahwin Mut’ah
memuaskan nafsu syahwat dengan mudah
masuk Nerakapun mudah
bila bertindak melanggar Sunnah
dalam kubur semuanya musnah
pecah bisul keluar nanah
ambil kapas terus disapu
tolak pimpinan tak beramanah
melahirkan pengikut pandai mengampu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Rabu, 22 Januari 2014

LUPAKANLAH KAHWIN KONTREK MUT’AH


Disamping kesulitan ada kelapangan”
Selagi ada umur
Manusia menghadapi dua keadaan
Samada kesulitan
Samada kelapangan
Yang penting tinggalkan larangan
Buat pula suruhan
Sudah tentu berpandukan ilmu pengetahuan
Mempelajari banyak kesulitan
Seperti kurang ingatan
Seperti gangguan syaitan
Disuruh berdua-duaan
Lelaki dan perempuan
Berlakulah perzinaan
Mut’ah sebagai gantian
Menjadi tarikan kepada ajaran Syiah
Haram hukumnya
Dalam aqidah
Ahli Sunnah Wal-Jemaah
Diharamkan selepas peperangan Khaibar
Hadapi godaan seks dengan sabar
Sabar itu sebahagian dari iman
Hadapi kesulitan dengan kesabaran
Dengan mengikuti ajaran Al-Quran
Dengan mengikuti Sunnah Nabi s..a.w
Asas-asas keselamatan bagi umat Islam
Lupakanlah mut’ah
Ingatlah nasib dalam tanah
Lupakanlah Syiah
Yang membolehkan mut’ah
Kahwin tanpa nikah
Jadilah
Rugilah
Bila Izrail tiba
Bila Malaikat maut tiba
Kesulitanpun tiba
Kelapanganpun tiada
Kesusahan saja yang ada
Oleh itu lupakan nikmat seks melalui Mut’ah
Kahwin ikut Ahli Sunnah
Beramallah ikut
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Berfaedah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Selasa, 21 Januari 2014

PANTUN DAKWAH GUNAKAN PUISI


Hujan turun sepanjang malam
Berlaku banjir di setengah tempat
Mari amalkan ajaran Islam
Di akhirat bidadari kita dapat

Berlaku banjir di setengah tempat
Terutama di kawasan yang rendah
Di akhirat bidadari kita dapat
Layanannya baik dan indah

Terutama di kawasan yang rendah
Ada yang perlu dipindahkan
Layannannya baik dan indah
Tidak pula dapat dibayangkan

Ada yang perlu dipindahkan
Ditempatkan di sekolah-sekolah berdekatan
Tidak pula dapat dibayangkan
Bersesak-sesak dan merosot kesihatan

Ditempatkan di sekolah-sekolah berdekatan
Kemudahan asas memang ada
Bersesak-sesak dan merosot kesihatan
Setiap keadaan perlulah waspada

Kemudahan asas memang ada
Bilik air dan tandas
Setiap keadaan perlulah waspada
Jangan biarkan rakyat ditindas

Bilik air dan tandas
Keperluan asasi bagi kita
Jangan biarkan rakyat ditindas
Kroni-kroni pemimpin kaut harta

Keperluan asasi bagi kita
Melayu, India atau Cina
Kroni-kroni pemimpin kaut harta
Tanpa agama hidupnya hina

Melayu, India dan Cina
Menjadi warganegara Malaysia
Tanpa agama hidupnya hina
Perlu disedarkan sekelian manusia

Menjadi warganegara Malaysia
Bantu-membantu sejak dahulu
Perlu disedarkan sekelian manusia
Mulia bila bersifat malu

Bantu-membantu sejak dahulu
Banyak juga kahwin campuran
Mulia bila bersifat malu
Bertepatan dengan kehendak Quran

Banyak juga kahwin campuran
Mengamalkan hidup penuh toleransi
Bertepatan dengan kehendak Quran
Boleh berdakwah menggunakan puisi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal 1435/Jan2014





Isnin, 20 Januari 2014

BETULKANLAH NIAT


"Ikhlas itu membersihkan amal
daripada kotor-kotoran"
Setiap amalan
Berdasarkan niat
Niat untuk melaksanakan syariat
Supaya Islam berdaulat
Memberi kebaikan kepada rakyat
Melalui pimpinan berbakat
Mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.
Mendakwahkan Islam
Berjihad siang dan malam
Luputlah segala kekotoran
Benarlah ucapan
Betullah perbuatan
Berundurlah syaitan
Selamatlah anak-anak tempatan
Daripada serangan pemikiran
Berpusatkan kepada kebendaan
Didatangkan dari Dunia Barat
Dengan budaya mendedahkan aurat
Berkembangbiaklah maksiat
Perlu disekat
Dengan mengikhlaskan setiap tindakan
Keperluan sebenar kemanusiaan
Itulah iman dan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Ahad, 19 Januari 2014

PUISI - PERLUKAN

HIDUP ADALAH PERJUANGAN


Takut mati adalah mati sebelum mati’
Mati adalah realiti
Mestinya hidup berkualiti
Ciptaan-ciptaan Allah diperhati
Semua silih berganti
Janji pula ditepati
Janji di alam roh
Mengakui Allah sebagai Tuhan
Buat suruhan
Jauhi segala tegahan
Berlainan dengan Iblis dan Syaitan
Takabur menjadi budaya
Ingkar menjadi kebiasaan
Rugi di Hari Pembalasan
Matilah menjadi penentuan
Bila mati dalam iman
Bila mati dalam beramal soleh
Putrajaya boleh beralih
Tentu rakyat yang pilih
Berdasarkan perkhidmatan yang lalu
Penipu memang muka tak malu
56 tahun dah berlalu
Dari tepung buat bahulu
Kuih tradisional orang Melayu
Tolak yang tak malu
Gantikan yang ikut wahyu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014


Sabtu, 18 Januari 2014

PANTUN PEMERINTAH PENING


Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Sudah masuk Tahun Baru
Semoga hidup ikut syariat

Bunga ros berwarna merah
Datang kumbang menghisap madu
Rakyat miskin mulai marah
Kepada Allah tempat mengadu

Harum bau bunga di taman
Di datangi pelawat setiap hari
Melawan musuh perlukan iman
Ilmu pengetahuan pelengkap diri

Hari Selasa malam Rabu
Tibanya tahun baru
Apa guna duit beribu-ribu
Jika budaya Iblis ditiru

Bunga tanjung putih berseri
Gugur pula di waktu malam
Rakyat perlu pimpinan bistari
Tentulah dari jemaah Islam

Keluar kalkatu di awal malam
Mencari cahaya matlamat utama
Mari kuatkan ilmu kalam
Baru berpolitik ikut agama

Ikan cencaru keluar petang
Dalam pukat diri tersangkut
Rejim zalim kita tentang
Sunnah Nabi pula diikut

Merah pula isi tembikai
Ada juga berwarna kuning
Perlaksanaan GST rakyat pertikai
Ini menyebabkan pemerintah pening


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014



Jumaat, 17 Januari 2014

RABIULAWAL YANG DIKENANG


Bila tiba bulan Rabiulawal
Disedarkan umat Islam
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Banyak berjasa kepada umat Islam
Sejak kurun Tujuh Masehi
Bermulalah dakwah Nabi
Dari seorang diri
Ditemani isteri
Siti Khadijah
Dengan harta bantu dakwah
Ali Abu Talib pengikut kedua
Zaid bin Harishah pengikut ketiga
Mereka mewarisi syurga
Abu Bakar ikut serta
Bantu Nabi dengan korbankan harta
Pengganti Nabi yang berwibawa
Umar Al-Khattab beriman juga
Membantu Nabi dengan jiwaraga
Menjadi Khalifah kedua
Tegas dan adil
Usman Affan menantu Nabi
Gunakan harta membantu Nabi
Ali Abu Talib juga menantu Nabi
Juga
Menjadi penulis Nabi
Termasuk di termeterainya
Perjanjian Hudaibiyah
Pada awal disangka merugikan pihak Muslimin
Lepas dua tahun saja
Keputusan yang menguntungkan
Dakwah Islamiah terus berkembang
Di Badar penentang Islam utama
Abu Jahal tumbang 10 Rabiulawal
Yakinlah musuh Islam akan tumbang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R'Awal1435/Jan2014



Khamis, 16 Januari 2014

BERSELAWATLAH KEPADA NABI


“Barangsiapa berziarah ke kuburku dia akan mendapat syafaatku
(atau pertolongan)’
Ucapan Nabi adalah benar
Perlu diyakini
Perlu diamalkan
Perlu diperjuangkan
Dengan
Iman dan isitiqamah
Ingat maqam Nabi di Madinah
Di Masjid Nabawi
Ada bersama maqam
Abu Bakar dan Umar Al-Khattab
Kedua-duanya
Banyak berjasa kepada Islam
Berselawatlah siang dan malam
Hormatilah kedua-dua sahabat Nabi ini
Ulama Syiah irihati
Lupa ada soalan selepas mati
Mut’ah saja diingati
Melayani perempuan silih berganti
Nikmatnya hanya temporari
Seksa neraka pula dicari
Azabnya tidak terperi
Patut dihindari
Yakinlah kebenaran Islam
Yakinlah kebenaran
Aqidah Ahi Sunnah Wal Jemaah
Terasnya
Al-Quran
Hadis
Ijmak dan Qias
Beramallah dengan ikhlas




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R'Awal1435/Jan2014

Rabu, 15 Januari 2014

CONTOHILAH KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W


Berselawatlah
Berkat datang dari Allah
Rahmat datang dari Allah
Seluruh kehidupan adalah sekolah
Berpegang teguhlah
Dengan ajaran Allah
Diamalkan oleh Rasulullah
Akhirnya musyrikin Quarish kalah
Setelah hijrah
Dari Mekah ke Madinah
Parti asobiyah musnah
Abu Jahal musnah
Abu Lahab musnah
Rugi yang tak sudah-sudah
Di akhirat terima padah
Bijak Abu Suffian
Bijak Hindun binti Utbah
Masuk Islam bila tertawan Mekah
Gembira Ramlah binti Abu Sufian
Dikenali sebagai Ummu Habibah
Isteri Rasulullah
Dua belas orang semuanya
Siti Khatijah
Saudah
Siti Aisyah
Hafsah binti Umar Al-Khattab
Zainab binti Khuzaimah
Hindun binti Abu Umaiyah
Zainab binti Jahasy
Juairiah binti Al-Haris
Safiyah binti Huyai
Ramlah @ Ummu Habibah
Maria Kibtiah dari Mesir
Maimunah
Setiap waktu solat berjemaah
Isnin dan Khamis puasa sunat
Setiap malam Qiamullail
Sertai kebanyakkan peperangan
Di Badar Al-Kubra
Di Uhud
Di Khuibar
Di Hunain
Di Tabuk
Kesemuanya 27 peperangan
Dianjurkan oleh Rasulullah
Dipimpin oleh Rasulullah
Allahumma Salli'ala Sayidina Muhammad"
Jasanya tetap kita ingat
Terutama bila tiba
12 Rabiulawal
Emosi Nabi selalu terkawal
Sabar sejak dari awal
Bila lahir
Ayahnya Abdullah dah tiada
Bila umur 6 tahun
Ibunya Aminah meninggal dunia
Bila umur 8 tahun
Datuknya Abdul Mutalib meninggal dunia
Bila umur 25 tahun dia berkahwin dengan
Perempuan yang berharta
Bila umur 40 tahun menjadi Nabi dan Rasul
Bila umur 53 tahun menjadi Ketua Negara
Negara Islam pertama di dunia
Di Madinah Al-Munawarah
Oleh itu belajarlah dari sejarah
Kekalkanlah semangat hijrah
Buah rambutan warna merah
Tumbuh subur di tepi kolam
Bacalah buku mengenai sejarah
Baru sedar kehebatan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com

R'Awal1435/Jan2014