Jumaat, 26 Februari 2010

PANTUN MUKA TAK MALU

Mengalir sungai dari hulu
Ikut arus menuju ke laut
Perompak memang tak tahu malu
Dengan kuasa hati terpaut

Ikut arus menuju ke laut
Ikan membiak berbagai jenis
Dengan kuasa hati terpaut
Harta haram dirasa manis

Ikan membiak berbagai jenis
Ada seluang dan baung
Harta haram dirasa manis
Cipta slogan tujuan berbohong


Ada seluang dan baung
Sampai masa mudik ke hulu
Cipta slogan tujuan berbohong
Budaya orang tak tahu malu

Sampai masa mudik ke hulu
Mudah dijala oleh nelayan
Budaya orang tak tahu malu
Kehendak kroni semua dilayan

Mudah dijala oleh nelayan
Menggunakan hanya sedikit umpan
Kehendak kroni semua dilayan
Pasti bermasalah dimasa hadapan


Menggunakan hanya sedikit umpan
Didedahkan oleh media massa
Pasti bermasalah dimasa hadapan
Kumpul harta semasa berkuasa

Didedahkan oleh media massa
Cerita fitnah terhadap lawan
Kumpul harta semasa berkuasa
Orang tamak jadikan kawan

Cerita fitnah terhadap lawan
Jalan mudah kekalkan kuasa
Orang tamak jadikan kawan
Lupa diakhirat menanti seksa

Jalan mudah kekalkan kuasa
Beri gula pada orang kampung
Lupa diakhirat menanti seksa
Malaikat azab sedia mengepung

Beri gula pada orang kampung
Cukup saja beras sekampit
Malaikat azab sedia mengepung
Dalam kubur yang sempit

Cukup saja beras sekampit
Serta diberi beg sekolah
Dalam kubur yang sempit
Menerima hukuman sebagai pesalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan