Khamis, 30 April 2015

PANTUN AURAT TERDEDAH


Kapal berlabuh menjatuhkan sauh
Anak kapal naik ke darat
Menangkan Pakatan di Permatang Pauh
Sedar GST membawa mudarat

Anak kapal naik ke darat
Gunakan duit membeli barangan
Sedar GST membawa mudarat
Bangun dan beri tentangan

Gunakan duit membeli barangan
Termasuk teh dan kopi
Bangun dan beri tentangan
Dengan iman masalah dihadapi

Termasuk teh dan kopi
Dua jenis minuman rakyat
Dengan iman masalah dihadapi
Baru agama panjang hayat

Dua jenis minuman rakyat
Boleh juga minum Al-Uyun
Baru agama panjang hayat
Tolak pimpinan mangkuk hayun

Boleh juga minum Al-Uyun
Air minuman jenis baru
Tolak pimpinan mangkuk hayun
Laksanakan GST secara terburu-buru

Air minuman jenis baru
Harganya murah dan berpatutan
Laksanakan GST secara terburu-buru
Susah yang sikit pendapatan

Harganya murah dan berpatutan
Orang miskin pun boleh beli
Susah yang sikit pendapatan
Semacam kuasawan senaja perli

Orang miskin pun boleh beli
Jika ekonomi mesra rakyat
Semacam kuasawan senaja perli
Mungkin Yahudi menjadi penasihat

Jika ekonomi mesra rakyat
Nilai wang akan meningkat
Mungkin Yahudi menjadi penasihat
Perkembangan dakwah terus tersekat

Nilai wang akan meningkat
Ramai rakyat dapat faedah
Perkembangan dakwah terus tersekat
Aurat wanita sengaja terdedah

Ramai rakyat dapat faedah
Contoh terbaik Negara Turki
Aurat wanita sengaja terdedah
Goyang iman kaum lelaki


HMS ABU BAKAR


Isnin, 27 April 2015

TUKARLAH-TUKARLAH


Manusia hari ni
Dibebani masalah ekonomi
Mendapat faedah kroni-kroni
Rakyat menghadapi keperitan GST
Janda muda selalu bermimpi
Duduk keseorangan di atas titi
Kesusahan rakyat tidak bertepi
Semua disebabkan adanya GST
Pertukaran kerajaan Pusat dinanti-nanti
Inilah prioriti
Inilah keutamaan kepada majoriti rakyat
Mahu pimpinan berbakat
            Ikan di laut termasuk pukat
            Bawa ke pantai terus dijual
            Menukar kerajaan kena berpakat
            Dengan sendirinya GST terbatal


HMS ABU BAKAR



Ahad, 26 April 2015

PANTUN RAKYAT SEDAR


Anak tempua kakinya kudung
Anak merbah pula berlari-lari
Dengan GST kroni-kroni terlindung
Pemimpin amanah susah dicari

Anak merbah pula berlari-lari
Mencari ulat di atas rumput
Pemimpin amanah susah dicari
Ekonomi rakyat ternyata semput

Mencari ulat di atas rumput
Tiba-tiba menjelma ular
Ekonomi rakyat ternyata semput
Pihak pembangkang pula diselar

Tiba-tiba menjelma ular
Terus mematuk anak merbah
Pihat pembangkang pula diselar
Dihadapi pimpinan yang tabah

Terus mematuk anak merbah
Dilihat ibunya dari jauh
Dihadapi pimpinan yang tabah
Menanti kemenangan di Permatang Pauh

Dilihat ibunya dari jauh
Mat Rempit memecut motosikal
Menanti kemenangan di Permatang Pauh
Tentu pengundi yang berakal

Mat Rempit memecut motosikal
Terdiri dari remaja Melayu
Tentu pengundi yang berakal
Beramal dengan ajaran wahyu

Terdiri dari remaja Melayu
Berlumba-lumba di malam minggu
Beramal dengan ajaran wahyu
Pertukaran kerajaan tetap ditunggu

Berlumba-lumba di malam minggu
Berlaku diseluruh negara tercinta
Pertukaran kerajaan tetap ditunggu
Keburukan GST membawa derita

Berlaku diseluruh negara tercinta
Kemalangan jalanraya di sana sini
Keburukan GST membawa derita
Perlu ditentang dengan berani

Kemalangan jalanraya di sana sini
Beratus-ratus mati setiap tahun
Perlu ditentang dengan berani
Pertolongan Allah wajib dipohon

Beratus-ratus mati setiap tahun
Termasuk Sabah dan Sarawak
Pertolongan Allah wajib dipohon
Tolak pimpinan semacam pelawak


HMS ABU BAKAR



Sabtu, 25 April 2015

AQIQAH SEORANG PUTRI


Tahniah
Siti Hajar dan Azreen
Dapat seorang anak perempuan
Einara El-Zahraa
Membuatkan hati gembira
Diadakan majlis aqiqah segera
Hari Sabtu
25 April 2015
Ada cukur jambul
Ada tahlil arwah
Semoga dirahmati Allah
Melalui kenduri menguatkan ukhuwah
Selepas solat mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu dan ayah
Terima kasih adinda Shaharuddin dan keluarga
Membuat amalan ahli syurga
Maaf bermaafan sesama keluarga

Semoga kekal hidup beragama


HMS ABU BAKAR


PANTUN RAKYAT BERHIJRAH


Pergi ke sawah mencari ikan
Dari senja sampai ke malam
Dengan ilmu amalan dikerjakan
Baru mantap orang Islam

Dari senja sampai ke malam
Mencari rezeki yang halal
Baru mantap orang Islam
Serangan musuh dapat dikawal

Mencari rezeki yang halal
Belanja untuk keluarga di rumah
Serangan mush dapat dikawal
Benteng utama pimpinan berhemah

Belanja untuk keluarga di rumah
Makan, minum dan pakaian
Benteng utama pimpinan berhemah
Bertindak mengikut kehendak Quran

Makan, minum dan pakaian
Didapati dari kerja sendiri
Bertindak mengikut kehendak Quran
Penyelamat manusia dikemudian hari

Didapati dari kerja sendiri
Pergi ke sawah menanam padi
Penyelamat manusia dikemudian hari
Dengan taqwa hadapi Yahudi

Pergi ke sawah menanam padi
Berhenti rehat makan nasi
Dengan taqwa hadapi Yahudi
Dengan jemaah mantaplah reformasi

Berhenti rehat makan nasi
Solat zohor bersama keluarga
Dengan jemaah mantaplah reformasi
Sedar GST menaikkan harga

Solat zohor bersama keluarga
Selepas itu turun ke sawah
Sedar GST menaikkan harga
Menderita kesusahan rakyat di bawah

Selepas itu turun ke sawah
Balik ke rumah sebelum maghrib
Menderita kesusahan rakyat di bawah
Kemiskinan jadi sahabat karib

Balik ke rumah sebelum maghrib
Solat maghrib pula dimasjid
Kemiskinan jadi sahabat karib
Boleh diatasi dengan mujahid

Solat maghrib pula dimasjid
Selepas itu dengar tazkirah
Boleh diatasi dengan mujahid
Galakkan semua rakyat berhijrah

Selepas itu dengar tazkirah
Dicatat semua yang berfaedah
Galakkan semua rakyat berhijrah

Baru tipudaya penzalim terdedah


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 24 April 2015

PANTUN DATANGNYA CAHAYA


Indah taman tempat berhibur
Di tepi teluk pantai cahaya
Orang jahil berlagak takabur
Membodek untuk cepat kaya

Di tepi teluk pantai cahaya
Ramai pelancong datang berehat
Membodek untuk cepat kaya
Bila memimpin berniat jahat

Ramai pelancong datang berehat
Membawa makanan untuk keluarga
Bila memimpin berniat jahat
Pelaksanaan GST menaikkan harga

Membawa makanan untuk keluarga
Sambil makan sambil bersembang
Pelaksanaan GST menaikkan harga
Surirumah kekal berperasaan bimbang

Sambil makan sambil bersembang
Isu GST cerita utama
Surirumah kekal berperasaan bimbang
Menumbangkan penzalim tugas utama

Isu GST cerita utama
Kos kehidupan terus meningkat
Menumbangkan penzalim tugas utama
Pelbagai kaum boleh berpakat

Kos kehidupan terus meningkat
Cukai naik enam peratus
Pelbagai kaum boleh berpakat
Menumbangkan watak bernama Brutus

Cukai naik enam peratus
Rakyat jelata merasai bebannya
Menumbangkan watak bernama Brutus
Julius Caesar menjadi mangsanya

Rakyat jelata merasai bebannya
Naik harga berbagai barangan
Julius Caesar menjadi mangsanya
Mati dibunuh rakan seperjuangan

Naik harga berbagai barangan
Keluhan rakyat susah diatasi
Mati dibunuh rakan seperjuangan
Membelanya perlu semarakkan reformasi

Keluhan rakyat susah diatasi
Melalui BRIM bukan jalannya
Membelanya perlu semarakkan reformasi
Dari iman datanglah cahaya

Melalui BRIM bukan jalannya
Datang GST semua ditelannya
Dari iman datanglah cahaya
Seterusnya berusaha sehingga berjaya

Datang GST semua ditelannya
Duit BRIM perlu penambahan
Seterusnya berusaha sehingga berjaya

Semoga dikabulkan oleh Tuhan


HMS ABU BAKAR



Khamis, 23 April 2015

HIDUP SEPARUH MATI


Bunga tanjung putih berseri
Gugur ke bumi sepanjang malam
Bangunlah hai umat Islam
Membesarkan Tuhan semesta alam
“Awal-awal agama mengenal Allah”
GST membawa masalah
Naik harga bas sekolah
Naik harga kantin sekolah
Naik harga roti capati
Hidup rakyat separuh mati
Disebabkan GST
Masuk kubur baru mengerti


HMS ABU BAKAR



Rabu, 22 April 2015

MACAM NAK MATI


I
GST
Rakyat macam nak mati
General Services Tax
Cukai barangan dan perkhidmatan
Menyusahkan manusia hasrat syaitan
Membela rakyat pula cita-cita Pakatan

II
GST
Rakyat macam nak mati
Menanti
Bila kerajaan nak berganti
Tentu lebih berkualiti

III
GST
Rakyat macam nak mati
Kuasawan duit berpeti-peti
Kereta baru bertukar ganti
Boleh pinang Cik Siti
Boleh bulan madu di Haiti
“Enjoy” sampai mati

Neraka hanya menanti


HMS ABU BAKAR



Selasa, 21 April 2015

PANTUN PERLUNYA IMAN

Simpan duit dalam peti
Bila banjir dihanyutkan air
Kata Mufti turunkan GST
Urusan agama tentulah mahir

Bila banjir dihanyutkan air
Dari hulu menuju muara
Urusan agama tentulah mahir
Hal hukum diambil kira

Dari hulu menuju muara
Berbagai jenis ikan membiak
Hal hukum diambil kira
 Baru rakyat tidak teriak

Berbagai jenis ikan membiak
Termasuk baung dan seluang
Baru rakyat tidak teriak
Majoriti Melayu kurang wang

Termasuk baung dan seluang
Sedap bila masak tempoyak
Majority Melayu kurang wang
Menerima BRIM golongan terbanyak

Sedap bila masak tempoyak
Lagi pedas lagi berselera
Menerima BRIM golongan terbanyak
Datang GST lenyap segera

Lagi pedas lagi berselera
Ada pula sambal belacan
Datang GST lenyap segera
Menunggu saja datangnya bantuan

Ada pula sambal belacan
Lepas makan solat zohor
Menunggu saja datangnya bantuan
Mengemis selagi ada umur

Lepas makan solat zohor
Di masjid tempat umat berjemaah
Mengemis selagi ada umur
Disebabkan pimpinan kurang amanah

Di masjid tempat umat berjemaah
Lima waktu sehari semalam
Disebabkan pimpinan kurang amanah
Berkekalan mundur umat Islam

Lima waktu sehari semalam
Solat berjemaah lebih pahala
Berkekalan mundur umat Islam
Boleh dianggap sebagai bala

Solat berjemaah lebih pahala
Selepas itu terus berjihad
Boleh dianggap sebagai bala

Mengatasinya perlu iman kuat


HMS ABU BAKAR


Isnin, 20 April 2015

PANTUN PEMBUKA MATA

Memburu pelanduk dapat rusa
Rusa berwarna berputik-putik
Melalui politik dapat kuasa
Disokong yang otak cetek

Rusa berwarna berputik-putik
Bila disembelih dimakan dagingnya
Disokong yang otak cetek
Dengan ucapan mudah percaya

Bila disembelih dimakan dagingnya
Buat gulai masak kurma
Dengan ucapan mudah percaya
Perlu hanya beri kerjasama

Buat gula masak kurma
Makan berempat dalam talam
Perlu hanya beri kerjasama
Bersesuaian dengan ajaran Islam

Makan berempat dalam talam
Dikatakan ini Sunnah Nabi
Bersesuaian dengan ajaran Islam
Boleh perangi kafir harbi

Dikatakan ini Sunnah Nabi
Bila makan secara jemaah
Boleh perangi kafir harbi
Sekarang ini gunakan dakwah

Bila makan secara jemaah
Sambil makan sambil bersembang
Sekarang ini gunakan dakwah
Dengannya penzalim boleh tumbang

Sambil makan sambil bersembang
Perkara utama ialah GST
Dengannya penzalim boleh tumbang
Menentangnya rakyat bersatu hati

Perkara utama ialah GST
Cukai barangan dan perkhidmatan
Menentangnya rakyat bersatu hati
Dengan iman mendatangkan kekuatan

Cukai barangan dan perkhidmatan
Harga naik enam peratus
Dengan iman mendatangkan kekuatan
Ikatan syaitan boleh putus

Harga naik enam peratus
Sebenar-benarnya lebih dari itu
Ikatan syaitan boleh putus
Bila seluruh rakyat bersatu

Sebenar-benarnya lebih dari itu
Rakyat marhaen terus menderita
Bila seluruh rakyat bersatu
Isu GST pembuka mata

Rakyat marhaen terus menderita
Nilai ringgit terus menurun
Isu GST pembuka mata

Tentulah cepat penzalim turun


HMS ABU BAKAR


Ahad, 19 April 2015

MENANTI ABANG BARU

Janda muda termenung di atas titi
Memikirkan kesan negatif GST
Duda tampan tetap dinanti
Bulan madu tetap dinanti
Baru hidup berkualiti
Kekal hingga mati


HMS ABU BAKAR

Sabtu, 18 April 2015

PANTUN DOA RAKYAT

Kanak-kanak mengail di atas titi
Dapat seekor ikan keli
Peniaga untung dengan GST
Rakyat merhaen kena “buli”

Dapat seekor ikan keli
Bawa kerumah sambil bernyanyi
Rakyat marhaen kena “buli”
Iman saja kekuatan tersembunyi

Bawa kerumah sambil bernyanyi
Lagu Bangau oh Bangau
Iman saja kekuatan tersembunyi
Solat Zohor di atas dangau

Lagu Bangau oh Bangau
Senikatanya semacam bergurau
Solat Zohor di atas dangau
Kesan GST tidak lah risau

Senikatanya semacam bergurau
Orang politik nampak terlepas
Kesan GST tidakkah risau
Wujud ramai kaki kipas

Orang politik nampak terlepas
Laporan PAC dipendam saja
Wujud ramai kaki kipas
Puak zalim terus dipuja

Laporan PAC dipendam saja
Pegawai curang seolah-olah dilindungi
Puak zalim terus dipuja
Ramai mati kena denggi

Pegawai curang seolah-olah dilindungi
Wang negara terus lesap
Ramai mati kena denggi
Inilah pimpinan buluh kasap

Wang negara terus lesap
Berlaku pula saban tahun
Inilah pimpinan buluh kasap
Pertukaran kerajaan saja dipohon


HMS ABU BAKAR