Jumaat, 30 Mac 2012

RUGI BERPANJANGAN

INGAT! kita semua pasti mati


Hadir di majlis ilmu
Duduk bersila di depan guru
Bawa buku
Bawa alat tulis
Berkata-kata iblis
Bakal penentang Yahudi-Zionis
Berzikir bagi mereka nampaknya manis
Cerita NFC mereka tahu
Isu lembu
Niat baik
Perlaksanaan ikut nafsu amarah
Rakyat miskin marah
Orang politik Ketuanan Melayu dapat faedah
Para isteri rambut terdedah
14 mufti kelu lidah
Ramai Melayu penagih dadah
Aurat artis terdedah
Para kapitalis dapat faedah
Dapat RM 500 pun masih susah
Nilai RM rendah
Disebabkan rasuah
Disebabkan penjawat-penjawat awam pecah amanah
Bacalah
Laporan Ketua Audit Negara
Majoriti pegawai-pegawai orang Melayu
Lupa majlis ilmu
Main golf selalu
Lupa Izrail menunggu
Lupa solat waktu
Sampai masa lidah pun kelu
Tanah perkuburan dituju
Tinggal seorang diri
Dalam tanah
Tinggal isteri cantik
Tinggal akaun bank
Tinggal segala-galanya
Dalam kubur tanpa cahaya
Berdukacita selama-lamanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Khamis, 29 Mac 2012

REVOLUSI PUISI



Ingat dan kenang
Shah Iran tumbang
Para bangsawan lari lintang pukang
Pemerintah yang dikata "Pembangkang"
Pihak zalim jatuh terlentang
Dakyah media elektronik rakyat tak pandang
Mahu pimpinan kuat sembahyang
Mahu masyarakat majmuk berkasih sayang
Kebaikan Buku Jingga jelas terbayang
Diperbaiki mana yang kurang
Tolak pimpinan yang curang
Puisi indah terus dikarang
Maksudnya jelas dan terang
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita pulang
Perubahan Putrajaya tak dapat dihalang
Ambil bila diberi wang
Puisi Usman Awang dikenang
Mendengarnya air mata berlinang
Hebat kebolehan Tun Seri Lanang
Buku "Sejarah Melayu" dia karang
Raja adil rakyat pun sayang
Jadi imam waktu sembahyang
Kuasa Allah jelas terbayang
Memberi nikmat tidak terbilang
Datang politik tsunami tak dapat dihalang
Tak berguna slogan temberang
Bila disembelih lembu mengerang
Boleh masak rendang
Gerombolan asobiyah ditentang
Biar parti perkauman jatuh terlentang
Dengan semangat juang
Majlis ilmu tetap hadir
Azhar Idrus popular sekarang
Remaja-remaja ramai yang datang
Penjelasannya jelas dan terang
Dari jauh sanggup datang
Berbelanjakan wang
Keindahan Islam jelas terbayang
Loren Booth dah sembahyang
Yvonne Riddley dah sembahyang
Orang Barat pun mula pandang
Al-Quran menakjubkan pembacanya
Kandungannya jelas dan terang
Di akhirat hidup senang lenang
Menderita Firaun hingga sekarang
Menderita Abu Lahab hingga sekarang
Kecewa Abdullah Ubai hingga sekarang
Di alam kubur terus mengerang
Kurang nilai RM sekarang
Tidak berguna NGO-NGO upahan dan perkauman
Jelajah pakar motivasi tak berkesan
Pidatonya orang tak hairan
Rakyat mahu tukar kerajaan
Di peringkat Persekutuan
Dengan keadilan
Dengan cintakan kemanusiaaan
Bersatu dalam kepelbagaian
Mementingkan kebenaran
Bermanfaat negara berkebajikan
Paras minima harga barang-barang makanan
Para peniaga yang bertimbang rasa
Sedar Allah Maha Kuasa
Rugi di akhirat penyalahguna kuasa
Teruja bila membaca puisi
Jalaluddin Rumi
Sir Muhammad Iqbal pengasas Negera Pakistan
Menyuarakan kebenaran dengan berani
Membolehkan wujudnya masyarakat madani
Hapuskan ekonomi kroni
Berkembang biak budaya hipokrasi
Merebak korupsi
Merebak kospirasi
Berperanan syarikat Zionis-Yahudi
Keruntuhan akhlak menjadi-jadi
Mengatasi inflasi dengan judi
Bergaul bebas mud mudi
Kelahiran anak tak sah taraf menjadi-jadi
Daripada dasar
Cakap tak serupa bikin
Sekarang rakyat tak yakin
Gunakan puisi jadi pemangkin
Zikrullah jadi vitamin
Negara akan terjamin
Bila negara dipimpin oleh mukmin
Dibantu pimpinan demokratik
Daripada puisi-puisi semangat reformasi berputik


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Rabu, 28 Mac 2012

LEPASKAN MELAYU DARIPADA BAHAYA

lebih bahaya daripada sang harimau


Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Cina bukanlah musuh Melayu
Musuh sebenar pimpinan keparat
Mengkayakan suku sakat
Kroni-kroni pun dapat manfaat
Orang kampung terus merempat
Kos hidup terus meningkat
Pembunuhan Altantuya ada yang ingat
Ditembak jarak dekat
Dibom dengan bom C4
Dengan niat jahat
Mahu tutup segala bukti
Kedatangan masuk ke Malaysia dihapuskan
Jabatan Imigresen dapat arahan
Daripada pihak atasan
Kajian DNA membuktikan
Yang dibom
Sebenarnya mendiang Altantuya
Wanita jelita dari Monggolia
Lembu juga jenis mamalia
Duduk di kondomium tetap tak mulia
Hidup perasuah tak bermakna
Jika lawan perintah agama
Berdosa besar membunuh manusia
Tambah pula
Pernah bersukaria
Di Paris dan di Singapura
Semua ini
Malaikat catat semua
Bersarang rendah burung tempua
Buat sarang daripada rumput kering
Rakyat kampung hidup papa kedana
Diperalat setiap kali pilihanraya
Kali ke 13 lain pula
Mahu cari pahala
Tumbangkan perasuah dapat pahala
Gunakan otak di kepala
Munasabah tawaran Buku Jingga
Boleh dilaksanakan bila berkuasa Putrajaya
Berilah peluang kali ini
Bertindaklah berani
Orang kampung kena berani
Berani buat perubahan
Musuh orang kampung bukan Cina
Musuh orang Melayu bukan India
Musuh sebenar orang Melayu ialah golongan bangsawan
Musuh Melyu juga korporat-korporat
Yang jadi kroni-kroni
Kepada pemegang kuasa
Di peringkat Kerajaan Pusat
Tumbangkan mereka
Lepaslah Melayu kampung dari Neraka
Lepaslah Melayu Felda daripada sensara
Lepaslah Melayu Felcra daripada terpedaya
Bila berubah penguasa di Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Selasa, 27 Mac 2012

JUJURLAH KAWAN



Kita semua
Allah yang cipta
Diberi mata boleh melihat
Boleh membaca boleh menulis
Menanti saja iblis
Mahu manusia di akhirat muflis
Oleh itu
Bila hadir di majlis ilmu
Di masjid, di surau
Dengar baik-baik
Catitlah semua ilmu yang diajar
Bila di rumah boleh diulangkaji
Menipu kerja keji
Menipu undi juga kerja keji
Rasuah juga kerja keji
Perlu diubah
Digantikan
Kerajaan Pusat yang beramanah
Di bawah pimpinan bermaruah
Baru layak memerintah
Baru rakyat jelata dapat faedah
Penyelewengan terdedah
Dalam laporan Ketua Audit Negara
Perintah Allh buatlah segera
Dosa pahala ambil kira
Bersihkan pilihanraya
Dalam kubur ada cahaya
Abu Bakar As-Siddik percaya
Dengan Nabi cukup setia
Setia
Dalam perjuangan
Dilantik pengganti Nabi
Di bantu Umar Al-Khattab yang tegas
Dengan jujur jalan tugas
Bila jadi AJK masjid
Belajar dengan guru mursyhid
Baru jadi mujahid
Sabar dan benar dalam setiap keadaan
Taat mengerjakan suruhan
Infakkan kewangan inilah perjuangan
Hasil daripada hadir di majlis pengajian
Selepas solat Maghrib
Baru datang pertolongan ghaib
Kemenangan yang nampak semacam ajaib


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Isnin, 26 Mac 2012

USAHA YANG SIA-SIA



Cerita penglipurlara
Sang Kancil dan gajah
Berada di dalam perigi buta
Usaha melepaskan diri
Berlalu hari demi hari
Gajah sibuk dengan berak
Sang Kancil terus berfikir
Berfikir secara haiwan
Boleh tipu kawan
Bahkan boleh makan kawan
Berlaku dalam Barisan
Tipu menipu
Setiap waktu
Sehingga hati rakyat jadi kematu
Kekal otak kalkatu
Taraf orang Melayu
54 tahun kena tipu
Penceramah-penceramah BTN pandai mengampu
Dikata mereka Cina itu seteru
Dikata mereka India itu seteru
Sebenarnya
Musuh Orang Melayu
Ialah
Golongan bangsawan
Golongan kroni-kroni
Golongan
Lempar batu sembunyi tangan
Pakar motivasi terlepas pandangan
Dia nampak
Hanya kerusi MB
Bila tak dapat
Dia buat kacau
Macam Sang Kancil
Memprovokasi gajah
Keseluruh negara dia jelajah
Pakatan Rakyat tetap gagah
Buku Jungga tetap indah
Negara Berkebajikan rahmati Allah
Rugi yang jiwa bermasalah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Ahad, 25 Mac 2012

PANTUN DORONGAN KEJAYAAN



Hal beraja zaman kayangan
   Kilat dipanas bernyala-nyala
Tahniah kerana menyertai perjuangan
   Menumbangkan United Malays dapat pahala

Telaga zam-zam berada di Mekah
   Minuman orang di Tanah Suci
Calon Pakatan kita pangkah
   Bila menang rakyat dipuji

Separa lada di kedai Cina
   Kain dilipat lempar kasturi
Penyokong asobiyah di akhirat hina
   Semasa di dunia lupakan diri

Nyamuk banyak di air bertakung
   Kibas dengan tangan baju
PRU-13 mohon Allah kita menang
   Dengan Islam negara pun maju


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Sabtu, 24 Mac 2012

PEMBENTUKAN INSAN KAMIL



Manusia
Dicipta Allah dengan
Sebaik-baik kejadian
Ada akal
Ada perasaan kemanusiaan
Ada keinginan
Menjadi insan kamil
Perlu ada tiga perkara
Keluarga
Pendidikan
Kerajaan
Keluarga diketuai bapa
Mudah lupa
Bila berlebihan kuasa
Boleh disalahguna kuasa
Biasa bagi ketua negara
Mahu kaya cara segera
Mahu kaya cara mi segera
Lupa Allah ambil kira
Malaikat catat semua
Di kanan menanti pahala
Di kiri dosa...dosa
"Demi masa sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian"
Perlu pendidikan
Perlu ilmu pengetahuan
Baru kenal Tuhan
Baru jauhi tegahan
Tinggi nampak Gunung Tahan
Terletak dalam negeri Pahang
Dalam rumah diberi asuhan
Baru wujud suasana kasih sayang
Terasnya adalah sembahyang
Bila Allah sayang
Bila Rasul sayang
Masyarakat madani terbayang
Tinggi nilai wang
Bila budaya rasuah berkurang
Puisi bermutu dikarang
Dideklamasikan depan ramai orang
Mudah kenal kaki temberang
Seperti pokok pisang
Pisang emas bawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang rakyat kena bayar
Dengan memberi khidmat berkualiti
Ini yang rakyat nanti
Putrajaya ditukar ganti
Segala kepincangan diperbetulkan
Dengan melaksanakan janji
Dalam 100 hari
Diberi kuasa
Nasib rakyat pasti terbela
Pimpinan adil mendatangkan pahala
Masyarakat majmuk bersukacita
Dikabulkan segala doa
Daripada insan bertaqwa
Di peringkat negeri dan
Di peringkat persekutuan
Inilah nikmat Islam dan iman
Boleh bersatu dalam kepelbagaian
Semuanya dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Jumaat, 23 Mac 2012

KENAL MUSUH KITA

KENAL MUSUH KITA
TAK KENAL MAKA TAK BENCI


Hari berganti hari
Elok muhasabah diri
Ilmu perlu dicari
Rezeki halal dicari
Pimpinan baik dicari
Pemerintah baik dicari
Tolak pencuri
Di siang hari
Tolak ekonomi kroni
Rakyat kena berani
Baru wujud masyarakat madani
Bila pimpinan berbudi
Bila tolak nasihat Yahudi
Baru kurang budaya judi
Baru selamat muda mudi
Daripada budaya hedonis
Baru solat terasa manis
Baru sunnah Nabi tak terhakis
Baru ranap angkara keris
Propaganda Ketuanan Melayu mula terhakis
Bila rakyat sedar
Musuh orang awam ialah
Golongan bangsawan Melayu
Yang ketepikan ajaran wahyu
Oleh itu
Rakyat kena bersatu
Dengan gelombang hijau
Dengan konsep bersatu
Dalam kepelbagaian
Oleh itu mari ubah dulu
Orang Cina bukan musuh kita
Orang India bukan musuh kita
Musuh kita daripada kalangan kita
Dalam Al Quran ada cerita
Munafik golongan puaka
Penyokong mereka dihumban ke neraka
Tempat paling celaka
Baru padan muka


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Khamis, 22 Mac 2012

SAKIT DAHULU SEMBUH KEMUDIAN



Selagi
Jenis makhluk
Bernama manusia
Ada minda
Ada hati
Ada nafsu
Ada sakit
Sakit rohani
Sakit jasmani
Kedua-duanya perlu diatasi
Dapat sekat korupsi
Fahaman asobiyah boleh diatasi
Dengan ilmu kurniaan Ilahi
Baru maksiat dijauhi
Baru riadah setiap hari
baru ceria suami isteri
Baru rezeki halal dicari
Baru lahir pimpinan bistari
Baru wujud masyarakat madani
Baru hapus ekonomi kroni
Baru kurang inflasi
Baru harga barang-barang rendah
Baru masyarakat majmuk dapat faedah
Baru rakyat jelata dapat faedah
Baru warga Felda dapat faedah
Baru warga Felcra dapat faedah
Baru rambut isteri tak terdedah
Semuanya kerana betul aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Syukur alhamdulillah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Rabu, 21 Mac 2012

RAKYAT DAH SEDAR



Hidup adalah perjuangan
Supaya
Badan
Minda
Roh
Ketiga-tiganya sihat
Baru boleh terima
"Agama Itu nasihat"
Baru boleh beramal ibadat
Baru dalam politik tak mengelat
Baru rakyat tak diperalat
Baru negara selamat
Daripada gerombolan politikus khianat
Mengkayakan suku sakat
Daripada pimpinan pecah amanah
Suasana buruk ini perlu diubah
Ubah sekarang
Penyelewengan mereka "Kita serang"
Puisi-puisi indah kita karang
Dideklmasikan di sana sini
Jadikan rakyat berani
Berani
Berkata benar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Selasa, 20 Mac 2012

TAWARAN ISTIMEWA



Manusia
Mulia kerana taqwa
Mulia
Dengan iman dan Islam
Setiap malam
Nabi SAW solat malam
Seluruh isi Al-Quran dia faham
Bebas syak dan waham
Jauh sekali dari ragu
Tumbuh janggut di bawah dagu
Ditrim misai selalu
Nampak segak dan bertenaga
Ramai keluarga
Sebelas orang isterinya
Seorang saja anak dara
Selainnya janda belaka
Semua redha apa yang ada
Hafal Quran di dada
Dilayan Nabi cukup istimewa
Ke akhirat pahala dibawa
Di Badar kafir Quraish kecewa
Tentera Islam
Hanya 313 orang saja
Pihak lawan lebih 1000 orang
Tentera Islam menang
Malaikat-malaikat turun datang
Abu Jahal jatuh terlentang
Nyawanya melayang
Menyesal yang panjang
Hiburannya api...api...api
Api yang panas
Ingatlah gerombolan ketuanan Melayu
Perjuangan perkauman sempit
Perjuangan sia-sia
Di akhirat nanti menderita
Oleh itu
Ubahlah sekarang
Tinggal golongan bangsawan Melayu
Terima ajaran wahyu
Terimalah Al Quran
Terimalah sunnah Nabi SAW
Masuklah jemaah Islam
Hadirlah di majlis-majlis ilmu
Nanti akan tahu
Nikmatnya iman dan Islam
Hiburan kita
Mendengar azan
Mendengar bacaan Quran
Mendengar selawat
Berjemaah sewaktu solat
Pahala dapat
Ukhuwah erat
Dunia akhirat selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Isnin, 19 Mac 2012

TAULIAH



Di negeri Perak Darul Ridzuan
Mengajar agama perlu kebenaran
Daripada Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
Tauliah mengajar agama Islam
Peraturan 5(3)
Peraturan-peraturan mengajar agama 1966
Kurniaan daripada Sultan
Yang Di Pertua dan Raja
Pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan
Sebagai ketua agama
Di negeri Perak
Kena lulus ujian tulisan
Dalam tulisan jawi
Dalam enam matapelajaran
Tauhid,feqah,tassauf
Hadis,tafsir dan sejarah
Selepas itu
Hadir ditemuduga
Di depan tiga ahli Majlis Agama Islam
Setelah lulus
Diadakan majlis penyampaian
Oleh Mufti negeri Perak
Dengan ini
Seseorang mendapat tauliah
Boleh mengajar agama
Dengan niat kerana Allah
Boleh di masjid ,boleh di surau
Boleh di mana-mana
Ilmu agama cukup berguna
Baru Melayu hidup tak hina
Baru Melayu ikut wahyu
Baru boleh bersatu
Dengan pimpinan bermutu
Kebajikan rakyat didahulukan
Rasuah dijauhkan
Di akhirat menanti seksaan
Berpanjangan
"Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
Diterima yang berakal
Dengan iman dan tawakkal
Buat suruhan
Tinggal larangan
Perlu kesabaran
Perlu kesetiaan
Perlu keikhlasan
Perlu rakan-rakan
Yang tahan ujian
Yang berwawasan
Nabi Muhammad banyak kali berpesan
"Agama itu nasihat"
Diterima yang jiwa sihat
Seperti
Siti Khadijah
Saidina Ali
Zaid bin Harithah
Abu Bakar As Sidik
Mereka yang cerdik
Nabi Muhammad yang didik
Di Mekah, Di Madinah
Di Badar tentera kafir Quraish musnah
Abu Jahal makan tanah
Menyesal tak sudah-sudah
Oleh itu
Ikutlah Nabi Muhammad SAW
"Ulama itu pewaris Nabi"
Ulama yang cinta akhirat
Buat yang wajib dan yang sunat
Banyakkan selawat
Di Padang Mahsyar bermanfaat
Menanti berbagai nikmat
Semasa di dunia kuat beribadat
Berani menentang pengkhianat
Daripada gerombolan anak didik barat
Berbudaya
"Cinta dunia takut mati"
Rosak anak negeri
Rosak bahasa ibunda
Rosak iman dan Islam
Suasana jahiliah ini
Perlu diatasi dengan ilmu dan amal
Dengan "amar makruf nahi munkar"
Insyaallah budaya hedonis akan terbakar
Ilmu agama dijadikan akar
Komplot Zionis-Yahudi terbongkar
Bendera tauhid akan berkibar
Ilmu agama akan tersebar
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Ahad, 18 Mac 2012

MARI AMALKAN SUNNAH NABI SAW



Nabi sentiasa berwuduk
Nabi sentiasa baca Al Quran
Nabi sentiasa istiqfar
Nabi sentiasa infak
Nabi bersolat jemaah
Nabi bersolat sunat tahajud
Nabi bersolat sunat witir
Nabi bersolat sunat dhuha
Mari kita berusaha
Menjadi umat bertaqwa
Beramal sedaya upaya
Dalam kubur ada cahaya
Tanda anda berjaya
Lebih bermakna daripada Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Sabtu, 17 Mac 2012

BASMI RASUAH



Rasuah
Pemberi dikutuk Allah
Penerima dikutuk Allah
Ini kerja salah
Dilakukan ahli-ahli politik
Daripada gerombolan ketuanan bangsa
Dianaktiri anak bangsa
Diberi kepercayaan syarikat Yahudi Zionis
Pakai cincin nampak manis
Berjuta-juta RM habis
Bersikap boros disuruh iblis
Lepas PRU 13 semuanya habis


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Apr2012

Jumaat, 16 Mac 2012

BERSATU MAMBAWA PERUBAHAN BERI YANG AMANAH MEMERINTAH



Melihat
Kesusahan rakyat
Orang Melayu dikhianat
Digula-gulakan setiap saat
Dalam media massa boleh lihat
Gejala sosial meningkat
Kelahiran anak tak sah taraf meningkat
Perlu disekat
Dengan Buku Jingga
Nasib rakyat dijaga
Ditarbiyahkan seluruh keluarga
Bersihkan pilihan raya
Biar yang amanah kuasai Putrajaya

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/ Mac2012

Khamis, 15 Mac 2012

BERSATU MEMBAWA PERUBAHAN



Ikan puyu ikan keli
Bila digoreng sedap dimakan
Orang beriman dijadikan rakan
Orang alim dijadikan rakan
Orang beramanah dijadikan rakan
Orang bertawadhuk dijadikan rakan
Boleh bersatu dalam kepelbagaian
Boleh bawa perubahan
Buat suruhan
Tinggal tegahan
Inilah budaya orang beriman
Boleh membawa perpaduan
Dalam negara persekutuan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Rabu, 14 Mac 2012

ANTARA DOSA-DOSA TERMAKLUM



Skandal PKFZ Perlabuhan Klang
Bernilai 12 bilion
Disapu oleh lanun-lanun
Didiamkan saja oleh agamawan
Keduniaan
Bersekongkol dengan anasir Israel-Zionis
Dibayar RM77 juta setahun
Kepada Apco Worldwide
Imejnya masih tersepit
Di atas katil kena himpit
Royalti petrol ditukar kepada wang ehsan di Terengganu
Berjumlah RM 7 bilion
Projek lembu
NFC bernilai RM250 juta
Orang kampung tetap menderita
Sebelum tidur bercerita
Daripada internet dapat berita
Kebaikan tadbiran negeri-negeri
Di bawah Pakatan Rakyat
Jika perintah Kerajaan Pusat
Di masa terdekat
Lepas itu dakwa pengkhianat-pengkhianat
Skandal rasuah kapal selam
Scorpene RM500 juta
Di sana sini orang bercerita
Altantuya orangnya jelita
Ditembak dekat mata
Dibom C4 ke atas mayatnya
Dilakukan oleh gerombolan Ketuanan Bangsa
Di akhirat menanti seksa
Bagi penyalahguna kuasa
Waktu itu baru rasa
Azab sengsara
Syaitan saja gembira
Skandal kewangan Dr Mahathir
Sewaktu memerintah negara
Selama 22 tahun
RM100 bilion beliau balun
Di Laut Marah matinya Firaun
Sebelum mati Firaun memohon
Hendak sokong Islam
Semuanya terlambat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Selasa, 13 Mac 2012

BUAT 3 KEBAIKAN SEKARANG




Pertama

Rasa takut kepada Allah
Takut
Menipu bangsa sendiri
Dengan ilmu
Kenal diri sendiri
Mudah keredhaan Allah dicari
Kebajikan kepada rakyat boleh diberi
Sukacita ramai suami isteri
Bila negara dipimpin pimpinan bistari
Jauh daripada korupsi
Sedia ke jalanraya berdemontrasi
Menuntut keadilan
Untuk rakyat jelata
Baru rakyat sukacita

Kedua

Perlu adil bila reda dan bila marah
Suka dengar tazkirah
Sedia bermuzakarah
Ceritakan
Bahaya rasuah
Bahaya pecah amanah
Bila ada dalam tanah
Jadilah pemimpin beramanah
Baru hidup bermaruah
Baru negara makmur dan mewah
Bila semua golongan
Beriman dan istiqamah

Ketiga

Bersederhana
Bila berbelanja
Semasa kaya dan
Semasa miskin
Dengan ilmu
Kebenaran Islam bertambah yakin
Zikir jadikan pemangkin
Bila ini dimiliki oleh pemimpin
Baru masyarakat majmuk mudah dipimpin
Baru hidup rakyat berharmoni
Bila ulama betul-betul mewarisi Nabi
Takperlu NGO JATI
Yang perlu
Beramal soleh sebagai persiapan mati


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Isnin, 12 Mac 2012

3 PERKARA YANG MEMBINASAKAN DIRI



Pertama

Taat kepada sifat bakhil
Disebabkan jahil
Disebabkan percaya kepada pimpinan asobiyah
Meredhai yang rasuah
Meredhai yang pecah amanah
Lupa diri akan berada dalam tanah
Menjauhi tazkirah
Menjauhi kuliah agama
Lupa larangan agama
Lupa dunia ini hanya sementara

Kedua

Ikut arahan nafsu
Buat larangan
Tinggal suruhan
Kuat fahaman perkauman
Walaupun lemah iman
Fikir hanya kebendaan
Fikir hanya keseronokan
Jadilah seperti
"Ulat bulu panjat durian,
Sedap dulu sakit kemudian"
Dalam kubur menerima seksaan
Akhirat yang berpanjangan
Menderita
Yang berkekalan

Ketiga

Merasakan kehebatan diri sendiri
Memiliki ijazah PHD
Ikan puyu ikan keli
Orang ego mudah dibeli
Dibawa orang ke sana ke mari
Dosa saja dicari
Lupa muhasabah diri
Lupa bai'ah dengan parti
Lupa para malaikat catit semua ucapan
Lupa syaitan memasang umpan
Gelap masa hadapan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Ahad, 11 Mac 2012

MINDA MELAYU



Minda Melayu
Minda Feudal
Mewarisi kandungan 'Sejarah Melayu'
Hasil karya Tun Sri Lanang
Menceritakan kedudukan Raja-raja Melayu
Boleh terima yang ikut wahyu
Selama-lamanya tak layu
Minda sihat
Bila dapat rahmat
Patuh kehendak syariat
Dimulakan dengan niat
Dengan tujuan ingin berkhidmat
Untuk kebajikan rakyat
Sentiasa ditipu oleh pengkhianat
Daripada gerombolan
United Malays National Organization
Cakap tak serupa bikin
Dengan akhirat kurang yakin
Dengan Ketuanan Bangsa cukup yakin
Projek-projek dijadikan pemangkin
Kroni-kroni dapat komisen
Hidup mewah melaui rasuah
Orang kampung tetap ke sawah
Mencari rezeki menanam padi
Putrajaya dibolos Yahudi
Apco Woldwide diberi kepercayaan
Oleh pucuk pimpinan
Kerajaan Persekutuan
Ilmu agama sangat berkurangan
Sanggup buat benda-benda larangan
Orang kampung masih beri kepercayaan
Kononnya dah banyak berjasa
Dibiarkan menyalahguna kuasa
Syaitan pun hairan
Dibiarkan maksiat di sepanjang jalan
Orang kampung pula kurang amalan
Kurang ilmu pengetahuan
Tak tahu maksud Al-Fatihah
Berfahaman asobiyah
Payah berubah
Dikongkong oleh fahaman Feudalisma
Inin cuba diatasi oleh Pakatan
Buku Jinggan membawa tawaran
Membawa banyak kebajikan
Dengan ini minda Melayu oleh ditukarkan
Dengan Islam
Dengan Iman
Dengan Ihsan
Dengan kesungguhan
Berilah rakyat pedoman sebenar
Minda akan tolak yang mungkar
Kerajaan Pusat akan bertukar
Bila minda Melayu segar-bugar
Keredhaan Allah saja dikejar
Di sana sini"Allahuakbar" bergema


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Sabtu, 10 Mac 2012

MENJAGA ORANG MELAYU



Orang Melayu
Mengikut Perlembagaan Negara
Islam agamanya
Bahasa Melayu tuturan hariannya
Ikut adat istiadat Melayu
Ada raja
Ada rakyat
"Raja adil raja ditaat
Raja zalim raja dinasihati"
Tercatat dalam buku
'Sejarah Melayu'
Ada dua wira
Hang Tuah dan Hang Jebat
Hang Tuah kuat asobiyah
Hang Jebat berjuang demi rakyat
Rakyat
Perlu pembelaan
Daripada raja
Sebagai ketua agama
Di setiap negeri
Daripada Mufti
Sebagai penasihat agama
Kepada sultan
Di sepanjang jalan menanti syaitan
Bila bersih pendapatan
Bila jaga kesihatan
Baru orang Melayu ada kekuatan
Boleh beramal soleh
Baru Kerajaan Pusat beralih
Baru jatidiri Melayu pulih
Dengan berubah
Minda, hati dan nafsu
Baru jiwa orang kampung tak lesu
Baru kenal siapa penipu
Baru kenal siapa ulama sebenarnya
Baru tolak ulama asobiyah
Mendiamkan diri melihat rasuah
Ini menyalahi Sunnah
Bersiap sedialah rumah
Di bawah tanah
Jawatan politik ala Machiavelli musnah
Kebanggaan ketuanan bangsa musnah
Pakar motivasi ingin menjadi
Juara Melayu
Juara raja-raja
Juara Islam
Hanya slogan kosong
Minda Melayu kampung terpesong
Minda melayu Felda terpesong
Minda melayu Felcra terpesong
Menyesal bila mayat diusung
Tiket syurga belum dibeli
Ingatlah dua anak Pak Ali
Neraka jangan dibeli
Hidup di dunia hanya sekali
Oleh itu
Jagalah Melayu dengan
Islam, Iman dan Ihsan
Beramallah berterusan
Betulkan aqidah
Semestinya
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Jumaat, 9 Mac 2012

MUDAH DITIPU

terpedaya dengan bisikan syaitan


Orang Melayu
Semuanya layu
Mudah ditipu
Di setiap waktu
Dengan NGO-NGO disuruh bersatu
Lupa janji semasa solat lima waktu
Tahu tempat dituju
Ke Batu Dua
Ramai kecewa
Bila banyak dosa dibawa
Melalui asobiyah
Menyokong bangsa
Walaupun pimpinannya melakukan banyak dosa
Dosa isteri tak bertudung
Maksiat tak dibendung
Belum nikah dah mengandung
Lahir ramai bayi tak sah taraf
Pimpinan yang ada tak boleh harap
Kerakusan meruap-ruap
Rasuah
Pecah amanah
Rompak
Judi
Minuman keras
Agamawan asobiyah fikir hanya gejala murtad
Sedangkan kuasa di tangan Kerajaan Pusat
Ini agamawan bangsa Melayu terlepas pandang
Dia risau gerombolan Ketuanan Melayu jadi pembangkang
Akaun banknya akan berkurangan
Pemerintah baru
Di peringkat Pusat
Pimpinan
Beramanah
Berdisplin
Beriman
Berkebajikan
Boleh lihat di empat negeri
Diakui sendiri
Oleh Ketua Audit Negara
Disedari
Manusia-manusia berjiwa seni
Berubah mesti berjiwa berani
Berani mengamalkan Islam
Daripada Islam
Datangnya nikmat hidup
Inilah ubat
Bagi masyarakat majmuk di negara tercinta
Perlu hanya buka mata


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Khamis, 8 Mac 2012

ORANG ASOBIYAH



Bila orang agama
Berfahaman asobiyah
Bererti menyalahi Sunnah
Bererti masalah
Dalam tanah
Bererti membiarkan perasuah-perasuah
Walaupun perasuah berbangsa Melayu
Orang asobiyah diam membisu
Tanda iman dah lesu
Walaupun banyak ilmu
Bila diam isu lembu
Isu NFC
Ini lagi satu projek BN
Orang asobiyah tidak soal
Orang asobiyah mati akal
Melihat
Provokasi perkauman
Rakyat yang bermaklumat
Tidak menghiraukannya
Putrajaya jadi matlamat
Masyarakat majmuk dapat manfaat
Dalam kepelbagaian boleh berpakat
Tanda bersih niat
Orang asobiyah susah nak buat
Jiwa dah karat
Karat kerana cinta dunia dan takut mati
Tak bermakna slogan "JATI"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Rabu, 7 Mac 2012

LAKUKAN SETIAP HARI



I

Berjalan
Sepuluh ribu langkah sehari
Kesihatan diri
Mulai daripada cita-cita sendiri
Mohon daripada Ilahi
Usaha iktiar diteruskan
Berdoa sebelum makan
Daripada rezeki yang halal
Dalam kubur akan disoal
Ramai yang menyesal
Firaun
Haman
Qarun
Regu tiga segi
Berkekalan rugi

II

Membaca
Seribu perkataan
Mulai dengan Al-Quran
Diikuti dengan hadis
"Setiap amalan berdasarkan niat"
Semua niat kerana Allah
Mudah selesai masalah

III

Tulis
Seratus perkataan setiap hari
"Dari timur terbit matahari
di barat matahari tenggelam
keredhaan Allah wajib dicari
menjadi cita-cita umat Islam"

IV

Berjumpa
Sepuluh orang setiap hari
Dengan muka berseri-seri
Dimulai suami isteri
Kebajikan saja dicari

V

Buat satu kebajikan
Setiap hari
Ilmu pengetahuan dicari
Baru kenal diri sendiri
Rezeki halal dicari
Rasuah dijauhi
Budaya lucah dijauhi
Berdoa setiap hari
Mohon kesihatan bagi diri
Daripada Allah Yang Maha Berkuasa
"demi masa
sesungguhnya manusia berada
di dalam kerugian"
Dikecualikan
Yang beriman
Beramal soleh
Berkata benar
Di setiap keadaan
Bersabar
Di setiap keadaan
Atasi segala cobaan
Jalan kejayaan
Menuju kebahagiaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Selasa, 6 Mac 2012

PANTUN JALAN KE SYURGA



Tanahnya gembur baru dibongkar
   Campak benih tumbuhnya segar
Menumbangkan penzalim bukanlah sukar
   Perlu ramai penyokong tegar

Padi masak tak tertuai
   Rambutan ranum di setiap tangkai
Pimpinan asyobiah selalu cuai
   Taktik lama suka pakai

Pelancong datang ke suatu negeri
   Pagi bersarapan di Tanjung Puteri
Pimpinan beramanah rakyat cari
   Terbukti ada di empat negeri

Itik angsa menutup tasik
   Ayam di reban dimakan musang
Di sana sini rakyat berbisik
   Politik perkauman perkara usang

Padi ditanam sepanjang tahun
   Durian berbuah di tepi paya
Daripada Allah kita memohon
   Supaya telus pentadbir Putrajaya

Pelabuhan Klang di negeri Selangor
   Berlabuh kapal luar negara
Pimpinan Demokratik boleh ditegur
   Masyarakat majmuk tentu gembira

Kerang tersenyum mudah gembira
   Penyu bertelur musim panas
Pimpinan ulama bijak berbicara
   Hujah mereka sentiasa bernas

Kuih dihidang kopi ditatang
   Sekali minum hilang dahaga
Pemerintah zalim kita tentang
   Mati syahid jalan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Isnin, 5 Mac 2012

TUKAR DULU

pilihlah pemimpin bertaqwa dan beramanah


Demokrasi
Di zaman dahulu
Dasarnya kebajikan rakyat dulu
Sekarang menipu selalu
Ini politikus muka tak malu
Mahu maju tukar dulu
Lepas itu ikut ajaran wahyu
Baru selamat orang Melayu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

 

Ahad, 4 Mac 2012

BUAT BAIKLAH SELALU

bersedia untuk mati


Tinggi nampak pokok jati 
Tumbuh subur di hutan belantara 
Bersiaplah untuk nak mati 
Dosa pahala tentu ambil kira 
Dalam kubur nanti gembira 
Bebas daripada seksa 
Beramanah bila berkuasa 
Dengan agama ajarkan bangsa 
Baru hidup berjasa
Dirahmati yang Maha Esa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012


Sabtu, 3 Mac 2012

ATASI UJIAN



Dunia
Dipenuhi cobaan
Di atasi dengan iman
Dengan pengetahuan
Dengan amalan
Dengan Al-Quran menunjukkan jalan
Dengan meyakini adanya Hari Kemudian
Hari kebahgiaan
Hari keseronokan
Hari kegembiraan
Hari kesyukuran
Kurniaan
Daripada Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Jumaat, 2 Mac 2012

RAKYAT DAPAT NIKMAT

bantahan rakyat

Melayu
Di bawah pimpinan layu
Disebabkan meninggalkan ajaran wahyu
54 tahun berlalu
Menipu anak bangsa tak pula malu
Isteri tak bertudung dibiarkan saja
Nafsu amarah jadi raja
Kemajuan barat dipuja
Demokrasi dijadikan alat saja
Mudah jadi kaya
NFC contoh terbaru
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Bila Melayu tolak wahyu
Hidup rakyat jelata melarat
Ikut cakap pimpinan keparat
Agamawan pun bersubahat
Jadilah ulama jahat
Disuruh berjihad
Mempertahankan bangsa yang tak ikut syariat
Gementar bila bertukar Kerajaan Pusat
Bagi rakyat
Inilah nikmat
Pentadbiran penzalim akan tamat

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Khamis, 1 Mac 2012

TAHNIAH!

HMS Abu Bakar (Pak Salleh) telah menerima watikah tauliah mengajar pada majlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada Rabu,29 Feb 2012. Watikah tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Seramai 62 orang termasuk 6 orang daripadanya muslimat. Dengan penganugerahan ini diharap dakwah Islam akan terus berkembang dan dapat mengangkat Islam sebagai cara hidup setiap individu muslim seterusnya diamalkan di dalam pemerintah negara kita. InsyaAllah



Foto seterusnya...

MENGEMBALIKAN JATI DIRI MELAYU



Setelah 54 Tahun merdeka
Tanah Melayu diperintah
Cara demokrasi berparlimen
Beraja
Kemajuan kebendaan saja
Dipuja
Direstui Raja-raja
Dilembagakan sebagai ketua agama
Di sembilan negeri yang beraja
Di Melaka
Di Pulau Pinang
Di Sabah
Di Sarawak
Ketua agama Islam
Terletak di tangan
Yang DiPertuan Agong
Adat istiadat masih mengongkong
Direstui profesor-profesor kangkong
Kezaliman mereka dokong
Dalam internet terbuka pekong
Berlaku rasuah sana sini
Para pimpinan takutkan bini
Mendedahkan aurat berani
Diam para suami
Hilang jati diri
Ilmu agama tak dipelajari
Dari kecil belajar di luar negeri
Budaya Inggeris diwarisi
Rakyat dapat kuah
Kroni-kroni dapat isi
Tiba-tiba wujud reformasi
2008 berlaku tsunami
Terlepas 5 negeri
Gelisah tak terperi
Cara rompak dapat satu negeri
Direstui pemuja-pemuja korupsi
Berubah cara terbaik
Menyelamatkan negara
Daripada musnah
Di tangan perasuah-perasuah
Digantikan pimpinan beramanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012