Khamis, 30 September 2010

DAPAT FAEDAH




I

Menanti giliran
Dengan amalan
Berdasarkan ilmu pengenalan
Sumbernya Al Quran
Terbukti kebenarannya
Daripada Allah Yang Maha Kaya
Pencipta alam maya

II

Menanti giliran
saat berganti minit
Minit berganti jam
Jam berganti hari
Hari berganti bulan
Keredhaan Allah kena cari
Dengan muhasabah diri
Dengan berdikari
Dengan amalan berkualiti
Dengan bersih hati

III

Menanti  mati
Dengan iman dan istiqamah
Dengan solat berjemaah
Dengan berjuang dalam jemaah
Dengan semangat muhibbah
Dengan kerjasama Semenanjung, Sarawak dan Sabah
Rejim korup pasti rebah
Kuasa zalim pasti rebah
40 ulama berdoa depan Kaabah
40 hari berdoa depan Kaabah
40 malam berdoa depan Kaabah

IV

Menanti kejayaan dengan tabah
Minta tolong dengan Allah
Kerajaan Pusat berubah
Daripada rasuah kepada amanah
Daripada rasuah kepada bermaruah
Rakyat pasti dapat faedah
Penjawat-penjawat awam dapat faedah


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Sept2010

Rabu, 29 September 2010

AMBIL 5 SEBELUM 5



I

Manusia
Menuju satu hala
Perlu bersedia setiap masa
Masa muda sebelum tua
Masa sihat sebelum sakit
Masa kaya sebelum miskin
Masa lapang sebelum sibuk
Masa hidup sebelum mati

II

Masa muda
Kuat tenaga
Binalah keluarga
Dengan Islam mudah ke syurga

III

Masa sihat
Banyakkan amal ibadat
Mesti ikut syariat
Nabi Muhammad pemberi syafaat
Di Hari Kiamat

IV

Masa kaya
Infaklah harta
Dermakanlah harta
Untuk agama tercinta

V

Masa lapang
Banyakkan sembahyang
Allah dan Rasul kita sayang
Sanggup nyawa melayang
Seperti Abdullah Rawaha di medan perang

VI

Masa hidup
Laksanakan akujanji
Sesungguhnya solatku,
Ibadahku, hidupku dan
Matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam
Inilah jalan memenangkan Islam


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Sept 2010

Selasa, 28 September 2010

DOSA



I

Dosa
Menipu rakyat

II

Dosa
Menipu bangsa sendiri

III

Dosa
Menipu pengundi-pengundi

IV

Dosa
Menipu warga Persekutuan

V

Dosa
Mengkhianati rakyat jelata
Dengan propaganda mata rakyat menjadi buta
Dalam media massa diceritakan
Yang baik-baik saja
Bila harga barang-barang naik
Disuruh rakyat bersabar
Bila berlaku pembunuhan
Jutawan cantik
Dijanji semua akan disiasat
ke akar umbi
Rakyat mula sedar
Janji hanya tinggal janji

VI

Mulai dari Ramadhan ini
Mulai dari Syawal ini
Kena bertindak berani
Hapuskan ekonomi kroni
Gantikan dengan masyarakat madani


HMS Abu Bakar
Sept2010

Isnin, 27 September 2010

DIA LUPA...DIA LUPA



I

Dia berkata
Dia pejuang bangsa
Dia mahu pertahankan hak-hak
Dan keistimewaan yang termaktub
Dalam Perlembagaan Persekutuan
Dia lupa gerombolannya yang pegang kuasa
Dia lupa siapa yang
Menghakiskan peruntukan 153
Dia lupa siapa yang menguasai
Kerajaan Pusat
Dia lupa siapa mansuhkan tulisan jawi
Dia lupa siapa melaksanakan PPSMI
Dia lupa siapa menafikan bantuan SAR
Dia lupa siapa memperalatkan
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan
Dia lupa definasi "Melayu" dalam Perlembagaan
Dia lupa siapa menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu
Dia lupa ramai orang Melayu miskin dan papa kedana
Dia lupa akujanji dalam sembahyang
Dia lupa dia akan berhadapan dengan soalan kubur
Dia lupa ada seksa kubur
Dia lupa ada Neraka
Dia lupa....Dia lupa
Dia terus lupa

II

Tali kail hanya sedepa
Guna cacing sebagai umpan
Pemimpin sekular mudah lupa
Sedar bila dibalut kain kapan


HMS Abu Bakar
Sept2010

Ahad, 26 September 2010

FIKIR DAN TETAPKAN



I

Fikirkan hal-hal yang paling hebat
Betulkan niat
Mahu syariat didaulat
Tiangnya solat
Pasti kecundang maksiat
Bila ingat hanya akhirat
Bidadari boleh dapat
Penuh nikmat

II

Tetapkan akal pada hal-hal tertinggi
Dan engkau akan mencapai
Yang tinggi
Berjemaah Subuh setiap pagi
Perbaharui akujanji
" Sesungguhnya solatku, ibadatku
Hidup dan matiku adalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam "
Tiket ke syurga ialah Islam
Asasnya ilmu kalam
Mengesakan Allah siang dan malam
Khazanah Al-Quran terus diselam
Amalkan siang dan malam
" Kebudayaan Barat " pasti tenggelam
Seperti tenggelamnya Kapal Titanic di lautan dalam


HMS Abu Bakar
Sept2010

Sabtu, 25 September 2010

MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG



Allah jadikan manusia
Memenuhi dunia
Ada yang berguna
Ada yang pembinasa
Menganggap "bangsanya" perkasa
Lupa bangsa lain juga berjasa
Memberi sumbangan kepada negara
Kekuatan ekonomi di tangan mereka
Dengan wang boleh beli siapa saja
Terutama yang pegang kuasa
Terutama yang Islam pada nama sahaja
Songkok hitam tinggi di kepala
Rosak aqidah kosonglah pahala
Dasar sekularisme dianggap mulia
Status agama jatuh nombor dua
Gejala sosial bermaharajalela
Penyalahgunaan dadah
Aurat terdedah
Pergaulan bebas
Lahir anak luar nikah
Lahir perasuah-perasuah
Merebak ke penjawat-penjawat intitusi-institusi awam
Rujuk 132
Perlembagaan Persekutuan
Jika dibiarkan
Negara akan menuju kehancuran
Perlu diselamatkan
Dengan keadilan
Dengan perpaduan kaum
Dengan mendaulatkan hukum
Dengan mendaulatkan undang-undang


HMS Abu Bakar
Sept2010

Jumaat, 24 September 2010

RAKYAT DIUTAMAKAN



Ada orang mahu ke syurga
Berbekalkan minda sekular
Beramal ikut nafsu saja
Berlebih-lebihan hal-hal dunia
Lupa Surah Al-Asr
" Demi masa
Maunsia itu berada dalam kerugian "
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
Berwasiat di atas yang hak
Berwasiat di atas kesabaran
Bila ini difahami
Baru guna masa untuk
Melaksanakan akujanji
Sewaktu solat lima waktu
Sehari semalam
Baru mahu ikut kehendak Islam
Baru rela mendirikan solat
Lima waktu
Barulah solat mencegah segala kemungkaran
Baru buat suruhan tinggal larangan
Bila ini dilakukan oleh umarak
Bila ini dilakukan oleh penjawat-penjawat awam
Baru halal segala pendapatan
Baru berani menentang syaitan
Daripada kalangan jin dan manusia
Baru nikmat iman dirasai
Bila ulama kuat iman
Baru bebas daripada politik perkauman
Baru Malaysia aman
Baru bermakna slogan
Allah Tuhanku
Nabi Muhammad pemimpinku
Al-Quran perlembagaanku
As Sunnah ikutanku
Syahid matlamatku
Baru pimpinan korup tak laku
Baru Ketuanan Bangsa jadi beku
Baru wujud 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
Bermanfaat untuk rakyat
Baik di dunia dan juga akhirat

HMS Abu Bakar
Sept2010

TUJUH ELEMEN PENTING MENDIDIK ANAK



Mendidik anak
Melalui 7P
Mulai hari ini

I PUJIAN

Anak-anak diberi pujian
Bila melakukan kebajikan
Dalam semua perbuatan
Dalam apa-apa pengucapan

II PENGHARGAAN

Anak-anak elok diberi penghargaan
Di atas segala perbuatan
Seperti rajin dalam pelajaran

III PUJUKAN

Anak-anak mahu dipujuk
Terutama bila merajuk

IV PENDIDIKAN

Anak-anak perlu pendidikan
Terutama dalam mengenal Tuhan
Pencipta alam sekalian

V  PERHATIAN

Anak-anak perlu perhatian
Naluri ekoran kejadian
Ada perasaan
Belas kasihan

VI PENYELIDIKAN

Anak-anak perlu diselidik untuk pastikan
Supaya tak ikut ajaran syaitan
Supaya tak melakukan ketelanjuran
Benci dia kepada dunia yang melalaikan
Cinta akhirat

VII PERMOHONAN

Suami doakan kesihatan isteri
Isteri doakan kebajikan suami
Ibu dan ayah doakan kesejahteran anak-anak
Anak-anak doakan kesejahteraan ibu dan ayah
Lengkap-melengkapi
Baru dapat keredhaan Ilahi
Baru aman keluarga


Dengan didikan 7P
Baru kanak-kanak mengenali
Kebaikan ibubapa
Kebaikan jiran tetangga
Berbaiklah sesama keluarga
Mudah ke jalan syurga

HMS Abu Bakar

Khamis, 23 September 2010

HIDUP HARUS BERMUTU



              Zaman Globalisasi adalah zaman serba canggih dan serba bermutu atau tinggi kualiti.Hendak memasuki IPTA mesti cukup kelayakan sebab dasar kemasukannya ialah dasar meritokrasi.

             Ini bererti dalam semua bidang kehidupan di dunia mesti mempunyai mutu yang tinggi.Sebagai contoh hendak menang pingat emas dalam Sukan Olimpik di Athens perlu latihan yang intensif serta motivasi yang tinggi.

             Perbelanjaan yang dikeluarkan dengan banyak terutama pihak kerajaan untuk menaikkan imej negara.Ganjaran berbentuk kebendaan diberi kepada pemenang-pemenang terutama pingat emas, perak dan gangsa.Nama jaguh dibesar-besarkan dalam media cetak dan media elektronik.Begitu juga pemenang AF 1 hingga 8 dan M.I memperlihatkan kualiti dan persembahan yang canggih dan menawan hati penonton-penonton di seluruh negara.Yang menang jadi idola peminat setia artis-artis hasil rancangan-rancangan hiburan tajaan pihak swasta.

            Jika hal hal dunia pun perlu mutu atau kualiti yang tinggi bagaimana pula bab yang pasti berlaku kepada setiap manusia iaitu kematian.

            Orang orang yang berjaya mestilah mereka yang melaksanakan akujanji" Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam"

            Perlu diingat ilmu perlu dicari.Ilmu untuk mengenal Allah dan ilmu untuk mengenal Rasullullah s.a.w.

            Dengan ilmu barulah iman sah.Barulah solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi ibadah jadi betul dan canggih yakni menepati dasar meritokrasi.

            Bila elemen meritokrasi ada pada pemimpin politik sudah tentu negara akan ditadbir dengan penuh amanah dan dedikasi yang tinggi serta ingat "Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat yang kamu perolehi daripada Tuhanmu.

            Barulah hidup para pemimpin dan rakyat jelata bertepatan dengan slogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'.


HMS Abu Bakar

THE REVOLTING SOUL

I see
Everywhere hypocrisy
Within Democracy
Due to the power of money
Friend becomes enemy
Haywire the Election Machinery

I see
The poor in the majority
The rich control the economy
Being the crony
Those in authority

I see
Misery
Poverty
My soul is angry
Revolting is therefore my duty
To save the country
From being silently
Destroyed by the greedy
Rich minority

HMS Abu Bakar

Rabu, 22 September 2010

BILA KUAT ROH




Bila manusia ada kuasa
Mudah salah guna kuasa
Sangka diri perkasa
Lupa Allah Maha Esa
Menanti mati esok atau lusa
" Demi masa sesungguhnya manusia itu
berada dalam kerugian "
Yang kuat fahaman perkauman
Yang benci membenci sesama insan
Yang fikir hanya kebendaan
Yang fikir komisen berlebihan
Yang tinggalkan suruhan
Yang buat kerja larangan
Ini jenis sekular namanya
Agama separuh
Politik separuh
Ikut yang Kebudayaan Barat suruh
Suasana masyarakat jadi keruh
Boleh di atasi dengan jiwa yang teguh
Dengan zikrullah kuatlah roh
Dengan baca Al-Quran kuatlah roh
Bila kuat roh
Pendirian hidup teguh
Mudah lawan musuh
Musuh manusia ialah syaitan
Boleh lawan dengan ilmu pengenalan
Bersumberkan Al-Quran dan Hadith
Pertunjuk sebenar sepanjang zaman


HMS Abu Bakar
Sept2010

MELAYU HARI INI



I

Melayu tanpa Islam
Pasti tenggelam
Bagaikan kapal Titanic di lautan dalam

II

Melayu tanpa iman
Pasti ada kekurangan
Buat semua larangan
Tanpa segan-segan

III

Melayu tanpa Islam dan Iman
Benda haram jadi keutamaan
Judi, Arak dan Zina

IV

Melayu di negara Malaysia
Tinggal Islam pada nama
Ada yang tukar agama
Ratus ribu murtad
Risau Mufti Perak
Hiburan terlalu banyak
Bebas jualan arak
Kedai judi berselerak
3D, 4D dan Toto

V

Judi
Menjadi-jadi
Melayu apa nak jadi
Tanpa Islam di hati

HMS Abu Bakar

Selasa, 21 September 2010

THIS IS ISLAM

BALIK KAMPUNG



Bila balik kampung
Di awal
Bulan Syawal
Menziarahi sanak saudara
Ada yang mesra
Ada yang murung saja
Dasar politik berbeza
Ada yang setia pada yang lama
Kurang " Ilmu pengenalan "
Kurang pendedahan
Kurang juga amalan
Nasib orang kampung
Kemiskinan terus mengepung
Terkepung
Di tangan pembohong-pembohong
Menanti saja Padang Pak Sapong
Tanah perkuburan
Bersemadi keturunan awal
Di sekitar Kampung Gajah
Ada yang melawan penjajah
Disuruh Sunnah
Ikut jemaah
Menegakkan maaruf
Mencegah yang mungkar
Memang sukar
Tugas yang berat
Mendaulatkan syariat
Tugas setiap umat
Tiangnya solat
Bila berkualiti solat
" Sesungguhnya solat dapat
mencegah yang mungkar "
Bila solat berjemaah
Bila ikut Sunnah
Rakyat jelata dapat faedah

HMS Abu Bakar
Sept2010

PERLU PERUBAHAN


I


Datang
Tsunami
Banyak yang karam
Minum arak haram
Berjudi haram
Korupsi haram
Rasuah haram

II

Satu Syawal 1431 Hijrah
Ubahlah fikrah
Benarkan tazkirah
Benarkan ceramah
Di rumah-rumah Allah
AJK masjid mesti amanah
AJK surau mesti minat Sunnah
Menyokong mungkar salah
Globalisasi membawa masalah
Bahasa Melayu terus lemah
Banyak unsur-unsur lucah
Dalam akhbar-akhbar
Dalam majalah-majalah
Aurat wanita terdedah
Ramai penagih dadah
Jika dibiarkan
Warga Malaysia pasti musnah

III

Mari ubah
Hadapkan muka ke Kaabah
Teringat peristiwa Hijrah
Timbul semangat
Mahu muhasabah diri
Belajar Tauhid kenal Illahi
Belajar Tassauf dan Feqah usaha murni
Baru keindahan Islam dikagumi

IV

Baru
Mahu
Ikut ajaran wahyu
Benteng keselamatan
Daripada gangguan-gangguan syaitan
Daripada filem Hindustan
"Lesung mencari antan"
Kesan budaya
" Wanita, Arak dan Hiburan"
Berleluasa
Penyalahgunaan kuasa
Datang tsunami semua binasa
Dari Acheh ianya bermula
Sebelas negara
Kehilangan banyak nyawa

V

"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
Berada dalam kerugian"

VI

Buatlah perubahan
Ulama akhirat jadikan kawan
Daripada mereka bertambah pengetahuan
Daripada iman banyakkan amalan
Inilah satu jalan
Menuju kebahagiaan
Berpanjangan
Sukacita di Hari Kemudian

HMS Abu Bakar

SEMUA NAMPAK



I

Ombak Laut
Datang menghambat
Menggugat
Manusia-manusia terdekat
Pendek hayat
Rugi yang sedang buat
Maksiat
Dedah aurat
Terbeliak mata mata Buaya Darat
Dosa kering saja dapat

II

Ombak besar
Orang di pantai
Risau
Baru
Mahu
Cari masjid dan surau

III

Tsunami
Maksiat di sana sini
Dapat projek kroni-kroni
Kos hidup melambung tinggi
Kesan inflasi
Mengeluh petani petani
'Harapkan pagar, pagar makan padi'
Senyum Yahudi
Rancangan 3S menjadi
Bergaul bebas muda mudi
Konsert Jom Heboh di nanti-nanti
Akademi Fantasia
Melahirkan penyanyi berbakat
Bakat tanpa rahmat
Terdedah dengan maksiat
Dari media massa rakyat lihat

IV

Jiwa remaja kosong
Kosong iman
Kosong amal soleh
Kosong ilmu agama
Kosong budi pekerti
Kosong budi bahasa

V

Kuat nafsu amarah
Bergelomang rasuah
Daripada politik wang hidup mewah
Diam SPRM

VI

Kuasa mudah disalah guna
Kuasa mutlak lebih-lebih
Mudah disalahgunakan
Kurang iman
Lupa Hari Kemudian
Lupa seksaan
Berpanjangan
Lupa peringatan
Sebenarnya Tsunami adalah tazkirah
Bagi yang percayakan Allah
Bertaubat dari yang salah
Menyesal tak sudah-sudah
Ikut Islam banyak faedah
Umarak dan Ulama boleh muzakarah
Boleh bergerak
Menegakkan yang hak
Seperti ombak
Tsunami tidak berpihak
Binasa yang baik dan haprak
Kesan Tsunami semua nampak

HMS Abu Bakar

Isnin, 20 September 2010

BERAKHIRNYA SEORANG JUTAWAN

Mingguan Malaysia


I

Jutawan Kosmetik dibunuh
Berita depan Harian Metro
4 Syawal 1431 Hijrah
Bersamaan
13 September 2010

II

Serah jutaan ringgit
Dipukul
Ditikam
Dibakar
Dibuang
Lebih kejam daripada beruang
Tamakkan wang
Empat nyawa melayang
Banyak berlaku di zaman sekarang
Pimpinan kaki temberang
Lahir ramai anak gampang
Daripada kalangan Ketuanan Melayu
Bahasa layu
Budaya layu
Ketepikan ajaran wahyu
Lima puluh tiga tahun yang kematu
Diajak bersatu
Ada mufti setuju
Lupa hala tuju
Lupa iman dan istiqamah
Bila lupa iman dan istiqamah
Semuanya punah
Dibiarkan negara musnah
Jalan keluar hanya satu
Ganti yang baru
Yang beriman
Yang beramal soleh
Yang berbaik-baik di antara semua bangsa
Yang perkasa hanya Allah Yang Maha Esa

HMS Abu Bakar
Sept2010

MAHU KE SYURGA



Kami ada tulisan Jawi
Kita ada Utusan Melayu
Kami duduk di Tanah Melayu
Raja kami Melayu
Sultan kami Melayu
Yang DiPertuan Agong kami Melayu
Kami ikut wahyu
Kami ikut Quran
Kami ikut Sunnah
Dalam kerja maaruf kami berjemaah
Sabar bila keadaan susah
Kami bersawah
'Buah mempelam buah nenam
Tolak Islam manusia jahanam'

II

Bila Tanah Melayu
Merdeka
Semua mengakui negaranya
Asalnya kepunyaan Melayu
Bila puak sekular berkuasa
Jati diri Melayu terus layu

III

Setelah lebih 50 tahun
Kami
Bangsa Melayu
Sudah tahu
Hidup mati kami hanya wahyu
Inilah perasaan kami
Kami sedih bila masjid dirobohkan
Kami sedih bila surau di robohkan
Oleh penguasa yang
Nama-nama mereka kebanyakan Melayu Islam

IV

Setiap malam
Kami solat malam
Mendoakan umat Islam
Sedar
Dunia ini hanya sementara
Menanti di akhirat hanya 2 keadaan
Syurga
Neraka

V

Kami
Orang Melayu mahu ke syurga


HMS Abu Bakar

Ahad, 19 September 2010

BAI'AH



I

Bai'ah
Banyak faedah
Perlu hanya mujahadah
Syahid sebagai penyudah

II

Bai'ah
Janji setia dengan Rasulullah
Di Aqabah
Di musim haji di zaman jahiliyah
Datang 12 orang dari Yathrib
Menemui Nabi yang diidam-idamkan
Bila balik ke Yathrib
Bercerita kehebatan
Nabi Muhammad SAW
Di samping itu Mus'ab bin Umair
Di tugas mengajar Al-Quran
Hasil kerja Mus'ab
Di tahun hadapan
Di malam yang gelap
Di Aqabah kali kedua
Berbai'ahlah 75 muslim
Dari Yathrib
73 lelaki
2 perempuan
Setiap seorang datang
Berbai'ah dan bersalaman dengan Nabi
Bila tiba giliran 2 perempuan berbai'ah
Nabi tidak bersalaman dengan mereka
Kemudian:
Nabi melantik 12 lelaki
Sebagai Naqib
9 daripada kaum Khazraj
3 daripada kaum Aus
Setelah selesai Nabi berkata
" Baliklah. Kamu semua
sudah berbai'ah dengan iman "

III

Ini bererti Bai'ah
Mesti dengan iman
Mesti dengan ilmu pengenalan
Perlu juga ilmu pengetahuan
Mesti istiqamah
Mesti beramanah
Mesti berjemaah


HMS Abu Bakar
Sept2010

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEMAJUAN



I

Al-Quran perlu dibaca
Setiap masa
Baik bagi manusia
Baik bagi Melayu, India dan Cina
Iban dan Kadazan begitu juga
Semua mahu ke syurga
Paspot mesti ada
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Sebutannya mudah
Amalannya perlu mujahadah
Dengan ilmu mantaplah aqidah
Rajin mendengar kuliah
Rajin mendengar ceramah
Rajin mendengar tazkirah
Bergerak dengan jemaah
Mendaulatkan hukum-hukum Allah
Disaran Allah
Disaran Rasulullah
Pemimpin yang beramanah
Pemimpin yang bermaruah
Pemimpin yang berwibawa
Rakyat jauh daripada dianiaya
Melakukan yang maaruf
Menjauhi yang mungkar
Sistem korup wajib ditukar
Dengan iman yang berkobar-kobar
Penderitaan rakyat jangan terbiar
Menyusun strategi kena pintar
Biarkan mereka bertengkar
Penyelewengan mereka kita bongkar

II

Al-Quran perlu difahami
Baru sedar diri
Baru maju diri
Baru selamat anak isteri
Baru selamat negeri
Keredhaan Allah kita cari

III

Al-Quran perlu diperjuangkan
Berpaksikan iman
Berlandaskan ilmu pengenalan dan pengetahuan
Punca segala kemajuan
Kemajuan kebendaan
Mantap kerohanian
Tempat rakyat bergantung harapan
Bertolong-tolongan
Di atas kerja-kerja kebajikan
Kewujudan
Negara aman makmur dan
Mendapat keredhaan Tuhan

HMS Abu Bakar

JANJI SYURGA


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;  (3:15)

I

Maksud:
Ayat 15 Surah Al-Imran
Dipercayai yang beriman
Berjuang kerana kebenaran
Berbekalkan keyakinan
Kehidupan:
Di akhirat berkekal-kekalan
Menikmati bidadari yang rupawan
Menjadi teman
Melayan penuh kemesraan
Inilah kebahagiaan
Balasan
Pejuang-pejuang keadilan
Ada di sepanjang zaman

II

Ada juga ULAMA cari makan
Dijanjikan sedikit umpan
Kesenangan
Kebendaan
Membiarkan merebak kemungkaran
Judi
Arak
Dilesenkan
Di sana sini rogol
Di sana sini rompak
Di sana sini pembunuhan
Perlu dihentikan
Dengan jemaah yang berkesan
Berani menentang kezaliman
Berani menentang penyelewengan
Tetap tunaikan janji
"Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidup dan matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam

III

Solat mencegah maksiat
Ibadat tujuan hidup manusia
Hidup hanya sementara
Mati adalah realiti
Di akhirat Syurga menanti
Bagi yang hidup berkualiti
Kualiti
Kualiti
Kualiti

HMS Abu Bakar

Sabtu, 18 September 2010

MARILAH

Marilah capai kemenangan


I

Marilah sembahyang
Tanda Allah kita sayang
Kuasa Allah jelas terbayang
Bertaubat sebelum nyawa melayang

II

Marilah capai kemenangan
Buat suruhan tinggal larangan
Teruskan perjuangan
Hingga Putrajaya dalam tangan
Rakyat pasti dapat kebaikan
Negara berkebajikan
Sesama rakyat berkenal-kenalan
Al-Quran pertunjuk sepanjang jalan
Bila ini diimani
Baru tertegak masyarakat madani
Hapuslah ekonomi kroni
Rakyat jadi berani
Berani membuat maaruf
Berani mencegah mungkar


HMS Abu Bakar
Sept2010

PANTUN DAKWAH

Lepas menuai buat empin
Boleh dimakan kemudian hari
Kita sokong ulama memimpin
Keredhaan Allah mudah dicari

Ikan bawal ikan tenggiri
Boleh dipukat di lautan dalam
Tidak perlu Islam Hadhari
Amalkan saja ajaran Islam

Ikan sepat dalam sawah
Membiak juga ikan puyu
Melalui puisi boleh berdakwah
Dari tidur terjaga Melayu

HMS Abu Bakar

Jumaat, 17 September 2010

KHUTBAH

Khutbah Jumaat oleh Ketua Polis Negeri Kelantan


I

Setiap Jumaat dengar khutbah
Minda tak berubah
Yang rasuah terus rasuah
Zahirnya hidup mewah
Batinnya dosa bertambah
Orang sekular tak kisah
Fikirannya terjajah

II

Setiap Jumaat dengar khutbah
Supaya takutkan Allah
Sedar
Berjudi itu salah
Menyalahguna dadah itu salah
Menipu rakyat itu salah
Menyiarkan keputusan judi
Tikam ekor dalam
Media massa itu salah
Menyiarkan ponografi itu salah
Membanyakkan hiburan melalaikan
Itu salah
Tak bertudung itu salah
Memarahi orang berkata benar
Itu salah
Memarahi orang mengkritik
Secara membina itu salah
Mengabaikan solat itu salah
Mengingkari akujanji dalam solat
Itu salah
Membelakangkan Al-Quran
Itu salah
Mengenepikan Hadis sahih
Itu salah

III

Setiap Jumaat dengar khutbah
Tapi bila menguasai masjid
Menguasai surau
Dengar ada tazkirah marah
Dengar ada ceramah marah
Dengar ada pengajian di surau marah
Dengar banyak kuliah agama
Di masjid juga marah

IV

Manusia jenis ini bermasalah
Jiwanya keluh kesah
Berstatus nafsu amarah
Jauh daripada rahmat Allah


HMS Abu Bakar

JALAN



I

Jalan
Terbentang luas di hadapan
Tapi banyak ujian
Ada jalan lurus
Urusan hidup terurus
Ada jalan bengkok
Malas rukuk
Membazir duit beli rokok
Ke kedai Tikam Ekor ada jenguk
Keputusan dalam akhbar Perdana boleh tengok
Dosa bertompok-tompok
Dengan rasuah badan jadi gemuk
Tumbuk rusuk
Perbuatan keji dan busuk
Hang Jebat mengamuk
Bila keputusan Pembesar bengkok
Bila keputusan Pihak Berkuasa bengkok
Berlaku di ceruk-ceruk
Seks bebas remaja Melayu
Tidak lagi tersorok
Penyalahgunaan dadah
Membawa padah
Melayu hilang maruah
Bila pemimpin politik tak beramanah
Bila pemimpin politik sekular Nasionalis rasuah
Negara pasti musnah
Kecuali kembali ikut Sunnah

II

Depan kita
Terbentang dua jalan
Jalan bahagia
Jalan celaka

III

Bahagia
Bila umarak dan ulama berkerjasama
Mendaulatkan agama
Tugas bersama
Menyelamatkan bangsa
Menyelamatkan bahasa
Menyelamatkan negara

IV

Buat perintah Allah segera
Media massa dirombak semula
Unsur maksiat dibenamkan
Unsur maaruf diketengahkan

V

Buat yang baik
Harga petrol tentu tak naik
Harga barang-barang lain ikut saja
Rakyat jelata menderita
Tanpa Iman jalan ke neraka
Terbuka tempat celaka
Bagi pemimpin yang bermuka-muka
Cakap tak serupa bikin
Harapkan pagar
Pagar makan padi

VI

Senyum Yahudi
Senyum Nasrani
Rancangan jahat
Barat menjadi
Budaya arak, seks bebas dan judi
Apa nak jadi?

HMS Abu Bakar

Khamis, 16 September 2010

PENGKHIANAT NEGARA



I

Negara
Tempat tinggal warganegara
Tempat tinggal sementara
Tempat manusia berbicara
Rasuah
Pecah amanah
Aurat terdedah
Pandai bersumpah
Rakyat menyampah
Rumah besar dan terlalu mewah
Ramai penagih dadah
Gejala sosial bertambah
Bahasa Melayu dipandang rendah

II

Tanam serai tanam keladi
Tanam pula di bulan puasa
Harapkan pagar, pagar makan padi
Contoh nyata isu bahasa

III

Cincin emas cincin suasa
Jatuh sebentuk di dalam perigi
Mengumpul harta semasa berkuasa
Pengkhianat bangsa peringkat tertinggi


HMS Abu Bakar

SEPATUTNYA B.T.N. BEGINI


Bersedia Tunggu Nazak (BTN)
Dengan ilmu yang hak
Dengan budaya Ibadurahman
Dengan mengikut Al-Quran
Berbekalkan ilmu pengenalan
Berbekalkan ilmu pengetahuan
Beramal soleh
Bebas daripada perasaan perkauman
Bebas daripada hasad dengki
Dengki orang lain berjaya
Dengki orang lain maju
Tentu kursus BTN berjiwa murni
Mahu mewujudkan masyarakat madani
Bebas daripada korupsi dan budaya kroni
Berani bercakap benar
Suka muhasabah diri
Bila ini ada pada
Peserta BTN
Baru bermakna slogan negara
Baru bermakna Negara Persekutuan
Baru bersatu dalam kepelbagaian
Bila pemimpin ingat akan Tuhan
Bila isteri-isteri pemimpin menutup aurat
Bila sedar bahaya Kebudayaan Barat
Baru rakyat selamat
Selamat daripada penjahat
Selamat daripada pengkhianat
Daripada Allah datang rahmat
Hidup berkat


HMS Abu Bakar
Sept 2010

Rabu, 15 September 2010

PANTUN PERJUANGAN SIA-SIA



Anak tiang di dalam kayu
Hendak makan buah berangan
Apa ada pada Ketuanan Melayu
Buat banyak benda larangan

Ayam mengeram di tepi hutan
Tengah mengeram lalu mati
Faham perkauman direstui syaitan
Nafsu amarah menguasai hati

Batu Payung di Pulau Aman
Tempat nelayan menebar jala
Malaysia perlu pimpinan beriman
Mengundi mereka dapat pahala

Berdesir angin di rumpun bambu
Sayup terdengar di waktu pagi
Orang kampung dijadikan lembu
Menyokong perasuah di akhirat rugi

Buah jering di atas para
Di ambil budak sambil berlari
Dosa penzalim tidak terkira
Khazanah Negara berani curi

Buah kuinin jatuh tercampak
Jatuh tertimpa bunga selasih
Politik baru sudah bertapak
Parti perkauaman pasti tersisih

Bunga Cina jambangan Cina
Bungkus mari dalam kertas
Pejuang perkauman tetap hina
Kemuliaan Islam tetap di atas


Bunga melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Parti perkauman sudah terkepung
Memperalat agama tak kesampaian

Burung putih di air tenang
Mencari makan di pinggir perigi
Wanita Monggolia sentiasa dikenang
Perancang bunuh pasti rugi

Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Orang tamak selalu rugi
Fikir hanya kepentingan kebendaan

Buah mangga jangan dihiris
Takut pisau terkena jari
Malang nasib pejuang keris
Keredhaan Allah lupa dicari


HMS Abu Bakar
Sept2010

INFAK



I

Infak
Keluar duit untuk agama
Derma wang untuk Islam
Wakaf harta untuk perjuangan

II

Faedah infak
Yang celik mata nampak
Yang celik hati tergerak

III

Diampunkan dosa
Ditolak bala
Dilindungi azab kubur
Dimurahkan rezeki
Duduk di khemah khas di padang mahsyar
Dilindungi daripada azab neraka

IV

Oleh itu bersegeralah
Infakkan harta di jalan Allah


HMS Abu Bakar

Selasa, 14 September 2010

AMALKAN 7 P


I
PUJI

Suami kena puji isteri
Setiap hari

II
PUJUK

Bila isteri merajuk
Bila masam muka terus pujuk

III
PENGHARGAAN

Suami kena ucap terima kasih
Selepas setiap perbuatan isteri
Sedap masakan
Pandai jaga badan
Segar macam embun pagi

IV
PELUK

Suami elok peluk isteri
Isteri rela menanti
Sebelum pergi kerja
Sebelum keluar dari rumah
Terasa indah

V
PERHATIAN

Suami kena beri
Perhatian kepada isteri
Sejak dari raja sehari
Baru muka kelihatan berseri

VI
PERCUTIAN

Suami bawa isteri
Melancong
Melihat keindahan gunung
Melihat keindahan alam
Disuruh islam

VII
PERMOHONAN

Suami doakan kesihatan isteri
Isteri doakan kebajikan suami
Lengkap melengkapi
Baru dapat keredhaan Illahi
Baru aman keluarga
Mudah ke syurga

HMS Abu Bakar

MENANTI DALAM TANAH


Kehidupan di dunia
Hanya sementara
Dosa dan Pahala kena ambil kira
Asal usul manusia bukan daripada kera
Dicipta Allah Yang Maha Mulia
Adam yang pertama
Hawa yang kedua
Semuanya berakhir dengan kematian
Rugi yang zalim
Rugi yang rasuah
Rugi yang perkauman sempit
Rugi yang menyalahguna kuasa
Rugi yang menyangka bangsanya perkasa
Rugi yang lupa solat
Rugi yang lupa akujanji sewaktu sembahyang
Rugi yang ketepikan syariat
Rugi yang bernafsu keduniaan
Akhirnya mati juga
Jangan harap masuk syurga
Bila terlepas syurga
Tempat kedua ialah neraka
Tempat paling celaka
Baru padan muka
Di dunia hidup bermuka-muka
Altantuya ditembak di muka
Altantuya dianiayai
Bila bom C4 meletup dia dah mati
Umurnya baru 28 tahun
Masih muda dah menawan manusia yang bernafsu amarah
Menanti saja dalam tanah
Penganiaya pasti musnah
Bila P.R. memerintah


HMS Abu Bakar
Sept2010

Isnin, 13 September 2010

ZIARAH KUBUR

Gambar Hiasan



I

Bila tiba Syawal
Kubur jadi tumpuan manusia
Bertahlil
Beratus-ratus kali
Berbagai-bagai keluarga datang
Beraneka warna baju
Bersongkok hitam
Kebanyakan daripada kalangan sekular nasionalis
Sentiasa menghulur keris
Berketayap putih
Kebanyakan daripada jemaah Islamiyyah
Mendoakan arwah-arwah
Di bawah tanah
Semasa hidup ada yang rasuah
Ada yang pecah amanah
Ada yang munafik
Nama saja Islam tapi anti jemaah Islam
Jahil ilmu kalam
Tiada kesan solat malam
Tiada beza "burung balam"
Angguk macam faham
Tiba banjir dikatakan "bencana alam"
Tiba gempa bumi dikatakan "bencana alam"
Tiba rasuah dikatakan rezeki
Tiba pilihanraya disogokkan duit
Beri beras
Beri kain pelekat
Daripada kalangan asobiyah pekat
Semasa ziarah kubur kelihatan macam malaikat
Mengaminkan doa penuh semangat


Gambar Hiasan

II

Bersarang rendah burung tempua
Buat sarang di tepi sawah
Jika tak mahu kecewa
Taubat nasuha daripada rasuah




Gambar Hiasan


III

Pergi warung makan bubur
Bubur dimasak bersama kacang
Berubahlah setelah ziarah kubur
Supaya gerombolan sekular goncang


HMS Abu Bakar
Sept2010

PANTUN KERISAUAN MUNAFIK

Talam Dua Muka

Buah rambai buah mempelam
Bila masak boleh dimakan
Melalui dakwah berkembang Islam
Segala penghalang wajib dipatahkan

Buah tembikai buah betik
Tumbuh subur dengan baja
Semangat jihad perlu disuntik
Daripada pemimpin berjiwa waja

Tamam kacang di atas batas
Taruh baja buatan tempatan
Syariat Islam perlu di atas
Jadikan Sunnah batu loncatan

Kacang tumbuh di tepi pagar
Pagar dibuat dari buluh
Bila iman segar bugar
Menerima ujian tidak mengeluh

Korek lubang menggunakan tajak
Tajak dibuat daripada besi
Boleh berdakwah menggunakan sajak
Menaikkan semangat menentang korupsi

Pergi ke kebun bawa tajak
Boleh digunakan mengorek lubang
Ada visi dalam sajak
Kerajaan zalim boleh tumbang

Tanam bunga dalam taman
Datang kumbang hinggap sebentar
Bangunkan masyarakat dengan iman
Hanya munafik yang mengeletar


HMS Abu Bakar
Sept2010

Ahad, 12 September 2010

KULIAH DHUHA 5 DALAM 1









I

Solat Tahiyatul Masjid
Berangan-angan menjadi mujahid
Mulai membanyakkan wirid

II

Iktikaf dalam masjid
Bersama-sama guru mursyid
Bercita cita mati syahid

III

Solat Dhuha
Lapan rakaat
Mula-mula terasa penat
Lepas itu terasa lazat

IV

Baca Yaasin
Bersama-sama
Bukannya lama
Sepuluh minit sahaja
Terkumpul pahala
Dimanfaatkan oleh pesara-pesara
Ingin ke syurga

V

Kuliah di dewan berhawa dingin
Bertambah ilmu pengetahuan
Bertambah kawan-kawan
Daripada golongan beriman

VI

5 dalam 1
Melalui Kuliah Dhuha
Di Masjid Al Aulia Tembok
Mulai sejak 8 Januari 2007
Bersatu teguh bercerai roboh
Membuat kebajikan Allah suruh


HMS Abu Bakar

PASUKAN KITA



I

Pasukan kita
Celik mata
Daripada Al-Quran dapat cerita
Allah s.w.t Maha Pencipta
Jin dan manusia
Yang ghaib dan yang nyata
Rugi yang hati buta
Cara haram kumpul harta
Terpengaruh dengan 3-ta
"Harta, takhta dan wanita"
Budaya Pasukan Lawan
Penipuan
Kezaliman
Pecah amanah
Rasuah
Mahu hidup mewah
Dibiarkan negara musnah
Perlu suatu wadah
Berbentuk jemaah
Fungsi utama berdakwah
Rakyat muda dapat faedah
Bersumber dari sekolah
Mengenal Al-Quran dan As-Sunnah
Dipraktikan Rasulullah
Kekasih Allah
Sabar menghadapi masalah
Di Mekah
Berhijrah
Lahir piagam Madinah
Kuat ukhwah
Perlu wujud dalam jemaah
Semangat setiakawan
Dalam setiap tindakan
Daripada pucuk pemimpin
Daripada ahli bawahan
Buat suruhan
Tinggal semua larangan
Tarian dan hiburan
Budaya Pasukan Lawan
Cinta dunia
Takut mati
Busuk hati
Irihati
Hasad dengki
Pasukan kita bervisi
Kuatkan jati diri
Mulai diri sendiri
Keredhaan Allah saja dicari
Baru boleh jumpa Bidadari
Baru boleh jumpa Nabi Muhammad s.a.w
Baru boleh lihat Allah
Kemuncak nikmat bagi pasukan kita
Di syurga
Tempat kekal abadi


HMS Abu Bakar

KULIAH LEPAS ISYAK 6 DALAM 1

Muqadimah

Majlis pengajian
Masa keemasan
Menambah ilmu pengetahuan
Melihat dunia dengan Al-Quran
Mulialah insan
Mati dalam iman

I

Hati ingin ke masjid
Tiba saja
" Solat tahiyatul masjid "
Ramai murid-murid
Daripada kalangan minat berwirid

II

Kebaikan Islam banyak
Niat iktikaf dalam masjid
Semua murid
Bercita-cita jadi mujahid

III

" Solat sunat hajat 2 rakaat "
Mohon sihat badan
Mohon minda sihat
Mohon roh sihat
Mudah beribadat
Mudah bermunajat
Mudah tercapai hajat
Memperjuangkan syariat


IV

" Sunat witir berjemaah "
Boleh di rumah
Membesarkan Allah
Banyak faedah

V

" Berramai-ramai baca Yasin "
Nescaya yakin
Adanya meniti titian
Di Hari Kemudian
Bersedia dengan bekalan
Dengan bersih amalan
Cerah masa depan

VI

" Hadir di kuliah "
Mentelaah
Buku
Apa ertinya saya menganut Islam?
Bila hadir tentu faham
Tentu kuat jiwa di dalam

Natijah

Hadir di kuliah lepas Isyak
Jiwa jadi tahan lasak
Memperolehi 6 dalam 1
Sedar pentingnya bersatu
Baru hidup kita bermutu
Bila hadir tentu anda tahu

HMS Abu Bakar

Sabtu, 11 September 2010

TETAP BERSEDIA



I

Menziarahi kubur
Mengingatkan kita ke alam akhirat
Bila roh dari badan diangkat
Sedang beribadat
Mahu mendaulatkan syariat
NEGARA ISLAM jadi matlamat
Pahala banyak dapat
Berkat
Berkat
Berkat

II

Mahu menang
Syarat utama sembahyang
Menjauhi politik wang
Menjauhi pemimpin temberang
Menjauhi pemimpin curang
Nikmat Allah sentiasa kenang
Melihat penderitaan rakyat air mata berlinang
Terbuka peluang
Berjihad walaupun tinggal seorang
Syurga tempat senang lenang
Semasa hidup sentiasa berjuang
Mendaulatkan agama tersayang

III

Bersiap sedia
Menanti berakhirnya nyawa
Membangun Islam bersama-sama
Kematian datang tiba tiba
Dah kumpul pahala
Menyokong yang hak berpahala
Menentang puak sekular dapat pahala
Bila mati menanti syurga
Tempat bahagia
Tempat mulia
Tempat sejahtera


HMS Abu Bakar

SELAMAT HARI RAYA 2


I

Selamat Hari Raya
Syukur yang berjaya
Status orang bertaqwa
Lulus ujian berpuasa
Dapat kawal mata
Dapat kawal telinga
Dapat kawal lain-lain anggota
Dapat puasa taraf kedua
Dapat puasa istimewa
Dapat puasa khusus
Urusan keduniaan mudah urus
Akhlak bagus

II

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sudah cermin diri sendiri
Sudah muhasabah diri sendiri
Selamat diri sendiri
Selamat  anak dan isteri
Selok belok agama dipelajari
Keredhaan Allah dicari
Dapat bonus sejati
Lebih baik daripada 1000 bulan
Lebih baik daripada 83 tahun
Kesejahteraan rakyat dipohon
Beri tazkirah bila berhimpun
Strategi baru kita susun
Bersihkan setiap kebun
Setiap pahala kita pohon
Pahala zahir dan batin
Kesyumulan Islam kita yakin


HMS Abu Bakar

Jumaat, 10 September 2010

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 1431H



Dalam Zoo banyak rusa
Menjadi tarikan para pelancong
Bersyukur baru tamat puasa
Hukum Allah tetap disanjung

Ikan kembong ikan bawal
Bawa ke darat menaiki sampan
Berhari raya pada satu Syawal
Setelah bersalaman serta bermaafan

Beli pau berinti kaya
Makan bersama seisi keluarga
Seronok bila tiba hari raya
Lebih-lebih lagi di Syurga

Warna biru kain cadar
Koyak sedikit terkena pisau
Hasil tazkirah rakyat sedar
Ada puak pula risau

Lautan Hindi berwarna biru
Hidup ikan berbagai jenis
Akhlak Nabi kita tiru
Baru iman terasa manis

Manis juga gula batu
Boleh digunakan jadi ubat
Hanya taqwa asas bersatu
Lailatul Qadar jadi penambat


HMS Abu Bakar