Isnin, 6 Julai 2015

19 RAMADHAN 1436H

Sembilan belas Ramadhan
Hari Isnin
            Manis rasa buah quinin
            Diantara beberapa buah tempatan
            Membuat maaruf terasa teringin
            Di bulan ramadhan terbuka kesempatan
Oleh itu
Wahai saudara sekalian
Tingkatkanlah mutu puasa anda
Media Barat tetap menggoda
Akhirnya puasa ramadhan tak ada
Tetap di taraf
“Puasa orang-orang awam”
Mata tak puasa
Lidah tak puasa
Telinga tak puasa
Terbuang masa
Menyedari suasana ini
Kena bertindak berani
Menanamkan cita-cita
Mencapai taraf
“Orang-orang soleh”
Dengannya Putrajaya boleh beralih
Rakyat yang memilih
Ilmu mereka perlu ditingkatkan
Rezeki halal saja dimakan
Berjemaah di setiap kesempatan
Gunakanlah Ramadhan kali ini
Dengan jihad syurga dibeli



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan