Khamis, 30 Julai 2015

DENGARLAH SITI

I
Siti
Engkau memang cantik
Ramai ingin memetik
Di antara ahli-ahli politik
Bakal memegang kuasa
Mungkin juga PM
Mungkin juga menteri
Mungkin juga Ahli Parlimen
Menanti hidup penuh kemewahan
Buat saja suruhan
Jauhi pula tegahan
Nescaya engkau dipelihara Tuhan
Suatu keuntungan

II
Siti
Bila engkau dah digelar isteri
Boleh dibantu oleh orang gaji
Ada dari Indonesia
Ada dari Filipina
Layanilah dengan baik

III
Bila engkau dapat cahayamata
Jika lelaki
Namakanlah Ahmad
Boleh juga Muhammad
Jika perempuan
Namakanlah Aishah
Boleh juga Khatijah
Didiklah dengan penuh hikmah
Bila anak bertambah
Bersabarlah

IV
Siti
Bila anak-anak dah ke sekolah
Berzikirlah
Menyebut nama-nama Allah
Dengan nama-nama Allah
Nescaya penzalim akan kalah
Kerajaan pun berubah
Rakyat jelata dapat faedah
GST boleh dimansuhkan
Ini tanda kerajaan berkebajikan

V
Siti
Hadirlah dimajlis-majlis ilmu
Baru bertambah ilmu
Baru tahu
Poligami itu sunnah Nabi
Benarkan suami melaksanakan
Jika dia ada kemampuan
Tentulah jasmani dan rohani
Hadapilah Siti dengar berani
Pahala bersabar berguni-guni
Mudahlah lahir masyarakat madani

VI
Siti
Tahniah kerana sabar menghadapi ujian berkeluarga
Semoga di akhirat masuk syurga



HMS Abu Bakar

Rabu, 29 Julai 2015

CHE MAT

I
Wahai Che Mat
Bila berucap hendaklah cermat
Suatu hari dunia akan kiamat
Kiamat bagi manusia bila nyawa kita tamat
Ingatlah wahai Y.B-Y.B
Putrajaya boleh dapat
Bila tiga parti berpakat
Berhati-hati bila berucap:-
            Burung pipit burung kelicap
            Boleh dijerat dengan getah
            Ingat Allah bila bercakap
            Keterusan GST tetap dibantah

II
Wahai Che mat
Ingatlah hari kiamat
Banyakkan ibadat
Betulkan niat
Mahu cari keredhaan Allah
Kanak-kanak pergi ke sekolah
Ramai yang berjalan kaki
Sesama kita elakkan berbalah
Dengan mengelakkan sifat dengki

III
Wahai Che Mat
Dengan ulama kenalah hormat
Ulama itu ada dua
Satu cinta dunia
Satu mahu ke syurga
Pilihlah yang ingin ke syurga
Apa diucap
Terus dibuat
Betul pula niat
Beramal pula kuat
Isnin – Khamis puasa sunat
Majlis ilmu pula berminat
Merokok membawa mudharat
Menyesal bila diakhirat
Menyedari hakikat ini
Jadikan diri berani
Berani berkata benar
Contoh terbaik
Islam itu penyelamat manusia




HMS Abu Bakar



Selasa, 28 Julai 2015

SELAMAT TINGGAL KALI TERAKHIR (MI ULTIMO ADOIS)

I
Selamat tinggal
Kepada tanah air tercinta
Tempat sinar mentari memancar setiap pagi
Mutiara dari laut sebelah timur
Pelabuhan Eden dah hilang
Gembira aku memberitahu sebaik-baiknya dari kehidupanku ini
Dan tentu yang terang benderang serta
Nyaman atau dirahmati Tuhan
Tetap ku beri kepada engkau, oh tanahairku
Tanpa mengira harganya

II
Dimedan perang bersama-sama kehangatan perlawanan
Ramai yang dah terkorban nyawa
Mereka tanpa ragu-ragu
Atau mendapatkan belas-ehsan
Tempatnya tidak penting walaupun
Ada kuntum-kuntum
Baru bunga teratai
Dataran terbuka tempat
Syuhada-syuhada bertempur
Semuanya sama iaitu untuk
Berkhidmat untuk negara tercinta

III
Aku mati sebelum melihat fajar terbit
Dalam kegelapan malam menanti hari baru
Dan jika warna darahku pucat
Ambillh juga
Tuangkan ke bumi demi rakan-rakan yang setia
Menyemarakkan warna cerah
Menyambut sang cahaya pagi

IV
Mimpi-mimpiku bila baru kehidupanku terbuka
Cita-citaku semasa muda melambung tinggi
Jika melihat wajah ceriamu
Wahai mutiara dilautan timur
Bebas dari muram dan dukacita
Juga bebas dari kesedihan
Tidak ada kesedihan dimatamu

V
Cita-cita hidupku terus membakar
Keinginanku
Sedarlah saudaraku roh ini akan terbang sekarang
Sedarlah saudaraku manisnya bila menghampiri mati
Mati untuk tanahairku; sepatutnya menjadi cita-cita kamu juga
Dan tidurlah dimalam yang panjang

VI
Jika diatas pusaraku nanti engkau akan lihat nanti tumbuhnya bunga
Didalam rumput-rumput ada bunga mengembang
Bawalah dekat bibir-bibirmu dan ciumlah rohku
Walaupun saya sejuk dikuburku
Dengan pegangan mesramu
Dan menghembuskan rasa kasih sayang yang memesrakanku

VII
Biarkan bulan mententeramkan jiwaku
Biarkan sinaran fajar menerangiku
Biarkan angin bertiup mengkhabarkan kesedihan terhadapmu
Dan jika burung hinggap diatas batu nisanku
Biarkan membawa nyanyian damai terhadap abu-abuku

VIII
Biar mentari sedut wap hingga ke langit sebagai bantahanku
Biar jiwa-jiwa suci mengenangkan nasibku ini
Dan dikesunyian petang teruskan doa hingga ke langit yang tinggi
Darimu, wahai bumiku, semoga dengan saya berehat

IX
Doakan mereka yang telah mati serta terseksa yang menyakitkan
Bagi ibu-ibu yang merintih kesedihan
Juga kepada janda-janda dan anak-anak yatim yang telah diseksa
Dan anda yang sepatutnya mendapat keuntungan

X
Dan bila kegelapan malam menyelubungi sekeliling kawasan perkuburan
Dengan yang mati saja mengawasiku
Putuskan keyakinanku atau keajaiban ternyata
Dan semoga anda dengar nyanyian sedih bergema
Inilah wahai tanahairku, menyanyikan lagu untukmu

XI
Bila kuburku tidak diingati lagi
Tiada lagi batu nisan
Biarlah rumput-rumput menutup kuburanku
Semoga abu-abu menyelubungi tanah-tanah sekitarnya
Sebelum abu-abu itu ditiup hingga lesap diudara

XII
Kemudian keluputan masa tidak lagi memikirkanku
Dan aku terus menangis
Membersihkan udara dan kawasan sekitarnya
Dengan warna dan cahaya
Dengan lagu-lagu sedih yang menyusahkan
Sentiasa mengulangi keyakinan
Yangku simpan dengan baik

XIII
Wahai tanahair yangku cintai
Semoga kesihatan menutupkan kesedihanku
Hai warga Filipina, dengarlah ucapan selamat tinggalku
Saya beri anda semua; ibu-bapa-ibu-bapa dan anak-anak dan rakan-rakan sekalian
Sesungguhnya aku pergi dimana belum pernah hamba diseksa ditangan kaum penjajah
Dimana keyakinan tidak akan dihapuskan dan Tuhan memerintah dari atas


XIV
Selamat tinggal semua; dari jiwaku yang telah hancur
Hai rakan-rakan sewaktu kecil dimana kita dirobohkan
Ucaplah terima kasih semoga saya rehat dihari yang menyedihkan ini
Selamat tinggal kepada semua
Saudara tercinta yang mencerahkan jalanku
Semua makhluk tercinta, selamat tinggal
Dalam kematian ada kedamaian


Jose Rizal
(1861 – 1896)

Nota Kaki
Pada pagi 30/12/1896  Rizal yang berumur 35 tahun di tembak mati di Padang Bagumbayan, Filipina.


Isnin, 27 Julai 2015

ORANG TAHU SEMUANYA

“Kenapa takut saya”
Ada orang bertanya:
            Makan roti berinti kaya
            Roti dibuat dari tepung
            Seksa kubur kena percaya
            Di sisi mayat cacing mengepong
Oleh itu ingatlah mati
Dengan membuat persiapan
Beramal soleh bekalan diri:
            Ikan pelata ikan tenggiri
            Dua jenis ikan laut
            Keredhaan Allah elok dicari
            Banyakkan zikir menanti maut
Baru tidak takut
Bila ada yang bertanya
Macam mana semua anak kaya-raya
Jawapannya
Menyalahguna kuasa



HMS Abu Bakar

Ahad, 26 Julai 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (Muhd Asraaf & Aimi Raihana)

I
Tahniah
Haji Mohd Saari Bin Abdul Rahim
Hajah Norina Binti Saad
Dapat menantu perempuan
Kurniaa Tuhan

II
Tambahan pula
Ada majlis walimatulurus
Di Dewan Serbaguna Taman Meru
Di Ipoh
Pada hari Ahad
26 Julai 2015
Bersamaan
10 Syawal 1436H
Berbanyak-banyak syukur kepada Allah

III
Di hari bahagia ini
Diucapkan
Selamat Pengantin Baru
Kepada
Muhammad Asyraaf
Aimi Raihana
Ingat ilmu agama sangat berguna
Walaupun sedang lena
Di malam pertama
Doa dituntut oleh agama
Doa supaya berjaya
Mendapat cahayamata
Kedua-dua keluarga tentu bersukacita


HMS Abu Bakar

Ahad, 19 Julai 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (Fatimah & Ahmad)

I
Selamat Pengantin Baru
Fatimah Zahrah Binti Haji Md. Fuadi
Ahmad Farhan Bin Rosli
Dah bergelar suami-isteri
Dah jumpa yang dicari
Dalam bilik dimalam hari
Nikmatnya tidak terperi
Syukur kepada Ilahi
Majlis ilmu dihadiri
Baru kenal diri sendiri
Baru mantap pegangan agama
Mendaulatkan Islam tugas bersama
Menanti cahayamata tak lama
Yang penting berdoa sentiasa
Isi sajak ini perlu dibaca
Dengan minda terbuka
Sedar bahaya neraka
Oleh itu wahai
Ahmad Farhan
Fatimah Zahrah
Kepada Allah teruslah berserah
Walaupun wujud masalah
Bersabarlah
Nescaya kasih sayang bertambah-tambah


II
Tahniah
Haji Md.Fuadi Bin Abdul Latif
Hajah Norshidah Binti Hashim
Puan Zahariah Binti Isa
Mengadakan walimatulurus secara bersama
Di Dewan Orang Ramai Taman Meru
Pada hari Ahad
3 Syawal 1436H
Bersamaan
19 Julai 2015
Semoga dirahmati Allah




HMS Abu Bakar

Sabtu, 18 Julai 2015

RUMAH TERBUKA HAJI AYUB

Satu Syawal
Begitu bermakna kepada Haji Ayub dan keluarga
Sejak 20 tahun ia bermula
Haji Ayub 62 tahun dapat pahala
Menjamu selera
Di pagi hariraya
Selepas selesai solat subuh
Dibacakan doa
Oleh Imam Zulkarnaian Bin Ibrahim
Kira-kira 10 tahun yang lalu
Seorang guru bertauliah
Bermotivasi dia punya ceramah
Boleh mengajar dirumah-rumah
Mahu menyelamatkan aqidah
Pendengar-pendengar setia dapat faedah
Dapat membetulkan cara-cara bersolat
Ini sebenar-benar rahmat bagi yang hadir dimajlis ilmu bimbingan Imam Dzul
Bagi diri saya
Imam Dzul adalah guru saya
Saya catat apa yang diajarnya
Saya lulus peperiksaan anjuran Pejabat Mufti Perak
Pada tahun 2011 saya dapat tauliah mengajar agama
Sejarah Nabi adalah bidang saya
Bukunya
Bernama Diplomasi Rasulullah
Sekarang mengajar di 10 tempat
Rezeki pun dapat
Rakan-rakan baru pun dapat
Inilah nikmat
Badan pun masih sihat
Ada cita-cita nak kahwin empat
Setakat  ini belum dapat
Makan satay dengan ketupat:-
           
I
Ikan puyu ikan sepat
Di antara jenis ikan darat
Bila Lailatulqadar kita dapat
Bahagia menanti di hari akhirat

Inilah matlamat kita berpuasa Ramadhan
Terutama Haji Ayub dan Hajah Badariah
Dibantu 5 orang anak
Ada pula 5 orang cucu
Semuanya bantu membantu
Menjayakan kenduri
Di pagi Aidilfitri
Bermaaf-maaflah kita dihari ini
Perasaan buruk sangka eloklah ditinggalkan sebagaimana ramadhan meninggalkan kita
Semoga anda bersukacita


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 17 Julai 2015

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 1436H


I
Hari Jumaat
Jatuh 1 Syawal 1436H
Berbanyak syukur kepada Allah
Selesai banyak masalah
Bagi individu jadi beramanah
Berbeza dengan pemerintah
Bukan ikut Quran dan Sunnah
Tapi ikut kehendak nafsu amarah
Dengan GST rakyat marah
Mahu berhijrah
Selesai latihan di Madrasah Ramadhan
Dua puluh sembilan hari berpuasa disiang hari
Bertarawih dan berwitir dimalam hari
Keredhaan Allah terus dicari
Ilmu agama terus dicari
Inilah perlengkap diri
Beramal dengan ilmu
Dari belajar tak jemu-jemu:-
            Wanita muda makan jamu
            Badan sihat muka pun cantik
            Gembira lailatulqadar dah ditemu
            Baru pintar bila berpolitik

II
Dipagi hariraya
Muka orang mukmin bercahaya
Muka munafik selamba saja
Duit jadi raja
Pangkat jadi raja
Kuasa jadi raja
Kemajuan kebendaan dipuja
Inilah nasib “puasa orang awam”
Dapat lapar dan dahaga
Mewah hidup seluruh keluarga
Adakan “rumah terbuka”
Berpakaian aneka warna
Disisi Allah tetap hina
Bagi majority manusia
Bila berpolitik ingin berkuasa
Dengan kuasa kehidupan pun selesa:-
            Pergi ke hutan memburu rusa
            Dapat pahala kijang betina
            Ingat lapar diwaktu puasa
            Dengannya masyarakat madani dibina


III
Sepatutnya
Setelah ramadhan berlalu
Sikap hidup berubah
Pemikiran berubah
Perkataan berubah
Perbuatan berubah:-
            Hujan lebat sepanjang malam
            Sehingga pecah sarang lebah
            Bila ilmu politik mendalam

            Bertindak segera untuk berubah



HMS ABU BAKAR



Khamis, 16 Julai 2015

29 RAMADHAN 1436H

Dua puluh sembilan Ramadhan
Hari Khamis hari terakhir berpuasa tahun ini
Harap iman kemas kini
Buat penambahan dengan ilmu laduni
Mudah disebut susah dicari
Perlu ilmu sebagai pelengkap diri
Satu syawal hari raya Eidul Fitri
Gembira seluruh famili
Berbuka puasa di Surau
Berbuka puasa di Masjid
Berjemaah pula solat Maghrib
Percaya pula kuasa ghaib
Diakhirat menanti dua keadaan
Bahagia atau celaka
Yang beriman ke syurga
Yang kufur ke neraka
Oleh itu bertindaklah mengikut ilmu
Ilmu berdasarkan wahyu
Penyelamat sebenar orang Melayu



HMS Abu Bakar

Rabu, 15 Julai 2015

28 RAMADHAN 1436H

Dua puluh lapan Ramadhan
Hari Rabu
Masih bertahan
Buat suruhan jauhi tegahan
Baru ada kesan
Suka memberi makan
Kepada rakan-rakan
Suka menghubungkan silaturahim
Sesama muslim
Juga dengan bukan muslim
Ikut nasihat orang alim
Imam Syafie terkenal seorang ulama
Mengarang kitab untuk generasi kemudian
Imam Al-Ghazali juga ulama
Kitab terkenalnya
Ehya Ulumuddin
Imam Nawawi juga ulama
Hadis empat puluhannya diguna pakai dinegara kita
Setiap amalan berdasarkan niat
Dari Saidina Umar Al-Khatab
Iman kita kena mantap
Dengan penzalim akan berentap
Modal kita iman
Lakukan segera amal soleh
Nanti Putrajaya akan beralih
Membawa kebajikan kepada rakyat sekalian
Kurniakan
Oh! Tuhan



HMS Abu Bakar

Selasa, 14 Julai 2015

27 RAMADHAN 1436H

Dua puluh tujuh Ramadhan
Hari Selasa
Malam Lailatulqadar
Direbut bagi yang sedar
Kebaikannya lebih dari beribadat selama 1,000 bulan
Allah dah bukakan jalan
Jalan kebaikan
Jalan kebajikan
Rebutlah peluang ini
Tentulah tahun ini
Tahun 2015 Tahun Masehi
Penzalim tetap dibenci
Perasuah tetap dikeji
Menyusahkan anak negeri
Melayu, Cina, India dan Serani
Semua mahu hidup harmoni
Semua inginkan masyarakat madani
Wira di penjara seorang yang berani
Difitnah berkali-kali
Nampak zahirnya dia rugi
Sebenarnya
Di dalam penjara Sungai Buluh
Boleh beramal soleh sebanyak-banyaknya
Tanpa gangguan
Terus berdoa kepada Tuhan
Semoga ada pertukaran
Selepas pemilihan
Perkenankanlah Oh! Tuhan




HMS Abu Bakar