Selasa, 27 Mac 2012

JUJURLAH KAWAN



Kita semua
Allah yang cipta
Diberi mata boleh melihat
Boleh membaca boleh menulis
Menanti saja iblis
Mahu manusia di akhirat muflis
Oleh itu
Bila hadir di majlis ilmu
Di masjid, di surau
Dengar baik-baik
Catitlah semua ilmu yang diajar
Bila di rumah boleh diulangkaji
Menipu kerja keji
Menipu undi juga kerja keji
Rasuah juga kerja keji
Perlu diubah
Digantikan
Kerajaan Pusat yang beramanah
Di bawah pimpinan bermaruah
Baru layak memerintah
Baru rakyat jelata dapat faedah
Penyelewengan terdedah
Dalam laporan Ketua Audit Negara
Perintah Allh buatlah segera
Dosa pahala ambil kira
Bersihkan pilihanraya
Dalam kubur ada cahaya
Abu Bakar As-Siddik percaya
Dengan Nabi cukup setia
Setia
Dalam perjuangan
Dilantik pengganti Nabi
Di bantu Umar Al-Khattab yang tegas
Dengan jujur jalan tugas
Bila jadi AJK masjid
Belajar dengan guru mursyhid
Baru jadi mujahid
Sabar dan benar dalam setiap keadaan
Taat mengerjakan suruhan
Infakkan kewangan inilah perjuangan
Hasil daripada hadir di majlis pengajian
Selepas solat Maghrib
Baru datang pertolongan ghaib
Kemenangan yang nampak semacam ajaib


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan