Rabu, 30 Jun 2010

BAIK BERPAKAT

I

Manusia merancang
Mahu kerajaan sah tumbang
Menggunakan wang
Media massa memberi ruang
Mendewa-dewakan puak temberang
Ahli sukan jatuh terkangkang
Tak tahan jadi pembangkang
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Perak
Di Selangor
Di Kelantan

II

Allah merancang
Allah Maha Kuasa
Allah uji manusia
Dengan pangkat
Dengan kekayaan
Dengan kesenangan
Bersyukur yang beriman
Sabar menghadapi ujian
Doa diteruskan
Mohon kemenangan
Di dua bukit
Puak perkauman terasa sakit
Wang dikeluarkan bukan sedikit
Isu kezaliman diungkit
Isu penyelewengan diungkit
Isu culik diungkit
Isu penyalahgunaan kuasa diungkit
Rakyat terus bangkit
Suara rakyat suara keramat
Dalam kepelbagaian boleh berpakat
Membawa kebajikan kepada rakyat


HMS Abu Bakar
4 Rabiulawal 1430H
1-3-2009

Jumaat, 25 Jun 2010

TERUSKAN TEKAD KITA

Walau apapun
Perbezaan pendapat
Asalkan niat betul
Mahu pegang Kerajaan Pusat
Baru boleh dimansuhkan
ISA
OSA
AUKU
Baru boleh ditukar
Penyelewengan
Dalam SPRM
PDRM
SPR
Dengan penjawat-penjawat Awam bertindak
Ikut undang-undang
Ikut dorongan iman
Ikut jiwa setiakawan
Baru cerah masa depan
Bila berfungsi dengan bebas
Parlimen
Ekesutif dan Kehakiman
Baru negara menuju
Negara berkebajikan
Ini yang dilaksanakan
Khalifah Umar Abdul Aziz
Inilah zaman penuh keadilan
Seolah-olah syaitan dipenjarakan



HMS Abu Bakar
12 Rejab 1431H
25 Jun 2010

AURA DUNIA

Aura
Hati terasa gembira
Melihat keindahan
Kemewahan kehidupan
Dengan segala kemajuan
Dengan sastera picisan
Laris jualan
Berlebih-lebih hiburan
Banyak dalam akhbar harian
Wajah jelita di muka hadapan
Aktres baru kahwin
Artis baru bercerai
Akhlak berkecai
Wawasan 2020 tersadai
Tanah rezab Melayu tergadai
Disebabkan pimpinan cuai
Nasib rakyat terabai
Pandai tipu rakyat
Pandai mencari penasihat
Dari dunia-barat
Contoh terbaru
Apco worldwide
Terkenal akarnya Yahudi Zionis
Judi dipandang manis
Judi bolasepak diberi lesen
Berjudi rakyat setiap musim
Tinggal nama Muslim
Hal-hal mungkar alim
Jadi alim-alim kucing
Fikiran penyokong runsing
Kepala Mufti jadi pening
Sokong salah
Tak sokong bermasalah
Jauh dari hukum-hukum Allah
Rakyat kekal bermasalah
Rakyat kekal bermasalah
Bila di Sibu kalah
SPR gelisah
Menyokong membawa rebah
Dengan 3B boleh
Berubah
Berpadu
Berkat
Ini ada pada Pakatan Rakyat
Berilah mandat
Di PRU terdekat
Pelbagai bangsa boleh berpakat
Perasaan perkauman tamat
Inilah hikmat
Bila ulamak dan umarak berpakat
Raja-rajapun dapat manfaat
Didoakan setiap khutbah Jumaat
Bila diri sendiri taat
Bila diri sendiri ikut syariat
Istanapun selamat
Inilah nikmat
Boleh berlaku hanya dengan 1 Niat
Bermatlamatkan ibadat
Memahami dunia hanya jambatan ke akhirat
Hanya Iblis terasa melarat
Hanya syaitan terasa penat
Bila berduyun-duyun manusia beribadat



HMS Abu Bakar
19 Jamadilakhir 1431H
{2 – 6 – 2010}

AYAT 113 SURAH HUD

I

Sumpah keramat
Yang hadir masih ingat
Yang berada di atas
Penuh bersemangat
Seolah-olah api menjilat
Pidato mereka macam kilat
Rupa-rupanya tenaga batin tak kuat
Sekarang semuanya melompat
Dosa pasti dapat
Bila jadi pengkhianat
Tentu ingat ayat
Ayat 113 surah Hud
Rupa-rupanya
Macam pemanah-pemanah
Di peperangan Uhud
Nampak ghanimah lupa semua janji
Dekat dengan kehancuran
Bila persenda-sendakan ayat Quran
‘dan janganlah kamu cenderung kapada orang-orang
Yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian)
Api neraka akan membakar kamu ...”


II


Hai pemidato-pemidato disumpah keramat
Ingatlah akhirat
Ingatlah pengkhianat
Kubur itu dekat
Soalan kubur itu benar
Pukulan Mungkar Nankir benar
Seksa kubur itu benar
Ayat 113 surah Hud itu benar


Seluruh Al-Quran benar
Meninggalkan kebenaran
Meninggalkan keadilan
Menyokong penzalim
Suatu kesilapan
Membawa kesengsaraan menanti api
Disambar api
Api ... api ... api



HMS Abu Bakar
27 Jamadilawal 1431H
{12 – 5 – 2010}

Ahad, 20 Jun 2010

DIA JUGA LUPA

Di dunia ditipu
Disebabkan kurang ilmu
Jahil pula ajaran wahyu
Menjadi budaya orang Melayu
Di kampung dan di ulu
Di Hulu Gerik
Di Hulu Selangor
Pimpinan curang jangan ditegur
Pimpinan munafik jangan ditegur
Biar pagar makan padi
Biar terima syarikat Yahudi
Orang kampung tetap undi
Biar yang minum todi
Biar yang miang-miang keladi
Rosak akhlak muda-mudi
Judi sukan apa peduli
Kata mantan P.M
Yang masih boleh berdiri
Dijemput berceramah di sana sini
Dia gerun hanya masyarakat madani
Dia gerun hanya reformasi
Dia gerun hanya demonstrasi
Dia kata merosakkan demokrasi
Dia lupa PPSMI
Dia lupa sekat bantuan SAR
Dia mudah lupa
Dia sudah tua
Menanti saja ”Batu Dua”
Tanpa iman
Tanpa amal soleh
Pasti anda keciwa



HMS Abu Bakar
7 Rejab 1431H
20 – 6 – 2010

PANTUN HARI BAPA

Pergi ke kebun mengait kelapa
Kelapa muda manis airnya
Dua puluh Jun Hari Bapa
Mari sama-sama meraikannya

Kelapa muda manis airnya
Isinya lembut sedap dimakan
Mari sama-sama meraikannya
Hari Bapa sedang diraikan

Isinya lembut sedap dimakan
Yang tua mengeluarkan santan
Hari Bapa sedang diraikan
Jasanya tetap dalam ingatan

Yang tua mengeluarkan santan
Boleh masak gulai lemak
Jasanya tetap dalam ingatan
Bersama membantu ialah Emak

Boleh masak gulai lemak
Ikan laut atau darat
Bersama membantu ialah Emak
Membesarkan anak penuh kudrat

Ikan laut atau darat
Menjadi sumber makanan manusia
Membesarkan anak penuh kudrat
Supaya hidup tidak sia-sia

Menjadi sumber makanan manusia
Dari laut dan daratan
Supaya hidup tidak sia-sia
Sekali kali jangan ikut syaitan

Dari laut dan daratan
Didapati banyak nikmat Allah
Sekali kali jangan ikut syaitan
Mahu manusia hidup bermasalah

Didapati banyak nikmat Allah
Dengannya subur berbagai makhluk
Mahu manusia hidup bermasalah
Selamat yang berakhlak elok

Dengannya subur berbagai makhluk
Lahirlah pelbagai jenis tamadun
Selamat yang berakhlak elok
Dengan Sunnah kehidupan diadun

Lahirlah pelbagai jenis tamadun
Di Barat dan di Timur
Dengan Sunnah kehidupan diadun
Berjihad selagi ada umur

Di Barat dan di Timur
Tamadun India dan Cina
Berjihad selagi ada umur
Dengan iman asasnya dibina


Tamadun India dan Cina
Wujud sebelum Nabi kita
Dengan iman asasnya dibina
Inilah sumbangan Bapa tercinta

Wujud sebelum Nabi kita
Tamadun berteraskan tarikan dunia
Inilah sumbangan Bapa tercinta
Mahu kita hidup mulia


HMS Abu Bakar
20 Jun 2010
(7 Rejab 1431H)

HARI BAPA 2010

I

Setiap 20 haribulan Jun
setiap tahun
diraikan Hari Bapa
diraikan di seluruh dunia
mengenanag jasa ayah tercinta
membesarkan kita
mengorbankan harta
hanya untuk keselamatan kita
setiap diri kita
ada berbagai cerita
tentang bapa kita

II

Oleh itu
di hari Ahad
bersamaan 7 Rejab 1431 Hijiriah
sama-sama doakan ayah
semoga dirahmati Allah
bagi yang dah arwah
menjadi kewajipan kita
menghadiahkan Al-Fatihah
mendoakan kesejahteraan bapa kita
didoakan juga ibu kita
semoga kedua ibubapa kita
bersukacita
di alam sebelah sana
di alam kubur
didalam pemeliharaan Allah s.w.t
Amin .... amin



HMS Abu Bakar
20 Jun 2010
7 Rejab 1431 Hijriah

Selasa, 15 Jun 2010

PANTUN MOTIVASI

Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau kita kurang amalan
Di akhirat mungkin menjadi rugi

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Dengan jemaah menabur budi     

Dari mana terbang pipit
Dari sawah turun ke padi
Kerajaan zalim jelas tersepit
Menerima nasihat syarikat Yahudi

Kalau roboh kota Melaka
Papan dijawa saya dirikan
Kalau tahan azab neraka
Buatlah kerja yang diharamkan
 
Kalau ada ikan di sawah
Boleh saya cuba mengail
Bila kaya dengan rasuah
Masuk neraka bukanlah mustahil

Kalau pisang masak sesikat
Boleh dijual di pasar tani
Ajaklah rakyat supaya berpakat
Mudah wajud masyarakat madani

Kalau helang terbang rendah
Tanda mangsa ada di taman
Bila isteri rambut terdedah
Tanda suami tandus iman

Udara pagi terasa nyaman
Bila berumah di tepi laut
Apa tanda orang beriman
Dengan kuliah hati terpaut

Bunga tanjung puteh berseri
Gugur ke bumi sepanjang malam
Apa tanda orang bistari
Berjuang bersama jemaah Islam

 
HMS Abu Bakar
2 Rejab 1431H
15 – 6 – 2010

Sabtu, 12 Jun 2010

NASIB AYAM DITUNGGANG MUSANG

Bila lama memerintah
jadi macam lintah
hisap darah
rakyat hidup susah
menanti PRK
mendapat sedikit hasil
syarat undi calon dia
orang miskin kurang maklumat
disangka benar ”Sang Pengkhianat’
disangka benar ”Katak Lompat’
dulu mengepalai sumpah keramat
kutukannya dahsyat
rupa-rupanya ada muslihat
sekarang bertaraf YB
untuk glamour
dipanggil Senator
peduli apa niat kotor
biar P.R hancur lebur
supaya Keadilan berkubur
duit mula ditabur
keluar parti sana sini
diberi sedikit ruangan
dalam akhbar harian
diberi berbagai alasan
sebab-sebab keluar parti
sebab-sebab mufarakah
bila dinilai dengan ilmu
jelas jiwa mereka keliru
disangka syarikat APCO berniat baik
disangka syarikat Yahudi ikhlas
disangka namanya akan pulih
lupa beramal soleh
lupa bahaya kepada negara
inilah nasib ayam sereban
dipanggil musang dijadikan penasihat
ayam habis
musang yang kenyang 


HMS Abu Bakar
27 Jamadilawal 1431H
(12 – 5 – 2010)

MENGAPA SALAHKAN DAP?

Kepada orang-orang kampung diberitahu bahaya DAP
Dalam media massa isu ini diapi-api
Terbawa-bawa dalam mimpi
Kepada orang kampung diberitakan PAS boneka DAP
Dalam akhbar mereka isi ini diapi-api
Dari ucapan pembesar mereka keluar api
Orang berilmu tolak ini ke tepi
Kepada orang kampung diberitahu
PKR berbagai tuduhan
Diserang DSAI berlebihan
Sehingga syaitanpun hairan
Yang jelas APCO dapat bayaran
Syarikat Yahudi Zionis itu diberi kepercayaan
Dari pihak atasan
Orang Cina di Sibu tak hairan
Undi mereka tetap PAKATAN
PAS, DAP & PKR sehaluan
Mahu kerajaan persekutuan
Mahu bawa keadilan
Mahu rakyat dapat kebajikan
Di PRK Sibu dibuktikan
Orang kampung pasti sedar
Bila baca
Harakah, Suara Keadilan
Roket, Siasah
Khabar Era Pakatan
Bila orang kampung sedar
Bila orang Felda sedar
Bila rakyat marhaen sedar
Bila sasterawan sedar
Bila budayawan sedar
Bila agamawan sedar
Bila surirumah sedar 
Parti Perkauman pasti pudar  


HMS Abu Bakar
26 Jamadilawal 1431H
(12 – 5 – 2010)

Rabu, 9 Jun 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR KE 56




I

Selamat bermuktamar
Sekelian warga PAS
Kali ini
Kali ke 56
Diadakan di Kota Bahru
Dengan semangat baru
Disokong kuat
Oleh Dewan Ulamak; Pemuda dan Muslimat
Menuju satu matlamat
Di akhirat selamat

II

Bila akhirat
Jadi matlamat
Tindakan pasti cermat
Tiangnya ibadat
Tertegak di atasnya solat
Jauh dari mengelat
Sedia menerima nasihat
Yang maaruf dibuat
Jauhi yang maksiat
Pasti direstui rakyat
Diperingkat Negeri dan Pusat
Berpakat
Dalam Pakatan Rakyat
Di 4 Negeri sentiasa dilihat
Semangat setiakawan perlu erat
Ingat ikrar
Dalam solat
Semua kelakuan kerana Allah
 
III

Bila Allah jadi matlamat
Bila bersih niat
Terutama J.K. Pusat
Rakyat dapat manfaat
Aktivis Parti dapat manfaat
Dari Muktamar
Di Kota Bahru
Diatas kawalseliaan Tok Guru
Tindakannya semua orang setuju
Hanya syaitan saja cemburu

VI

Bila syaitan cemburu
Bila agen-agen syaitan cemburu
Tanda PAS ingin ditiru
Rakan-rakan P.R tetap membantu
Berpakat setiap waktu
Rakyat dapat pimpinan bermutu
Oleh itu
Di Muktamar kali 56 ini
Marilah berjanji
Menunaikan janji
Allah saja yang kita puji


26 Jamadilakhir 1431H

PANTUN INGIN KERAJAAN BERAMANAH

Dari mana hendak ke mana
Tiba di sawah menuai padi 
Keyakinan ahli perlu dibena
Dengan pimpinan ingin berbudi



Burung pipit terbang rendah
Makan padi turun ke sawah
Bahaya Yahudi kena dedah
Mahu merebak budaya rasuah



Ikan haruan ikan keli
Habis disiang bawa ke rumah
Dengan wang undi dibeli
Tertawan yang iman lemah



Bunga orkid berwarna merah
Tumbuh subur dalam taman
Kepada Allah wajib berserah
Bila capai maqam Ibadurahman



Tanam tebu tanam ubi
Tanam dekat tepi paya
Mari ikut Sunnah Nabi
Dengan ilmu insyallah berjaya



Makan roti berinti kaya
Makan pula bersama keluarga
Pakatan Rakyat boleh berjaya
Bila kebajikan ahli terjaga



Tepong ada berbagai jenis
Boleh dibuat roti capati
Bila beribadat terasa manis 
Inilah tanda mukmin sejati




Pisang emas masak di pokok
Sebelum ditebang dimakan burung
Berdoa lama semasa rukuk
Boleh musnah keris tak bersarung


Pergi warung makan bihun
Setelah makan pergi solat
Kepada Allah sentiasa memohon
Bila memerintah tidak mengelat


Kalkatu keluar waktu malam
Biasa berlaku selepas hujan
Elok baca sejarah silam
Baru tahan menghadapi ujian


Masjid lama ada kolah
Boleh dipakai setiap masa
Di Hulu Selangor kita kalah
Sebab banyak penyalahguna kuasa


Pergi ke hutan memburu rusa
Dapat pula seekor kijang
Bukan senang mendapatkan kuasa
Perlu perjuangan yang panjang


Wanita dulu memakai subang
Menandakan anak orang kaya
Bila reformasi terus berkembang
Mudahlah Pakatan Rakyat berjaya


Perempuan Indon memakan jamu
Muka sentiasa kelihatan cantik
Bila rakyat ada ilmu
Melihat penzalim bertambah getek

Bercucuk tanam di atas tanah
Subur dengan siraman hujan
Pimpinan Pakatan nampak beramanah
Elok memerintah Kerajaan Persekutuan



12 Jamadilawal 1431H


PANTUN INGATAN SAJA

Pisang emas dibawa belayar 
Masak sebiji di atas peti 
Setiap hutang mesti dibayar 
Banyakkan bekalan sebelum mati

Pulau Pandan jauh ketengah 
Gunung Daik bercabang tiga 
Bila majlis ilmu dicegah 
Seperti menutup jalan ke syurga 


Terang benderang bulan purnama
Terbit hanya di waktu malam
Bila disekat majlis agama
Bermakna hatinya membenci Islam 


Waktu malam keluar kalkatu 
Menerkam api yang bercahaya 
Menegakkan Islam mari bersatu 
Dengan jihad insyallah berjaya 


Buah anggur buah kurma 
Dimakan bila berbuka puasa 
Mari perjuangkan Islam bersama 
Dengan berdakwah sepanjang masa 


Air sungai mengalir tenang 
Berenang ikan berbagai jenis 
Nasib di akhirat kena kenang 
Baru beribadat terasa manis 


Mengasah parang di waktu petang 
Bawa ke hutan sebagai senjata 
Kemasukan Yahudi kita tentang 
Mati syahid jadikan cita-cita 


Orang pendalaman pakai pelita 
Pasang bila hampir maghrib 
Orang munafik gelap mata 
Jadikan Yahudi sahabat karib 


Sambil berjalan tersepak batu 
Di tempat luka keluar darah 
Melawan munafik kena bersatu 
Kepada Allah kita berserah 


Bunga ros warna merah 
Kebanyakkan pokok berwarna hijau 
Jiwa munafik mudah marah 
Pengurusan masjid mahu kacau 


Banyak binatang di dalam hutan 
Bila berburu bawalah senjata 
Allah beri banyak ingatan 
Di akhirat munafik hidup menderita 


Pergi sekolah pakai sepatu  
Dalam beg penuh buku   
Mahu selamat mari bersatu 
Baru tindakan munafik kaku

PANTUN HARI IBU

Tanam ubi tanam tebu
                   Tanam pula di tepi paya
          Terima kasih kepada ibu
                   Membesarkan kita hingga berjaya


          Tanam pula di tepi paya
                   Mudah pula mengail ikan
           Membesarkan kita hingga berjaya
                   Dengan ilmu terus diamalkan


          Mudah pula mengail ikan
                   Ada haruan dan sepat
          Dengan ilmu terus diamalkan
                   Betul aqidah pahalapun dapat


          Ada haruan dan sepat
                   Boleh masak gulai lemak
          Betul aqidah pahalapun dapat
                   Kesan tarbiyah oleh ulama


          Boleh masak gulai lemak
Makan lepas solat zohor
          Kesan tarbiyah oleh ulamak
                    Nama Shafie kekal masyhur


          Makan lepas solat zohor
                   Minum air dari labu
          Nama Shafie kekal masyhur
                   Bimbingan awal dari ibu

 
          Minum air dari labu
                   Boleh dibawa bila berjalan
          Bimbingan awal dari ibu
                   Serta kasih yang berkekalan


          Boleh dibawa bila berjalan
                   Kitab Shafie berjudul Risalah
          Serta kasih yang berkekalan
                   Kuat hubungan dengan Allah


          Kitab Shafie berjudul Risalah
                   Ada terjemahan ke bahasa Melayu
          Kuat hubungan dengan Allah
                   Ibu yang ikut wahyu


          Ada terjemahan ke bahasa Melayu
                   Mudah faham isi kandungannya
          Ibu yang ikut wahyu
                   Jadilah anak didiknya berjaya




25 Jamadilakhir 1431H

PENAWAR UNTUK MELAYU

Melihat banyak orang miskin
Dikalangan Melayu
Dikalangan Cina
Dikalangan India
Dikalangan Iban
Dikalangan Kadazan
Merunsingkan fikiran
Mungkin salah pentadbiran
Pihak atasan
Di peringkat Persekutuan
Diketahui
Diatas majoriti orang Melayu
Dinodai bahasa Melayu
Dihakis tanah rizab Melayu
Budaya jadi layu
Juara dadah remaja Melayu
Juara mat rempit belia Melayu
Juara anak gampang gadis Melayu
Pengamal rasuah majoriti Melayu
Professor kangkong orang Melayu
Pendek kata yang mungkar orang Melayu
Hebatnya
Raja-raja semua Melayu
P.M keturunan Melayu
Mufti semua Melayu
Timbul soalan didiriku
Eloklah segera tukar regu
Cuba formula 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
 
Ini ada pada Pakatan Rakyat
Suara rakyat suara keramat
Di PRU – 13 kena buat
Pasti bertukar Kerajaan Pusat
Suasana pasti baik
Baik untuk semua rakyat
Bila umarak dan ulamak berpakat
Berpakat membawa berkat
Baik di dunia baik di akhirat


6 Jamadilakhir 1431 Hijriah