Jumaat, 3 April 2015

PANTUN TERASA NIKMAT

Ikan keli ikan sepat
Ikan haruan ikan puyu
Sekarang GST kita dapat
Bertambah miskin orang Melayu

Ikan haruan ikan puyu
Mudah membiak dalam sawah
Bertambah miskin orang Melayu
Mewah diatas pimpinan rasuah

Mudah membiak dalam sawah
Berbagai jenis ikan darat
Mewah diatas pimpinan rasuah
Orang kampung hidup melarat

Berbagai jenis ikan darat
Boleh buat gulai lemak
Orang kampung hidup melarat
Jadi kaya golongan mamak

Boleh buat gulai lemak
Campur sedikit cili padi
Jadi kaya golongan mamak
Pasaraya Mydin nampaknya menjadi

Campur sedikit cili padi
Berulamkan pula buah petai
Pasaraya Mydin nampaknya menjadi
Dari jauh Tesco intai

Berulamkan pula buah petai
Dicolekkan dengan sampai belacan
Dari jauh Tesco intai
Cuba menawan hati pelanggan

Dicolekkan dengan sampai belacan
Peluh keluar mengalir ke pipi
Cuba menawan hati pelanggan
Kemajuan Mydin tiada bertepi

Peluh keluar mengalir ke pipi
Kesat dengan sapu tangan
Kemajuan Mydin tiada bertepi
Berbagai bangsa beri sokongan

Kesat dengan sapu tangan
Merah muka janda muda
Berbagai bangsa beri sokongan
Penting duit mesti ada

Merah muka janda muda
Menanti duda untuk meminang
Penting duit mesti ada
Bila kahwin hatipun tenang

Menanti duda untuk meminang
Janda muda sudi menerima
Bila kahwin hatipun tenang
Terasa nikmat malam pertama



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan