Selasa, 31 Mei 2011

BERUBAH SELERA



Rakyat mula lihat
Gelagat
Bibit-bibit khianat
Pengeluaran Mykad
Petronas enggan keluar zakat
Marahkan Pakatan Rakyat
Mencemuh Buku Jingga
Yang mahu selamatkan ramai keluarga
Yang mahu kebajikan rakyat ramai terjaga
Dengan iman
Dengan ilmu pengenalan
Dengan ilmu pengetahuan
Berani menentang kezaliman
Memberi Mykad kepada rakyat asing suatu penyelewengan
Ini kerja larangan
Ini melanggar perlembagaan
Membawa masalah berpanjangan
Perlu diberhentikan
Perlu kuasai Kerajaan Persekutuan
PRU-13 peluang keemasan
Bersatu seluruh yang waras fikiran
Memilih kerajaan baru
Terbukti baik di negeri-negeri
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang dan
Selangor
Rakyat boleh tegur
Rakyat boleh memuji
Kerajaan P.R di 4 negeri
Bebas daripada rasuah
Bebas daripada kezaliman
Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Mei2011

Isnin, 30 Mei 2011

MENULIS



I

Menulis
Menceritakan kejahatan iblis
Menangkap perasuah ikan bilis

II

Menulis daripada hati
Mengingati mati
Membetulkan niat di hati
Membesarkan Illahi
Maksiat dijauhi
Membenteras mungkar disuruhi
Mematuhi perintah Illahi
Kehendak Zulaikha Nabi Yusuf ingkari
Keredhaan Allah saja Yusuf cari
Berbeza pemimpin hari ini
Tak bertudung bini
Takutkan bini
Takutkan masyarakat madani
Daripada golongan tirani
Beri projek kepada kroni-kroni
Kayaraya boleh joli
Boleh beli pengkhianat parti
Boleh beli tanah dijadikan kebun-kebun sayur
Boleh eksport ke Singapura
Jadi jutawan segera
Kopiah masih kekal di kepala
Sangka memperolehi pahala
Malaikat semua ambil kira
Menanti saja neraka
Firaun ada di sana
Haman ada di sana
Qarun ada di sana
Golongan tiga yang hina
Datuk T juga hina
Menyokong mereka juga hina
Sekular-Nasionalis juga hina
Nama berbunyi Islam
Bawa bukti gunakan tilam
Enam tahun ke dalam
Melahirkan reformasi

III

Menentang korupsi
Menentang konspirasi
Iman jadikan isi
Istiqamah dalam perjuangan
Ini perlu dikembangkan
Melalui penulisan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Mei2011

Ahad, 29 Mei 2011

BENGKEL PENULISAN



Di D'Yan Chalet
Di Titi Hayun
Di Yan
Di Kedah
Diadakan bengkel penulisan
Dikumpulkan lebih
21 orang peminat sastera
Diusahakan oleh PAKSI dan TERAS
TERAS Pengupayaan Melayu
Diharapkan peserta-peserta
ini boleh melahirkan
penulis kreatif yang
boleh dibaca masyarakat umum
Diharap pembaca-pembaca
boleh hidup mengikut hukum
Hukum-hukum Tuhan
Dalam Al-Quran
Petunjuk sepanjang  zaman
Diterima yang beriman
Dihasilkan ilmu pengenalan
Dibantu oleh ilmu pengetahuan
Terserlahlah kemajuan
Kemajuan kebendaan
Tapi tandus iman
Berlaku kecurangan
Berlaku penindasan
Perlu pendedahan
Oleh para sasterawan
Membanyakkan pembacaan
Banyaklah buku diterbitkan
Ada terjemahan
Dalam bahasa penjajahan
memudahkan dakwah
Menyebarkan Islam
melalui penulisan
berterusan
Contoh terbaik
Lihat saja Kelantan
Dibawah pimpinan
Beriman
Banyak amalan
Berlaku kerja-kerja kebajikan
Boleh dibaca melalui tulisan
Membawa kesedaran
Dikalangan manusia budiman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Mei2011

Jumaat, 27 Mei 2011

BERITA MENGGEMBIRAKAN

Pada hari Isnin 23 April 2011, saya diberitahu oleh kakitangan pejabat Mufti Perak bahawa saya telah lulus dalam mata pelajaran Hadith kelolaan Jabatab Mufti Negeri Perak. Keputusan ini sangat menggembirakan saya, maklumlah umur saya sudah 72 tahun 1 bulan 15 hari. Bagi mendapat tauliah mengajar agama di Negeri Perak, seseorang yang berminat diwajibkan menduduki peperiksaan dalam 6 mata pelajaran iaituTauhid, Fekah, Tasauf, Hadith, Tafsir Al-Quran dan Sirah Nabi saw.

Setelah lulus ujian tulisan akan diadakan pula ujian lisan di hadapan tiga ahli Majlis Agama Islam Perak. Apabila berjaya seseorang itu akan dikurniakan tauliah daripada Sultan Perak selaku Ketua Agama di Negeri Perak. Ini bermakna saya hanya menunggu untuk ditemuduga atau melalui ujian lisan. Sebagai seorang warga emas kejayaan ini adalah satu pencapaian yangmembanggakan. Mungkin ini akan menjadi pendorong semangat kepada generasi muda untuk berusaha menjadi tenaga pengajar agama Islam di Negeri Perak.

Sedap rasa buah durian,
Makan sebiji tambah sebiji
Bersyukur kita kepada Tuhan
Bernilai seseorang setelah diuji.

Selasa, 24 Mei 2011

MANUSIA KEBENDAAN

I

Manusia
Menuju tempat yang sama
Modalnya hanya pahala
Mendapatkannya hanya di dunia
Melalui agama
Membangun bersama-sama

II

Manusia
Mahu hidup bahagia
Mesti betul cara
Mesti ikut agama
Mengamalkan semasa di dunia
Kehidupan yang sementara
Buat perintah dengan segera
Tinggal larangan yang menggoda
Dilakukan dengan percaya
Sedikit bilangannya
Al-Quran yang cerita
Muhammad Bin Abdullah yang terima
Abu Lahab sangat murka
Balasannya neraka
Tempat paling celaka
Menyesal sepanjang masa
Demi masa:
"sesungguhnya manusia
berada di dalam kerugian"
Terutama yang mementingkan kebendaan
Zalim semasa pegang tampok pemerintahan
Politik wang jadi amalan
Hukum Hudud dipersoalkan
Menyokong yang melakukan kezaliman
Sekularisma terima tanpa soalan
Hairan:
Tidak menggunakan akal fikiran
Tidak berpandukan Al-Quran
Orang-orang munafik dijadikan teman
Cakap dan perbuatan berlainan
Lupa soalan
Hari Kemudian
Nasib manusia kebendaan
Serupa sepanjang zaman
Firaun, Qarun dan Haman
Pro-kebendaan
Menentang kebenaran
Mencabul hak asasi manusia
Menderita rakyat marhaen
Orang-orang miskin bertambah bilangan

III

Manusia
Daripada jiwa-jiwa dirasuki syaitan
Pengaruh Yahudi dan Nasrani
Bertebaran melalui iklan-iklan
Wanita ,arak dan hiburan
Lupa Tuhan
Memang kehendak penjajahan
Ikut giliran:
Portugis
Belanda
Inggeris
Jepun
Rejim korup pasti turun
Di Lautan Merah tenggelam Firaun
Diketahui manusia turun menurun
Melihat malaikat maut baru mereka gerun
Baru manusia kebendaan memohon
Daripada Allah Yang Maha Berkuasa
Pengasih dan Penyayang
Dalam kubur manusia kebendaan
Terus mengerang
Tak bernilai wang
Menyesal bapak temberang
Dalam kubur tinggal seorang
Api membakar saja dipandang


HMS ABU BAKAR
pakslleh.blogspot.com
R'awal1432/Mei2011

Isnin, 23 Mei 2011

SI DIA YANG TAK BERSEDIA



I

Dia lupa
Banyak perkara
Petronas membayar zakat
Dia sekat
Bayaran royalti minyak ke
Kerajaan Negeri Kelantan
Dia sentiasa menerima bisikan syaitan

II

Dia sedar
Jika Petronas mengeluarkan
Zakat setiap tahun umat Islam
Dapat banyak manfaat

III

Dia betul-betul sedar
Jika Kerajaan Kelantan
Sejak tahun 1990 dapat
Wang royalti daripada Petronas
Kerja buat Islam
Di Kelantan akan
Membiak dan membesar
Sudah tentu kebajikannya
Dinikmati rakyat di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia
Ini
Dia tidak bersedia
Tapi bila tamat PRU-12
Dia kata kuasa Melayu terancam
Dalam hatinya
Dia sedar
Harta anak-anaknya dan
Suku sakatnya akan disiasat
Akan diminta buktikan
Daripada sumber mana mereka
Perolehi sehingga
Anak lelakinya jadi
Di antara orang terkaya
Di negara ini
Dia sedar ini
Dia sedar bahaya masyarakat madani
Dia sedar DSAI seorang yang berani
Berani berkata benar
Berani menentang kezaliman
Berani menghadapi tribulasi
Berani menentang korupsi
Berani melakukan perubahan
Ini si dia sedar
Ini si dia geruni
Ini si dia takuti
Dia mahu bawa Ketuanan Bangsa
Dia mahu kuatkan Perkasa
Tapi
Tinggal sedikit masa
Si dia lupakan dosa
Si dia lupa pada mati
Inilah nasib si dia
Lupa Allah Maha Perkasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Mei2011

Sabtu, 21 Mei 2011

KUASA

Kuasa boleh buat yang baik,
Mulai daripada pihak berkuasa,
Di peringkat pusat,
Di peringkat negeri,
Keredhaan Allah dicari,
Ilmu pengetahuan dicari,
Baru baik diri sendiri,
Baru baik suami isteri,
Baru wujud keluarga harmoni,
Mudah wujud masyarakat madani,
Menegur pemerintah pula berani,
Berani,
Berkata benar,
Penyebaran video lucah kerja haram,
Mengetahuinya dianggap zalim,
Memberi Mykad kepada warga asing kerja khianat,
Membiar budaya lucah dalam sebaran am itu khianat,
Membunuh Altantuya itu zalim,
Menyedarkan rakyat bahaya khianat pemerintah adalah jihad,
Jihad itu kuasa,
Kuasa pada setiap diri umat Islam,
Berdoa siang dan malam,
Supaya kuasa,
Bertukar tangan,
Dari penzalim kepada keadilan,
Inilah kuasa,
Gunakanlah kuasa,
Selamatkan bangsa,
Selamatkan Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Mei2011

BERSATU


Ada suara
Menyeru supaya bersatu
Ada yang setuju
Tapi puaknya menentukan segala-galanya
Dia mahu yang lain
Ikut saja
Jangan Tanya
Asalkan kekal pegang Putrajaya
Boleh terus salahguna kuasa
Boleh terus naikkan harga
Biar rakyat menderita
Biar kos hidup terus meningkat
Yang bertambah susah rakyat miskin
Dengan slogan bersatu
Rakyat tak yakin
Dengan United Malays National Organization rakyat tak yakin
Rakyat sudah sedar
Rakyat dapat kebaikan
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Selangor
Rakyat tidak mudah ditipu
Rakyat tolak seruan bersatu
Yang tertawan bertaraf otak kalkatu
Yang percaya juga yang membaca Utusan Meloya
Di akhirat pasti kecewa
Disebabkan kejahilan
Disebabkan perasaan perkauman
Memfitnah berpanjangan
Lupa kemurkaan tuhan
Berpunca dari kejahilan
Terus sesat jalan
Sasaran bersatu hanya slogan penuh tipuan
Tunggu saja kejatuhan di peringkat persekutuan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Mei2011

Rabu, 18 Mei 2011

HERRY NURDI PENULIS SERBA BOLEH


Herry Nurdi


Mengenali Herry Nurdi
Melalui Cikgu Mi
Dua-dua orang ini bervisi
Dua-dua orang ini bermotivasi
Dua-dua orang ini menentang konspirasi
Dua-dua orang ini ingin merobohkan korupsi
Dah merebak macam api
Membakar penzalim-penzalim durjana

Dari membaca sahsiah peribadi dibina
Ini usaha mulia
Berdakwah di mana-mana saja
Allah saja dipuja

Al-Quran suka dibaca
Datanglah cahaya
Memerangi jiwa-jiwa manusia
Menanti saja syaitan durjana
Mahu perjalanan manusia dikucar kacirkan

Melalui makanan
Melalui hiburan
Melalui penulisan
Diwarisi Yahudi dan Nasrani
Dijajah pemikiran remaja
Dari Hollywood
Datang filem-filem menghayalkan

Memberahikan
Melahirkan budaya hedonis
Artis dan Aktres dipandang manis
Ini difahami Herry Nurdi
Dengan Qiamullail menguatkan peribadi

Penulisannya pun menjadi
Pidatonya menjadi

Inilah Herry Nurdi
Seorang pendakwah serba boleh
Semoga ianya jadilah amal soleh



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilakhir1432/Mei2011

PANTUN BENGKEL PENULISAN anjuran PAKSI dan TERAS


(1)

Satu, dua, tiga, empat
Kedengaran suara daripada Pasti
Ilmu manfaat banyak dapat
Di bengkel penulisan memang berkualiti


(2)

Lima, enam, tujuh, lapan
Adab membaca boleh mengira
Penulis muda mempunyai harapan
Ingat Allah sebelum berbicara


(3)

Tujuh, lapan, sembilan, sepuluh
Genaplah bilangan ilmu matematik
Dengan ilmu amalan disuluh
Baru berjaya bila berpolitik


(4)

Warna merah seekor lipan
Menyusur perlahan dalam rumah
Politik Islam membawa harapan
Menonjolkan pemimpin yang berhemah

(5)

Rumah kedai bertingkap kaca
Barang-barang laris dijual
Penulis berwibawa banyak membaca
Dicari hanya rezeki halal

(6)

Anak nelayan mengail ikan
Dijadikan cacing sebagai umpan
Ulama progresif jadikan rakan
Ditangannya rakyat menaruh harapan


(7)

Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Penulis berwawasan menggunakan wahyu
Mahu pembaca selamat di akhirat

(8)

Ikan sepat ikan haruan
Mudah membiak dalam sawah
Penulis picisan inginkan habuan
Mudah dibeli rejim rasuah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamadilakhir1432/Mei2011

Selasa, 17 Mei 2011

Pantun di antara dua peserta Bengkel Penulisan anjuran PAKSI dan TERAS


Pantun di antara dua peserta Bengkel Penulisan anjuran PAKSI dan TERAS, yang ditaja oleh CAP, DBP Wilayah Utara di D’Yan Chalet, Titi Hayun, Yan, Kedah pada 13-18 Mei 2011.


Peserta I:

Manis rasa buah pulasan
Makan bersama seisi keluarga
Mengapa ikut bengkel penulisan
Adakah ingin masuk syurga?

Peserta II:

Isi langsat dalam raga
Raga dibuat dari buluh
Bukan senang masuk syurga
Menghadapi ujian jangan mengeluh

Peserta I:

Selepas berjogging keluar peluh
Bila haus minum air
Orang munafik lazim mengeluh
Berhadapan Nabi semuanya cair

Peserta II:

Air sungai mengalir tenang
Membawa sampah sampai  ke laut
Di Badar tentera Islam menang
Dengan Allah hati terpaut

Peserta I:

Dari mana nak ke mana
Dari sawah menuai padi
Penentang Nabi di akhirat hina
Terutama  dari kalangan Yahudi

Peserta II:

Tanam padi dalam sawah
Air hujan sangat diperlukan
Kehidupan pengkhianat nampak mewah
Biarpun harta haram dimakan

Peserta I:

Dalam sawah ada pacat
Menghisap darah para petani
Kebudayaan Barat banyak cacat
Mendedahkan penzalim perlu berani


Peserta II:

Sedap rasa nasi beriani
Lepas makan minum serbat
Bila umat jadi berani
Baru hagemoni Barat tamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamdilakhir1432/Mei2011