Pagi raya makan ketupat
Dimakan bersama daging rendang
Bila Ahli parlimen melompat
Hati pengundi naik radang
Dimakan bersama daging rendang
Perak terkenal dengan rendang tok
Hati pengundi naik radang
Bila rakan sendiri dikutuk
Perak terkenal dengan rendang tok
Ada dijual di pasar malam
Bila rakan sendiri dikutuk
Kapal titanik pun tenggelam
Ada dijual di pasar malam
Berbagai jenis sayur tempatan
Kapal titanik pun tenggelam
Paling tadah budaya syaitan
Berbagai jenis sayur tempatan
Pucuk ubi pun ada peminat
Paling tadah budaya syaitan
Kerana duit sanggup khianat
Pucuk ubi pun ada peminat
Sedap dimakan dengan sambal
Kerana duit sanggup khianat
Jenis badut lagi bebal
Sedap dimakan dengan sambal
Kegemaran pesawah Bagan Serai
Jenis badut lagi bebal
Tanda kewarasan fikiran terburai
Kegemaran pesawah Bagan Serai
Jelapang padi negeri Perak
Tanda kewarasan fikiran terburai
Bila menyokong penzalim haprak
Jelapang padi negeri Perak
Tempat bermain anak keli
Bila menyokong penzalim haprak
Politikus bermasalah senang dibeli
Tempat bermain anak keli
Ada juga ikan haruan
Politikus bermasalah senang dibeli
Dengan duit terburai iman
Ada juga ikan haruan
Boleh masak gulai tempoyak
Dengan duit terburai iman
Di neraka spesis ini banyak
Boleh masak gulai tempoyak
Bila terdapat ikan baung
Di neraka spesis ini banyak
Dengan Firaun pasti bertembung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan