Isnin, 26 Mac 2012

USAHA YANG SIA-SIA



Cerita penglipurlara
Sang Kancil dan gajah
Berada di dalam perigi buta
Usaha melepaskan diri
Berlalu hari demi hari
Gajah sibuk dengan berak
Sang Kancil terus berfikir
Berfikir secara haiwan
Boleh tipu kawan
Bahkan boleh makan kawan
Berlaku dalam Barisan
Tipu menipu
Setiap waktu
Sehingga hati rakyat jadi kematu
Kekal otak kalkatu
Taraf orang Melayu
54 tahun kena tipu
Penceramah-penceramah BTN pandai mengampu
Dikata mereka Cina itu seteru
Dikata mereka India itu seteru
Sebenarnya
Musuh Orang Melayu
Ialah
Golongan bangsawan
Golongan kroni-kroni
Golongan
Lempar batu sembunyi tangan
Pakar motivasi terlepas pandangan
Dia nampak
Hanya kerusi MB
Bila tak dapat
Dia buat kacau
Macam Sang Kancil
Memprovokasi gajah
Keseluruh negara dia jelajah
Pakatan Rakyat tetap gagah
Buku Jungga tetap indah
Negara Berkebajikan rahmati Allah
Rugi yang jiwa bermasalah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan