Rabu, 8 Julai 2015

DIALOG TERAKHIR HAMZAH

Di Medan Bukit Uhud
Berdepan tentera Muslimin
Berhadapan tentera kafir Quraish
700 tentera Islam
Tentera kafir berjumlah 3,000
Seorang sahabat menghampiri Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
Dan bertanya
“Apa pandangan saudara?”
Jawab Hamzah
"Bilangan mereka melebihi kita
Tapi aku akan berperang dengan peperangan yang adil."
Di celah-celah pertempuran yang hebat
Tiba-tiba lembing menembus dada Hamzah
Jatuhlah Hamzah
Syahidlah Saidina Hamzah
Wira Islam yang digelar “Singa Allah”.



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan