Sabtu, 25 April 2015

PANTUN RAKYAT BERHIJRAH


Pergi ke sawah mencari ikan
Dari senja sampai ke malam
Dengan ilmu amalan dikerjakan
Baru mantap orang Islam

Dari senja sampai ke malam
Mencari rezeki yang halal
Baru mantap orang Islam
Serangan musuh dapat dikawal

Mencari rezeki yang halal
Belanja untuk keluarga di rumah
Serangan mush dapat dikawal
Benteng utama pimpinan berhemah

Belanja untuk keluarga di rumah
Makan, minum dan pakaian
Benteng utama pimpinan berhemah
Bertindak mengikut kehendak Quran

Makan, minum dan pakaian
Didapati dari kerja sendiri
Bertindak mengikut kehendak Quran
Penyelamat manusia dikemudian hari

Didapati dari kerja sendiri
Pergi ke sawah menanam padi
Penyelamat manusia dikemudian hari
Dengan taqwa hadapi Yahudi

Pergi ke sawah menanam padi
Berhenti rehat makan nasi
Dengan taqwa hadapi Yahudi
Dengan jemaah mantaplah reformasi

Berhenti rehat makan nasi
Solat zohor bersama keluarga
Dengan jemaah mantaplah reformasi
Sedar GST menaikkan harga

Solat zohor bersama keluarga
Selepas itu turun ke sawah
Sedar GST menaikkan harga
Menderita kesusahan rakyat di bawah

Selepas itu turun ke sawah
Balik ke rumah sebelum maghrib
Menderita kesusahan rakyat di bawah
Kemiskinan jadi sahabat karib

Balik ke rumah sebelum maghrib
Solat maghrib pula dimasjid
Kemiskinan jadi sahabat karib
Boleh diatasi dengan mujahid

Solat maghrib pula dimasjid
Selepas itu dengar tazkirah
Boleh diatasi dengan mujahid
Galakkan semua rakyat berhijrah

Selepas itu dengar tazkirah
Dicatat semua yang berfaedah
Galakkan semua rakyat berhijrah

Baru tipudaya penzalim terdedah


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan