Khamis, 8 Mac 2012

ORANG ASOBIYAH



Bila orang agama
Berfahaman asobiyah
Bererti menyalahi Sunnah
Bererti masalah
Dalam tanah
Bererti membiarkan perasuah-perasuah
Walaupun perasuah berbangsa Melayu
Orang asobiyah diam membisu
Tanda iman dah lesu
Walaupun banyak ilmu
Bila diam isu lembu
Isu NFC
Ini lagi satu projek BN
Orang asobiyah tidak soal
Orang asobiyah mati akal
Melihat
Provokasi perkauman
Rakyat yang bermaklumat
Tidak menghiraukannya
Putrajaya jadi matlamat
Masyarakat majmuk dapat manfaat
Dalam kepelbagaian boleh berpakat
Tanda bersih niat
Orang asobiyah susah nak buat
Jiwa dah karat
Karat kerana cinta dunia dan takut mati
Tak bermakna slogan "JATI"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan