Selasa, 30 Jun 2015

PANTUN RAKYAT MENDERITA

Harum bau daun pandan
Tumbuh subur di tepi hutan
Ambil peluang di Madrasah Ramadhan
Di waktu ini di penjara syaitan

Tumbuh subur di tepi hutan
Pokok buluh contoh terbaik
Diwaktu ini di penjara syaitan
Harga barangan tetap naik

Pokok buluh contoh terbaik
Selalu diguna memasak lemang
Harga barangan tetap naik
Kantong kroni bertambah wang

Selalu diguna memasak lemang
Boleh dibeli di pasar malam
Kantong kroni bertambah wang
Berseronok pula di kelab malam

Boleh dibeli di pasar malam
Harga barangan nampak berpatutan
Berseronok pula di kelab malam
Mudah diperolehi air syaitan

Harga barangan nampak berpatutan
Rakyat marhan boleh membelinya
Mudah diperolehi air syaitan
Remaja Melayu sudah mencubanya

Rakyat marhan boleh membelinya
Bila terima wang BRIM
Remaja Melayu sudah mencubanya
Lebih um dari aiskrim

Bila terima wang BRIM
Sekarang dibayar berperingkat-peringkat
Lebih um dari aiskrim
Puasa awam tanpa berkat

Sekarang dibayar berperingkat-peringkat
Jelas bernafas orang kampung
Puasa awam tanpa berkat
Seolah-olah syaitan mengepong

Jelas bernafas orang kampung
Harga getah pula murah
Seolah-olah syaitan mengepong
Taraf ilmu pula rendah

Harga getah pula murah
Pendatang asing sedia bekerja
Taraf ilmu pula rendah
Kata pembesar ikut saja

Pendatang asing sedia bekerja
Sedang membanjiri negara kita
Kata pembesar ikut saja
Rakyat tempatan menanggung derita



HMS Abu Bakar

13 RAMADHAN 1436H

Tiga belas Ramadhan
Hari Selasa
Menfaatkan masa
Membaca Al-Quran
Membaca terjemahan
Dapat kefahaman
Sedar tugas-tugas orang beriman
Solat lima waktu berjemaah
Usaha kuatkan ukhuwah
Hadirkan diri disetiap ada tazkirah
Kepada Allah diri kita diserah
Elakkan marah-marah
Terutama dengan orang rumah
Bersusah payah
Menyediakan juadah
Jauhkan berfikiran nak menambah
Walaupun ramai sedia menyerah
Inilah ujian bulan Ramadhan
Jaga mata disetiap keadaan
Nanti wujud keinginan
Mula-mula dalam perasaan
Kemudahan difikir-fikirkan
Kebaikan
Malam Lailatulqadar
Bila ini sedar
Tarikan wanita jadi pudar



HMS Abu Bakar

Isnin, 29 Jun 2015

RAMADHAN 1436H

Malam Khamis bermula
Solat sunat terawih
Selepas saja solat sunat isyak
Di surau
Di markas
Di Pusat tarbiyah
Di masjid
Mahu melahirkan mujahid
Memperjuangkan agama Islam
Mempertahankan agama pilihan Allah s.w.t
Menanti pahala
Jalannya sehala
Tapi penuh cobaan
Juga banyak ujian
Bersabar disuruh Al-Quran
Ramadhan bulan latihan keimanan
Bermula 18 Jun 2015
Kali ini serentak umat Islam
Berpuasa diseluruh dunia
Bagi yang beriman mudah saja
Sahur cukup sebiji kurma
Cekal yang berjiwa waja
Menjaga mata
Menjaga mulut
Menjaga telinga
Baru dapat puasa peringkat kedua
Puasa orang-orang soleh
Bawahnya
Puasa orang-orang awam
Puasa taraf ini dapat hanya
“Lapar dan dahaga”
Jauh dari syurga
Ini syaitan suka
Biar ramai manusia ke neraka
Jahat betul syaitan
Lesu dia bila datang Ramadhan
Ada tazkirah selepas tarawih dan witir
Bila umat Islam mula berfikir
Berfikir dengan ilmu keagamaan
Bila beramal dengan ikhlas
Syaitan pun kandas
Sambutan kejayaan dengan hariraya Eidul Fitri
Keredhaan Allah dah dicari
Gembira anak-anak dan isteri
Akan lahir masyarakat yang berdikari
Aman dan makmurlah seluruh negeri
Kurniaan dari Ilahi



HMS Abu Bakar

12 RAMADHAN 1436H

Dua belas Ramadhan
Hari Isnin
Minggu kedua umat Islam berpuasa
Cepat beredarnya masa
“Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian:
Kecuali yang beriman
Beramal soleh
Berwasiat di atas kebenaran
Berwasiat di atas kesabaran”
Maksud terjemahan
Dari Al-Quran
Yakin dengan bantuan Tuhan
Dengan berpuasa penuh kesungguhan
Jauhi segala larangan
Mata perlu dikawal
Telinga perlu dikawal
Kos kehidupan naik perlu disoal
Dengan memboikot program yang dihebahkan
Dengan membaca Al-Quran berterusan
Pasti puasa kali ini berkesan
Membawa perubahan
Membawa kebaikan



HMS Abu Bakar

Ahad, 28 Jun 2015

11 RAMADHAN 1436H

Sebelas Ramadhan
Hari Ahad
Teruskan berjihad
Menentang kezaliman
Menentang penyelewengan
Buat suruhan jauhi larangan
Berteraskan iman
Bepandukan Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Penuh pengorbanan
Badar berlaku di bulan Ramadhan
313 umat Islam turun berperang
Mencapai kemenangan luar dugaan
Dengan bantuan Tuhan
Jadikanlah pengajaran
Bagi umat kemudian
Kita sekarang berada di kurun lima belas hijiriah
Kenalah berhijrah
Melalui puasa ramadhan
Kita tinggal budaya ikut-ikutan
Di penjara syaitan
Nafsu dilemahkan
Inilah hikmah ramadhan



HMS Abu Bakar

Sabtu, 27 Jun 2015

10 RAMADHAN 1436H

Sepuluh Ramadhan
Hari Sabtu
Puasa yang bermutu
Kena ikut syarat-syarat tertentu
Niat dimalam hari
Sebelum naik mentari
Sepuluh minit sebelum subuh
Sihat tubuh
Solat subuh berjemaah
Selepas berwirid dan berdoa
Dengar tazkirah jika ada
Tambahkan ilmu didada
Menghadapi syaitan kena waspada
Mahu mengurangkan pahala puasa
Mahu tetap taraf puasa orang-orang awam
Dapat lapar dan dahaga saja
Ini merugikan kita
Oleh itu
Lakukanlah perubahan
Jagalah mata
Jagalah telinga
Dengan membaca Quran
Dengan mendengar kuliah agama
Bawa keluarga bersama
Baru sedar indahnya agama



HMS Abu Bakar

Jumaat, 26 Jun 2015

9 RAMADHAN 1436H

Sembilan Ramadhan
Hari Jumaat
Yang maaruf segera dibuat
Yang haram jangan diingat:
                       
I
            Dari pisang buat pengat
            Makan semasa minum teh
            Malam Lailatulqadar selalu ingat
            Beribadat pula tidak letih-letih

                        II
            Buat kerja terlebih dulu
            Pahala serah kepada Allah
            Membuat maksiat hendaklah malu
            Baru selesai banyak masalah

                        III
            Bunga ros warna merah
            Putih berseri bunga tanjung
            Kepada Allah kita berserah
            Hukum-hakamNya kena junjung

                         IV
            Ikan keli ikan sepat
            Boleh dapat dengan menjala
            Berdakwah tanpa mengira tempat
            Bila ikhlas dapatlah pahala



HMS Abu Bakar

Khamis, 25 Jun 2015

8 RAMADHAN 1436H

Lapan Ramadhan
Hari Khamis
Minggu kedua berpuasa
Cepatnya beredar masa
Ulama akhirat banyak berjasa
Berparti politik bukan budaya mereka
Mengajar agama ke seluruh dunia
Mengarang kitab tanpa hakcipta
Al-Risalah oleh Imam Syafie
Juga Al-Ulum
Pengikut setianya Imam Al-Ghazali
Terkenal kitab
‘Ehya Ulumuddin’
Menghidupkan agama
Diterjemahkan ke berbagai-bagai bahasa
Ramai dapat faedah dari ulama seperti ini
Berlainan dengan ulama berparti politik
Jawatan-jawatan ingin dipetik
Tertipu rakyat yang tak cerdik



HMS Abu Bakar

Rabu, 24 Jun 2015

7 RAMADHAN 1436H

Tujuh Ramadhan
Hari Rabu
Ingat arwah ayah dan ibu
Jasa mereka bernilai beribu-ribu
Dari kecil membesarkan kita
Menanggung derita
Malam hari jarang celik mata
Membetulkan sumbu pelita
Elektrik mana ada
Ramai anak pula
Kerja yang berpahala
Sekarang giliran kita
Mendoakan mereka
Di bulan Ramadhan yang mulia
Niatkan
Segala perbuatan baik kita
Kita hadiahkan kepada mereka
Bantu juga yang miskin didepan kita
Datang GST nilai wang mereka bertambah rendah
Kesusahan yang tak sudah-sudah
Dari ramadhan ambillah faedah
Berqiamullail sehingga sudah



HMS Abu Bakar

Selasa, 23 Jun 2015

6 RAMADHAN 1436H

Enam Ramadhan
Hari Selasa
Terus berpuasa
Selagi ada nyawa di badan:
            Warna hijau daun pandan
            Tumbuh subur tanpa baja
            Banyak kelebihan dibulan ramadhan
            Rahmat Allah datang bersahaja
Bagi kita perlu bekerja
Cari rezeki dengan bekerja
Buat yang halal saja
Menipu rakyat berdosa
Diakhirat menanti seksa
Bila ini disedari
Melalui ilmu yang diperolehi
Maksiat dijauhi
Pimpinan zalim dijauhi
Tapi tetap mendoakan mereka
Bertaubat segera
Dibulan ramadhan yang mulia
Beritikaflah dimasjid-masjid
Bacalah sejarah mujahid-mujahid
Kuat tauhid
Mengidamkan mati syahid



HMS Abu Bakar

Isnin, 22 Jun 2015

SUASANA MAKIN TEGANG

Makin tegang
Naik harga barang-barang
Sajak dikarang
Tentang pimpinan kaki temberang
Seksa kubur jelas terbayang
Diwaktu itu baru nak sembahyang
Sedar Allah Maha Penyayang
Sibahlul ingat boleh temberang
Beri sekali lagi peluang
Akan bela rakyat tersayang
Mahu turunkan harga barang-barang
Mahu naikkan nilai wang
Mahu perubahan sekarang:-
            Pergi ke pantai kutip kerang
            Dapat sekilo masuk karung
            Tolak pimpinan kaki temberang
            Dalam penjara elok dikurung
Bila berada dalam penjara
Baru boleh berfikir panjang
Dosa pahala diambil kira
Ini tanda betul-betul pejuang


HMS Abu Bakar


5 RAMADHAN 1436H

Lima Ramadhan
Hari Isnin
Hari Isnin minggu pertama
Kuatlah bekerjasama
Boleh menguatkan agama
Rukun Islam pun lima
Puasa Ramadhan rukun ketiga
Puasa bersama-sama keluarga
Mulai Ayah
Diikuti ibu
Diikuti juga anak-anak:
            Ikan pelata ikan belanak
            Dua jenis ikan laut
            Membuat maaruf kata “nak”
            Jadikan bekalan sebelum maut
Wahai saudara sekalian
Ingatlah ramadhan
Adalah bulan Al-Quran
Bacalah berterusan
Ada kesan
Jiwa sentiasa ingatkan Tuhan
Rahmat dari Tuhan
Darinya datang belas-ekhsan



HMS Abu Bakar

Ahad, 21 Jun 2015

4 RAMADHAN 1436H

Empat hari berpuasa
Hari Ahad
Ingatlah seruan jihad
Hadapi segala kesusahan
Dengan pergantungan kepada Tuhan
Relalah buat semua suruhan
Jauhilah pula tegahan-tegahan
Lapar di siang hari Ramadhan
Tetap bertahan
Dengan membaca Al-Quran
Baca juga terjemahan
Bertambahlah pengetahuan
Ceritakanlah kepada manusia sekalian
Isi Al-Quran penuh kebenaran
Datangnya dari Tuhan Pencipta sekalian alam
Menerima hanya agama Islam
Banyakkanlah doa diwaktu malam
Dilakukan yang bersih hati di dalam



HMS Abu Bakar

Sabtu, 20 Jun 2015

3 RAMADHAN 1436H

Tiga ramadhan
Hari Sabtu
Pahala ramadhan kita yang tentu bersihkan hati kita
Dengan menyedari segala perbuatan kita diketahui Maha Pencipta
Ilmulah yang memantapkan puasa kita
Dengar tazkirah menambahkan ilmu kita
Catat apa yang dikata
Dari mulut ustaz-ustaz keluar banyak cerita
Cerita kehebatan Nabi kita
Isterinya lebih dari sepuluh:-
            Dua kali lima sepuluh
            Dua kali enam duabelas
            Dengan ilmu amalan disuluh
            Lebih pahala jika ikhlas
Disini disenaraikan semuanya
Khadijah
Saudah
Aishah
Ummu Salamah
Hafsah
Zainab Khuzaimah
Raihanah
Juwairiyah
Zainab Jahsy
Mariyah Al-Qibthiyah
Ummu Habibah
Shafiyyah
Maimunah
Hebat betul Rasulullah
Di Badar tentera kafir Quraish kalah
Masya-Allah



HMS Abu Bakar

Jumaat, 19 Jun 2015

2 RAMADHAN 1436H

Kedua ramadhan
Hari Jumaat
Solat Subuh berjemaah
Di surau
Di Markas
Di Masjid
Persiapan menjadi mujahid
Perbanyakkan wirid
Selepas solat subuh
Dengar tazkirah pendek
Ini tanda anda cerdik
Buku nota menanti untuk mencatit
Isu-isu baru perlu disebarkan kepada masyarakat
Isu kecurangan dalam urusan keduniaan
Perlu dijauhkan
Bagi pegawai-pegawai kerajaan
Ingat malaikat-malaikat akan mencatit setiap tindakan kita
Pertama-tama juga mata
Dari seumber halal kumpul harta
SPRM ada di sekeliling kita
Apa itu SPRM?
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Pegawai-pegawai berkaliber semua
Mahu negara bebas dari rasuah
Mahu mencontohi Sweden
Sebuah negara Kristian
Menjagai sumber pendapatan
Irihati syaitan



HMS Abu Bakar

Khamis, 18 Jun 2015

1 RAMADHAN 1436H

Satu Ramadhan
Hari Khamis
Berpuasa umat dinegara tercinta
Jaga-jagalah mata
Bertebaran wanita-wanita jelita
Sekali tengok rezeki saja
Tengok kaki kedua terhakis pahala
Puasa tetap ditaraf “puasa orang awam”
Ini kenalah faham
Ilmu agama perlulah mendalam
Bila ilmu ada
Sentiasalah waspada
Tanamkan pula cita-cita
Mahu mencapai taqwa
Syarat pertama:
Solat tarawih dimalam Khamis satu ramadhan
Syarat kedua:
Membaca Quran dan terjemahan
Syarat ketiga:
Bersahur
Sebelum bersahur;
Solat wudhuk
Solat tahajjud
Solat hajat
Solat witir jika belum dibuat lagi
Nescaya anda jauh dari rugi



HMS Abu Bakar

Rabu, 17 Jun 2015

PANTUN NIKMAT DI SYURGA

Dari padi jadi beras
Dari beras jadi nasi
Bila hati menjadi keras
Menentang kezaliman dengan reformasi

Dari beras jadi nasi
Nasi minyak nasi beriyani
Menentang kezaliman dengan reformasi
Dengan pimpinan yang  berani

Nasi minyak nasi beriyani
Nasi berlauk nasi dagang
Dengan pimpinan yang berani
Baru hubungan tidak renggang

Nasi berlauk nasi dagang
Dua jenis makanan Kelantan
Baru hubungan tidak renggang
Semangat reformasi jadikan ikatan

Dua jenis makanan Kelantan
Boleh dibeli dipasar malam
Semangat reformasi jadikan ikatan
Terasnya ialah ajaran Islam

Boleh dibeli dipasar malam
Harganya juga sangat berpatutan
Terasnya ialah ajaran Islam
Mudah disekat pengaruh syaitan

Harganya juga sangat berpatutan
Warga pesara boleh membelinya
Mudah disekat pengaruh syaitan
Tanda dakwah Islamiah berjaya

Warga pesara boleh membelinya
Dengan GST mahal sedikit
Tanda dakwah Islamiah berjaya
Isu murtad kenalah ungkit

Dengan GST mahal sedikit
Semuanya masuk kekantung kerajaan
Isu murtad kenalah ungkit
Melalui dakwah diberi kesedaran

Semuanya masuk kekantung kerajaan
Kutipan GST cukup banyak
Melalui dakwah diberi kesedaran
Memimpin negara cukup layak

Kutipan GST cukup banyak
Sumbangan pembeli kepada negara
Memimpin negara cukup layak
Kebajikan rakyat diambil kira

Sumbangan pembeli kepada negara
Diambil peluang oleh peniaga
Kebajikan rakyat diambil kira
Di akhirat menanti nikmat di syurga



HMS Abu Bakar