Isnin, 30 April 2012

IKUT SERTA BERSIH 3.0


Klik sini...untuk Galeri Foto seterusnya.

TUJUAN BERSIH

Manusia dicipta dengan sebail-baik kejadian oleh Tuhan yang bersifat Ar-Rahman
Awal-awal agama mengenai Tuhan
Tuhan pencipta sekelaian alam
Manusia mulia kerana ada ilmu pengetahuan
Ilmu mengenal Tuhan Yang Maha Mengetahui
Tuhan mengetahui kelemahan manusia
Manusia memerlukan Tuhan yang bersifat Maha Penyayang
Diajar manusia cara sembahyang
Daripada solat dibimbinh manusia ke jalan yang lurus dan benar
Benar dalam ucapan
Benar dalam perbuatan
Di hadapan manusia ada syaitan
Boleh kalahkan syaitan dengan berpakat
Berpakat manusia daripada berbagai keturunan
Menyerang gerombolan perkauman daripada kalangan bangsawan
Yang dapat berbagai kemudahan
Kayaraya dengan penipuan
Ini perlu dibersihkan
BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
Usaha bersih usaha murni
Lahir manusia berani
Ratusan ribu manusia berkumpul di sekitar Kuala Lumpur
Pada hari Sabtu tanggal 28 April 2012
Bersatu dalam kepelbagaian
Inilah tujuan
BERSIH diwujudkan

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

PANTUN SELAMATLAH DIRI

Anak Muda Teguh Bersama Kepimpinan ULAMA


Ayam bertelur dalam semak
   Datang pemburu terus terpijak
Mengajar agama tugas ulamak
   Sokong mereka tindakan bijak

Pergi memburu di siang hari
   Dapat napoh di waktu petang
Daripada ulamak ilmu dicari
   Golongan penipu kita tentang

Pagi hari keluar rumah
   Membawa senapang tujuan berburu
Ulamak adalah penyelamat ummah
   Hal-hal maaruf mereka seru

Rumah kampung atap nipah
   Tempat berteduh golongan marhaen
Ulamak su' fikirkan upah
   Gembira bila diberi komisen

Orang Asal suka berburu
   Orang Melayu suka hiburan
Sunnah Nabi elok ditiru
   Daripadanya banyak pengajaran

Tanjung Katong airnya biru
   Tempat pelancong datang berehat
Ulamak akhirat selalu menyeru
   Diterima yang minda sihat

Pegaga tumbuh di tepi pagar
   Pagar dibuat daripada buluh
Ulamak perlu penyokong tegar
   Baru golongan sekular mengeluh

Bunga tanjung putih berseri
   Harum bau di waktu pagi
Ilmu pengetahuan perlu dicari
   Baru di akhirat tidak rugi

Tanam bunga dalam taman
   Disiram air sekali sehari
Bersahabatlah dengan orang beriman
   Baru di akhirat selamatlah diri


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Ahad, 29 April 2012

IKUT YANG BAIK



Sejarah akan berulang
UMNO-BN akan tumbang
Depan orang kampung pandai temberang
Jemaah Islamiah berani serang
Berseronok-seronok dengan "anak wayang"
Taburkan wang
Dengan begitu senang
Pergi ke kawasan nampak alim
Pakai ketayap putih
Solat maghrib berjemaah
Sekali sekala dengar tazkirah
Macam
Memiliki jiwa mutma'innah
Sebenarnya kaki rasuah
Suka pecah amanah
Takutkan duduk bantah
Takut tuntutan BERSIH
Takut hilang kuasa
Takut mati dalam pelukan aktres jelita
Takut mati dalam maksiat
Takut
Sambal cili padi
Menerima nasihat syarikat Yahudi
Ambil komisen daripada lesen-lesen judi
Ada kilang wiski dan brandi di luar negeri
Kayaraya daripada pengaruh bapak
22 tahun jadi P.M
Masih bernyawa
Masih bercakap macam "dia tahu semua"
Dia lupa dia sudah tua
Kubur menanti saja
Bila disoal
Mungkar Nankir
Dia akan jawab
"sudah dapat pengampunan daripada Pope John Paul"
Inilah anak didik Zionis Yahudi
Lupa ikatan tiga segi
Firaun-Haman- Qarun
Kesudahan yang hina
Oleh itu
Wahai pejuang-pejuang asobiyah
Ikutlah TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Dia seorang ahli fikir
Harap-harap tambahkan dengan zikir


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Sabtu, 28 April 2012

PANTUN PAK SAMAD HEBAT



Pinang ini pinang junjungan
   Mari letak tepi telaga
Duduk Bantah suatu perjuangan
   Datanglah bersama keluarga

Hanyut rakit dari hulu
   Batang melintang dari kuala
Politik perkauman dah berlalu
   Menipu pilihanraya kerja gila

Keladi air tumbuh di air
   Minyak bijan di dalam cawan
Rejim zalim akan berakhir
   Bila Putrajaya Pakatan tawan

Orang berlabuh lautan dalam
   Nampak dari Kota Lama
Menentang kezaliman disuruh Islam
   BERSIH 3.0 wadah kerjasama

Ada satu unggas angkasa
   Duduk terbang segenap taman
Ketakutan jelas di pihak berkuasa
   Duduk Bantah dianggap ancaman

Tujuh tujuh tangkai padi
   Buah papaya di dalam dulang
BERSIH 3.0 ingin berbudi
   Duduk Bantah cuba dihalang

Buah berembang buah lebat
   Masak diperam dalam almari
Kepimpinan Pak samad hebat
   Mati syahid ia cari

Hilir pergi ke sungai Sagu
   Singgah menjala di bulan terang
Pilihanraya bersih rakyat tunggu
   Puisi perjuangan terus dikarang

Tioman pulau yang cantik
   Kera melompat di tepi hutan
Duduk Bantah bukanlah politik
   Hanya ketelusan harapan Pakatan

Bunga tanjung baru digubah
   Gubah anak Raja Bentan
Suasana di Malaysia akan berubah
   Bila Putrajaya dikuasai Pakatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

HARAPAN DI HARI DUDUK BANTAH



Hari Sabtu
28 April 2012
Datang dengan ikhlas
Duduk Bantah
Melatah-latah pemerintah
Hak rakyat mahu diratah
Gunakan berbagai helah
Risau PRU-13 mereka kalah
Bila dah ditentukan Allah
UMNO akan kalah
Bersyukur kita kepada Allah
Usaha BERSIH 3.0
Direstui Allah
MasyaAllah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Jumaat, 27 April 2012

SAMBIL DUDUK SAMBIL ZIKIR


Manusia
Mahu yang bersih
Bersih
Minda
Hati dan nafsu
Alatnya ilmu
Dengan ilmu
Manusia dapat maklumat
Baru hidup bermatlamat
Memberi kebaikan kepada rakyat
Ada pada Hang Jebat
Berjuang untuk rakyat
Duduk Bantah
Sambil duduk sambil zikir
Mahukan pemerintah berubah
Memerintah dengan minda yang sihat
Dengan hati yang suci
Dengan nafsu mutma'innah
Baru membenci rasuah
Baru menolak politik asobiyah
Baru dihukum yang bersalah
Bebas mahkamah
Daripada ancaman kuasa eksekutif
Daripada ketamakkan penjawat-penjawat awam
Termaktub dalam perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Mewarisi kebodekkan Haman
Ketamakkan Qarun
Bersekongkol dengan Firaun
Membawa budaya B.N.
"Barang Naik"
Inflasi pun meningkat
Susah rakyat
Ada peluang terdekat
Boleh tukar Kerajaan pusat
Disekat
Dengan tindakan tipudaya
Diperalatkan JPN
Diperalatkan SPR
Ubatnya jalanraya
Ubatnya BERSIH 3.0
Datang bersama keluarga
Pakai baju kuning
Ketua Eksekutif pening
Terlihat gambar Altantuya di internet
Cukup genit
Macam ada tarikan "magnet"
Sudah masuk dalam "net"
Habis duit berjuta-juta ringgit
Malu kepada keluarga bukan sedikit
Inilah dikatakan
Dalam pantun dua kerat
"Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012


Khamis, 26 April 2012

PANTUN MANFAAT ILMU



Tinggi bukit Gunung Baiduri
   Tempat bertanam nyiur kelapa
Ilmu agama perlu dicari
   Bila ditulis taklah lupa

Kapal pecah di pintu kuala
   Orang bergalah di dalam perahu
Buat yang wajib berpahala
   Daripada mengaji mudahlah tahu

Tanam mempelam di tepi parit
   Tepi parit tanah rata
Kehidupan orang kampung perit
   Kesan menyokong pimpinan pendusta

Burung bersarang di pokok dedap
   Berulang makan di Pulau Angsa
Makan kurma memang sedap
   Terutama bila berbuka puasa

Pergi ke kebun petik kuinin
   Bawa ke rumah baru dimakan
Berpuasalah sunat hari isnin
   Baru makna ilmu diamalkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Rabu, 25 April 2012

PANTUN MUSUH DITENTANG

bersiap sedia menentang kezaliman


Lebat sungguh padi di paya
   Kayu tumbang tepi pengkalan
Amalkan Sunnah Nabi sedaya upaya
   Al-Quran pula petunjuk jalan

Pisau raut pisau wali
   Hendak meraut sangkar balam
Semacam dia sudah dibeli
   Diserang pula jemaah Islam

Merak emas burung rimba
   Hendak makan cendawan muda
Tanpa ilmu hidup meraba-raba
   Mudah ditipu walaupun propaganda

Anak landak dari seberang
   Lalu meniti di atas batang
Sajak ketuhanan elok dikarang
   Rejim zalim wajib ditentang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Selasa, 24 April 2012

PANTUN BAWALAH KELUARGA



Masuk hutan mencari rotan
   Bila lapar berhenti makan
Menipu rakyat kerja syaitan
   Pilihanraya bersih rakyat idamkan

Burung undan terbang ke laut
   Terbang hinggap di pohon tinggi
Berhimpun di padang janganlah takut
   Solat hajat sebelum pergi

Asam gelugur masak lemak
   Biasa dimakan anak petani
Menabur ilmu tugas ulamak
   Barulah rakyat jadi berani

Pisang emas dibawa berlayar
   Masak sebiji di atas peti
Daripada ulamak kita belajar
   Amalkan ilmu hingga mati

Pulau Pandan jauh ke tengah
   Gunung Daik bercabang tiga
Cita-cita BERSIH jangan ditegah
   Tujuannya baik menyelamatkan negara

Anak nelayan memasang lukah
   Lukah dipasang di Tanjung jati
Yang bermaruah kita pangkah
   Pahalanya mengalir sampai mati

Pinjam kapak pinjam tajak
   Hendak menebang pokok durian
Berdakwah boleh dengan sajak
   Mengajak manusia menyokong kebenaran


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Isnin, 23 April 2012

CINTA TIGA SEGI



Cinta Tiga segi
Dunia dan akhirat rugi
Yang jelita dah pergi
Yang satu lari keluar negeri
Masih ingat putihnya jari-jari
"Semacam-macam bidadari"
Berbelanja daripada duit curi
Rapat dengan orang besar negeri
Masih berkuasa di dalam negeri
Nampak-nampaknya nak cabut lari
Boleh "shopping' setiap hari
Boleh gadai cincin di jari
Boleh "enjoy" setiap hari
Boleh buat apa suka
Biarpun akhirat menanti neraka
Tentulah bertiga
Inilah natijah
"Cinta Tiga Segi"
One, two, three, four
Satu, dua, tiga, empat,
Melihat Izrail tentu mengelupur
Berehat seminit pun tak sempat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Ahad, 22 April 2012

DOA UNTUK PAK SAMAD

Isnin, 16 April 2012



Malam ini kita berkumpul
Meraikan ulangtahun ke 77
Usia Pak Samad
Makin berumur prestasi makin meningkat
Teguh semangat
Bersama-sama rakyat
Di setiap peringkat
Mahu ubah Kerajaan Pusat
54 tahun mengelat
Orang-orang kampung hanya diperalat
Ikut saja cakap pengkhianat
Macam pelanduk lupakan jerat
Lupa sentiasa ada Hang Jebat
Walaupun bertongkat
Minda tetap sihat
Jiwa pun sihat walafiat
Ingat sang pengkhianat
Menipu pilihanraya itu khianat
Ingat ada yang lihat
Para malaikat semua mencatat
Ingat
Kuasa rakyat itu kuasa keramat
Wahai Tuhan
Panjangkanlah umur Pak Samad
Biar dia terus berjihad
Dengan bersih niat
Dengan BERSIH 2.0 melonjak nama Pak Samad
Di sisi rakyat
Pak Samad macam keramat
Pidatonya memikat
Akhlak mulianya digemari rakyat
Dengan BERSIH 3.0 rakyat berpakat
Nama Pak Samad terus diangkat
Dengan doa
Daripada rakan-rakan di Paksi
Menghasilkan puisi-puisi
Bertemakan
"Duduk Bantah"
Biar mengeletar pemerintah
Biar Kerajaan Pusat berubah
Biar Pak samad istiqamah
Membesarkan Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Sabtu, 21 April 2012

PANTUN DI MALAM ULANG TAHUN KELAHIRAN PAK SAMAD KE 77 TAHUN DI MADRASAH TARBIYAH KG BANDA DALAM, SENTUL, KL

Isnin, 16 April 2012



Hujan lebat di musim tengkujuh
   Susah orang solat zohor
Pak Samad berumur 77
  Meningkat umur makin masyhur

Wanita Indon makan jamu
   Nampak muda dan cantik
Malam ini kita bertemu
   Bersama tokoh pintar berpolitik

Pagi-pagi menanam betik
   Dikenali juga sebagai papaya
Perjuangan Paksi sudah berputik
   Adanya Pak Samad mudahlah berjaya

Pergi ke kebun membawa tajak
   Bila dahaga minum sarsi
Membantu BERSIH 3.0 melalui sajak
   Dengan Pak Samad sebagai inspirasi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal 1433/Apr2012

Rabu, 18 April 2012

RAKYAT SOKONG KEBENARAN



Duduk bantah
Mengelabah pemerintah
Yang rasuah
Yang suka memfitnah
Yang pecah amanah
Yang cakap tak serupa bikin
Majoriti rakyat tak yakin
Kebolehan BN
Rakyat ingin perubahan
Rakyat sokong BERSIH 3.0
Rakyat mahu pilihanraya tanpa tipu
28 April 2012
Rakyat berkumpul
Senjata BN makin tumpul
Peserta Duduk Bantah sanggup dipukul
Yang penting
Penipuan di PRU-13 dihapuskan
Ingat kakitangan kerajaan
Bersongkol dengan penipuan dikutuk Tuhan
Menanti balasan
Bila berkuasa Pakatan
Di peringkat Persekutuan
Oleh itu tinggalkan BN
Bantu A.B.U
Asal Bukan UMNO


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Selasa, 17 April 2012

SMS BERBALAS PANTUN DI ANTARA DINSMAN dan HMS

Isnin, 16 Apr 2012



Dinsman

Berlaku emas setara baiduri
   Molek tersemat pakaian nyonya
Kehidupan kita beronak duri
   Kelak bersabar ada hikmahnya

HMS

Terbang kalkatu menuju cahaya
   Tiba di situ terbakar diri
Berusahalah kita sedaya-upaya
   Mudah keredhaan Allah dicari

Dinsman

Pokok meranti megah seia
   Daun berjurai menyembah tunduk
Hidup ini sesuatu yang berharga
   Jangan ditunggu kucing bertanduk

HMS

Berlaga kerbau menggunakan tanduk
   Tahi judi terus bergaduh
UMNO macam kambing randuk
   Dengar BERSIH 3.0 hati gemuruh


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Isnin, 16 April 2012

KULIAH MAGHRIB



Kuliah Maghrib
Kuliah yang santai
Boleh bawa kitab
Boleh bawa alat tulis
Irihati Iblis
Boleh datang dengan tangan kosong
Yang hak disokong
Tolak Professor kangkong
Hak dan batil tetap bertembung
Oleh itu
Perlu hanya duduk depan Tuan Guru
Ilmu yang diajar
Biasanya
Tauhid
Feqah
Tassauf
Hadis
Sejarah dan tafsir Al-Quran
Banyak pengajaran
Banyak teladan
Dengar kenallah sempadan-sempadan
Kenal halal dan haram
Kenal dosa dan pahala
Buat wajib dapat pahala
Buat sunat dapat pahala
Buat yang haram berdosa
“Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian”
Firaun rugi
Hamman rugi
Qarun rugi
Disebut dalam Al-Quran
Gunakanlah fikiran
Sedarilah kebesaran Tuhan
Sedarilah kebenaran Rasullullah
Menerima wahyu di Mekah
Berhijrah ke Madinah
Akhirnya kuasa jahiliah musnah
Bertaubatlah sebelum masuk tanah
Di setiap keadaan hendaklah beramanah
Menipu merosakkan jemaah
Dengar puisi jangan naik darah
Berimanlah
Beristiqamahlah
Nescaya puak zalim kalah
Semuanya dengan izin Allah
Bersyukurlah
Hadir di Kuliah Maghrib
Di masjid
Di surau
AJK masjid jangan risau
Iblis saja buat kacau
Dengan iman hadapilah mereka
Ikut arahan mereka menanti Neraka
Baru padan muka
Di dunia bermuka-muka
Menyedari hal sebegini
Orang mengaji kena berani
Membuat jalan menuju masyarakat madani


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Ahad, 15 April 2012

KULIAH SUBUH



Menuntut ilmu
Menceriakan minda
Memahami apa yang dibicara
Perintah Allah buat segera
Betul aqidah dapat pahala
Betul niat bertambah pahala
Bersongkok di kepala
Berketayap di kepala
Berserban di kepala
Menuju jalan satu hala
Ke Syurga
Tempat bahagia
Ke Neraka
Tempat celaka
Puncanya ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Duduk bersila di depan guru
Walaupun ustaz bertaraf kampung
Mantap jika ustaz berijazah
Lebih mantap lagi Doktor Falsafah
Yang penting ilmu kita bertambah
Amal soleh kita bertambah
Jiwa kita jiwa mutma’innah
Atasi semua masalah
Jauhi rasuah
Jauhi pecah amanah
Bertindak ikut Sunnah
Walaupun ”bos” marah
Ingat rumah dalam tanah
Luasnya 6’ x 6’ x 2’
Di batu dua
Ramai kecewa
Penjawat-penjawat awam
Ramai dah ke sana
Majoriti hina
Bila di dunia
Memantau kuliah agama
Dengan niat keduniaan
Berlakulah penyesalan
”ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian”
Situasi ini perlu dielakkan
Datang ke kuliah subuh dengan penuh keikhlasan
Ketepikan jawatan
Ketepikan kelulusan
”Buah rambutan buah pulasan,
Rasa lain nampak serupa,
Ingat di akhirat menanti balasan,
Pemimpin zalim berkeadaan papa”
Situasi ini boleh dielakkan
Di kuliah subuh dapat panduan
Berbagai pengajaran
Daripada Hadis dan Quran
Yang dapat terus amalkan
Yang hadir jadikan rakan
Belanja mereka makan
Pahalanya lebih besar daripada kepala ikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Sabtu, 14 April 2012

INGIN CARI KEBAHAGIAAN

Tanpa cabaran dan kesedihan kita tidak akan
mengerti erti kebahagiaan.


Ada orang
Mencari kebahgiaan dengan harta
Melalui komisyen dapat harta
Di sana sini rakyat bercerita
Dia pemimpin pendusta
Beri duit untuk kekal di atas takhta
Boleh bermesra dengan wanita jelita
Dari berbagai kota
Dari Jakarta
Wanita Indon makan jamu
Badan sihat dan cantik
Di Paris dikatakan ada bertemu
Selamat dilindungi kuasa politik
Rakyat di sana tetap getek
Semangat reformasi sudah berputik
Bila kerajaan baru dilantik
Boleh didakwa di Mahkamah
Diadili hakim yang bermaruah
Bebas daripada rasuah
Harta banyak punca musnah
Ada orang mencari bahagia
Dengan pegang Putrajaya
Boleh buat apa saja
”ana” lahraja
Raja Diman Raja Lekok
Raja Spade Raja Kelawar
Orang kampung ditakok lama
Perlu keluar
Tolak pimpinan mungkar
Ada orang cari kebahgiaan
Dengan kecantikan rupa
Soalan kubur terus lupa
Tanpa amalan di akhirat papa kedana
Terus merana
Kuasa politik tak berguna
Kuasa ekonomi tak berguna        
Gundik-gundik cantik tak berguna
Disisi Tuhan tetap hina
Kehidupan yang tak berguna


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Jumaat, 13 April 2012

CARI HARTA UNTUK RAKYAT



Manusia
Mencari kebahagiaan
Dengan berbagai andaian
Ada menyangka dapat bahagia
Dengan harta
Dicarilah harta dengan berbagai cara
Dengan rasuah
Dengan dapat duit komisyen
Dengan pecah amanah
Dengan menipu undi
Dengan menggunakan penasihat-penasihat Yahudi
Dengan membiarkan pergaulan
Bebas muda-mudi
Dengan memberi lesen-lesen judi
Maksiat pun menjadi-menjadi
Anak luar nikah beribu-ribu
Belum ijabkabul dah jadi ibu
Disebabkan pimpinan politik jiwanya kelabu
Taktik Macviavelli mahu ditiru
"Tanjong Katong airnya biru,
tempat pelancong datang berehat,
Tumbangkan penzalim rakyat diseru
Dengan sukacita terima nasihat"
Daripada mulut Hang Jebat
”Aku pejuang rakyat
Hidupku untuk membela rakyat
Rela mati untuk rakyat
Dengan yang jujur aku berpakat
Yang baik-baik aku buat"
Hingga bertukar Kerajaan Pusat
Setiap malam solat hajat
Supaya jahanam pengkhianat
Walaupun berat
Teruskan bermunajat
Fikirkan kebajikan rakyat
Kos kehidupan terus meningkat
Disebabkan inflasi
Disebabkan konspirasi
Disebarkan pula puisi
”Ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian”
Tolak parti perkauman
Dengan kesetiaan kaum
Dengan bersatu dalam kepelbagaian
Dengan satu tujuan
Kuasai Kerajaan Persekutuan
Tol akan dihapuskan
Harga petrol akan diturunkan
Harga barang-barang diturunkan
Rakyat pasti bersyukur kepada Tuhan
Kehendak Buku Jingga dapat dilaksanakan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Khamis, 12 April 2012

UMURKU 73 TAHUN

HMS ABU BAKAR


12 April 2012
Tarikh lahir ke 73
Dengan harapan lapang jalan ke Syurga
Dengan harapan bersama keluarga
Agama dijaga
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan iman, dan amalan
Hadapi ranjau di sepanjang jalan
Berpandukan Al-Quran
Petunjuk sepanjang jalan
Menanti saja syaitan
Menghadapi ujian kena yakin
Zikirullah sebagai vitamin
Ikut jemaah orang-orang mukmin
Hadir di majlis ilmu
Dengan membawa pen dan buku
Duduk di depan guru
Lama kelamaan akan tahu
Indahnya wahyu
Penyelamat bangsa Melayu
Dengan pimpinan bermutu
12 April Khamis ini
Dengan iman jadi berani
Berani menyatakan
Kebaikan masyarakat madani
Hebatnya puisi Jalaluddin Rumi
Menulis dalam bahasa Parsi
”Orang kampung makan nasi
orang barat makan roti
boleh berdakwah melalui puisi
harap istiqamah sampai mati”
Harapan saya hari ini
Tetap dalam iman dan istiqamah
Tetap bersama jemaah
Ahli Sunnah Wal Jemaah
Sumbernya
Al-Quran dan As-Sunnah   
Jalan untuk mencapai sakinah


HMS ABU BAKAR 
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Rabu, 11 April 2012

PANTUN DI AKHIRAT BERJAYA



Pinang muda di dalam dulang
   Dibelah tiga tinggal satu
Kerja maaruf jangan dihalang
   Sebaiknya eloklah kita bersatu

Panas terik di dalam taman
   Anak Cina di pintu gerbang
Orang beriman dijadikan teman
   Jadikan Sunnah asas bersembang

Pisang di para mulai layu
   Di balik pokok daunnya lebar
Penyelamat Melayu ialah wahyu
   Menuntut ilmu hendaklah sabar

Orang mengail pergi ke karang
   Dapat seekor ikan bawal
Puisi ketuhanan elok dikarang
   Semoga maksiat dapat dikawal

Pacak kayu sampai berdiri
   Rusa Nibung di tanah Jawa
Keredhaan Allah wajib dicari
   Menjadi usaha orang bertaqwa

Pisau raut tajam sekerat
   Hendak meraut sangkaran balam
Mari ikut ulamak akhirat
   Baru berkembang ajaran Islam

Pohon kerakap di atas batu
   Singgah hinggap burung layang-layang
Dengan iman kita bersatu
   Sesama jemaah berkasih sayang

Seorang berbelat seorang berlukah
   Dapat haruan dan sepat
Disuruh orang Melayu memangkah
   Malangnya dosa yang dapat

Sutera ini sutera iringan
   Sutera hijau berlapis-lapis
Bila bertakbir diangkat tangan
   Dengan ilmu amalan ditapis

Kelapa muda kupas-kupaskan
   Kelapa tua dalam perahu
Harta rasuah jangan dimakan
   Bahayanya di akhirat baru tahu

Rumah besar tiang meranti
   Suka-suka terima tetamu
Berjuang kita untuk mati
   Bermula hadir di majils ilmu

Tulis surat kertas berpudi
   Kalau koyak mesti diganti
Bahaya ikut nasihat Yahudi
    Bersama Firaun di akhirat nanti

Burung merpati dari hulu
   Buah pauh dari Melaka
Membuat maksiat hendaklah malu
   Baru di akhirat terlepas neraka

Anak ayam turun sepuluh
   Mati seekor tinggal sembilan
Dengan ilmu amalan disuluh
   Al-Quran petunjuk sepanjang jalan

Batang berduri di tengah halaman
   Tanam keladi di tepi paya
Sertailah jemaah orang beriman
   Nescaya di akhirat akan berjaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Selasa, 10 April 2012

MENITI TRADISI PARLIMEN INGGERIS



Dalam Negara Demokrasi
Berpaksikan
Parlimen Inggeris
Bebas mengeluarkan pendapat
Boleh berbeza pendapat
Berwibawa pihak kerajaan
Bijak pula pihak pembangkang
Berpegang teguh kepada tradisi
Berusia
Beratus-ratus tahun
Sedia turun
Bila partinya kalah
Biasanya ketua parti yang tewas
Meletakan jawatan
Secara sukarela
Yang menguasai Dewan Rendah (House of Commons)
Ketuanya pula
Jadi ketua kerajaan
P.M Britain
Tinggal di 10 Downing Street
Berkurun-kurun
Rumah P.M Britain
Pernah diduduki oleh
Disraeli
Gladstone
Winston Churchill
Margaret Thatcher
Tony Blair
Berbeza di setengah-setengah negara
Yang baru 54 tahun merdeka daripada penjajah Inggeris
Yang berlogokan keris
Rumah kediaman P.M bernilai berjuta-juta ringgit
Rakyat kampung jarang-jarang ungkit
Walaupun ekonomi negara sakit
Penyokong-penyokong Parti Asobiyah tetap diam
Seperti burung balam
Nama berbunyi Islam
Hukum Hudud ditolak siang dan malam
Oleh Ketua Kerajaan
United Malays National Organization
"The only people who have violated the trust given to them
by the malays is UMNO"
Lihat saja
PPSMI
Mendewakan bahasa Inggeris
Beratus-ratus ribu anak orang Melayu
Di kampung-kampung kecundang
Diam macam lembu dalam kandang
Lembu-lembu NFC tidak lagi makan rumput
Di padang-padang
Maklumlah
Ditempatkan di kondominium mewah
Diam melihat berlaku rasuah
Di sana sini pecah amanah
Ketua Pembangkang pula dimarah
Ketua Pembangkang terus difitnah
Disebar luas video lucah
Disuruh rakyat menonton
Ditonton yang berjiwa kartun
Membisu yang bergelar "TUN"
Dengan kesedaran baru
Menolak budaya biru
Mahu berubah
Mahu Allah disembah
Mahu ikut Rasulullah
Mahu ikut jemaah
Mahu beramal soleh
Dengan penuh iltizam
Dengar sebenar-benar iman
Dengan berstatus Ibadurahman
Di syurga yang nyaman
Bidadari menjadi teman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Isnin, 9 April 2012

BERKORBAN UNTUK KEBAIKAN



Setiap makhluk ada tempoh
Bagi manusia
Daripada tak ada kepada ada
Hasil kerjasama ibubapa
Dengan ikatan
Perkahwinan
Bila sama-sama berkenan
Lahirlah keturunan
Tujuan untuk berkenal-kenalan
Melalui satu jalan
Iblis menanti di sepanjang jalan
Syaitan menunggu di tepi jalan
Menjanjikan kemewahan
Melalui parti perkauman
Menggunakan slogan
"Melayu Takkan Hilang Di Dunia"
Kononnya
Hang Tuah yang kata
Bila pegang tahta
Kumpul sebanyak-banyak harta
Rakyat kampung tetap menderita
Kos kehidupan terus naik
Beri RM500 kepada rakyat
Penyelewengan pimpinan masih ingat
Kaya-raya suku-sakat
Krini-kroni dapat manfaat
Sedar-sedar tempoh hampir tamat
Diganti oleh Pakatan Rakyat
Buku Jingga dilaksanakan
Membawa kebaikan
Rakyat dapat kebajikan
Perlu hanya berkorban
Korbankan
United Malays National Organization
Segera ditalkinkan
Inilah sebaik-baik tindakan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

HARIJADI KE 77



Hari Isnin
9 April 2012
Genaplah usia Pak Samad
Tujuh puluh tujuh tahun
Rakan-rakan setia memohon kepada Allah
Agar Pak Samad
Dikekalkan iman
Istiqamah dalam amal soleh
Disihatkan badan
Disihatkan minda
Sedarkan anak-anak muda
Bahaya daripada propaganda
"Ketuanan Bangsa"
Bahaya
Penyalahguna kuasa
Wahai Yang Maha Esa
Bantulah Pak Samad dan keluarga
Menjayakan hasrat Buku Jingga
Supaya bertamadun seluruh keluarga
Supaya nasib rakyat dijaga
Dengan kerjasama
Di antara Melayu, India dan Cina
dengan Iban dan Kadazan
Semua dicipta Tuhan
Dengan tujuan
Berkenal-kenalan
Mulia yang betul aqidah dan banyak amalan
Ini disedari oleh Pak Samad
Dengan puisi beliau berjihad
Dengan BERSIH 2.0 beliau menabur bakti
Sasterawan Negara yang berkualiti
Deklamasi puisinya dinanti-nanti
Semoga Putrajaya bertukar ganti
Dengan pimpinan yang berkualiti
Dari zaman reformasi berputik
Doa daripada rakan-rakan
Semoga Pak Samad dirahmati Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Ahad, 8 April 2012

SABAR YEOP



Jangan fikir
Kita boleh buat apa kita suka
Kita ada Perlembagaan Parti
Kita ada Al-Quran
Kita ada Sunnah
Kita ada penyokong setia
Kita ada penyokong ikut angin
Bila orang lain bertindak balas
Kita pula naik angin
Ini namanya
Politik angin keluar asap
Jenis ini tak boleh diharap
Sedar bila ke Tanah Perkuburan Gurap


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Sabtu, 7 April 2012

PERLU BERI SOKONGAN



Setiap manusia
Ada minda
Ada hati
Ada nafsu
Tanpa ilmu minda manusia jadi lesu
Tanpa zikir hatipun mati
Tanpa tasauf manusia bernafsu amarah
Dengar pantun pun marah
Berlainan pendapat pun marah
Sesama jemaah pun marah
Inilah masalah
Bila memperalatkan jemaah
Bila memikirkan ghanimah
Peristiwa bukit Uhud
Dikesali yang zuhud
Sentiasa ingat
'Agama itu Nasihat'
Diterima dengan betul niat
Dengar rangkap-rangkap pantun dengan cermat
Guru-guru agama menabur khidmat
Sejak dulu lagi
Tanpa iman di akhirat tentu rugi
Bersyukur setiap pagi
Bersihkan diri
Keredhaan Allah dicari
Boleh melalui puisi
"Ulat bulu panjat durian,
Tolak Islam di akhirat kerugian"
Ini patut difikirkan
Dalam pemilihan
Di peringkat DUN
Di peringkat Parlimen
Perlu yang beriman
Perlu yang berpengetahuan
Luas pengalaman
Bermesra dalam pergaulan
Lebar senyuman
Jauh daripada cita keduniaan
Jadi keutamaan
Hidup di hari kemudian
Bila ini disedari
Oleh ahli-ahli parti
Bersih pula hati
Tidaklah gusar mendengar
Pantun yang dikumandangkan
Bukan disebabkan kepuakan
Yang dipentingkan
Ilmu agama dikembangkan
Ramai murid yakin dengan kebolehan
Ustaz-ustaz haraki yang
Berjuang siang dan malam
Untuk mendaulatkan Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Jumaat, 6 April 2012

PANTUN GELOMBANG PERUBAHAN

wind of change


Lancang kuning lancang pusaka
   Nampak dari Tanjung Puan
Tolak pimpinan bermuka-muka
   Terima yang bawa kebenaran

Mangkok jorong pinggan jorong
   Jorong berisi buah jati
Pandangan munafik selalunya serong
   Ingin juga ke syurga bila mati

Orang mengail di Lubuk Batu
   Dapat seekor ikan gelama
Betul aqidah asas bersatu
   Bila berpolitik terasnya agama

Tetak buluh panjang sepuluh
   Mari jolok sarang penyengat
Gerombolan perkauman sedang mengeluh
   Kebangkitan rakyat susah disekat

Ada padi adalah beras
   Bertanak nasi periuk tembaga
Gelombang perubahan terlalu deras
   Tertarik kepada Buku Jingga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012


Khamis, 5 April 2012

TINDAKAN BIJAK



Kalau diberi duit, ambil
Kalau diberi gula, kacau
Kalau diberi kain, pakai
Bila undi pangkah bulan
Undi Pakatan Rakyat
Asal bukan United Malays NO
Apa dibuat United Malays NO semuanya tak boleh pakai
Bohong
Tipu
Khianat
Bangsa sendiri sanggup dikhianat
Sekarang United Malays NO nampak tenat
Rakyat sudah sedar
United Malays NO bertambah pudar
Asas perjuangannya
Perkauman sempit
Dengan isu Altantuya ada yang tersepit
Terbang rendah burung pipit
Turun ke sawah makan padi
Bila Apco Worldwide jadi pengapit
Berakhlak buruk muda mudi
Zina menjadi-jadi
Judi berleluasa
Demi masa diharapkan
Selepas PRU-13 United Malays NO hilang kuasa
Pakatan Rakyat akan pula berjasa
Tanpa diskriminasi bangsa
Beramanah yang berkuasa
Rakyat akan hidup sejahtera


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Rabu, 4 April 2012

PANTUN PILIH IKUT AQIDAH



Kanak-kanak bermain belon
   Sambil berlari tersepak batu
Pilihlah ulama jadi calon
   Urusan akhirat dialah bantu

Burung pipit terbang sekawan
   Bila lapar turun ke sawah
Diakui kesungguhan Ustaz Wan
   Siang malam beliau berdakwah

Ikan keli ikan gelama
   Boleh dibeli di pasar tani
Menguatkan parti tugas bersama
   Menentang penipuan juga berani

Pagi-pagi makan nasi
   Sebelah malam makan capati
Boleh berdakwah melalui puisi
   Baru berwawasan ahli parti

Dibuka paip airnya meleleh
   Susah pengantin mandi pagi
Ustaz Wan layak dipilih
   Orang Manjoi tidaklah rugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Selasa, 3 April 2012

IKUTILAH FALSAFAH CINA



" Ada takwim ada sejarah
Jom ubah sebelum parah"
Lakukan selagi darah
Mengalir merah
Pembunuhan Altantuya rakyat marah
Kematian Teoh Beng Hock rakyat marah
Kematian Ahmad Sharbaini rakyat marah
Kematian Amirulrasyid rakyat marah
Kematian Kugan rakyat marah
Kepada Allah kita berserah
Supaya UMNO/BN kalah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/ Apr2012

Isnin, 2 April 2012

PANTUN DIBACA DI MASJID JAMEK AL-EHSAN



Buah rambutan buah pulasan
   Nampak serupa rasanya berlainan
Berpuisi di Masjid Jamek Al-Ehsan
   Semoga menerima suratan di sebelah kanan

Buah rambutan warna kuning
   Buah pulasan warna merah
Gerombolan perasuah sedang pening
   Disebabkan lembu rakyat marah

Ikan puyu ikan keli
   Dua jenis ikan darat
Sudah merapu Hassan Ali
   Sanggup kerjasama pimpinan keparat

Ubi kayu ubi keledek
   Mudah ditanam di tepi hutan
Apa tanda orang cerdik?
   Datang pilihanraya sokong Pakatan

Turun hujan terus berteduh
   Dalam perjalanan menuju sawah
Apa tanda orang bodoh?
   Tetap menyokong pimpinan rasuah

Ikan kembung ikan pari
   Dua jenis ikan laut
Pimpinan bistari kita cari
   Dengan Al-Quran hati terpaut

Sambil berbasikal terlanggar kura-kura
   Dalam perjalanan hendak sembahyang
Dosa pahala ambillah kira
   Tanda Allah anda sayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012

Ahad, 1 April 2012

PANTUN UNTUK ORANG KAMPUNG



Anak ikan dimakan ikan
   Anak haruan dipangkal buluh
Buku Jingga menjanjikan kebajikan
   Hanya kroni penzalim mengeluh

Tetak-tetak batang tempinis
   Tetak mari tengah halaman
Betul aqidah amalan pun manis
   Menjadi budaya golongan ibadurahman

Bedak ditampi waktu pagi
   Lepas itu terus disimpan
Penyokong rasuah di akhirat rugi
   Pakatan Rakyat menjanjikan harapan

Anak balam terbang tinggi
   Hinggap di rumah atap lompong
Usaha munafik tetaplah rugi
   Elok difahami orang kampung


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/ Apr2012