Khamis, 30 April 2015

PANTUN AURAT TERDEDAH


Kapal berlabuh menjatuhkan sauh
Anak kapal naik ke darat
Menangkan Pakatan di Permatang Pauh
Sedar GST membawa mudarat

Anak kapal naik ke darat
Gunakan duit membeli barangan
Sedar GST membawa mudarat
Bangun dan beri tentangan

Gunakan duit membeli barangan
Termasuk teh dan kopi
Bangun dan beri tentangan
Dengan iman masalah dihadapi

Termasuk teh dan kopi
Dua jenis minuman rakyat
Dengan iman masalah dihadapi
Baru agama panjang hayat

Dua jenis minuman rakyat
Boleh juga minum Al-Uyun
Baru agama panjang hayat
Tolak pimpinan mangkuk hayun

Boleh juga minum Al-Uyun
Air minuman jenis baru
Tolak pimpinan mangkuk hayun
Laksanakan GST secara terburu-buru

Air minuman jenis baru
Harganya murah dan berpatutan
Laksanakan GST secara terburu-buru
Susah yang sikit pendapatan

Harganya murah dan berpatutan
Orang miskin pun boleh beli
Susah yang sikit pendapatan
Semacam kuasawan senaja perli

Orang miskin pun boleh beli
Jika ekonomi mesra rakyat
Semacam kuasawan senaja perli
Mungkin Yahudi menjadi penasihat

Jika ekonomi mesra rakyat
Nilai wang akan meningkat
Mungkin Yahudi menjadi penasihat
Perkembangan dakwah terus tersekat

Nilai wang akan meningkat
Ramai rakyat dapat faedah
Perkembangan dakwah terus tersekat
Aurat wanita sengaja terdedah

Ramai rakyat dapat faedah
Contoh terbaik Negara Turki
Aurat wanita sengaja terdedah
Goyang iman kaum lelaki


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan