Selasa, 21 September 2010

PERLU PERUBAHAN


I


Datang
Tsunami
Banyak yang karam
Minum arak haram
Berjudi haram
Korupsi haram
Rasuah haram

II

Satu Syawal 1431 Hijrah
Ubahlah fikrah
Benarkan tazkirah
Benarkan ceramah
Di rumah-rumah Allah
AJK masjid mesti amanah
AJK surau mesti minat Sunnah
Menyokong mungkar salah
Globalisasi membawa masalah
Bahasa Melayu terus lemah
Banyak unsur-unsur lucah
Dalam akhbar-akhbar
Dalam majalah-majalah
Aurat wanita terdedah
Ramai penagih dadah
Jika dibiarkan
Warga Malaysia pasti musnah

III

Mari ubah
Hadapkan muka ke Kaabah
Teringat peristiwa Hijrah
Timbul semangat
Mahu muhasabah diri
Belajar Tauhid kenal Illahi
Belajar Tassauf dan Feqah usaha murni
Baru keindahan Islam dikagumi

IV

Baru
Mahu
Ikut ajaran wahyu
Benteng keselamatan
Daripada gangguan-gangguan syaitan
Daripada filem Hindustan
"Lesung mencari antan"
Kesan budaya
" Wanita, Arak dan Hiburan"
Berleluasa
Penyalahgunaan kuasa
Datang tsunami semua binasa
Dari Acheh ianya bermula
Sebelas negara
Kehilangan banyak nyawa

V

"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
Berada dalam kerugian"

VI

Buatlah perubahan
Ulama akhirat jadikan kawan
Daripada mereka bertambah pengetahuan
Daripada iman banyakkan amalan
Inilah satu jalan
Menuju kebahagiaan
Berpanjangan
Sukacita di Hari Kemudian

HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan