Isnin, 30 September 2013

MUSIM HAJI 1434 HIJRIAH




Mulai dari bulan Zulkaedah
Musim Haji pun bermula
Betul aqidah dapat pahala
Aqidah berteraskan
Al-Quran
As-Sunnah
Ijtimak
Qias
Menjadi 4 sumber ajaran Islam
Kasih sayang Abu Bakar terhadap
Nabi s.a.w cukup mendalam
Umar dan Uthman pun mencintai Nabi s.a.w
Ali Abu Talib sudah semestinya kasihkan Nabi s.a.w
Merekalah Khalifah As-Rasidin
Mereka semuanya ahli-ahli syurga
Mencaci mereka dapat celaka
Di akhirat menanti neraka
Di dunia dapat nikmat kahwin muta’ah
Laungan azanpun ditambah
Dosa juga bertambah
Eloklah berubah
Di musim Haji tahun ini
Bertindaklah dengan berani
Berani berkata benar
Abu Bakar orang yang benar
Umar Al-Khatab orang yang benar
Uthman Affan orang yang benar
Perlantikan mereka sebagai Khalifah adalah benar
Oleh itu tinggalkan puak
Yang mencerca mereka; yakni
Abu Bakar; Umar dan Usman
Ingatlah panas api neraka
Ingatlah
Abu Bakar As-Sidek
Umar Al-Faruk
Usman Affan
Dijamin Rasulullah s.a.w
Memasuki syurga
Termasuk yang dapat Haji Mabrur



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013

 

Ahad, 29 September 2013

HIDUP MEWAH




Ahli-ahli politik sekular
Hidup mewah
Dari sumber rasuah
Dari sikap pecahamanah
Menyalahi Sunnah
Menanti cacing dalam tanah
Nikmat di dunia semua musnah
Menyesal tak sudah-sudah
Bermasalah
Berkeadaan bersalah
Terima balasan dari Allah
Aktres jelita berkain belah
Berlakun dalam drama swasta
Harga naik membawa masalah
Kroni-kroni pula menambah harta
Orang kampung semacam buta
Akibat menyokong pimpinan dusta
Kenaikan Ron 95 mula terasa
Di sana sini rakyat bercerita
Penyelewengan pimpinan penuh dusta
Dalam alam siber terus dicerita
Ramai dah buka mata
Terutama rakyat di kota-kota
Harap-harap merebak ke Felda pula
Melalui dakwah sepanjang masa
Sedar Allah Maha Berkuasa
Ikutlah saja perintahnya
Dalam kubur menanti cahaya
Lebih terang dari Putrajaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013

 

Sabtu, 28 September 2013

PILEH UNTUK BERUBAH




Saya
Seorang Islam
Sesungguhnya ingin masuk syurga
Sudah tentu bersama-sama keluarga
Syaratnya tiga
Berbekalkan niat yang betul
Berilmu yang sah
Beramal soleh
Niat untuk mencari keredhaan Allah
Ilmu berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah
Sentiasa beramanah
Bukan fikir ghanimah
Bukan berebut jawatan
Bukan nak kekalkan jawatan
Diketahui syaitan
Buah pulasan buah rambutan
Dua buah jenis tempatan
Beramal bila ada kesempatan
Baru pening kepala syaitan
Bila ramai menuntut ilmu
Bila ramai solat berjemaah
Dipimpin imam yang beramanah
Elok juga memimpin jemaah
Inilah masa untuk berubah
Ini kalilah; InsyaAllah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013

 

Rabu, 25 September 2013

MENGINGATI TARIKH 16 SEPTEMBER



Ikan yu ikan kembong
Di antara beberapa ikan laut
Parti politik elok bergabung
Bersedia pula menghadapi Malaikalmaut
Kebaikan Nabi s.a.w disebut-sebut
Tutur katanya lemah lembut
Akhlaknya susah ditandingi
Dibimbingi oleh kuasa Ilahi
Sekecil-kecil maksiat dijauhi
Dengan iman sejati
Bersedia untuk mati
Dengan amal ibadat yang berkualiti
Kanak-kanak bermain diatas titi
Jatuh seorang ke dalam parit
Setiap kita akan mati
Sakitnya pula terlalu perit
Dipukul Malaikat terus menjerit
Dalam kubur yang sempit
Perlukan cahaya
Asasnya percaya
Beramal sedaya upaya dengan ilmu
Dengan amal yang berterusan
Bukan cara Barisan
Ron 95  naik membawa kesan
Kos kehidupan menyusahkan
Perlu pertukaran
Perlu pertukaran kerajaan
Pimpinan beriman
Pimpinan cakap dan bikin
Baru rakyat yakin
16 September hari bertuah
Negara dipimpin yang beramanah
Membenci rasuah
Menjauhi sikap pecah amanah
Nasib rakyat sentiasa difikirkan
Inilah yang dipuisikan oleh Usman Awang
Menentang pimpinan curang
Siang malam puisi dikarang
Menyemai semangat perpaduan kaum
Bebas dari perasaan ketuanan bangsa
Melalui pena mahu berjasa
Semoga diampunkan dosa
Oleh Allah Yang Maha Esa
InsyaAllah kekal 16 September
Sebagai Hari Malaysia
Disambut oleh rakyat sekelian
Dengan iman dan perpaduan
Dengan satu slogan
Bersatu dalam kepelbagaian




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013


Selasa, 24 September 2013

PROJEK CACING & KUTU DI CAMBODIA



Manusia
Ciptaan Allah yang sebaik-baiknya
Membiak sejak Adam dan Hawa
Di dunia yang fana
Di dunia yang sementara
Pemikiran Charles Darwin lain pula
Katanya
Asal manusia dari kera
Ini teori evolusi namanya
Yang kuat saja berkuasa
Yang berkuasa boleh salahguna kuasa
Ini direstui pemikiran Ketuanan Bangsa
Lupa dalam kubur menanti seksa
Lupa projek IC Sabah siapa punya kerja
Ratus ribu rakyat asing
Dapat kad pengenalan baru
Automatik jadi pengundi baru
Projek mega terus diburu
Di bulan Zulhijjah ini ada projek baru
Beri ubat cacing dan sikat kutu
Kepada kanak-kanak Muslim di Kemboja
Berpahala punya kerja
Satu pakej bernilai RM500 saja
Bermanfaat kepada kanak-kanak miskin
Di Cambodia
Bila makan ubat cacing
Kanak-kanak boleh sihat badan
Bila guna sikat kutu
Darah kanak-kanak perempuan Cambodia
Dapat diselamatkan
Baru sihatlah badan
Jadi bantulah
Projek ubat cacing dan sikat kutu
Musim Haji tahun ini
Bantulah dengan berani
Boleh eratkan perasaan rohani
Kuat jasmani
Kuat rohani
Makan daging korban dengan nasi beriani
Berbanyak syukur kepada Ilahi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013