Selasa, 10 Mei 2011

DENGAR TAZKIRAH BOB LOKMAN

Pada malam 26 April 2011 di Surau Al-Akhlakiah, Jalan Masyarakat, Kg Tengku Husin, Ipoh saya bersama isteri hadir mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pelakon Bob Lokman selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Haji Kamal.


Beliau menceritakan pengalaman hidup beliau yang turun naik, kesedihan dan kemewahan. Walaubagaimanapun Bob terus berdoa kepada Allah swt. Kata Bob, yang penting kita mesti ada ilmu. Jadi eloklah hadir di setiap kali ada kuliah di mana-mana kita berada. Dengan ilmu saja kita boleh beramal dengan betul. Dengan ilmu saja kita tahu dunia hiburan adalah gelanggang Dunia Barat untuk melalaikan orang Melayu sehingga berlakulah keadaan "ulat bulu panjat durian, sedap dulu sakit kemudian"


Sakit hilang kuasa boleh menjadikan orang jahil 'gila talak'. Aneh sangat bila golongan politik 'gila talak'. Ini boleh dikesan dengan saranan mereka supaya musuh politik mereka di negara ini meninggalkan rakan-rakan yang berwibawa, beriman, adil dan berkebajikan. Inilah yang dikatakan lawak politik.


Di akhir kuliah, Bob Lokman menyatakan kita yang berjuang di jalan Allah kena beriman dan bertaqwa. Di samping itu kata Bob Lokman, elok jika kita ikut tarekat yang betul. Dengan hati sentiasa ingat Allah melalui amalan tarekat saja boleh berjaya menumbangkan bahaya dan ancaman Kebudayaan Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan