Sabtu, 20 Februari 2010

KAKI TEMBERANG

Menang 5-0 bukan dijamin syurga
Kalah 5-0 bukan bermakna masuk neraka

Dijamin syurga
Orang Islam yang bertaqwa

Orang munafiq ditempatkan di neraka
Tempat paling celaka
Di dunia ikut nafsu
Sokong penzalim
Bila menghukum ikut arahan
Bila diberi amanah dikhianati
Bercita-cita
Bertukar parti
Jawatan Menteri dinanti
Jawatan GLC menanti
Dengan syarat kutuk parti
Rakyat kena perhati
Rakyat ada bukti
Semasa reformasi
Menentang konspirasi
Menentang korupsi
Bila dapat kerusi
Bergelar YB
Mula berkrisis tentang ghanimah
Mula hendak besarkan rumah
Mula bertindak macam Sang Kancil dengan Gajah dalam perigi buta
Rupa-rupanya YB tertawan dengan 3 Ta
Wanita
Harta
Takhta
Dengan inflasi rakyat menderita
Harga barang naik rakyat menderita
Lima puluh dua tahun rakyat menderita
Keluarga Beng Hock menderita
Disana sini orang bercerita
gerombolan penzalim berhati buta
Keluarga Kugan menderita
Bertukar parti jelas siapa yang dusta
Dalam Quran banyak cerita
Orang munafiq di kerak neraka
Di dunia hidup bermuka-muka
Dalam TV diberi ruang
Ada tanda hendak menyeberang
Rakyat tetap pandang
Anda sebenarnya bukan pejuang
Tapi anda kaki temberang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan