Ahad, 22 September 2013

CINTA ILMU MEMBAWA KE SYURGA



Ilmu
Tuntutlah ilmu
Tanpa jemu-jemu
Tentulah tahu
Benarnya wahyu
Baik untuk India; Cina dan Melayu
Syaitan sentiasa merayu
Iblis sentiasa merayu
Biar minda manusia jadi buntu
Biar manusia jangan bersatu
Biar kehidupan kita jangan bermutu
Biar taraf otak kalkatu
Berbuat tanpa ilmu
Berbuat ikut nafsu
Nafsu sentiasa menghala kepada kejahatan
Mahu senang hidup dengan rasuah
Mahu kaya-raya melalui judi
Kemudahan-kemudahan disediakan
Pemodal-pemodal Yahudi
Disuruh bergaul bebas muda-mudi
Rosaklah akhlak muda-mudi
Ini perlu diatasi
Dengan ilmu mengenal diri
Mengenal diri sendiri
Lebih baik dari kesenangan hidup tanpa ilmu
Hadirkan diri di majlis ilmu
Hadir di kuliah maghrib
Bawa buku nota
Bawa pen atau pensel
Catit apa-apa yang bermanfaat
Mula-mula dengar
Lepas itu catit
Lepas itu baca
Lepas itu faham
Lepas itu amalkan
Berubahlah pemikiran
Berubahlah perkataan
Berubahlah tindakan
Semuanya
Membesarkan Allah s.w.t
Kerja yang mendatangkan pahala
Bahagia kita bertemu di syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan