Khamis, 4 Februari 2010

DIARI SEORANG MUSLIM

Masuk waktu Maghrib
Bersedia di Masjid
Bersedia di surau
Solat berjemaah
Ingat akujanji
Semasa
Baca doa Iftitah
"Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah ; Tuhan semesta alam
Sumpah setia umat Islam

Majlis ilmu
Maghrib ke Isyak
Mendengar dari ustaz
Mendengar dengan teliti
Malaikat tetap perhati
Menanti saja mati
"Setiap yang bernyawa pasti mati"
Hidup penzalim tak bererti
Hidup perasuah tak bererti
Hidup pengusaha tak bererti
Hidup munafik tak bererti
Walaupun duit berpeti-peti
Pangkat besar tak bererti

Tiba isyak
Solat berjemaah
Ingat isi kandungan surah
Al-Fatihah
"Tunjukkilah, Ya! Allah jalan yang lurus"
Dengan agama kehidupan diurus
Dengan ilmu ilmu kehidupan diurus
Menentang munkar bukan melawan arus
Hukumnya wajib
Dibuat dapat pahala
Perintah Allah buat segera
Larangan Allah dijauhi
Penzalim dibenci
Perasuah dibenci
Perlu diganti
Pimpinan berkualiti
PR menanti

Makan malam ala kadar
Tidur setelah membaca
Mendoakan
Supaya bangun malam
Solat Tahajud;
Hajat,
dan Witir
Tidur semula selepas Subuh

Solat Subuh berjemaah
Lepas itu dengar tazkirah
Minda jadi cerah
Berani menentang rasuah
Rasuah itu pemusnah
Rasuah itu kutuk Allah

Menanti Zuhur
Melakukan aktiviti kehidupan
Mencari rezeki yang halal
Curi enjin jet kerja haram
Ambil komisyen kerja haram
Tipu rakyat kerja haram
Rompak kerajaan kerja haram

Solat Asar berjemaah
Lepas Asar riadah
Bersukan
Dengan rakan-rakan
Harta halal saja dimakan
Kerajaan zalim ditumbangkan
Dengan sokongan
Rakyat yang bermaklumat
Isi diari harian tamat
Dengan berselawat
Kepada nabi pembawa rahmat
Dunia dapat
Akhirat selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan