Rabu, 8 Julai 2015

21 RAMADHAN 1436H

Dua puluh satu Ramadhan
Hari Rabu
Iman umat macam kekabu
Nampak maksiat semacam indah
Aurat terdedah
Ramai Melayu penagih dadah
Ramai juga rosak aqidah
Ramadhan semacam tak berfaedah
Ini sikap tak patut
Di akhirat Allah akan tuntut
Menyedari bahaya ini
Bertindaklah dengan berani
Berani berkata benar
Perlu ada perubahan
Perubahan pada pemikiran
Perubahan pada perkataan
Perubahan pada perbuatan
Baru terencat program syaitan
Baru bermakna puasa dibulan ramadhan
Dapat rahmat Allah
Dapat keampunan Allah
Dapat syurga Allah
Selesai semua masalah



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan