Ahad, 26 Oktober 2014

KALAU TAKUT DENGAN RISIKO

Ramai pelancong pergi Morocco
Dari Malaysia satu rombongan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan

Risiko itu ertinya kerugian
Wujud dalam manusia bacul
Kumpulan benar wajib melawan
Walaupun ada kena pukul

Hidup manusia penuh perjuangan
Pertama-tama melawan nafsu
Disuruh buat segala larangan
Dipatuhi oleh pengampu-pengampu

Manusia pertama Nabi Adam
Berserta Hawa digodai iblis
Dengan Anwar mereka berdendam
Terpaksa guna kekuatan polis

Iblis mahu manusia ke neraka
Digoda dengan tiga “ta”
Dengan ibubapa sanggup derhaka
Asalkan “kroni” dapat harta

Yang pertama ialah wanita
Diminati oleh setiap lelaki
Dalam hati menaruh cinta
Apabila ditolak terus dengki

Yang kedua ialah harta
Diperolehi pula melalui rasuah
Dapat kontrak berjuta-juta
Peduli apa wirawan musnah

Yang ketiga ialah takhta
Mempunyai kuasa yang banyak
Dalam sejarah banyak cerita
Berjaya pimpinan yang layak

Melawan iblis dengan iman
Ingat mati sebagai zikir
Orang beriman jadikan teman
Kebajikan rakyat saja difikir

Bangunlah wahai rakyat sekalian
Lupakan Barisan kali ini
Pemimpin nyanyuk wajib diketepikan
Melawan kita perlu berani

Berani kita kerana benar
Keadilan rakyat kita tuntut
“Saya lawan” kata Anwar
Dengan Mahathir dia tak melutut

REFORMASI itu cukup penting
Perubahan berlaku di setiap diri
Sebut “kroni” si tua melenting
Umurnya tinggal sedikit hari

Mari lawan manusia nyanyuk
Dari penjara terus menyengat
Niat jahat tak boleh sorok
Reformasi menjadi senjata rakyat




HMS ABU BAKAR
22 Syawal 1419/ 9 Feb 1999



Sabtu, 25 Oktober 2014

TAHUN BARU ISLAM


I
1 Muharram
Melibat maksiat orang munafik naik geram
Belanja keluarga dari punca haram
Zaman Teknologi Maklumat rakyat tak boleh duduk diam
Penyelewengan kerajaan pusat mereka faham

II
1 Muharam hari Sabtu
Mari bersatu seluruh umat
Yang wajib sama-sama buat
Buat juga yang sunat
Pahala boleh dapat
Kerja-kerja yang manfaat
Dapat berkat
Hasil beribadat
Tiangnya solat
Dalamnya akujanji sentiasa dibuat
Semua perbuatan kita Malaikat catat

III
25 Oktober 2014
1 Muharram tahun kita
Dengan Nabi Muhammad s.a.w kita cinta
Menuduhnya tentunya orang gila
Gila pangkat
Gila puji
Gila nama
Dapat ruang dalam Media Massa Perdana
Peribadi Nabi s.a.w sanggup dihina
Dengan munafik sanggup bekerjasama
Hidup bukanlah lama
Ingat
Islam Plural
Islam Liberal
Sister’s In Islam
Jemaah Quran Malaysia
Kubur menanti saja         
Pintu Neraka sentiasa terbuka

Bagi manusia yang bermuka-muka


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 24 Oktober 2014

AKU, DIA DAN LAGU

I
Aku
Di mana-mana emas tetap laku
Barang bermutu
Begitu juga Engkau dan Aku
Dengan bimbingan guru
Bertambah ilmu
Setiap masa perlu
Ingat Melayu baru
Budaya Hollwood tak payah tiru
Buangkan budaya mengampu
Buangkan budaya mengampu
Buangkan mentaliti kalkatu
Dengan banyak membaca buku
Keindahan Islam baru tahu
“It is good for you”

II
Dia
Pencipta kita
Dari Adam dan Hawa bermula
Biaklah generasi manusia
Demi masa
SITC meninggalkan banyak jasa
Kepada bangsa
Bahasa jiwa bangsa
Dengan iman baru bermakna
Dengan akidah insan terbina
Tanpa Islam Melayu jadi hina
Hang Jebat mengamuk di istana
Mahu nasib kawan di bela
Tapi Hang Tuah penuh taat setia
Kepada raja
Cerita lama
Mari bangunkan bangsa bersama-sama
Amalkan ajaran agama
Islam panacea bagi semua
Muda dan tua
Amal soleh saja dikira
Maha tahu Si Dia
Berkuasa sentiasa
Maha Pemurah kepada semua bangsa
Di sediakan neraka
Tempat celaka
Bagi manusia yang hidup bermuka-muka
Islam hanya pada nama
Janggut Nabi berani hina
Katanya super gillet belum ada
Bertaubat tidak kedengaran pula
Berbagai-bagai jenis manusia
Mukmin
Kafir
Munafik
Dari Allah kita mohon taufiq
Ke syurga tempat yang cukup baik.

III
Lagu
Kewujudan syurga jangan ragu-ragu
Kewujudan neraka jangan ragu-ragu
Nanti menyanyi tidak berlagu
Oh jangan tinggal daku
Dua kali lima sepuluh
Dua kali enam dua belas
Bangun pagi solat subuh
Jangan pula kita malas
Ulat bulu panjat durian
Sedap dahulu sakit kemudian
Fikirlah semua insan
Hidup adalah perjuangan
Supaya sihat minda, roh dan badan
Yakinlah dengan Al-Quran
Sesuai sepanjang zaman.


HMS ABU BAKAR
22 Zulkaedah 1422
(05 Februari 2002)

Kampong Gajah


Khamis, 23 Oktober 2014

PANTUN CARI DUIT


Bunga kertas warna merah
Bunga mawar warna biru
Satu Muharram menyambut Maal Hijrah
Akhlak Nabi kita tiru

Bunga mawar warna biru
Tumbuh subur dalam taman
Akhlak Nabi kita tiru
Menjadi idaman orang beriman

Tumbuh subur dalam taman
Datang kumbang menghisap madu
Menjadi idaman orang beriman
Menjauhi rokok kerana candu

Datang kumbang menghisap madu
Nampak banyak di waktu pagi
Menjauhi rokok kerana candu
Supaya di akhirat tidak rugi

Nampak banyak waktu padi
Kumbang terbang dari pokok ke pokok
Supaya di akhirat tidak rugi
Jauhi dadah dan rokok

Kumbang terbang dari pokok ke pokok
Berwarna-warni sekitar taman
Jauhi dadah dan rokok
Inilah budaya orang beriman

Berwarna-warni sekitar taman
Harum bau menyenangkan fikiran
Inilah budaya orang beriman
Dapat panduan dari Quran

Harum bau menyenangkan fikiran
Mudah pula menghasilkan puisi
Dapat panduan dari Quran
Baru hidup penuh bevisi

Mudah pula menghasilkan puisi
Boleh gunakan untuk berdakwah
Baru hidup penuh bervisi
Ingat nasib orang di bawah

Boleh gunakan untuk berdakwah
Dalam internet saluran terbaik
Ingat nasib orang di bawah
Baru harga barang tak naik

Dalam internet saluran terbaik
Kerja ini mendatangkan pahala
Baru harga barang tak naik
Bajet 2015 lain pula

Kerja ini mendatangkan pahala
Keredhaan Allah saja dicari
Bajet 2015 lain pula
Dari GST duit dicari


HMS ABU BAKAR







Rabu, 22 Oktober 2014

RAHMAT DARI ILAHI


Menemui 6 siswi UPSI
Dengan doa
Semoga dirahmati Allah
Semasa temuramah
Di rumah
DiTaman Chepor  Indah
Semoga mudah
Tugas yang diamanah
Ingat kecuaian 40 pemanah
Di Bukit Uhud
Tentera Islam pimpinan Nabi
Hampir-hampir musnah
Disebabkan ghanimah
Ujian dari Allah
Siswi-siswi UPSI
Perlu ada visi
Iman jadikan motivasi
Cita-cita mesti tinggi
Berdoa setiap pagi
Bagi keselamatan diri
Bagi keluarga sendiri
Ilmu itu pengenal diri
Boleh berdikari
Pandai juga masak kari
Ikan pelata ikan pari
Di antara jenis ikan laut
Aqidah itu penyelamat diri
Nama-nama Allah selalu disebut
Baru jiwa tidak berserabut
Dengan zikirullah hati jadi lembut
Berselawat kepada Nabi beberapa kali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Dengan jihad syurga dibeli
Berbahagia bila berada diakhirat                                                     
Bila ini siswi-siswi UPSI ingat                                                             
Bakal murid-murid akan taat
Semua manusia akan hormat
Bila dari Allah dapat rahmat.



HMS ABU BAKAR
20-10-14 8.30am



Isnin, 20 Oktober 2014

PANTUN MAKAN YANG HALAL


Ikan haruan ikan puyu
Di antara jenis ikan darat
Bersama Teras Pengupayaan Melayu
Mahu masyarakat selamat di akhirat

Di antara jenis ikan darat
Mudah membiak dalam sawah
Mahu masyarakat selamat di akhirat
Dipimpin ketua yang bermaruah

Mudah membiak dalam sawah
Bila menanam setahun sekali
Dipimpin ketua yang bermaruah
Dengan jihad syurga dibeli

Bila menanam setahun sekali
Padi tumbuh melimpah ruah
Dengan jihad syurga dibei
Dapat kebajikan orang di bawah

Padi tumbuh melimpah ruah
Punca makanan masyarakat setempat
Dapat kebajikan orang di bawah
Selamat pemimpin dari diumpat

Punca makanan masyarakat setempat
Bergotong-royong melakukan pekerjaan
Selamat pemimpin dari diumpat
Melakukan tugas penuh ikhsan

Bergoting-royong melakukan pekerjaan
Menjadi budaya orang-orang dulu
Melakukan tugas penuh ikhsan
Mendekati maksiat terasa malu

Menjadi budaya orang-orang dulu
Masjid dijadikan tempat bermesyuarat
Mendekati maksiat terasa malu
Tiada tempat pimpinan keparat

Masjid dijadikan tempat bermesyuarat
Solat berjemaah setiap waktu
Tiada tempat pimpinan keparat
Dengan iman hatipun bersatu

Solat berjemaah setiap waktu
Lima kali sehari semalam
Dengan iman hatipun bersatu
Barulah hebat masyarakat Islam

Lima kali sehari semalam
Di masjid dan surau solat berjemaah
Barulah hebat masyarakat Islam
Bila pemimpin di atas bermaruah

Di masjid dan surau solat berjemaah
Selapas itu ada tazkirah
Bila pemimpin di atas bermaruah
Mudahlah rakyat jelata berhijrah

Selepas itu ada tazkirah
Majlis ilmu juga diadakan
Mudahlah rakyat jelata berhijrah
Bila yang halal saja dimakan


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 17 Oktober 2014

PANTUN HARTA HALAL


Pisang abu pisang awak
Sedap dimakan bila digoreng
Gelak ketawa mendengar pelawak
Kedua-dua dapat dosa kering

Sedap dimakan bila digoreng
Termasuk mi dan bihun
Kedua-dua dapat dosa kering
Bila diakhirat syurga dipohon

Termasuk mi dan bihun
Dua jenis makanan ringan
Bila di akhirat syurga dipohon
Di dunia tinggalkan segala larangan

Dua jenis makanan ringan
Burger juga jadi kegemaran
Di dunia tinggalkan segala larangan
Ambil pelajaran dari Quran

Burger juga jadi kegemaran
Jenis makanan dari Barat
Ambil pelajaran dari Quran
Sedar bahaya pimpinan keparat

Jenis makanan dari Barat
Ramly Burger dijamin halal
Sedar bahaya pimpinan keparat
Membiarkan merebak penyakit sosial

Ramly Burger dijamin halal
Usahawan Melayu yang berjaya
Membiarkan merebak penyakit sosial
Tukar kerajaan tanpa tipudaya

Usahawan Melayu yang berjaya
Hasil usaha yang gigih
Tukar kerajaan tanpa tipudaya
Kekayaan negara senang diagih

Hasil usaha yang gigih
Sesiapa jua boleh maju
Kekayaan negara senang diagih
Kebajikan rakyat matlamat dituju

Sesiapa jua boleh maju
Disokong ilmu dan iman
Kebajikan rakyat matlamat dituju
Baru negara jadi aman

Disokong ilmu dan iman
Beramal soleh jadi pemangkin
Baru negara jadi aman
Kebenaran Islam juga yakin

Beramal soleh jadi pemangkin
Berlumba-lumba membuat kebajikan
Kebenaran Islam juga yakin
Harta halal saja dimakan.


HMS ABU BAKAR


Khamis, 16 Oktober 2014

PANTUN PENGUASA BERAMANAH

Gejala Sosial

Burung helang terbang tinggi
Hinggap sebentar di atas pokok
Jika di akhirat tak mahu rugi
Berhentilah dari menghisap rokok

Hinggap sebentar di atas pokok
Dapat melihat mangsa di bawah
Berhentilah dari menghisap rokok
Lebihan duit bantu dakwah

Dapat melihat mangsa di bawah
Sedang mengeram ayam hutan
Lebihan duit bantu dakwah
Boleh menyekat budaya syaitan

Sedang mengeram ayam hutan
Datang pemburu terus menembak
Perlu disekat budaya syaitan
Jika dibiar akan merebak

Datang pemburu terus menembak
Lepas itu terus disembelih
Jika dibiar akan merebak
Dengan ilmu mudah beralih

Lepas itu terus disembelih
Bawa ke rumah masak kari
Dengan ilmu mudah beralih
Keredhaan Allah terus dicari

Bawa ke rumah masak kari
Masukkan juga ubi gantang
Keredhaan Allah terus dicari
Pemerintah zalim berani tentang

Masukkan juga ubi gantang
Bila dimasak terus dimakan
Pemerintah zalim berani tentang
Berkat ilmu yang diamalkan

Bila dimasak terus dimakan
Bersama keluarga yang tercinta
Berkat ilmu yang diamalkan
Berjihad pula dengan harta

Bersama keluarga yang tercinta
Baca doa sebelum makan
Berjihad pula dengan harta
Mudah agama Islam dikembangkan

Baca doa sebelum makan
Memuji Allah Maha Esa
Mudah agama Islam dikembangkan
Beramanah yang pegang kuasa

Memuji Allah Maha Esa
Pencipta langit dan bumi
Beramanah yang pegang kuasa
Senanglah penyakit sosial dibasmi.



HMS ABU BAKAR



Rabu, 15 Oktober 2014

PANTUN SABAR TERHADAP UJIAN


Masuk ke hutan niat berburu
Dapat beberapa ekor kijang
Selangor dapat ketua baru
Semoga pemerintahannya kekal panjang

Dapat beberapa ekor kijang
Nampak serupa macam pelanduk
Harap pemerintahannya kekal panjang
Dapat kebaikan ramai penduduk

Nampak serupa macam pelanduk
Terkenal pintar Sang Kancil
Dapat kebaikan ramai penduduk
Tiada lagi yang terpencil

Terkenal pintar Sang Kancil
Boleh meniti di atas buaya
Tiada lagi yang terpencil
Membantu masyarakat sedaya-upaya

Boleh meniti di atas buaya
Cerita di dalam penglipur lara
Membantu masyarakat sedaya-upaya
Nasib di akhirat diambil kira

Cerita dalam penglipur lara
Sang Kancil berjaya selalu
Nasib di akhirat diambil kira
Perintah wajib dibuat dulu

Sang Kancil berjaya selalu
Gajah yang besar pun tewas
Perintah wajib dibuat dahulu
Kebenaran Islam tidak was-was

Gajah yang besar pun tewas
Berlaku dalam perigi buta
Kebenaran Islam tidak was-was
Sanggup korban dengan harta

Berlaku dalam perigi buta
Dicampak Yusof oleh abang-abangnya
Sanggup korban banyak harta
Bila Nabi Yusof berjaya

Dicampak Yusof oleh abang-abangnya
Disebabkan dengki punya fasal
Bila Nabi Yusof berjaya
Baru enam abangnya menyesal

Disebabkan dengki punya fasal
Imam Shafie juga dipenjarakan
Baru enam abangnya menyesal
Dalam Quran ada diceritakan

Imam Shafie juga dipenjarakan
Sabar pula menghadapi ujian
Dalam Quran ada diceritakan
Orang beriman mendapat kejayaan.



HMS ABU BAKAR



Selasa, 14 Oktober 2014

ANAK KECIL MAIN API


Sebuah lagu
Bagi jiwa yang ragu
Dinyanyikan dikursus BTN
Mahu pelajar Melayu anti Cina
Diterima bagi otak yang tak berguna
Dapat BRIM tidur pun lena
RM950
Dengan ilmu ekonomi cuba suluh
RON 95 RM2.30
Dari projek dapat komisen
Kroni-kroni diberi lesen
Naik harga ikan masin
Harga kangkung masih bertahan
Profesor kangkung membuat ulasan
Dalam kubur menanti balasan
Menjerit penyokong Barisan
Di atasnya Batu Nisan
Tertulis;
Anak kecil main api
Pihak penguasa bermain wang
Kali ke 14 elok dibuang



HMS ABU BAKAR