Sabtu, 31 Januari 2015

PANTUN AL-UYUN


Ikan mati di dalam kolam
Mati ditikam dengan galah
Pelajari agama dengan mendalam
Dapat menyelesai berbagai masalah

Mati ditikam dengan galah
Galah berasal dari buluh
Dapat menyelesai berbagai masalah
Baru puak asobiyah mengeluh

Galah berasal dari buluh
Buluh tumbuh tanpa baja
Baru puak asobiyah mengeluh
Mahu kaya tanpa kerja

Buluh tumbuh tanpa baja
Boleh digunakan masak lemang
Mahu kaya tanpa kerja
Bila berkuasa semuanya senang

Boleh digunakan masak lemang
Makan dengan rendang ayam
Bila berkuasa semuanya senang
Lihat penyelewengan hanya diam

Makan dengan rendang ayam
Lepas itu minum kopi
Lihat penyelewengan hanya diam
Masuk syurga hanyalah mimpi

Lepas itu minum kopi
Kopi tiga dalam satu
Masuk syurga hanyalah mimpi
Bila menggunakan undi hantu

Kopi tiga dalam satu
Campuran Ginseng dan Cendawan
Bila menggunakan undi hantu
Rakyat bermaklumat tetap melawan

Campuran Ginseng dan Cendawan
Ada pada kopi 786
Rakyat bermaklumat tetap melawan
Semangat tauhid terus ditanam

Ada pada kopi 786
Elok minum setiap hari
Semangat tauhid terus ditanam
Mudah keredhaan Allah dicari

Elok minum setiap hari
Air Al-Uyun sebagai contoh
Mudah keredhaan Allah dicari
Kerajaan zalim akan jatuh

Air Al-Uyun sebagai contoh
Air minuman proses osmosis berbalik
Kerajaan zalim akan jatuh
Semuanya dengan izin Al-Khaliq



HMS ABU BAKAR



Jumaat, 30 Januari 2015

PANTUN OTAK KALKATU


Anak balam di atas panggang
Anjing menyalak balik tempayan
Dosa di dunia akan ditanggung
Di akhirat pasti menerima balasan

Anjing menyalak balik tempayan
Pencuri mendengar cabut lari
Di akhirat pasti menerima balasan
Baru sedar kesilapan diri

Pencuri mendengar cabut lari
Barang curian jatuh ke tanah
Baru sedar kesilapan diri
Malangnya semua dah musnah

Barang curian jatuh ke tanah
Dijumpai kanak-kanak terus diambil
Malangnya semua dah musnah
Menyesal tak terhingga Qabil

Dijumpai kanak-kanak terus diambil
Dianggap semua ini rezeki
Menyesal tak terhingga Qabil
Dengan adiknya dia berdengki

Dianggap semua ini rezeki
Sambil berjalan sambil makan
Dengan adiknya dia berdengki
Sebab tertarik dengan kecantikan

Sambil berjalan sambil makan
Tiba di rumah solat berjemaah
Sebab tertarik dengan kecantikan
Berhadapan cobaan manusia lemah

Tiba di rumah solat berjemaah
Ayah sendiri jadi imam
Berhadapan cobaan manusia lemah
Melihat kecantikan terus tergamam

Ayah sendiri jadi imam
Solat zohor empat rakaat
Melihat kecantikan terus tergamam
Tanpa berfikir dosa pun dapat

Solat zohor empat rakaat
Makan nasi selepas itu
Tanpa berfikir dosa pun dapat
Taraf manusia berotak kalkatu

Makan nasi selepas itu
Berdoa ayah sebelum makan
Taraf manusia berotak kalkatu
Buat kerja sebelum difikirkan

Berdoa ayah sebelum makan
Bersyukur dapat pemberian Allah
Buat kerja sebelum difikirkan
Di akhirat menanti banyak masalah


HMS ABU BAKAR



Khamis, 29 Januari 2015

PANTUN ORANG TAWADHUK


Burung wak-wak warna udani
Ikan tapah di dalam kolam
Mari wujudkan masyarakat madani
Mudah jika ikut Islam

Ikan tapah di dalam kolam
Tenggelam timbul mencari makanan
Mudah jika ikut Islam
Para pendakwah memainkan peranan

Tenggelam timbul mencari makanan
Sedar-sedar termakan kail
Para pendakwah memainkan peranan
Pelaksanaan hudud bukanlah mustahil

Sedar-sedar termakan kail
Surirumah memasak kari
Pelaksanaan hudud bukanlah mustahil
Diterima rakyat yang bistari

Surirumah memasak kari
Dihidang makan tengah hari
Diterima rakyat yang bistari
Keredhaan Allah saja dicari

Dihidang makan tengah hari
Datang tetamu terus dijamu
Keredhaan Allah saja dicari
Kebenaran Islam akan ditemu

Datang tetamu terus dijamu
Solat zohor selepas itu
Kebenaran Islam akan ditemu
Baru hidup rakyat bermutu

Solat zohor selepas itu
Beramai-ramai pergi ke masjid
Baru hidup rakyat bermutu
Bila ikut ulama mujtahid

Beramai-ramai pergi ke masjid
Ambil wudhuk dari kolah
Bila ikut ulama mujtahid
Boleh selesai banyak masalah

Ambil wudhuk dari kolah
Air di dalam sentiasa penuh
Boleh selesai banyak masalah
Termasuk juga mandi junub

Air di dalam sentiasa penuh
Senang jemaah mengambil wudhuk
Termasuk juga mandi junub
Inilah budaya orang tawadhuk

Senang jemaah mengambil wudhuk
Kemudahan asas yang diperlukan
Inilah budaya orang tawadhuk
Perintah Allah semua diamalkan



HMS ABU BAKAR



Rabu, 28 Januari 2015

PANTUN HASUTAN SYAITAN


Orang kedekut dipanggil kikir
Orang pemurah digelar dermawan
Elok fakir yang berfikir
Baru ingat kuasa Tuhan

Orang pemurah digelar dermawan
Ada dalam mana-mana masyarakat
Baru ingat kuasa Tuhan
Buat suruhan jauhi tegahan

Ada dalam mana-mana masyarakat
Baik di Barat atau di Timur
Buat suruhan jauhi tegahan
Baru manfaat panjangnya umur

Baik di Barat atau di Timur
Bila lapar kena makan
Baru manfaat panjangnya umur
Jauhkan kerja yang bukan-bukan

Bila lapar kena makan
Elok dimulai sarapan pagi
Jauhkan kerja yang bukan-bukan
Tentu di akhirat tidak rugi

Elok dimulai sarapan pagi
Selepas itu mencari rezeki
Tentu di akhirat tidak rugi
Bebas dari sifat dengki

Selepas itu mencari rezeki
Dengan kerajaan atau swasta
Bebas dari sifat dengki
Benar pula bila berkata-kata

Dengan kerajaan atau swasta
Dapat gaji menyara keluarga
Benar pula bila berkata-kata
Di akhirat menanti nikmat syurga

Dapat gaji menyara keluarga
Tentu dari yang halal
Di akhirat menanti nikmat syurga
Dijawab apa yang disoal

Tentu dari yang halal
Serta bersih dan suci
Dijawab apa yang disoal
Hanya syaitan yang mencaci

Serta bersih dan suci
Teruskan saja apa-apa ibadat
Hanya syaitan tetap mencaci
Biar Melayu ikut adat

Teruskan saja apa-apa ibadat
Solat jemaah setiap waktu
Biar Melayu ikut adat
Dengan asobiyah disuruh bersatu



HMS ABU BAKAR


Selasa, 27 Januari 2015

PANTUN PERTOLONGAN SYAITAN

Buah duku buah rambutan
Tanam pula di tepi paya
Utamakan barang buatan tempatan
Lain pula yang kaya

Tanam pula di tepi paya
Mudah tumbuh tanpa baja
Lain pula yang kaya
Hidup mewah macam Raja

Mudah tumbuh tanpa baja
Di antaranya ialah buah nenam
Hidup mewah macam Raja
Bawa menghibur kumpulan gangnam

Di antaranya ialah buah nenam
Orang mengandung ingin memakannya
Bawa menghibur kumpulan gangnam
Dari menyanyi kehidupan berjaya

Orang mengandung ingin memakannya
Hilang rasa loya-loya
Dari menyanyi kehidupan berjaya
K-pop juga cukup memperdaya

Hilang rasa loya-loya
Terutama hamil anak pertama
K-pop juga cukup memperdaya
Cium gadis bertudung percuma

Terutama hamil anak pertama
Berlaku kepada orang kampung
Cium gadis bertudung percuma
Ibubapa di rumah melopong

Berlaku kepada orang kampung
Di zaman moden jarang berlaku
Ibubapa di rumah melopong
Menegur anak lidah pun kaku

Di zaman moden jarang berlaku
Mahu beranak ada hospital
Menegur anak lidah pun kaku
Belum nikah tidur sebantal

Mahu beranak ada hospital
Hospital swasta juga banyak
Belum nikah tidur sebantal
Apa lagi teruslah lanyak

Hospital swasta juga banyak
Perlu hanya sediakan wang
Apa lagi teruslah lanyak
Belum ijabkabul dara terbang

Perlu hanya sediakan wang
Boleh pinjam dari Along
Belum ijabkabul dara terbang
Syaitan pula sedia menolong


HMS ABU BAKAR


Isnin, 26 Januari 2015

PANTUN PERANAN SYAIR

Tulis surat guna dakwat
Jarang berlaku di zaman sekarang
Negara kita belum gawat
Musuh politik tetap menyerang

Jarang berlaku di zaman sekarang
Pemimpin berilmu dan beriman
Musuh politik tetap menyerang
Bila dengan “gangster” berteman

Pemimpin berilmu dan beriman
Contoh terbaik Muhammad Al-Fateh
Bila dengan “gangster” berteman
Membangun masyarakat tentulah letih

Contoh terbaik Muhammad Al-Fateh
Bandar Constantinopole dia takluki
Membangun masyarakat tentulah letih
Bila di hati berhasad dengki

Bandar Constantinopole dia takluki
Nama baru ialah Istanbul
Bila di hati berhasad dengki
Hak warga pasti dicabul

Nama baru ialah Istanbul
Pusat perdagangan Negara Turki
Hak warga pasti dicabul
Reformasi saja rakyat miliki

Pusat perdagangan Negara Turki
Ibu negaranya bernama Ankara
Reformasi saja rakyat miliki
Menumbangkan penzalim perlu segera

Ibu negaranya bernama Ankara
Kota Sufinya ialah Konya
Menumbangkan penzalim perlu segera
Beramanah bila pegang Putrajaya

Kota Sufinya ialah Konya
Ada makam Jalaluddin Rumi
Beramanah bila pegang Putrajaya
Dengannya penyelewengan boleh basmi

Ada makam Jalaluddin Rumi
Puisinya dalam dua bahasa
Dengannya penyelewengan boleh basmi
Bila adil pemegang kuasa

Puisinya dalam dua bahasa
Itulah Arab dan Parsi
Bila adil pemegang kuasa
Mudah hapus gejala korupsi

Itulah Arab dan Parsi
Bahasa-bahasa agung zaman itu
Mudah hapus gejala korupsi
Dengannya masyarakat boleh bersatu



HMS ABU BAKAR



Ahad, 25 Januari 2015

PANTUN BARU MENGGIGIL

Buluh perindu di atas atap
Rama-rama di ranting langsat
Kos hidup naik jangan meratap
Tolak agama kehidupan sesat

Rama-rama di ranting langsat
Turun ke bawah ke taman bunga
Tolak agama kehidupan sesat
Tertutuplah jalan menuju syurga

Turun ke bawah ke taman bunga
Menghisap madu sepuas-puasnya
Tertutuplah jalan menuju syurga
Tanda usaha iblis berjaya

Menghisap madu sepuas-puasnya
Berlaku dari hari ke hari
Tanda usaha iblis berjaya
Penyanyi k-pop pula dicari

Berlaku dari hari ke hari
Selagi rama-rama ada kepak
Penyanyi k-pop pula dicari
Sedangkan menyemai budaya lepak

Selagi rama-rama ada kepak
Boleh terbang ke seluruh taman
Sedangkan menyemai budaya lepak
Diterima yang tandus iman

Boleh terbang ke seluruh taman
Dari jauh kelihatan berwarna-warni
Diterima yang tandus iman
Menolak saja masyarakat madani

Dari jauh kelihatan berwarna-warni
Naik semangat pelukis melukis
Menolak saja masyarakat madani
Ketahanan diri akhirnya terhakis

Naik semangat pelukis melukis
Samada amatur atau profesional
Ketahanan diri akhirnya terhakis
Disebabkan kuasa Allah tak kenal

Samada amatur atau profesional
Melukis tanda ketinggian tamadun
Disebabkan kuasa Allah tak kenal
Dah diceritakan oleh Ibnu-Kaldun

Melukis tanda ketinggian tamadun
Di Barat lain pula ceritanya
Dah diceritakan oleh Ibnu-Kaldun
Tamadun runtuh setelah Berjaya

Di Barat lain pula ceritanya
Lukisannya berbentuk wanita bogel
Tamadun runtuh setelah Berjaya
Datang Izrail barulah menggigil


HMS ABU BAKAR



Sabtu, 24 Januari 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (AZIE & FIRDAUS)


I
Kepada kedua ibubapa
Nikmat Allah jangan lupa
Jika tak mahu diakhirat papa
Di dunia
Beribadatlah sebanyak-banyaknya
Apa guna di dunia kaya
Jika dalam kubur tiada cahaya
Jika ini anda percaya
Baru sajak ini berguna
Terutama
Haji Nasaruddin Bin Haji Mohd Yunus
Hajjah Suraya Binti Abdul Aziz
Begitu juga
Haji Samah Bin Sulaiman
Hajjah Faridatul Zuraida Binti Hj. Mohd Zain
Mendoakan Firdaus dan Azie sihat walafiat
Mudah lakukan yang dihajat
Ada kewajipan ada nikmat
Solat subuh terlalu dekat
Berjemaah di masjid terdekat
Ini tanda iman kuat
Pahalanya berlipat-lipat
Soalannya
Mahu kah buat?
Baru hebat zuriat
Menyambung perjuangan mendaulatkan syariat

II
Selamat Pengantin Baru
Nornazhirah Binti Nasaruddin
Muhamad Syamsul Firdaus Bin Samah
Boleh jamah menjamah
Mulai menyebut Bismillah
Berdoa setelah sudah
Doakan ibu dan ayah
Supaya berada dalam rahmat Allah
Dengan ini syaitan akan kalah
Ambil wuduk dari kolah
Setelah itu solat berjemaah
Bersyukur dapat nikmat Allah
Perlu hanya ikut Sunnah

III
Hari Sabtu hari majlis perkahwinan
Firdaus dan Azie
Bertarikh 24 Januari 2015
Bersamaan
4 Rabiulakhir 1436H
Di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar
Kendurinya pun besar
Hajat kedua ibubapa pun besar
Menanti Solat Zohor dan Asar
Sajak ini bukan kasar
Sedar ramai manusia hari ini tersasar
Dari ajaran Islam yang sebenar
Oleh itu
Ingatlah serangkap pantun

Ikan kembung ikan gelama
Sedap bila masak kari
Banyak nikmat malam pertama
Tutup lampu baru disedari


HMS ABU BAKAR



Khamis, 22 Januari 2015

KEKALKAN PERPADUAN

Hari ini hari Khamis
Penampilan hendaklah sentiasa kemas
Mahal pula harga emas
Berguna jika dibelanjakan ke jalan Allah
Kanak-kanak pergi ke sekolah
Sambil berjalan makan rambutan
Ikut saja suruhan Allah
Baru terbantut rancangan syaitan
Baru kuat Pakatan
Terbuka banyak jawatan
Ada pengerusi T.H
Ada pengerusi KWSP
Ada macam-macam kemudahan
Yang penting kekal akan perpaduan
Sesama rakan-rakan dalam P.R
Bertolak ansur dalam kepelbagaian
Perlu hanya kesabaran
Perlu hanya rujuk Al-Quran


HMS ABU BAKAR


Rabu, 21 Januari 2015

KEMALANGAN JALANRAYA


Bila kita baca akhbar harian
Ada berbagai berita
Yang kita nak cerita
Yang mendukacita
Keluarga tercinta
“Pemuda maut digilis kereta”
“Mangsa terjatuh akibat melanggar
Sisi sebuah kereta yang
Masuk ke laluan bertentangan”
Mangsa berumur 28 tahun
Masih muda
Sekarang berada di alam lain
Oleh itu
Bersiaplah bila
Memandu motosikal
Gunakan akal
Setelah berdoa terus bertawakkal
Konstabel maut kemalangan
Motor yang ditunggang rempuh kereta
Alami kecederaan parah di kepala
Harap-harap ke akhirat bawa pahala
Solat lima waktu berjemaah
Hadir dengar kuliah
Dengar dengan baik-baik
Tulis apa yang didengar
Baca dan faham isi kandungan ceramah
Pilih pemimpin yang beramanah
Tolak yang rasuah
Tolak yang joli ke sana ke sini
Tak bertudung bini
Malaikat Izrail sedia menanti
Cukup masa akan mati

Mengail ikan di atas titi
Dapat lampam dan seluang
Setiap kita akan mati
Semasa hidup eloklah berjuang

Bila mati amalan sedia ada
Harap-harap masuk syurga
Walaupun mati dijalanraya


HMS ABU BAKAR