Jumaat, 31 Ogos 2012

MERDEKA RAKYAT BEBAS RAKYAT




Merdeka rakyat bila
Akui Allah sebagai tuhan
Jauhi segala tegahan
Jauhi segala hiburan berlebihan
Didatangkan dari barat
Barat bawa 3S
Sports
Sex
Song
Tertawan Melayu yang jiwa kosong
Disebabkan pimpinan pembohong
Sports bererti sukan
Sex bererti zina
Song bererti hiburan
Perlu ada pertukaran
Di peringkat persekutuan
Boleh berbaik-baik
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Buat suruhan tinggal larangan
Daftar pengundi dibersihkan
Tuntutan BERSIH 3.0
Ditunaikan
Adakan pemerhati dari negara luar
Beri MyKad kepada pendatang asing kerja mungkar
Menumbangkan pengkhianat perlu pakatan
Berpakat tiga parti siasah
Setiap diri perlu muhasabah
Dengan ilmu kenalilah diri sendiri
Iman perlu dicari
Boleh melalui kuliah maghrib
Boleh melalui kuliah dhuha
Perlu hanya berusaha
Berusaha
Dengan iman dan istiqamah
Bersumberkan sunnah
Lahirlah pimpinan beramanah
Baru hidup rakyat bermaruah
Doakan ibu dan juga ayah
Yang berada di alam barzakh
Kesan dengar dakwah
Lama-kelamaan dapat tauliah

Daripada pihak ketua agama
Membangunkan negara tugas bersama
Ini merdeka namanya
Bila PR kuasai Putrajaya
Boleh laksanakan Buku Jingga
Boleh turun semua harga
Rakyat akan senang
Bila rakyat hati senang
Inilah
Kemerdekaan sebenarnya
Kurnian daripada Allah Yang Esa
Allah pencipta sekalian alam
Berbaik-baik sesama Islam
Berbaik-baik dengan bukan Islam
Bermesra pula dengan alam
Inilah Merdeka rakyat
Inilah kebebasan rakyat
Baik dunia hingga akhirat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

PANTUN MERDEKA BEBAS: BEBAS RAKYAT




Buah cempedak buah nangka
Dua jenis buah tempatan
Membesarkan Allah tanda merdeka
Di mana tetap menentang syaitan

Buah nangka warna kuning
Buah rambutan kulitnya merah
Bila pemimpin kepala pening
Tanda rakyat sudah berhijrah

Pergi ke surau menaiki kereta
Tujuan utama solat berjemaah
Kebaikan Pakatan rakyat ceria
Boleh memimpin dengan amanah

Di tepi telaga tumbuh pegaga
Bila makan dijadikan ulam
Membawa kebajikan Buku Jingga
Ini bersesuaian dengan Islam

Pergi ke sekolah menaiki bas
Bayar tambang di hujung bulan
Pakatan mahu rakyat bebas
Pemimpin sendiri menunjukkan jalan

Pokok cengal pokok jati
Tumbuh subur dalam hutan
Rakyat ingin pimpinan berkualiti
Ada hanya pada Pakatan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Khamis, 30 Ogos 2012

ULAMA UPAHAN




Ada dua jenis ulama
Ulama akhirat dan ulama jahat
Ulama jahat
Menyokong golongan pengkhianat
Membiarkan merebak maksiat
Rasuah di kalangan pimpinan peringkat Pusat
Pemerhatian Ketua Audit Negara tidak disiasat
Boleh didakwa ketua pejabat
Susah nak buat
Diri sendiri terlibat
Ulama Su’ hanya lihat
Nampak DAP saja jahat
Nampak PAS pun jahat
Nampak PKR pun jahat
Sedar P.R boleh tawan Kerajaan Pusat
Boleh beri kebajikan kepada rakyat
Buku Jingga menjanjikan berbagai nikmat
Harga barang-barang akan turun
Daripada Allah kita memohon
Supaya ulama Su’ dilaknat
Setiap amalan berdasarkan niat
Niat
Ulama akhirat
Ialah kesejahteraan rakyat
Tindakan Sultan Kelantan yang memikat
Istana dibuat untuk solat
Semoga Allah panjangkan umurnya
Mencontohi; Umar Abdul Aziz
Pemimpin yang taqwa
Pemimpin yang zuhud
Pemimpin seperti ini patut kita ikut
Sehingga berjumpa Malaikat maut



HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

MAAF BERMAAFAN




Anak kenalah memaafkan ibu bapa
Jasa mereka jangan kita lupa
Di akhirat boleh jadi papa
Suami isteri kenalah bermaaf-maafan
Di antara satu sama lain
Ingat nikmat bila buka kain
Tidak pula yang lain
Kecuali telah diijabkabul
Baru tindakannya betul
Jiran-jiran juga perlu dimaafkan
Walaupun besar kesilapan
Bila ini dilakukan
Baru wujud kemesraan
Inilah budaya Pakatan
Membawa kebaikan pada rakyat sekalian
Berilah kepercayaan
Memerintah di empat negeri boleh dibanggakan
Diakui oleh Ketua Audit Negara
Dalam laporan tahunannya
Buktinya jelas dan nyata



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012