Rabu, 3 Jun 2015

PANTUN TANDA BERJAYA

Ikan baung ikan seluang
Mudah membiak dalam sungai
Menegakkan kebenaran perlu pejuang
Masalah dihadapi tentulah pelbagai

Mudah membiak dalam sungai
Air mengalir menuju muara
Masalah dihadapi tentulah pelbagai
Keselamatan akhirat diambil kira

Air mengalir menuju muara
Berkumpul semuanya dalam laut
Keselamatan akhirat diambil kira
Dengan Sunnah hati terpaut

Berkumpul semuanya dalam laut
Hidup ikan berbagi jenis
Dengan Sunnah hati terpaut
Betul aqidah terasalah manis

Hidup ikan berbagai jenis
Ada pelata dan pari
Betul aqidah terasalah manis
Keredhaan Allah saja dicari

Ada pelata dan pari
Sambil berenang mencari makanan
Keredhaan Allah saja dicari
Ulamalah yang memainkan peranan

Sambil berenang mencari makanan
Sedar-sedar termasuk dalam pukat
Ulamalah yang memainkan peranan
Dalam kebenaran mereka berpakat

Sedar-sedar termasuk dalam pukat
Rezeki kepada para nelayan
Dalam kebenaran mereka berpakat
Mendapat pahala yang lumayan

Rezeki kepada para nelayan
Berteknoloji tinggi nelayan Jepun
Mendapat pahala yang lumayan
Dosa pula Allah ampun

Berteknologi tinggi nelayan Jepun
Ikan paus sasaran utama
Dosa pula Allah ampun
Dengan mengikut kehendak agama

Ikan paus sasaran utama
Harganya mahal dipasaran dunia
Dengan mengikut kehendak agama
Dari Allah nikmat dikurnia

Harga mahal dipasaran dunia
Menjadi makanan orang kaya-raya
Dari Allah nikmat dikurnia

Masuk syurga tanda berjaya


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan