Sokonglah Karya Tempatan

Sokonglah Karya Tempatan
Diharap dapat sokongan daripada sahabat semua...

Jumaat, 26 Februari 2010

PANTUN RAKYAT SUKACITA

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Ilmu pengetahuan penghias diri
Bila ada kejahilan pun hilang

Mana sama si kucing belang
Dimandikan pula setiap hari
Bila ada kejahilan pun hilang
Mudah memperbaiki diri sendiri

Dimandikan pula setiap hari
Oleh ibu tunggal yang prihatin
Mudah memperbaiki diri sendiri
Faham maksud surah At-Tin

Oleh ibu tunggal yang prihatin
Bersama anak tinggal di kota
Faham maksud surah At-Tin
Sedar Allah Maha Mencipta

Bersama anak tinggal di kota
Mencari rezeki dengan berniaga
Sedar Allah Maha Mencipta
Dengan ilmu bimbing keluarga

Mencari rezeki dengan berniaga
Kumpul duit satiap bulan
Dengan ilmu bimbing keluarga
Ikhlas pula dalam amalan

Kumpul duit satiap bulan
Hasrat hati naik haji
Ikhlas pula dalam amalan
Ciptaan Allah semua dipuji

Hasrat hati naik haji
Bersama dengan abang kandung
Ciptaan Allah semua dipuji
Keluar rumah sentiasa bertudung

Bersama dengan abang kandung
Bekerja sebagai anggota polis
Keluar rumah sentiasa bertudung
Selamat dari godaan iblis

Bekerja sebagai anggota polis
Ibu pejabat Bukit Aman
Selamat dari godaan iblis
Bila berkawan orang beriman

Ibu pejabat Bukit Aman
Dalam Bandaraya Kuala Lumpur
Bila berkawan orang beriman
Ingat selalu seksa kubur

Dalam Bandaraya Kuala Lumpur
Tersegam indah bangunan parlimen
Ingat selalu seksa kubur
Bertambah-tambah kuatnya iman

Tersegam indah bangunan parlimen
Tempat lulus rang undang-undang
Bertambah-tambah kuatnya iman
Dengannya perompak mudah ditendang

Tempat lulus rang undang-undang
Untuk kemajuan negara kita
Dengannya perompak mudah ditendang
Baru rakyat jelata bersuka cita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan