Jumaat, 26 Februari 2010

TUJUAN

Semasa hidup
Laksanakan akujanji
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam
Hasilnya
Negara makmur dan mendapat keampunan tuhan
Bererti
Negara berkebajikan
Rakyat mudah cari makan
Harga barang berpatutan
Menutup aurat ahli sukan
Berjemaah wanita solehah
Dipimpin pimpinan beramanah
Tempat rakyat mengadu
Kebajikan rakyat terjaga
Terkawal ekonomi keluarga
Buat kerja ahli syurga
Beriman
Beramal soleh
Berwasiat atas kebenaran
Sabar menghadapi ujian
Ikhlas dalam amalan
Dari Quran dapat bimbingan
Buat suruhan tinggal larangan
Nescaya negara aman
Dari rasuah dan penipuan
Wujud kemesraan
Hapus perkauman
Sesama rakyat berkenal kenalan
Untuk 1tujuan
Selamat hari kemudian

PERASUAH JADI PENGANGGUR

Negeri entah berantah
Kroni bergerak macam lintah
Hidup mewah
Dari rasuah

Negeri angin berdengung
Bertindak macam lanun
Rancangan tersusun
Tuduhan asal
Rasuah
Rasuah seks
Bila melompat
Kes pun tamat
DAP disalahkan
Orang Cina disalahkan
Orang India disalahkan
Melayu dianaktirikan
Susah cari makan
RM nilai menurun
Kumpul wang para lanun
Ditangkap
Dengan RM 2 juta
Rakyat pasti buka mata
Disana sini bercerita
Kebaikan pentadbiran
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
Di Selangor tegur menegur
Perasuah-perasuah menganggur

PANTUN RAKYAT SUKACITA

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Ilmu pengetahuan penghias diri
Bila ada kejahilan pun hilang

Mana sama si kucing belang
Dimandikan pula setiap hari
Bila ada kejahilan pun hilang
Mudah memperbaiki diri sendiri

Dimandikan pula setiap hari
Oleh ibu tunggal yang prihatin
Mudah memperbaiki diri sendiri
Faham maksud surah At-Tin

Oleh ibu tunggal yang prihatin
Bersama anak tinggal di kota
Faham maksud surah At-Tin
Sedar Allah Maha Mencipta

Bersama anak tinggal di kota
Mencari rezeki dengan berniaga
Sedar Allah Maha Mencipta
Dengan ilmu bimbing keluarga

Mencari rezeki dengan berniaga
Kumpul duit satiap bulan
Dengan ilmu bimbing keluarga
Ikhlas pula dalam amalan

Kumpul duit satiap bulan
Hasrat hati naik haji
Ikhlas pula dalam amalan
Ciptaan Allah semua dipuji

Hasrat hati naik haji
Bersama dengan abang kandung
Ciptaan Allah semua dipuji
Keluar rumah sentiasa bertudung

Bersama dengan abang kandung
Bekerja sebagai anggota polis
Keluar rumah sentiasa bertudung
Selamat dari godaan iblis

Bekerja sebagai anggota polis
Ibu pejabat Bukit Aman
Selamat dari godaan iblis
Bila berkawan orang beriman

Ibu pejabat Bukit Aman
Dalam Bandaraya Kuala Lumpur
Bila berkawan orang beriman
Ingat selalu seksa kubur

Dalam Bandaraya Kuala Lumpur
Tersegam indah bangunan parlimen
Ingat selalu seksa kubur
Bertambah-tambah kuatnya iman

Tersegam indah bangunan parlimen
Tempat lulus rang undang-undang
Bertambah-tambah kuatnya iman
Dengannya perompak mudah ditendang

Tempat lulus rang undang-undang
Untuk kemajuan negara kita
Dengannya perompak mudah ditendang
Baru rakyat jelata bersuka cita

PANTUN MUKA TAK MALU

Mengalir sungai dari hulu
Ikut arus menuju ke laut
Perompak memang tak tahu malu
Dengan kuasa hati terpaut

Ikut arus menuju ke laut
Ikan membiak berbagai jenis
Dengan kuasa hati terpaut
Harta haram dirasa manis

Ikan membiak berbagai jenis
Ada seluang dan baung
Harta haram dirasa manis
Cipta slogan tujuan berbohong


Ada seluang dan baung
Sampai masa mudik ke hulu
Cipta slogan tujuan berbohong
Budaya orang tak tahu malu

Sampai masa mudik ke hulu
Mudah dijala oleh nelayan
Budaya orang tak tahu malu
Kehendak kroni semua dilayan

Mudah dijala oleh nelayan
Menggunakan hanya sedikit umpan
Kehendak kroni semua dilayan
Pasti bermasalah dimasa hadapan


Menggunakan hanya sedikit umpan
Didedahkan oleh media massa
Pasti bermasalah dimasa hadapan
Kumpul harta semasa berkuasa

Didedahkan oleh media massa
Cerita fitnah terhadap lawan
Kumpul harta semasa berkuasa
Orang tamak jadikan kawan

Cerita fitnah terhadap lawan
Jalan mudah kekalkan kuasa
Orang tamak jadikan kawan
Lupa diakhirat menanti seksa

Jalan mudah kekalkan kuasa
Beri gula pada orang kampung
Lupa diakhirat menanti seksa
Malaikat azab sedia mengepung

Beri gula pada orang kampung
Cukup saja beras sekampit
Malaikat azab sedia mengepung
Dalam kubur yang sempit

Cukup saja beras sekampit
Serta diberi beg sekolah
Dalam kubur yang sempit
Menerima hukuman sebagai pesalah

Selasa, 23 Februari 2010

PANTUN MESRA RAKYAT

Bunga tanjung mudah layu
Ditindih oleh pokok petola
Melayu bertamadun kerana wahyu
Mengerjakan maaruf dapat pahala

Ditindih oleh pokok petola
Tumbuh subur dengan baja
Mengerjakan maaruf dapat pahala
Dengan dakwah dibimbing remaja

Tumbuh subur dengan baja
Boleh diguna baja tradisional
Dengan dakwah dibimbing remaja
Keindahan Islam mudah kenal

Boleh diguna baja tradisional
Bila ditanam diri sendiri
Keindahan Islam mudah kenal
Rezeki halal saja dicari

Bila ditanam diri sendiri
Kurang sedikit kos kehidupan
Rezeki halal saja dicari
Pada Allah menaruh harapan

Kurang sedikit kos kehidupan
Bila cermat dalam perbelanjaan
Pada Allah menaruh harapan
Baru selamat di hari kemudian

Bila cermat dalam perbelanjaan
Dari pendapatan ada simpanan
Baru selamat di hari kemudian
Bila beramal ikut Al-Quran


Dari pendapatan ada simpanan
Cara mengurus kewangan terbaik
Bila beramal ikut Al-Quran
Di sisi tuhan maqam pun naik

Cara mengurus kewangan terbaik
Amalan kerajaan berjiwa rakyat
Di sisi tuhan maqam pun naik
Dikenang orang sepanjang hayat

Amalan kerajaan berjiwa rakyat
Dikawal harga barang tertentu
Dikenang orang sepanjang hayat
Dengan keadilan rakyat bersatu

Dikawal harga barang tertentu
Dasar ekonomi mesra rakyat
Dengan keadilan rakyat bersatu
Menumbangkan penzalim kena berpakat

Dasar ekonomi mesra rakyat
Hasil bersatu dalam kepelbagaiaan
Menumbangkan penzalim kena berpakat
Dengan iman dan persaudaraan

HANYA DENGAN ILMU

Ilmu itu
Sumber iman
Membawa keyakinan
Kepada tuhan
Terasnya Al-quran

Ilmu itu
Sumber Taqwa
Membuat suruhan Allah
Meninggalkan larangan

Ilmu itu
Sumber mengenal diri
Kenal asas kejadian manusia
Elok pengurusan masa
Masa itu berharga
Perlu diguna
Mendapatkan pahala
Mesti ikut agama
Dalam jemaah bersama-sama

Ilmu itu
Sumber petunjuk hidup yang betul

Ilmu itu
Sumber kebahagiaan hidup
Hidup yang sementara
Perintah Allah buat segera
Solat alatnya
Menghubungi tuhan yang esa
Baik mengurus masa
Masa yang berharga
Menghubungkan keluarga
Dengan ilmu di dada
Sentiasa berwaspada
Iblis menanti saja
Ayat kursi dibaca
Lari dia
Buat sementara
Inilah ujian manusia
Ranjau sepanjang jalan
Perlu kesabaran
Sedikit yang berjaya

Ilmu itu
Sumber penyelesaian masalah
jauhi yang salah
Seperti rasuah
Seperti pecah amanah
Dengan ilmu
Sedar bahaya nafsu amarah
Menyuruh buat maksiat
Mencegah maaruf
Media massa jadi alat
Porak perandalah masyarakat
Boleh selamat
Dengan ketuanan rakyat
Dengan mengikut ajaran syariat
Dari ilmu yang bermanfaat
Didaulatkan
Hanya Pakatan Rakyat
Bila memerintah kerajaan pusat

TERIMA KASIH KAWAN

Terima kasih kawan,
Menunjukkan jalan,
Jalan mengenal Tuhan,
Tuhan yang menurunkan al-Quran,
Petunjuk sepanjang zaman,
Jalan menuju syurga,
Peliharalah keluarga,
Dengan bimbingan agama,
Agama yang diakui Tuhan,
Tapi Islam yang syumul.

Terima kasih kawan,
Mengajak membuat kebaikan,
Memberitahu kerja-kerja mungkar,
Mengelakkan kemaksiatan,
Menjauhi bisikan syaitan.

Terima kasih kawan,
Menceritakan kebenaran,
Menceritakan kebaikan keadilan,
Menyuruh menentang kezaliman,
Melalui Iman,
Melakukan amal soleh,
Bersama-sama dalam jemaah,
Mengawal nafsu amarah,
Dengan mengikut Sunnah,
Pasti luput rasuah,
Dibawah pimpinan beramanah.
Manfaat dari Hijrah,
Dipelopori Rasulullah,
Pembawa rahmat sekalian alam.

ORANG ATAS HIDUP MEWAH, RAKYAT HIDUP SUSAH

Lihatlah sejarah,
Sebelum hijrah,
Selepas hijrah,
Kehidupan Nabi tak banyak berubah,
Sahabat-sahabat
Nabi menghidupkan sunnah,
Contoh terbaik ahli-ahli Suffah,
Kehidupan walau susah,
Tetap setia dengan Rasulullah.

Lihat pada hari ini,
Kaya raya kroni-kroni,
Daif ada berjuta-juta,
Rakyat jelata,
Majoriti menderita,
Ditipu setiap masa,
Oleh media massa,
Hiburan pula berleluasa,
Rosak remaja,
Jahil bab agama,
Melakukan dosa bersama-sama,
Lupa hidup di dunia tak lama.

Menyedari keadaan begini,
Lahir golongan reformasi,
Menentang korupsi,
Menentang kezaliman,
Menentang kejahatan.

Budaya orang atasan,
Ada penyakit hati,
Cinta dunia,
Takut mati.

Mati tetap datang,
Bila Izrail datang,
Rugi yang berhutang,
Bila hukum Allah ditentang,
Alangkah baik jika jadi binatang,
Bila neraka jelas terbentang.

KEBAIKAN UNTUK SEMUA

Hidup kita,
Menyembah Allah S.W.T.
Memperolehi pahala,
Ikut jalan sehala,
Jalan Nabi-nabi dan rasul-rasul,
Ada yang tersasul memuja toyol-toyol,
Minta nasihat dari bomoh professional.
Diakhirat menyesal,
Dalam kubur pasti disoal,
Pasti gagal.

Hidup mukmin,
Semacam ada vitamin,
Dari ilmu dapat keyakinan,
Beramal tanpa sempadan,
Dari Nabi ambil teladan,
Sabar dalam ujian,
Redha dalam pakatan,
Menentang syaitan,
Beramanah yang pegang jawatan,
Kebaikan,
Perubahan dalam tindakan,
Bersatu dalam kepelbagaian,
Cerah masa depan,
Bagi rakyat sekalian.

Sabtu, 20 Februari 2010

3P

3P
Ide Lim Guan Eng
KM Pulau Pinang
Kiri kanan diserang
Jauh dari tumbang
Penyerang-penyerangnya yang goyang
Malang bagi petualang-petualang

P1
Perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan
Kagum dengan penghafal Quran
Kerajaan negeri beri ganjaran
RM 500 bagi seorang hafiz
Mengingati kehebatan Umar Abdul Aziz

P2
Perkasakan hak kebebasan dan tanggungjawab rakyat
Semua orang lihat
Lim Guan Eng hebat
Digeruni pengkhianat-pengkhianat

P3
Perkayakan rakyat
Dengan dasar kesederhanaan
Digeruni manusia berjiwa syaitan
Luar dan dalam Pakatan

Inilah Lim Guan Eng
Manusia berjiwa besar
Amar maaruf nahi munkar
musuh politiknya terus bertengkar
KBB
NT
BB
Pasti terbakar

KAKI TEMBERANG

Menang 5-0 bukan dijamin syurga
Kalah 5-0 bukan bermakna masuk neraka

Dijamin syurga
Orang Islam yang bertaqwa

Orang munafiq ditempatkan di neraka
Tempat paling celaka
Di dunia ikut nafsu
Sokong penzalim
Bila menghukum ikut arahan
Bila diberi amanah dikhianati
Bercita-cita
Bertukar parti
Jawatan Menteri dinanti
Jawatan GLC menanti
Dengan syarat kutuk parti
Rakyat kena perhati
Rakyat ada bukti
Semasa reformasi
Menentang konspirasi
Menentang korupsi
Bila dapat kerusi
Bergelar YB
Mula berkrisis tentang ghanimah
Mula hendak besarkan rumah
Mula bertindak macam Sang Kancil dengan Gajah dalam perigi buta
Rupa-rupanya YB tertawan dengan 3 Ta
Wanita
Harta
Takhta
Dengan inflasi rakyat menderita
Harga barang naik rakyat menderita
Lima puluh dua tahun rakyat menderita
Keluarga Beng Hock menderita
Disana sini orang bercerita
gerombolan penzalim berhati buta
Keluarga Kugan menderita
Bertukar parti jelas siapa yang dusta
Dalam Quran banyak cerita
Orang munafiq di kerak neraka
Di dunia hidup bermuka-muka
Dalam TV diberi ruang
Ada tanda hendak menyeberang
Rakyat tetap pandang
Anda sebenarnya bukan pejuang
Tapi anda kaki temberang

DEMI MASA

Saat demi saat
Masih ingat
Jasa para sahabat
Menegakkan syariat
Berfaedah berselawat

Minit demi minit
Masih merasai nikmat
Kurniaan Ilahi
Iman dan Islam
Dirasai bila solat malam

Jam demi jam
Masih berpeluang
Berjuang
Menegakkan kebenaran
Menegakkan keadilan
Dalam pemerintahan
Persekutuan

Hari demi hari
Elok muhasabah diri
Elok ilmu dicari
Elok berdikari

Minggu demi minggu
Hilang ragu
Bila cukup ilmu
Mengaji tak jemu-jemu

Bulan demi bulan
Banyakkan amalan
Berserah pada tuhan
Buat suruhan
tinggal larangan
Jalan kebahagiaan

Tahun demi tahun
Kepadanya terus memohon
Diampunkan
Dosa yang bertimbun

Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Bila buat larangan
Bila tinggal suruhan
Bila berbohong
Bila mungkir janji
Bila mengkhianati amanah
bila keluar parti
Bersihkah hati?
Bila menyokong penzalim

Selasa, 16 Februari 2010

DOSA

Bila hati gelisah
Ada masalah
Makan rasuah
Dosa disisi Allah
Rakyat bermasalah
Harga barangan melambung tinggi
Nilai wang rendah rakyat yang rugi
Yang kurang akal terus mencuri
Enjint dicuri
Kata Pihak berkuasa
Perbuatan yang berpangkat rendah
Dosa di sisi Allah
Menzalimi rakyat
Menipu rakyat
Menyalahgunakuasa
Semua dosa
Bila terasa
Bila tak bernyawa
Dalam kubur seorang diri saja
Munkar nankir terus bertanya
Semua soalan
Geleng kepala
Pukulan pun tiba
Sendiri tanggung sukar
Di dunia
Ada 3M
Money@ Duit
Machinery@ Jentera kerajaan
Media

Dosa
Membodohkan rakyat
Kerja khianat
Perlu disekat
Dengan maklumat
Jujur berkhidmat
Betul niat
Berpakat
Pemimpin dan rakyat
Menegakkan ketuanan rakyat
Dunia akhirat selamat
Bila pahala saja dapat

PANTUN MAULIDUR RASUL 1431

Ikan Pari Ikan Bawal
Dua jenis ikan laut
Lahir Nabi bulan Rabiulawal
Dengan kepimpinannya hati terpaut

Ikan Bawal masak kari
Makan malam bersama keluarga
Berselawat kita setiap hari
Dapat syafaat mudahlah ke syurga

Air laut biasanya dalam
Hidup ikan berbagai jenis
Ikut jemaah menguatkan Islam
Bila berjuang terasa manis

Bulan Islam ada dua belas
Bulan Rabiulawal bulan ketiga
Dalam berjuang mestilah ikhlas
Terbuka luas pintu syurga

Warga emas makan kanji
Mudah bila berbuka puasa
Pemimpin sekulat suka berjanji
Membela rakyat sebelum berkuasa

Cincin emas cincin suasa
Boleh dibeli di kedai emas
Berlaku zalim bila berkuasa
Di Laut Merah Firaun lemas

Isi rambutan dalam guni
Bawa ke pasar untuk dijual
Mari wujudkan masyarakat madani
Baru kos hidup tak mahal

Satu, dua, tiga empat
Kedengaran suara dari Pasti
Berselawatlah dimana-mana tempat
Perjuangan nabi tetap dihayati

PANTUN HATI TERPAUT

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Aktiviti maksiat wajib ditegah
Dengan Islam bimbinganlah keluarga

Gunung Daik bercabang tiga
Dari jauh jelas kelihatan
Dengan Islam bimbinganlah keluarga
Selamatlah dari gangguan syaitan

Dari jauh jelas kelihatan
Indahnya rupa bulan purnama
Selamatnya dari gangguan syaitan
Kerja maaruf buat bersama

Indahnya rupa bulan purnama
Malam lima belas setiap bulan
Kerja maaruf buat bersama
Setiap individu banyakkan amalan

Malam lima belas setiap bulan
Menjelma bulan penuh mengambang
Setiap individu banyakkan amalan
Eloklah berzikir dari bersembang

Menjelma bulan penuh mengambang
Terasa cuaca sangat nyaman
Eloklah berzikir dari bersembang
Ini budaya orang beriman

Terasa cuaca sangat nyaman
Bila berada ditepi laut
Ini budaya orang beriman
Dengan kebenaran hati terpaut

FAEDAH BERSELAWAT

Bila tiba 12 Rabiulawal
Teringat di Mekah
Lahir Muhammad bin Abdullah
Bapanya telahpun menemui Allah
Ibunya Aminah
Meninggal dunia di Madinah
Yatim piatulah Muhammad
Dibela datuknya
Abdul Mutalib
Hanya 2 tahun saja
Kemudian giliran Abu Talib
Sehingga kahwin dengan Siti Khatijah
Hidupnya sedikit mewah
Bila gelap umur 40 tahun
Diangkat jadi Nabi dan Rasul

Dari disayangi
Masyarakat Mekah
Marah yang jahiliah
Abu Lahab cukup marah
Abu Jahal naik berang
Nabi diserang tetap tenang
Mula beriman Siti Khatijah
Diikuti Saidina Ali
Zaid bin Harithah
Abu Bakar As-Siddiq
Tanda mereka cerdik

Tiga belas tahun
Berdakwah di Mekah
Sedikit kemajuan
Menerima berbagai tekanan
Pengikut Nabi bertambah keyakinan
Bertambah iman
Bertambah kekuatan

Bila umur 53 Tahun
Nabi hijrah ke Yathrib
Nabi jadi Ketua Negara
Negara Islam pertama
Dalam dunia
Madinah Al-Munawarah
Terlaksana hukum-hukum Allah

Nabi berjaya
Mendaulatkan Islam
Dengan Al-Quran
Dengan bantuan sahabat-sahabat
Bertaqwa
dan berbakat
Bekerja kuat
Tertegak undang-undang syariat
Aman masyarakat
Baik Didunia
Bahagia diakhirat
Umat terus berselawat
Diakhirat
Dari Nabi dapat syafaat.

Isnin, 15 Februari 2010

IKRAR PEMBELA S.A.R


I

Remaja
Penuh tenaga
Memuaskan selera
Dengan berpoya-poya
Puncanya:
Jahil agama
Bapa berfahaman sekular
Asas hidup berkeluarga
Bahaya:
Kepada agama
Kepada negara
Kepada bangsa
Kepada bahasa
Bila:
Manusia cintakan dunia
Melalui infotemen terbuang masa

II

Puncanya:
Merebak Budaya Hedonis
Iklan-iklan dilihat manis
Maksiat dilihat terasa manis
Memuja Aktres
Memuja Artis
Terdedah betis
Iman jadi nipis

III

Menyedari bahaya Hedonis
Sajak ditulis
Dideklamasi di depan majlis
Diperhatikan saja Iblis
Mahu manusia di akhirat muflis
Melihat S.A.R
Iblis terasa terguris
Bertudung kepala anak gadis
Berkopiah kanak-kanak lelaki
Di TASKI
Di PASTI
Mempertahankan agama tugas suci
Bersukan menguatkan diri
Ilmu pengetahuan dicari
Di sekolah agama didapati
Ustaz
Ustazah berkualiti
Penuh dedikasi
Sedikit gaji
Bebas korupsi
Dilihat Ilahi
Setiap perbuatan Melayu Glokal
Sisters in Islam gunakan akal
Dinaungi kuasa kebal
Diikuti jiwa bebal
Lupa:
Dalam kubur akan disoal

III

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan itiqad kamu?
Apakah kalimah yang
Kamu bawa bersama-sama kamu?

IV

Di sekolah agama rakyat
Diajar:
Allah Taala,Tuhanku
Nabi Muhammad, Nabiku
Islam agamaku
Kitab suci Al-Quran ikutanku
Baitullah kiblatku
Malahan sembahyang,puasa
Zakat dan mengerjakan Haji diwajibkan ke atasku
Semua orang Islam dan
Orang beriman adalah saudaraku

V

Soalan Munkar Nakir memang benar
Di S.A.R diajar
Menentang yang mungkar
Dengan semangat berkobar-kobar
Dakwah Islam disebar
Dengan iman dan sabar
Dalam jemaah yang sedar
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
Matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Ingatlah semua orang islam
Mempertahankan S.A.R
Adalah tugas murni umat islam
Hendaklah dilakukan siang dan malam


HMS Abu Bakar
Mei2006

Ahad, 14 Februari 2010

TERIMA KASIH

I

Terima kasih
Dari hati bersih
Di atas kerjasama kebajikan
Nikmat tuhan
Di akhirat berkekalan
Modalnya amalan
Bersumberkan Al-Quran
Relevan
Sepanjang zaman

II

Terima kasih
Diatas sebarang kerjasama
Disuruh hidup ikut agama
Didunia tak lah lama
Dikenhendaki kumpulkan pahala
Berbagai cara
Solat menjadi tiangnya
Berjemaah pula
Lima kali sehari semalam
Budaya orang islam

III

Terima kasih
Di atas segala pertolongan
Buat suruhan tinggal larangan
Perlu keazaman
Berterusan
Menanti kejayaan
Bidadari yang jelitawan


HMS Abu Bakar
Okt2005

Sabtu, 13 Februari 2010

MAULIDUR RASUL 1431 HIJRIAH

Muhammad Bin Abdullah
Lahir di Mekah
Ada Kaabah
Ada Telaga Zam-Zam
Ada penguasa-penguasa
Ada kehidupan bermasyarakat
Berkuasa yang kuat
Apa kehendak nafsu dapat
Ada wanita, arak dan hiburan
Ada judi dan pelacuran
Ini nabi tak hairan
Fikirannya kepada tuhan
Tuhan pencipta segala kejadian
Hidup nabi penuh pengalaman
Kepedihan
Kesusahan
Isterinya hartawan
Siti Khatijah pemberi dorongan
Meneruskan perjuangan
Menghapuskan sistem hidup kepura-puraan
Menghapuskan sistem perhambaan
Menghapuskan semangat perkauman
Di Gua Hirak menerima Al-Quran
Ayat pertama
Iqra'
Bacalah
Bila baca
Dapat ilmu
Kenal perompak
Kenal lanun
Kenal penzalim
Kenal perasuah
Kenal hipokrit
Manusia jenis cakap tak serupa bikin
Memusnahkannya nabi rasa yakin
Dibantu sahabat-sahabat yang miskin
Bila Umar Al-Khattab yakin
Bergerak seperti enjin
Keberaniannya terserlah
Abu Bakar bermanah
Saidina Ali pahlawan gagah
Di Badar 21 tentera kafir rebah
Di tangan Ali bin Abi Talib
Berlaku di Badar
Bangsa Arab mula sedar
Sedar akan
Kebenaran Al-Quran
Keindahan Islam
Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam
Bila Islam
Tidak menipu
Tidak mengkhianati parti
Tidak cenderung kepada penzalim
Tidak menyalahgunakan kuasa
Tidak guna ISA
Tidak tipu undi
Tidak curi enjin jet
Tidak perkauman sempit
Tidak hanya pertahankan kalimah saja
Tidak pijak kepala lembu
Tidak bodek
Tidak mengampu
Tapi ikut nabi S.A.W
Buat pada niat
Benar pada ucapan
Benar pada tindakan
Benar pada perbuatan
Pasti hapus kemunafikan
Perosak negara nombor satu
Negara perlu
Pimpinan zuhud
Pimpinan berilmu
Ada pada Rasulullah S.A.W
Ada pada Abu Bakar As-Siddiq
Ada pada Umar Al-Khattab
Ada pada Uthman Affan
Ada pada Ali Abi Talib
Ada pada Hassan bin Thabit
Ada pada Zaid bin Thabit


Ini patut dicontohi kita
Korbankan harta dan nyawa
Untuk agama kita
Demi negara kita

Bila ini dilakukan
Dengan dorongan ilmu
Dengan kecintaan pada nabi
Rakyat dapat kebajikan
Kebajikan berpatutan
Baru wujud
Negara maamur dan mendapat keredhaan
Tuhan
Seperti diceritakan
Dalam Al-Quran
Petiunjuk sepanjang zaman.

Jumaat, 12 Februari 2010

PENTINGNYA ILMU

Bila ada ilmu
Baru tahu
Benarnya wahyu

Bila ada ilmu
Kenal siapa menipu
Kenal pengampu
Pijak kepala lembu
Tindakan manusia berotak kalkatu
Nampak projek diburu
Budaya barat ditiru

Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Tindakan perompak jangan tiru
Tanda anda berjiwa sihat

Bila ada ilmu
Hidup pasti bermaruah
Bersedia, berpakat, bersatu
Berubah, berkat, berpadu
Membawa harapan baru

Rabu, 10 Februari 2010

BILA MENDENGAR BERITA

Bila mendengar keputusan
Teringat Al-Quran
Setiap kesulitan ada kemudahan
Setiap kesusahan ada kesenangan
Perlu hanya kuatkan Iman
Tambahkan ilmu pengetahuan
Banyakkan amalan
Tetap berdoa pada tuhan
Dikurniakan
Kesabaran
Kesungguhan
Buat suruhan
Tinggal larangan
Merompak
Menzalimi
Menyalahguna kuasa
Membabitkan dosa
Teringat lagi Al-Quran
Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Bila berterusan
Dalam kemungkaran
Dalam kemaksiatan
Bersorak syaitan

BERITA BENAR

Berita
Tanpa diminta
Hilang harta
Bila pejam mata
Dalam media massa dicerita
Kematian mantan-mantan penguasa
Dalam kubur semua dirasa
Ada yang diseksa
Lebih dasyat dari ISA
Lebih sejuk dari Siberia
Dr. Zhivago dihantar ke sana
Novel ciptaan Boris Pasternak
Membacanya enak
Jiwa tersentak
Rakyat terus memberontak
Menentang korupsi
Menentang penyalhgunaankuasa
Sepanjang masa
Perlu membaca
Baca meluaskan fikiran
Ambil pengajaran
Dari kejatuhan Tzar
Dari kejatuhan Komunis
Dari kekecewaan iblis
Di akhirat penzalim muflis
Seksanya tak habis-habis
Alangkah baik jadi kobis.

TERLEWAT

Kedengaran suara
Kita menang!
Jiwa pun tenang
Dalam kubur mula terkenang
Diri seorang saja
Soalan penting juga tiga
Pertama
Siapa tuhan kamu?
Perompak akan menjawab
Tidak tahu
Kedua
Siapa nabi kamu?
Perompak akan menjawab
Tidak tahu
Ketiga
Apa agama kamu?
Perompak akan menjawab
Tidak tahu
Keputusan
3-0

Keadaan bertukar
Tenang jadi gelisah
Semuanya susah
Terutama rasuah
Penzalim
Pengkhianat
Baru ingat
Baru nak selawat
Baru nak solat
Sudah terlewat
Di akhirat

BISIKAN HATI

Seronok yang menang
Jiwapun tenang
Alam kubur terbayang
Seorang diri
Semasa hidup lupa muhasabah diri
Projek saja cari
Bintang filem jadikan isteri
Terpaksa lengkapkan diri
Mesti eveready
Mesti mandi
Dengan bismillah semua menjadi
Dengan hiburan kaya Yahudi
Rosak muda mudi
Yang tua macam Keladi
Makin tua makin menjadi

Seronok bila menang
Di dunia nampak tenang
Mencurah-curah wang
Projek datang
Maaruf ditentang
Tazkirah cukup pantang

Cencaru keluar waktu petang
Bila keluar termasuk pukat
Hukum Allah jangan tentang
Dilakukan oleh hati karat

Seronok bila menang
Tentu masuk banyak wang
Sebelum selalu terbayang
Akujanji sembahyang
Tetap buat yang dilarang
Dalam hati berkata temberang
Benar
5-0 tidak bermakna
Tiang gol hanya ternganga!
Apa guna

OTAK KEMATU

Orang miskin
Dengan PR yakin
Kuasa Allah yakin
Seksa kubur yakin

Syurga juga wujud
Bila pimpinan zuhud
Ingat peristiwa Uhud
Kerana Ghanimah
Tertawan nafsu
Rosak negara kerana rasuah
Makan duit haram tak sudah-sudah
Aurat isteri terdedah
Syaitan dapat faedah
Menderita azab tak sudah
Nikmat dunia nampak indah
Tertawan yang otak kalkatu
Dengan musuh bersatu
Tanda otak kematu
Nyawa dicabut bila waktu
Bernyanyilah
Jangan tinggal daku!

KAWAN LAMA SEDAR

Dunia ini
Sementara saja
Buatlah kerja
Lebih ke sebelah sana
Lama
Selama-lamanya
Perlu cahaya
Bara Quran dapat cahaya
Dapat juga pahala
Berguna
Berbuat kebajikan
Kepada keluarga
Masyarakat
Negara
Semuanya diambil kira
Dari akil baligh

Dunia ini
Penuh kepalsuan
Kawan jadi lawan
Dengan sedikit umpan
Berupa jawatan
Senyum syaitan

Dunia ini
Syurga bagi pengkhianat
Dapat berbagai nikmat
Dapat liputan media
Ucapan dianalisa
Dosa bersekongkol dengan penyalahgunakuasa

Alasan sebenar
Rakan-rakan lama sedar
Iman sudah pudar
Subhanallah

TERUS BERKHIDMAT

Bila lawan jadi kawan
Biasa dalam perjuangan
Berlaku sepanjang zaman
Umar Al-Khattab
Khalid Ibnu Walid
Contoh terdekat

Bila lawan jadi kawan
Ahli-ahli DAP
Ahli-ahli PAS
Ahli-ahli PKR
Yakin dengan PR
Tanda jiwa sihat
Dari internet dapat maklumat
Lupakan pengkhianat
Kerja kuat
Terus berpakat
Sehingga tawan kerajaan pusat

Khamis, 4 Februari 2010

DIARI SEORANG MUSLIM

Masuk waktu Maghrib
Bersedia di Masjid
Bersedia di surau
Solat berjemaah
Ingat akujanji
Semasa
Baca doa Iftitah
"Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah ; Tuhan semesta alam
Sumpah setia umat Islam

Majlis ilmu
Maghrib ke Isyak
Mendengar dari ustaz
Mendengar dengan teliti
Malaikat tetap perhati
Menanti saja mati
"Setiap yang bernyawa pasti mati"
Hidup penzalim tak bererti
Hidup perasuah tak bererti
Hidup pengusaha tak bererti
Hidup munafik tak bererti
Walaupun duit berpeti-peti
Pangkat besar tak bererti

Tiba isyak
Solat berjemaah
Ingat isi kandungan surah
Al-Fatihah
"Tunjukkilah, Ya! Allah jalan yang lurus"
Dengan agama kehidupan diurus
Dengan ilmu ilmu kehidupan diurus
Menentang munkar bukan melawan arus
Hukumnya wajib
Dibuat dapat pahala
Perintah Allah buat segera
Larangan Allah dijauhi
Penzalim dibenci
Perasuah dibenci
Perlu diganti
Pimpinan berkualiti
PR menanti

Makan malam ala kadar
Tidur setelah membaca
Mendoakan
Supaya bangun malam
Solat Tahajud;
Hajat,
dan Witir
Tidur semula selepas Subuh

Solat Subuh berjemaah
Lepas itu dengar tazkirah
Minda jadi cerah
Berani menentang rasuah
Rasuah itu pemusnah
Rasuah itu kutuk Allah

Menanti Zuhur
Melakukan aktiviti kehidupan
Mencari rezeki yang halal
Curi enjin jet kerja haram
Ambil komisyen kerja haram
Tipu rakyat kerja haram
Rompak kerajaan kerja haram

Solat Asar berjemaah
Lepas Asar riadah
Bersukan
Dengan rakan-rakan
Harta halal saja dimakan
Kerajaan zalim ditumbangkan
Dengan sokongan
Rakyat yang bermaklumat
Isi diari harian tamat
Dengan berselawat
Kepada nabi pembawa rahmat
Dunia dapat
Akhirat selamat

KEAZAMAN RAKYAT PRIHATIN

Melihat kepincangan sana sini
Rakyat mula memikirkan sesuatu
Pakatan Rakyat perlu dibantu
Dengan memberi sokongan padu

Melihat pimpinan cukup tak serupa bikin
Rakyat mula kurang yakin
Harga naik menyusahkan golongan miskin

Melihat enjin jet boleh hilang
Melihat naik harga barang-barang
PR patut diberi peluang
Dasarnya nampak seimbang
Rasuah semakin kurang
Kebolehan memerintah
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Selangor
Perak
Diakui Ketua Audit Negara
Dinyatakan dalam laporan Audit Tahunan
Kurang pembaziran
Baik pengurusan kewangan

Rakyat sedar
Negara perlu diselamatkan
Dengan pertukaran
Di peringkat Persekutuan
Putrajaya elok berubah tangan
Pimpinan P.R. berkebolehan
Perlu disegerakan
Baru rakyat dapat kebajikan
Berubah untuk perpaduan
Berubah untuk keadilan
Berubah untuk kesejahteraan
Bersatu dalam kepelbagaian
Negara makmur dan mendapat keredhaan tuhan

MAJLIS ILMU

Dari ilmu kita tahu
Hebatnya wahyu
Benarnya wahyu
Elok bagi India, Cina dan Melayu
Eloknya bersatu
Eloknya berpakat
Dengan keadilan terpikat
Dengan kebenaran terpikat
Kebajikan rakyat diangkat

Dari belajar dapat ilmu
Beramal jangan jemu
Wanita Indon makan jamu
Segar selalu
Pandang tak jemu
Lagu dulu
Menusuk kalbu
Ingat jasa ayah dan ibu
Doakan mereka selalu
Tanda anda mengenang jasa
Rugi penyalahgunakuasa
Dalam kubur menanti seksa
Menyesal guna ISA

Dengan ilmu terus beramal
Berpandukan Quran
Berpandukan Sunah
Membenci rasuah
Di akhirat susah
Dalam kubur dibelasah
Rugilah...
Rugilah...
Rugilah...

Mahu untung
Pakatan Rakyat kena sokong
Dengan doa
Dengan kewangan
Dengan setiakawan sejati
Parti perkauman pasti mati
Baru hidup berkualiti

JUJURLAH KAWAN

Setiap yang kita lakukan
Biarlah jujur
Bersedia ditegur
Ingat soalan kubur
Rugi yang takbur

Kejujuran itu terlalu penting
Dalam kehidupan kita
Biar apa orang kata
Asalkan hati tak buta
Di akhirat Abu Jahal menderita
Di peperangan Badar habis nyawa
Dosa saja dibawa
Selama-lamanya kecewa

Bila anda tidak jujur
Hidup anda dipermain orang lain
Dulu cakap lain
Sekarang pula lain
Seolah-olah bermain
Hidup bukan mainan
Apa makna kebendaan
Bila dimurkai tuhan
Hidup tidak keruan
Seperti
Ulat bulu panjat durian
Direkod malaikat setiap ucapan
Sedap dulu sakit kemudian
Menanti saja kain kapan
Pembelot diceritakan
Sepanjang zaman
Disebabkan kebendaan
Kawan jadi lawan
Bila hilang kejujuran
Wujudlah
Kepalsuan
Kawan menyeberangi sempadan

RAKYAT DAH SEDAR

Rakyat ada mata
Rakyat ada telinga
Rakyat ada hati

Dengan mata rakyat lihat
Maksiat di sana sini
Projek-projek diberi pada kroni
Membeli belah di luar negeri

Dengan telinga rakyat mendengar
Mendengar cerita
Enjin jet hilang
Naik harga gula
Naik harga barang-barang
Kos hidup melambung tinggi
Rakyat yang rugi

Dengan hati rakyat memendam rasa
Terhadap penyalahgunaankuasa

Dalam keadaan tidak menentu
Datang tawaran penubuhan dari Pakatan Rakyat
Dirasai rakyat
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Selangor

Di Perak
Dirasai rakyat
Hanya
Sepuluh bulan sahaja
Tiap Jumaat
Doakan raja
Supaya
Islam
Dijaga
Khatib hanya baca
Demi masa

Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian
Bila berfahaman perkauman
Bila ketepikan hukum tuhan
Bila kalimah saja didahulukan
Bila slogan saja kedengaran

Bagi rakyat prihatin
Masa berubah sudah tiba
Dengan mata
Dengan telinga
Dengan hati
Pakatan Rakyat tetap dihati

MUNAJAT PERDANA

Munajat perdana
Mengelak terus dihina
Di tangan manusia durjana

Munajat perdana
Peribadi Ibadurrahman dibina
Dengan iman di dada
Ilmu pengetahuan ada
Beramal penuh tenaga
Bersama keluarga
Menuju syurga

Syurga
Dikelilingi kesusahan dan kepayahan
Diganggu oleh syaitan
Dijanjikan duit sebagai umpan
Dijanjikan juga jawatan
Tertawan
Kawan bertukar lawan
Banyak berlaku di akhir zaman
Terpengaruh dengan kebendaan
Ketua di atas jadi sasaran
Bermunajat saja pada tuhan
Berbekalkan
Puasa sunat Isnin-Khamis
Solat Dhuha
Solat Tahajud
Solat Hajat
Solat Witir
Solat Fardu berjemaah
Boleh capai jiwa mutmainah
Bergerak dalam jamaah
Membesarkan Allah
Ikut Quran dan Sunah
Lahir pimpinan beramanah
Pengikut pula istiqamah
Puak zalim pasti musnah
Berselindung dengan kalimah
Sedang iman cukup lemah

Bila baik bercampur buruk
Haram bercampur halal
Haramlah jadinya
Oleh itu bermunajatlah
Berubah
Minda orang bawah
Membenci rasuah
Bila PR memerintah
Kos hidup akan rendah
Rakyat dapat faedah
Syukur kepada Allah

Rabu, 3 Februari 2010

SYAITAN PUN HAIRAN!

 


Bila lawan jadi teman
Berpaksi keseimbangan
Berpandu kesederhanaan
Berteraskan kebenaran
Syaitan pun hairan
Orang bukan Islam berhujah menggunakan Al-Quran
Pening golongan perkauman
Golongan muda beri sokongan
Yakin
Kemampuan
Kebolehan
Pimpinan Pakatan Rakyat
Terserlah bakat
Di Perak tersekat
Dengan umpan terpikat
Nampak selamat
Dikawal ketat
Kebebasan tersekat
Gelisah terbayang di muka
Di akhirat menanti neraka
Bila lawan jadi kawan
Wujud setiakawan
Menegakkan keadilan
Memberi kebajikan
Dirasai rakyat sekalian
Berlaku
Di Kedah
Pulau Pinang
Selangor
Kelantan
Dikuasai Pakatan Rakyat
Bila lawan jadi kawan
Duduk semeja dalam perbincangan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah kemenangan
Sebelum Putrajaya digegarkan
Dengan iman
Kebenaran
Perpaduan

ADA BAKAT

Dia ditakuti
Dia digeruni
Di kalangan kroni-kroni

Dia dibenci
Dikalangan penguasa
Dikalangan penyalahgunaankuasa

Dia difitnah
Dari kalangan penjenayah-penjenayah
Dari gerombolan perasuah

Dituduh
Dihukum
Dipenjarakan

Dia masih releven
Dia berkebolehan
Dialah aset negara
Dialah perwira
Bagi negara