Sabtu, 11 Ogos 2012

SURAU TAMAN MADAH, SRI MANJUNG


Surau Taman Madah
Surau warna hijau
Di tepi taman perumahan
Buat suruhan jauhi larangan
Arahan Tuhan
Dipatuhi yang berilmu pengetahuan
Dengar tazkirah dapat pelajaran
Berhijrah artis pun hairan
Bertudung artis pun hairan
Ulama panjang umur pun hairan
Sedar pertukaran kerajaan
Di peringkat persekutuan
Membawa kebaikan
Kepada rakyat sekalian
Bersatu dalam kepelbagaian
Cina, Melayu, Iban, India dan Kadazan
Mahu perubahan
Mahu keadilan
Jemaah Surau Madah mendoakan
Kejayaan
Gabungan iman dan perpaduan
Negara boleh aman
Jauh dari kepura-puraan
55 tahun di anaktirikan
Oleh golongan bangsawan
Dari pimpinan kebangsaan
Dari ketuanan Melayu
Mengabaikan perintah wahyu
Semua jadi layu
Budaya jadi layu
Bahasa ibunda jadi layu
Rasuah banyak di kalangan Melayu
Mat Rempit ramai di kalangan Melayu
Penagih dadah majoritinya Melayu
14 mufti duduk membisu
Lidah jadi lesu
Jemaah Surau Madah tahu
Allah lebih lebih lagi tahu
Kedatangan kerajaan pusat yang baru
Tanjung Katong airnya biru
Tempat berehat pelancong barat
Ulama akhirat selalu menyeru
Beramallah untuk hari akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan