Rabu, 31 Mac 2010

FORMULA 5K

Rakyat menanti khidmat
Dari YB-YB
Berupa nasihat
Menaikkan martabat
Meningkatkan semangat
Jasa rakan-rakan tetap ingat
Dari yang berpangkat
Didatangkan formula 5K

K pertama
Kebenaran
Dalam setiap keadaan
Terutama sesama kawan
Dalam Pakatan

K kedua
Kebebasan
Bebas memberi pandangan
Bebas berhimpun secara aman
Bebas berucap yang hak
Bebas berpesatuan

K ketiga
Keadilan
Meletakkan sesuatu pada tempatnya
Jadi pemimpin yang berdaya upaya
Jadi pemimpin yang beriman
Jadi pemimpin yang setia
Setia bersama Pakatan
Masalah bagi syaitan

K keempat
Kebajikan
Membantu yang lemah
Membantu yang memerlukan
Dikalangan
Melayu Cina India Iban dan Kadazan
Dari segi kelengkapan
Disuruh tuhan
Berkenal-kenalan
Sesama insan

K kelima
Ketaqwaan kepada tuhan
Menjadi keutamaan
Dalam Pakatan
Khianat itu kerja syaitan
Lompat itu kerja syaitan
Perlu dipaikpulih di Hospital Bahagia Tg. Rambutan
Pengajaran bagi generasi kemudian

HAIRAN JIN

Amerika ada jet pejuang tanpa juruterbang
Kesan teknologi terbilang
Banyak menggunakan wang
Musah mudah diserang
Yang penting AS menang
Tapi USA dirundung malang
Melihat Malaysia lebih hebat
Menggunakan jet tanpa enjin
Hairan jin
Ada kapalselam
Tak boleh menyelam
Semua putar alam

HAI KAWAN

Hai kawan
Mari lakukan perubahan
Mulai diri sendiri
Diikuti anak isteri
Ilmu pengetahuan dicari
Setiap hari
Lepas itu muhasabah diri
Lakukan akujanji

Hai kawan
Kita berjanji ketika solat
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam
Laksanakan siang dan malam
Baru kuat umat Islam
Bila kuat ilmu kalam
Mudah kenal budaya pembelot
Lebih licin dari belut
Dengan rakan sanggup belot
Bila bertimbun duit not
Janji angguk saja

Hai kawan
Lupakah tuhan
Lupakah hari kemudian
Ketayap bukan ukuran iman
Iman perlu amalan
Amalan perlu ilmu
Baru menentang penzalim tak jemu-jemu
Baru slogan kosong tak laku

Hai kawan
Dunia akan kau tinggalkan
Duit orang lain akan gunakan
Pembelot pasti kecewa
Bila habis nyawa

Hai kawan
Bertaubatlah segera
Tinggalkan kerja sia-sia
Rakyat perhati sahaja
Gelagat manusia bermuka dua

Selasa, 30 Mac 2010

MEMUJI SAJA

Memuji
Budaya orang mengaji
Ingat akujanji
Buat semua untuk ilahi
Maksiat dijauhi
Pembelot dijauhi
Pelompat dijauhi
Hanya kolam menanti
Manusia tidak berkualiti
Menyesal bila mati

Memuji
Tupai pandai melompat
Itik pandai berenang
Burung pandai terbang
Di sana sini orang bersembang
Lahir banyak anak gampang
Bergaul bebas di simpang-simpang
Buaya darat ambil peluang
Wanita berpakaian macam telanjang
Ibu bapa tak daya nak larang
Budaya Hedonis berkembang
Dari kebudayaan barat ia datang

Memuji
Manusia yang keduniaan
Seperti memuji pesakit di Tanjung Rambutan

Memuji
Pencuri enjin jet
Perompak
Penipu
Budaya pengampu
Dalam kubur tak laku

Jumaat, 26 Mac 2010

MINTA JADI CALON

Bila minta jadi calon
Janji UMNO mesti balon
Biar kempis seperti belon

Bila menang
Duit mula terbayang
Elok jadi kaki temberang
Asalkan banyak wang
Dalam Pakatan tak ada wang
Ada hanya pejuang-pejuang

Bila jadi YB
Meluap-luap hajat
Dalam Pakatan tak dapat
Elok saja lompat
Yang penting duit dapat
Peduli apa istilah khianat
Yang penting sampai hajat
Pedulikan kesan solat hajat
Imanku pun kuat
Ketayap putih sentiasa melekat
Tanda Allah aku ingat
Sebelum mati boleh taubat
Inilah harapan Yang Berhormat

PANTUN BERTEMU FIRAUN

Pagi raya makan ketupat
Dimakan bersama daging rendang
Bila Ahli parlimen melompat
Hati pengundi naik radang

Dimakan bersama daging rendang
Perak terkenal dengan rendang tok
Hati pengundi naik radang
Bila rakan sendiri dikutuk

Perak terkenal dengan rendang tok
Ada dijual di pasar malam
Bila rakan sendiri dikutuk
Kapal titanik pun tenggelam

Ada dijual di pasar malam
Berbagai jenis sayur tempatan
Kapal titanik pun tenggelam
Paling tadah budaya syaitan

Berbagai jenis sayur tempatan
Pucuk ubi pun ada peminat
Paling tadah budaya syaitan
Kerana duit sanggup khianat

Pucuk ubi pun ada peminat
Sedap dimakan dengan sambal
Kerana duit sanggup khianat
Jenis badut lagi bebal

Sedap dimakan dengan sambal
Kegemaran pesawah Bagan Serai
Jenis badut lagi bebal
Tanda kewarasan fikiran terburai


Kegemaran pesawah Bagan Serai
Jelapang padi negeri Perak
Tanda kewarasan fikiran terburai
Bila menyokong penzalim haprak

Jelapang padi negeri Perak
Tempat bermain anak keli
Bila menyokong penzalim haprak
Politikus bermasalah senang dibeli

Tempat bermain anak keli
Ada juga ikan haruan
Politikus bermasalah senang dibeli
Dengan duit terburai iman

Ada juga ikan haruan
Boleh masak gulai tempoyak
Dengan duit terburai iman
Di neraka spesis ini banyak

Boleh masak gulai tempoyak
Bila terdapat ikan baung
Di neraka spesis ini banyak
Dengan Firaun pasti bertembung

Selasa, 23 Mac 2010

MAJLIS MAKAN TENGAHARI DE PALMA HOTEL, AMPANG 21 MAC 2010

 saudari Latheefa koya sedang berucap

Majlis makan tengahari bersama para reformis awal era kebangkitan rakyat menentang konspirasi terhadap DSAI, mantan TPM dan Menteri Kewangan Kerajaan Pusat oleh PM ke 4, Mahathir Mohamad bermula 2 September 1998.
Reformasi telah merubah lanskap politik Malaysia dari dominasi UBN kepada PR yang berjaya menguasai Kedah, P. Pinang, Perak, dan Selangor di samping berjaya mengekalkan negeri serambi Mekah selepas tsunami politik PRU 12.
Dalam masa hampir 12 tahun para reformis telah mengalami pelbagai kesulitan seperti ditahan polis, didakwa di mahkamah seperti kes demonstrasi Kesas.
Kes-kes mahkamah terhadap para reformis berakhir dengan kemenangan.
Sebagai mengenang jasa mereka sekumpulan YB dan ADUN Selangor meraikan para reformis dengan jamuan makan tengahari di De Palma Hotel, pada 21 Mac 2010.
Ustaz Shamsul Firdaus telah membacakan doa sebagai pembukaan.
Diikuti dengan ucapan oleh YB Shaari Sungib, YB Dr Nasir Hashim, YB Tian Chua, YB Sivarasa, YB Dr Hatta dan YB Dato Mahfuz Omar.
Saya sempat mendeklamasikan sajak bertajuk lawan tetap lawan pada kesempatan tersebut.
Majlis tamat pada jam 2.15 petang dengan harapan bertemu lagi di acara yang lebih hebat,

Ahad, 21 Mac 2010

MAJLIS ULANGTAHUN GMP DI MUZIUM SHAH ALAM SELANGOR

Dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor, satu majlis memperingati ulangtahun 100000 rakyat bantah PPSMI 7 Mac 2009 telah diadakan di Muzium Selangor, Shah Alam.
Majlis bermula sekitar 10 pagi dengan ucapan dari setiausaha GMP, saudara Hasni Abas yang memuji keberanian pejuang-pejuang bahasa menentang PPSMI walaupun dihujani gas pemedih mata dan asakan FRU. Dinsman dan Dato Dr. Hassan Ahmad juga tidak melepaskan peluang untuk berucap.
Dianggarkan 150 orang yang menyertai majlis ini termasuk SN Dato A.Samad Said dan isteri, Presiden TERAS, Hj Mohd Azmi Hamid, Ustaz Abu Bakar Chik, dan Prof Dr Nor Hashimah dari UKM.
Bagi melahirkan semangat setiakawan dalam GMP, sebuah kumpulan Esei Budayawan Bertindak telah dibukukan dan dilancarkan oleh EXCO Selangor, Puan Rodziah Ismail.

MENANTI SAJA DI PADANG MAHSYAR

Di Padang Mahsyar
Diperhatikan
Dari rekod-rekod peribadi
Janji manis kepada pengundi-pengundi
Janji menentang rasuah
Janji menentang penzalim
Tiba-tiba berpaling tadah
Seolah-olah merestui kelompok rasuah
Di dunia nampak indah
Aurat isteri-isteri mereka terdedah
Ramai remaja penagih dadah
Di Padang Mahsyar tidak berfaedah
Menyesal tak sudah-sudah

Jumaat, 19 Mac 2010

RAKYAT GEMBIRA

Penulis kena beriman
Profesional kena beriman
Sasterawan kena beriman
Penyair kena beriman
Wartawan kena beriman
Khatib kena beriman
Mufti kena beriman
Politikus kena beriman
Seniman kena beriman

Beriman kepada Allah
Beriman kepada Rasulallah
Beriman kepada Al-Quran
Beriman kepada As-Sunnah

Bila beriman
Perlu amalan
Perlu keikhlasan
Bila ini berlaku
Baru penipu tak laku
Baru pengkhianat tak laku
Baru penzalim tak laku
Baru ulama saduran tak laku
Baru rakyat mudah bersatu
Baru wujud negara makmur
Sukacita rakyat sekalian

CONTOHILAH

Contohilah
Ibadurrahman
Orangnya beriman
Banyak amalan
Sentiasa baca Al-Quran
Membenci kezaliman
Membenci kemungkaran
Membenci penyelewengan
Buat suruhan tinggal larangan
Berjemaah dalam perjuangan
Menanti kemenangan
Perlu kesabaran

Contohilah
Wali Allah
Banyak zikrullah
Beramal ikut sunnah
Beramanah
Berjiwa mutmainah
Bebas dari rasuah
Bebas dari fitnah
Bersedia masuk tanah

Contohilah
Budak gembala kembing
Diuji Saidina Umar Al Khattab
Disuruh jual kambing
Ditolaknya dengan berkata
"Allah mahu letak mana"
Inilah pengaruh tauhid
Inilah kesan Iman
Manusia jenis ini
Patut dicontohi
Bukan yang suka berahi
Bukan yang berkonspirasi
bukan yang takut bini
Bukan yang wahan

Contohilah
Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar As-Siddiq
Umar Al-Khattab
Usman Affan
Ali bin Abi Talib

Contohilah
Ulama akhirat
Imam Syafie
Imam Ghazali
Dengan tulisan syurga dibeli

Isnin, 15 Mac 2010

NASIB KETUANAN MELAYU

Manusia mudah lupa
Lupa
Allah maha esa
Memberi nikmat kepada kita
Nikmat mata
Boleh membaca
Boleh melihat bulan purnama
Ada Islam pada nama
Bercita-cita
Mendapat syurga
Lupa
Syurga dikelilingi kesusahan dan kepayahan
Kepayahan hidup di dunia
Kos hidup tinggi
Pemimpin cakap tak serupa bikin
Ulamak jahat
Merestui pengkhianat
Mendoakan ketika solat hajat
Rakyat terperanjat
Melihat rasuah meningkat
Peratus jenayah meningkat
Bermaharajalela maksiat
Disensasikan kes liwat
Kes profil tinggi ditutup rapat-rapat
Tapi ingat
Jarak Izrail dekat
Sakit sakaratul amat sangat
Penyokong ketuanan melayu pun dimakan ulat
Dalam kubur yang gelap pekat
Nasionalis Melayu pasti disebat
Pasti melarat
Ganjaran bagi pengkhianat

RAKYAT DIUTAMAKAN

Lelaki soleh
Cari rezeki halal
Cara bermuamalah ikut syariat
Betul pada niat
Tiangnya solat
Yang maaruf dibuat
Jauhi maksiat
Nilai ibadah meningkat
Akujanji sentiasa ingat
Sewaktu solat
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam
Bila ini dilaksanakan
Bila keadilan diutamakan
Baru berlaku perubahan
Membawa kebaikan
Memberi kebajikan
Dinikmati rakyat sekalian

DOA UNTUKMU

Engkau difitnah
Dari kalangan pecah amanah
Dari kalangan perasuah
Penentang sunnah
Jiwa bermasalah

Engkau dizalimi
Engkau tetap sabar
Senyuman lebar
Tanda orang sabar
Melihat anda di Putrajaya
Hati tidak sabar
Berdebar-debar
Allahuakbar

Isnin, 8 Mac 2010

KONSERT MEGA JUNJUNGAN KASIH RASULULLAH SAW

Pada 5 mac yang lepas saya telah mendeklamasikan sajak di dewan bulan sabit merah Ipoh.Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan As-Saufee Junior, Hijratul Amal, Muadzul dan bekas vokalis kumpulan Melissa iaitu Ustaz Radzi





Tahniah
Badan Perhubungan PAS Perak
Mengumpulkan artis-artis jemputan
Di Konsert Mega
Junjungan kasih Rasulullah SAW
Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah
Malam Sabtu
5 Mac 2010
Dengan ilmu hidup disuluh
Bila beramal iblis mengeluh
Berselawat sebelum solat subuh
Wanita muslim bertudung labuh
Media massa heboh
Perubahan Artis Muslim menyeluruh
Buat yang rasul suruh
Jauhi yang haram dan makruh
Tanda kuat roh

Warga Ipoh
Dengan mendengar lagu nasyid
Semoga jadi mujahid
Dapat mendengar puisi
Semoga jiwa diisi
Dengan tauhid yang berwawasan
Allah Tuhan Kami
Rasulullah pemimpin kami
Al-Quran pedoman kami
Taqwa jalan kami
Syahid cita-cita kami

Inilah hasrat
Muadzul
HMS Abu Bakar
Hijratul Amali
Kumpulan As-Suafee Junior
Ustaz Radzi
Niat yang suci
Semoga diperkenankan ilahi

Ya Allah
Jadikan kami peminat setia Rasulullah
Jadikan konsert mega
Membawa penonton ke syurga
Perkenankanlah Ya Allah
Amin. Amin. Amin.

Ahad, 7 Mac 2010

SOLAT HAJAT UNTUK PENGKHIANAT

solat hajat
untuk pengkhianat
duit semua orang minat
bukan caranya keluar PR
bila keluar kerana dunia
tanda orang hina
hina di sisi agama
hina di sisi rakyat Malaysia
mengundi anda
memenangkan anda
bila anda belot
jiwa pasti takut
kesan solat hajat
kepada Allah kami munajat
pertama bertaubat
kedua kekal dalam PR
bila ini ingkar
hidup pasti sukar
duit banyak tak bermakna
disisi pengundi anda hina
eloklah terus binasa
demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian
bila tukar haluan
bila sokong barisan
anda diperalatkan
jika anda anak jantan
kosongkan kerusi
baru anda wira
baru duit banyak boleh kira
baru tahu Allah itu hebat
baru tahu perpaduan dalam PR
baru tahu kesan solat hajat
tujuh hari anda dilaknat

Rabu, 3 Mac 2010

WANITA

Nafsu
Menyatakan wanita cantik
Di atas dasar rupanya
Banyak orang percaya
Terutama yang berpangkat dan kaya
Kurang pada ilmu agama

Akal
Menyatakan wanita cantik
Atas dasar ilmu
Ramai juga yang percaya
Terutama yang ijazah berjela-jela
Rasuah kerja tak berpahala
Rugi bila habis nyawa
Dosa saja dibawa
Menerima seksa
Yang lama

Hati
Menyatakan wanita cantik
Atas dasar akhlaknya
Ramai juga percaya
Terutama yang beragama
Beramal sedaya upaya
Di akhirat menanti syurga
Tempat bahagia
Bahagia
Selama-lamanya

ANGAN-ANGAN SAJA

Hidup di dunia hanya sementara
Mati datang mengejut
Berpisah roh dari jasad
Sakitnya terlalu hebat
Pernah dilalui Hang Jebat
Terkenal seorang pesilat
Di zaman kesultanan Melaka
Dijatuhkan Portugis
Terguris
Pejuang-pejuang keris
Kantung negara tiris
Di tangan
Pimpinan berjiwa Inggeris
Wujudkan dsar PPSMI
Kecundang ratusan ribu
Murid-muris Melayu
Dadah dan rempit diburu
Direstui yang otak kalkatu
Dibantah oleh GMP
Gerakan Mansuhkan PPSMI
7 Mac 2009
Berpuluh-puluh ribu
Warga Malaysia
Berdemonstrasi dari Masjida Negara
Ke Istana Negara
PPSMI dimansuhkan
Secara berperingkat
Bahasa Inggeris terus dipertingkat
Mendapat tempat
Di hati pengkhianat
Diracuni kebudayaan barat
Berslogankan
Hidup hari ini lupakan esok
Menepati
Kata-kata nabi
Cinta dunia takutkan mati
Budaya perasuah
Budaya orang bodoh
Di dunia ikut nafsu
Buat maksiat
Di akhirat mahu syurga

JANJI MEMBAWA AKIBAT

Janji memerangi Firaun kecil
Kerja sebegini bukanlah mustahil
Diyakini yang jahil
Lupa menanti saja malaikat Izrail

Malaikat Izrail
Dikenali sebagai malaikat maut
Tugasnya
Mencabut nyawa
Ramai kecewa
Bila duit haram dibawa
RM 2 juta dalam kereta
Sedang rakyat menderita
Sedang warga siber bercerita
Gelagat pimpinan dusta
Dengan duit mata buta
Duit di tangan Firaun besar
Duit boleh beli orang bermasalah
Duit boleh buat kawan berubah
Dulu kata korupsi salah
Dulu kata konspirasi salah
Dulu kata condong kepada penzalim salah
Tahun 2010 berubah
Berubah disuruh sunnah
Bila jiwa mutmainah
Selama-lamanya bencikan rasuah
Bencikan perasuah
Tapi bila jiwa bernafsu amarah
Parti sendiri marah-marah
Rupa-rupanya jiwa bermasalah
Teringat kes mahkamah
Janji mesti ditunaikan
Berubah sikap
Mula menyokong Firaun Besar
Memuji Firaun Besar
Jelas tersasar
Ingatlah azab Padang Mahsyar
Ada 7 golongan sahaja yang selamat

Pemimpin adil
Pemuda yang hidup hanya beribadat kepada Allah
Lelaki yang hanya cinta kepada masjid
Dua orang yang saling menyintai kerana Allah, berpisah dan berkumpul kerana Allah
Lelaki yang digoda perempuan cantik namun berpaling seraya menjawab,
Aku takut kepada Allah
Lelaki yang bersedekah namun tangan kirinya tidak mengetahuinya
lelaki yang berzikir pada Allah dalam keadaan mengalir airmatanya
Memerangi firaun kecil tidak tergolong dalam ini
Memerangi firaun kecil kerja sia-sia
Sebaliknya
perangilah syaitan
Syaitan dalam bentuk duit
Duit. Duit. Duit
Senyum jin ifrit

Isnin, 1 Mac 2010

150 REFORMIS TEGAR BERTAMU DI KEDIAMAN MB SELANGOR

Dialog para reformis tegar sejak zaman reformasi dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam pada 26-2-2010.
 
Timbalan Pengerusi PKR Selangor Syed Shahrir dan Blogger Tukartiub Hishamuddin Rais.

Dianggarkan lebih kurang 150 reformis tegar sejak zaman reformasi 1998 turut serta dalam program dialog sesama reformis. Antara yang hadir ialah Dinsman, Syed Shahrir, Zunar, Sharipudin Muis, David Du, Syed Baniamin, Kamarudin Harun, Munis Musa, Hj Yusof bin Mohd Amin, Puspa, PO Krishnasamy, Nora, Mohd Salleh Badaruddin, Muhamad Zulkafly Yahaya, Saad Arifin, hj Pungut Ghani, hishamuddin Rais, Nasir Mat Isa, Kamal Baharin dan beberapa nama lain lagi.
 Saya telah diminta oleh penganjur untuk mendeklamasikan sajak dan puisi di awal majlis dan berkesempatan untuk duduk di sebelah YAB Khalid Ibrahim.
Majlis yang dijadulkan pada pukul 4.30 petang hanya bermula pada jam 5.20 petang.
YAB Khalid yang segak dengan berbaju melayu lengkap kemudiannya memberikan ucapan dan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan dengan begitu bersemangat oleh para reformis.
YAB DSAI, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia turut berucap dengan senyuman yang menawan. Moderator majlis pula ialah Zunar- Bapa kepada Mahafiraun Hidung Besar.
DSAI berjanji akan mengadakan majlis seumpama ini lagi di kediamannya di Bukit Segambut pada bulan Mac 2010 untuk para reformis berkumpul lagi.

Dari Ipoh ke Shah Alam
Menaiki bas sebelah pagi
reformasi memang dibenarkan Islam
Regim korup pasti rugi