Selasa, 23 Februari 2010

ORANG ATAS HIDUP MEWAH, RAKYAT HIDUP SUSAH

Lihatlah sejarah,
Sebelum hijrah,
Selepas hijrah,
Kehidupan Nabi tak banyak berubah,
Sahabat-sahabat
Nabi menghidupkan sunnah,
Contoh terbaik ahli-ahli Suffah,
Kehidupan walau susah,
Tetap setia dengan Rasulullah.

Lihat pada hari ini,
Kaya raya kroni-kroni,
Daif ada berjuta-juta,
Rakyat jelata,
Majoriti menderita,
Ditipu setiap masa,
Oleh media massa,
Hiburan pula berleluasa,
Rosak remaja,
Jahil bab agama,
Melakukan dosa bersama-sama,
Lupa hidup di dunia tak lama.

Menyedari keadaan begini,
Lahir golongan reformasi,
Menentang korupsi,
Menentang kezaliman,
Menentang kejahatan.

Budaya orang atasan,
Ada penyakit hati,
Cinta dunia,
Takut mati.

Mati tetap datang,
Bila Izrail datang,
Rugi yang berhutang,
Bila hukum Allah ditentang,
Alangkah baik jika jadi binatang,
Bila neraka jelas terbentang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan