Jumaat, 3 Julai 2015

12 KELEBIHAN PUASA RAMADHAN

I
Puasa sebagai wadah untuk memperbaiki akhlak samada jasmani dan rohani
Menuju ke masyarakat madani
Rakyat hidup dengan harmoni
Alangkah baiknya jika begini
Akan hapus budaya kroni

II
Puasa dibulan ramadhan memberi peluang kepada kita berfikir tentang diri sendiri, masa depan dan keluarga terdekat
Tanggungjawab ini kena ingat
Tanggungjawab
Menuntut ilmu
Bawa keluarga ke majlis-majlis ilmu
Jangan jemu-jemu
Kebenaran Islam akan ditemu
Dakwahlah kepada tetamu-tetamu

III
Puasa melahirkan dalam diri kita kesabaran, kesyukuran dan sikap tidak mementingkan diri sendiri
Ilmu perlu dicari
Bimbinglah anak-anak dan isteri
Harta halal saja dicari

IV
Puasa ramadhan membolehkan kita memahami sikap menyesesuaikan diri dengan keadaan susah dan juga pandai menguruskan masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian
Memahami ini
Mempersiapkan diri kita dengan program jangka pendek dan program jangka panjang
Sedar setiap diri adalah pejuang
Tiangnya sembahyang
Sesama manusia berkasih sayang
Bantu yang kekurangan wang
V
Puasa ramadhan membina cinta sejati; iaitu berbuat sesuatu hanya kerana kasihkan Allah s.w.t
Inilah jalan mendapatkan pahala bermula dengan niat suci semata-mata
Jagalah mata
Di sekeliling kita ramai wanita jelita
Melihat mereka merugikan kita
Oleh itu berwaspadalah kita
Di pasar Ramadhan ada juga
Beli dan baliklah segera
Dosa pahala kena ambil kira

VI
Puasa ramadhan menaikkan jiwa kemanusiaan dan menambahkan kesedaran tentang kewujudan Allah s.w.t
Beramal bertambahlah pahala
Bulan yang penuh pahala
Bagi yang beriman
Bagi yang beramal

VII
Dengan kejernihan minda dan ketiadaan gangguan-gangguan mencerahkan matlamat kita
Mengawal mata
Mengawal bila bercerita
Betul apa yang dikata
Amanlah rakyat jelata
Bila dipimpin pimpinan yang celik mata

VIII
Puasa ada berbagai kebaikan jasmani dan kebaikan mental atau minda yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik
Badan bertambah sihat
Minda bertambah ceria

IX
Bulan Ramadhan menyediakan kita seumpama `Khemah Ibadah’ (bulan penuh latihan menguatkan mental)

X
Puasa Ramadhan mengingatkan kita tentang kebenaran kehidupan dan kematian
Dengan ujian
Dengan iman dan kesabaran

XI
Ramadhan adalah bulan penuh barakah
Ramai berpuasa di Mekah
Ramai berpuasa di Madinah
Keluarkan belanja yang banyak kerana keseronokan beribadah terasa indah

XII
Bila selesai puasa sebulan Ramadhan tiba pula Hariraya Eidul-Fitri
Gembira anak-anak dan isteri
Muka mereka berseri-seri
Bermaaf-maafan sesama kenalan
Lengkaplah lagi bekalan
Dengan menghadapi ranjau di sepanjang jalan




HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan