Selasa, 23 Mac 2010

MAJLIS MAKAN TENGAHARI DE PALMA HOTEL, AMPANG 21 MAC 2010

 saudari Latheefa koya sedang berucap

Majlis makan tengahari bersama para reformis awal era kebangkitan rakyat menentang konspirasi terhadap DSAI, mantan TPM dan Menteri Kewangan Kerajaan Pusat oleh PM ke 4, Mahathir Mohamad bermula 2 September 1998.
Reformasi telah merubah lanskap politik Malaysia dari dominasi UBN kepada PR yang berjaya menguasai Kedah, P. Pinang, Perak, dan Selangor di samping berjaya mengekalkan negeri serambi Mekah selepas tsunami politik PRU 12.
Dalam masa hampir 12 tahun para reformis telah mengalami pelbagai kesulitan seperti ditahan polis, didakwa di mahkamah seperti kes demonstrasi Kesas.
Kes-kes mahkamah terhadap para reformis berakhir dengan kemenangan.
Sebagai mengenang jasa mereka sekumpulan YB dan ADUN Selangor meraikan para reformis dengan jamuan makan tengahari di De Palma Hotel, pada 21 Mac 2010.
Ustaz Shamsul Firdaus telah membacakan doa sebagai pembukaan.
Diikuti dengan ucapan oleh YB Shaari Sungib, YB Dr Nasir Hashim, YB Tian Chua, YB Sivarasa, YB Dr Hatta dan YB Dato Mahfuz Omar.
Saya sempat mendeklamasikan sajak bertajuk lawan tetap lawan pada kesempatan tersebut.
Majlis tamat pada jam 2.15 petang dengan harapan bertemu lagi di acara yang lebih hebat,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan