Isnin, 15 Februari 2010

IKRAR PEMBELA S.A.R


I

Remaja
Penuh tenaga
Memuaskan selera
Dengan berpoya-poya
Puncanya:
Jahil agama
Bapa berfahaman sekular
Asas hidup berkeluarga
Bahaya:
Kepada agama
Kepada negara
Kepada bangsa
Kepada bahasa
Bila:
Manusia cintakan dunia
Melalui infotemen terbuang masa

II

Puncanya:
Merebak Budaya Hedonis
Iklan-iklan dilihat manis
Maksiat dilihat terasa manis
Memuja Aktres
Memuja Artis
Terdedah betis
Iman jadi nipis

III

Menyedari bahaya Hedonis
Sajak ditulis
Dideklamasi di depan majlis
Diperhatikan saja Iblis
Mahu manusia di akhirat muflis
Melihat S.A.R
Iblis terasa terguris
Bertudung kepala anak gadis
Berkopiah kanak-kanak lelaki
Di TASKI
Di PASTI
Mempertahankan agama tugas suci
Bersukan menguatkan diri
Ilmu pengetahuan dicari
Di sekolah agama didapati
Ustaz
Ustazah berkualiti
Penuh dedikasi
Sedikit gaji
Bebas korupsi
Dilihat Ilahi
Setiap perbuatan Melayu Glokal
Sisters in Islam gunakan akal
Dinaungi kuasa kebal
Diikuti jiwa bebal
Lupa:
Dalam kubur akan disoal

III

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan itiqad kamu?
Apakah kalimah yang
Kamu bawa bersama-sama kamu?

IV

Di sekolah agama rakyat
Diajar:
Allah Taala,Tuhanku
Nabi Muhammad, Nabiku
Islam agamaku
Kitab suci Al-Quran ikutanku
Baitullah kiblatku
Malahan sembahyang,puasa
Zakat dan mengerjakan Haji diwajibkan ke atasku
Semua orang Islam dan
Orang beriman adalah saudaraku

V

Soalan Munkar Nakir memang benar
Di S.A.R diajar
Menentang yang mungkar
Dengan semangat berkobar-kobar
Dakwah Islam disebar
Dengan iman dan sabar
Dalam jemaah yang sedar
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
Matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Ingatlah semua orang islam
Mempertahankan S.A.R
Adalah tugas murni umat islam
Hendaklah dilakukan siang dan malam


HMS Abu Bakar
Mei2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan