Rabu, 1 Julai 2015

REBUTLAH PELUANG UNTUK BERUBAH

Ketika berada di dalam Ramadhan
Ada berbagai tawaran dari Tuhan
Peluang dapat maqam taqwa
Kata Saidina Ali Taqwa ada 4 ciri

Pertama:
Takut kepada Allah yang maha mulia
Erti buat suruhan saja
Tinggalkan larangan dengan hati gembira
Dosa-pahala diambil kira
Ini pucuk pimpinan kena ambil kira
Jangan ingat jawatan bergaji saja
Dalam kubur diri seorang saja
Kemana pergi Istana
Kemana pergi isteri jelita
Kaum munafik berduka cita
Abdullah Bin Ubai baru sedar dirinya binasa:-
Demi masa
Sesunguhnya manusia itu berada didalam kerugian
Kecuali yang beriman
Kecuali yang beramal solih
Kecuali yang berpesan di atas kebenaran
Kecuali yang berpesan di atas kesabaran
Inilah hebatnya ajaran Quran
Beruntung yang mengambil pelajaran

Kedua:
Ingin melaksanakan isi-isi kandungan Al-Quran
Puasa sebulan Ramadhan
Solat lima waktu sehari semalam
Baru kuatlah Islam

Ketiga:
Redha dengan apa rezeki
Yang ada pada diri kita walaupun sedikit
Sabar menghadapi GST

Keempat:
Bersedia menghadapi Allah dihari Akhirat
Menjaga aurat
Menutup aurat
Betulkan niat
Setiap amalan berdasarkan niat
Bila 4 perkara ini kita buat
Nescaya dunia dan akhirat
Selamat.



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan