Rabu, 1 September 2010

PANTUN PIMPINAN HINA


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Parti perkauman pasti rebah
Sudah lama mengkhianati Melayu

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan salah Melayu berubah
Hanya pemimpin rasuah mengeluh

Bunga rampai dalam cepu
Taruh mari dalam raga
Projek ekonomi mereka sapu
Lepas itu kroni dijaga

Bunga telepak kembang seporak
Kembang bersusun setiap batang
Bila khianat golongan umarak
Rakyat boleh bangun menentang

Burung dara terbang tinggi
Hinggap sebentar di kayu rendah
Sokong penzalim di akhirat rugi
Dengar tazkirah pula berfaedah

Ikan berenang di dalam lubuk
Nampak umpan terus dimakan
Rakyat kampung dapat habuk
Lima puluh tahun yang merugikan

Kain batik baju batik
Batik datang dari Jawa
Pemimpin zalim rakyat getek
Mahu pimpinan yang bertaqwa

Keris ini keris sempena
Pakaian anak raja Kelantan
Pemimpin rasuah dipandang hina
Dalam neraka bersama syaitan

Limau purut jatuh ke lembah
Tiba di lembah tumbuhlah duri
Bila Allah sentiasa disembah
Baru kuat ketahanan diri


HMS Abu Bakar
Ogos2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan