Isnin, 30 Jun 2014

2 RAMADAN 1435H


Hari Isnin
Terasa dingin
Tiupan angin
Angin menderu
Dahan jatuh ditimpa batu
Dengan iman mudah bersatu
Dengan syarat puasapun bermutu
Pergi ke masjid pakai sepatu
Solat berjemaah tujuan utama
Tolak pimpinan kepala batu
Dengan memilih pimpinan beragama
Dalam jemaah bergerak bersama
Eratkan pula kerjasama
Ikan kembung ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Waktu puasa bukanlah lama
Nama-nama Allah sentiasa disebut
Kerja berpahala juga direbut
Baru hati tidak berserabut
Bila jasa Nabi disebut-sebut
Mengembangkan Islam sehingga
Tiba Malaikat Maut
Sunnah Nabi patut diikut
Jalan ulama akhirat juga diikut
Hanya puak asobiyah yang takut
Hanya gerombolan Ketuanan Bangsa
Berani menggugut
Lupa Malaysia ini negara demokratik
Lupa semua warga negara
Memiliki hak yang sama
Kembalilah kepada ajaran agama
Lupakan saja yang ”Lama”



HMS ABU BAKAR


Ahad, 29 Jun 2014

1 RAMADAN 1435H


Hari Ahad
Melawan syaitan dengan jihad
Mula-mula betulkan niat
Niat kerana Allah
Niat kerana Rasulullah
Nescaya puak Iblis kalah
Ambil air dari kolah
Tempat orang ambil wudhuk
Berpuasa bukanlah suatu masalah
Dengan iman mudah tawadhuk
Semasa berbuka air diteguk
Sebelum itu makan kurma
Solat berjemaah menguatkan agama
Dengar tazkirah bersama-sama
Bukan pula lama
Tiga puluh minit saja
Lepas itu minum teh
Di bulan Ramadan masa berlateh
Buka telinga permulaan usaha
Catit apa yang didengar
Balik ke rumah dibaca semula
Bila diamalkan bertambah pahala
Elok jika dimiliki pemimpin negara
Baru dosa pahala diambil kira
Dalam kubur tentulah gembira




HMS ABU BAKAR


Sabtu, 28 Jun 2014

SUARA CINTA

Suara cinta
Suara kesedihan
Disuruh buatlah suruhan
Dijauhilah segala tegahan

Suara cinta
Suara kesedihan
Ingatlah Tuhan
Berbaik-baiklah sesama insan

Suara cinta
Suara kesedihan
Bertaubatlah rakan-rakan
Bersabarlah rakan-rakan
Kebenaran perlu disuarakan



HMS ABU BAKAR




Jumaat, 27 Jun 2014

BILA KU DENGAR

Apabila ku dengar
Jiwaku jadi segar
Fikiranku berlegar-legar
Penzalim makin besar bugar
Budaya lucah terus tersebar
Menghadapinya perlu sabar

Apabila ku dengar
Berlaku rogol di sana sini
Perogol beramai-ramai
Disebabkan Hukum Tuhan diabai

Apabila ku dengar
Maksiat-maksiat semacam diabaikan
Hatiku jadi hairan
Di mana pihak penguatkuasa
Mungkin sibuk menyalahguna kuasa
Mungkin dah lama berkuasa
Merubahnya
Jadi tugas kita
Tanamkan cita-cita
Mahu di akhirat bersukacita



HMS ABU BAKAR

Selasa, 24 Jun 2014

MEMBURU SEBUAH PIALA


Setiap Empat Tahun sekali
Tiga puluh dua negara bertemu
Melalui permainan Bola Sepak
Bermula tahun 1930
Di negara bernama Uruguay
Di Amerika Selatan
Kali ini FIFA World Cup
Piala Dunia FIFA
Di negara Brazil
Dua belas tempat dipertandingkan
Di Manaus
Di Culaba
Di Curitiba
Di Brasilia
Di Fortaleza
Di Natal
Di Recife
Di Salvador
Di Belo Horizonte
Di Dau Paulo
Di Porto Alegre
Di Rio de Janeiro
Neymar dianggap hero
Pemain Nombor Sepuluh
Ke gawang Mexico dia mengeluh
Keputusan 0 – 0
Mengecewakan rakyat Brazil
Menyeronokkan pula warga Mexico
Inilah keadaan dalam dunia Bola Sepak
Di Kedai Mamak ramai melepak
Dari jam 12 malam
Hingga naik matahari
Rakyat Cina ada yang mati
Dikatakan sebagai kekurangan tidur
Orang Melayu kekurangan duit
Tunggu duit BRIM
Orang Melayu hanya penonton Piala Dunia
Miskin di dunia
Ke akhirat sedikit pahala
57 tahun diputar kepala
Oleh pemimpin yang berpura-pura
Dosa lupa diambil kira
Kroni-kroni pula kaya raya
Apakan daya
Ilmu agama juga minima
Situasi ini pula diatasi
Bukan dengan korupsi
Bukan dengan Bola Sepak
Tapi dengan iman dan ilmu
Hadirlah di majlis-majlis ilmu
Di solat berjemaah kita bertemu
Di kuliah Maghrib kita bertemu
Di kuliah Dhuha kita bertemu
Di majlis tahlil arwah kita bertemu
Di tanah perkuburan kita bertemu
Dengan cara ini
Diharap jiwa-jiwa kita jadi berani
Berani
Melakukan perubahan
Ambil semangat juang dari
Pemain-pemain 32 negara yang
Menyertai Piala Dunia
Hanya satu pasukan saja berjaya
Yang lain terus mencuba
Umat Islam cuba mencuba

Semoga Lailatul Qadar jatuh ke riba


HMS ABU BAKAR



Ahad, 22 Jun 2014

MASJID PANGLIMA KINTA PEKAN BARU IPOH


Orang Melayu dahulu
Berpandangan jauh
Buat apa yang Nabi suruh
Berpegang dengan Sunnah
Mendirikan masjid tindakan mulia
Masjid pertama di Qubah
Seterusnya masjid Nabawi di Madinah
Kesan hebat dari Hijrah
Nabi jadi Pemerintah
Berkembang dakwah
Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
Inilah amanah
Dimiliki Orang  Kaya-Kaya Dato Panglima Kinta
Pada tahun 1908 korbankan harta
Bina masjid
Tersergam di depan kita
Sekarang dah lebeh dari seratus tahun
Dari Allah sama-sama kita bermohon
Dosa Dato Panglima Kinta diampun
Dikurniakan rahmat kepadanya
Dan juga kepada keluarga
Tugas kita menjaga masjid berumur 106 tahun
Dengan mengimarakkannya
Melalui majlis-majlis ilmu
Melalui Qiamullail
Mudah luput sifat jahil
Mudah hapus fahaman asobiyah
Memang dilarang oleh Rasulullah
Banyakkan pula dakwah
Malam Ramadhan diadakan tazkirah
Sampai pahalanya kepada arwah
Orang Kaya-Kaya Dato Panglima Kinta
Dia dapat rahmat dari Allah
Kita pula dapat faedah
Meneruskan wakaf Dato Panglima Kinta
Pahalanya berterusan
Teruskan
Kuliah Dhuha
Dihujung minggu
Teruskan
Kuliah Maghrib
Teruskan aktiviti dakwah
Di masjid yang bersejarah ini
Teruskan
Wahai rakan-rakan
Dato Panglima Kinta dapat kebaikan
Berbanyak syukur kepada yang meneruskan
Kerja kebajikan
Hasil pandangan jauh
Dato Panglima Kinta
Adapun tugas kita
Meneruskan kelangsungan
Masjid yang bersejarah ini
Dengan iman dan istiqamah



HMS ABU BAKAR


Khamis, 19 Jun 2014

SAMA-SAMA DAPAT MANFAAT


Tolong menolong
Dalam kerja kebajikan
Dalam satu jemaah
Membawa banyak faedah
Hasilnya indah
Bila bersatu semuanya mudah
Contoh terdekat
Tabung Jihad
Di kelas Dhuha kita
Keredhaan Allah jadi cita-cita
Sumbangan
Serendah-rendahnya satu ringgit saja
Beri saja
Tanpa perlu diaudit
Bila berkumpul duit
Boleh buat apa saja
Boleh membantu yang memerlukan
Dari kalangan rakan-rakan
Dari masyarakat luar
Keberkesanan Kuliah Dhuha
Berkat belajar agama
Berkat mengamalkan Sunnah Nabi
Berpindah tempat tiga kali
Semangat juang terus diuji
Ada yang menarik diri
Ikan pelata ikan pari
Dua jenis ikan laut
Semasa di dunia pahala dicari
Bersedia pula menghadapi maut
Nama Allah selalu disebut
Kebaikan rakan-rakan Dhuha juga disebut
Dengan infaq terhakis pemikiran karut-marut
Pesanan ulama terus diturut
Ulama sebenar
Pewaris Nabi S.A.W
Menjadi terus penyambung agama Islam
Sebarkan "salam"
Berenang ikan dalam kolam
Mengalir air yang tenang
Berjuang kita untuk Islam
Samada kalah ataupun menang
Jasa nabi Muhammad tetap dikenang
Mengenangkannya airmata jatuh berlinang
Airmata
Penghapus dosa


HMS ABU BAKAR



Rabu, 18 Jun 2014

BILA TIBA BULAN SYAABAN


Bila tiba bulan ke lapan tahun Islam
Bergembira yang kuat iman di dalam
Berzikir siang dan malam
Bersyukur sentiasa
Menggunakan masa
Menabur jasa
Dalam jemaah islamiah kita menaruh cita-cita
Mahu bersama bidadari yang jelita
Tak jemu dipandang mata
Kehebatan Allah Maha Pencipta
Melakukan kebaikan Puasa Sunat Isnin dan Khamis setiap minggu
Waktu berbuka ditunggu
Menanti masuk waktu Maghrib
Makan dengan penuh selera
Dosa pahala diambil kira
Bila undi pos diambil kira
Kalahlah calon kita
Sabar moto kita
Sabar menuntut ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Wanita Indon makan jamu
Wajah kilihatan sentiasa cantik
Tugas ulama melebarkan ilmu
Baru istiqamah dalam politik
Melihat penzalim terasa getik
Dari Kuliah Dhuha semangat jihad berputik
Di bulan Syaaban bertambah-tambah keinginan
Keinginan
Mendekati Tuhan
Di siang hari lapar ditahan
Di malam hari mendekati Tuhan
Dengan membanyakkan jalan
Jalan memanfaatkan Ramadan
Fikirkanlah saudara sekelian
Bahayanya sistem hidup sekular
Perlu ditukar
Dengan menggunakan semangat setiakawan
Di antara kita
Didahului yang beiman sentiasa


HMS ABU BAKAR


Selasa, 3 Jun 2014

BERMUSAFIR KE KL


Menaiki kereta
Bersama keluarga
Menghadiri majlis perkahwinan
Anak saudara perempuan
Bersuami dengan orang Kelantan
Perlu kuatkan ikatan
Berteraskan iman
Iman kepada Tuhan
Pencipta sekelian alam
Membenarkan hanya Islam
Perlu diceritakan
Keindaham Islam
Melalui tulisan
Melalui contoh teladan
Solat berjemaah
Dengar ceramah
Bersama isi rumah
Beriman dan istiqamah
Berzikir
Bersyukur
Berfikir
Persiapan untuk kehidupan akhirat
Dalam perjalanan banyak yang dilihat
Elok jika badan sihat
Boleh beramal ibadat
Boleh jumpa rakan-rakan lama
Majoriti dah lanjut usia
Rambut putih di kepala
Menuju jalan sehala
Kumpulkanlah pahala
Berbicara tentang agama
Solat berjemaah bersama-sama
Dilakukan di mana-mana saja
Allah tetap dipuja
Datang ketenangan jiwa
Pahala pun dibawa
Bekalan untuk di akhirat nanti
Jadilah kehidupan kita berkualiti
Bidadari hanya menanti


HMS ABU BAKAR


Isnin, 2 Jun 2014

DEBARAN PIALA THOMAS


Jam 5.30 petang
Hari Ahad
Peminat-peminat badminton
Mengharapkan Malaysia
Jadi juara Thomas Cup kali ini
Di depan TV memberi tumpuan sepenuh hati
Dato Lee Cheong Wei mendapat mata pertama
Jaguh nombor satu dunia
Mudah menundukkan pemain utama Jepun
Gemuruhlah bunyi suara rakyat Malaysia
Di depan TV di seluruh negara

Bila tiba permainan regu pertama Malaysia tak berupaya
Jepun menyamakan kedudukan satu sama
Debaran jantung mula meningkat
Bertambah mendebarkan
Bila pemain perseorangan kedua negara kecundang

Terikat kedudukan Jepun dua Malaysia satu
Tidak lama kemudian
Malaysia menyamakan kedudukan
Menjadi dua sama
Debaran jantung bertambah deras
Harap-harap pemain 'single' ketiga negara
Boleh curi satu mata
Tetapi putih mata
Kalah dalam set ketiga
Mengeluh ramai keluarga
Isteri PM kecewa

Piala Thomas berhijrah ke Tokyo
Putih mata orang Melayu
Apa kata jaguh ketuanan Melayu
" Malaysia tiada nasib kali ini"

Memang ada lain kali
Bila hidupkan sunnah Nabi
Berzikir setiap hari
Bersyukur kepada Ilahi
Berfikir dengan minda yang bersih

Malaysia adalah kepunyaan semua rakyatnya
Melayu bukan tuannya
Tuannya ialah Allah
Oleh itu ikutlah ajaran Allah
Lupakan politik asobiyah
Lupakan perkauman sempit
Jadilah peminat-peminat setia
Nabi kita

Tanpa mendeskriminasi bangsa
Mari bersama-sama berjasa
Menanfaat masa
Dengan kehidupan kita ikut agama
Semua bangsa bekerjasama
"Perpaduan sebagai alatnya"


HMS ABU BAKAR