Selasa, 16 Februari 2010

PANTUN HATI TERPAUT

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Aktiviti maksiat wajib ditegah
Dengan Islam bimbinganlah keluarga

Gunung Daik bercabang tiga
Dari jauh jelas kelihatan
Dengan Islam bimbinganlah keluarga
Selamatlah dari gangguan syaitan

Dari jauh jelas kelihatan
Indahnya rupa bulan purnama
Selamatnya dari gangguan syaitan
Kerja maaruf buat bersama

Indahnya rupa bulan purnama
Malam lima belas setiap bulan
Kerja maaruf buat bersama
Setiap individu banyakkan amalan

Malam lima belas setiap bulan
Menjelma bulan penuh mengambang
Setiap individu banyakkan amalan
Eloklah berzikir dari bersembang

Menjelma bulan penuh mengambang
Terasa cuaca sangat nyaman
Eloklah berzikir dari bersembang
Ini budaya orang beriman

Terasa cuaca sangat nyaman
Bila berada ditepi laut
Ini budaya orang beriman
Dengan kebenaran hati terpaut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan