Khamis, 4 Jun 2015

PANTUN BERKAT DAKWAH

Mengail ikan diatas titi
Dapat seekor ikan puyu
Harga naik adanya GST
Jasa pimpinan dikuasai Melayu

Dapat seekor ikan puyu
Digoreng untuk makanan keluarga
Jasa pimpinan dikuasai Melayu
Nasib kroni-korni saja dijaga

Digoreng untuk makanan keluarga
Berdikit-dikit penyelamat wang
Nasib kroni-kroni saja djaga
Mengkayakan diri terbuka ruang

Berdikit-dikit penyelamat wang
Berbelanja ikut keadaan pendapatan
Mengkayakan diri terbuka ruang
Ikut saja ajakkan syaitan

Berbelanja ikut keadaan pendapatan
Mengharapkan dapat gaji minima
Ikut saja ajakkan syaitan
Belakangkan pula ajaran agama

Mengharapkan dapat gaji minima
Sentiasa dituntut kesatuan sekerja
Belakangkan pula ajaran agama
Pimpinan rasuah terus dipuja

Sentiasa dituntut kesatuan sekerja
Gaji pekerja minta dinaikkan
Pimpinan rasuah terus dipuja
Dijadikan BRIM alat sogokan

Gaji pekerja minta dinaikan
Harga barang-barang biarlah turun
Dijadikan BRIM alat sogokan
Tidak ada di zaman Firaun

Harga barang-barang biarlah turun
Doa rakyat selepas solat
Tidak ada di zaman Firaun
Peniaga-peniaga tak berani mengelat

Doa rakyat selepas solat
Mahu negara aman dan sejahtera
Peniaga-peniaga tak berani mengelat
Disebabkan penguasa bertindak segera

Mahu negara aman dan sejahtera
Perlu pimpinan yang beramanah
Disebabkan penguasa bertindak segera
Jarang sekali kedengaran rasuah

Perlu pimpinan yang beramanah
Dari atas hingga ke bawah
Jarang sekali kedengaran rasuah

Berkembang agama melalui dakwah


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan