Rabu, 28 Mac 2012

LEPASKAN MELAYU DARIPADA BAHAYA

lebih bahaya daripada sang harimau


Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Cina bukanlah musuh Melayu
Musuh sebenar pimpinan keparat
Mengkayakan suku sakat
Kroni-kroni pun dapat manfaat
Orang kampung terus merempat
Kos hidup terus meningkat
Pembunuhan Altantuya ada yang ingat
Ditembak jarak dekat
Dibom dengan bom C4
Dengan niat jahat
Mahu tutup segala bukti
Kedatangan masuk ke Malaysia dihapuskan
Jabatan Imigresen dapat arahan
Daripada pihak atasan
Kajian DNA membuktikan
Yang dibom
Sebenarnya mendiang Altantuya
Wanita jelita dari Monggolia
Lembu juga jenis mamalia
Duduk di kondomium tetap tak mulia
Hidup perasuah tak bermakna
Jika lawan perintah agama
Berdosa besar membunuh manusia
Tambah pula
Pernah bersukaria
Di Paris dan di Singapura
Semua ini
Malaikat catat semua
Bersarang rendah burung tempua
Buat sarang daripada rumput kering
Rakyat kampung hidup papa kedana
Diperalat setiap kali pilihanraya
Kali ke 13 lain pula
Mahu cari pahala
Tumbangkan perasuah dapat pahala
Gunakan otak di kepala
Munasabah tawaran Buku Jingga
Boleh dilaksanakan bila berkuasa Putrajaya
Berilah peluang kali ini
Bertindaklah berani
Orang kampung kena berani
Berani buat perubahan
Musuh orang kampung bukan Cina
Musuh orang Melayu bukan India
Musuh sebenar orang Melayu ialah golongan bangsawan
Musuh Melyu juga korporat-korporat
Yang jadi kroni-kroni
Kepada pemegang kuasa
Di peringkat Kerajaan Pusat
Tumbangkan mereka
Lepaslah Melayu kampung dari Neraka
Lepaslah Melayu Felda daripada sensara
Lepaslah Melayu Felcra daripada terpedaya
Bila berubah penguasa di Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan