Isnin, 27 Ogos 2012

AKHIRNYA TAMAT JUGA


Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan
Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ".
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.


Mulai
Membaca Al-Quran
Pada pagi Ramadan
Diberi kekuatan
Diberi kesihatan
Diberi penglihatan
Di penjara syaitan
Di bulan Ramadan
Bulan penuh rahmat
Dari Allah yang maha mulia
Bulan penuh keampunan
Terlepas dari pejuang pejuang kebangsaan
Penuh kepura-puraan
Diperhati oleh rakyat sekalian
Mahu pertukaran
Pemerintahan
Mahu perubahan
Selepas tarbiah Ramadhan
Selepas setiap malam mendengar nasihat-nasihat
Daripada para pentazkirah
Diterima yang waras akal
Bersih hati
Ingat pada mati
Baru puasa berkualiti
Tamat baca Quran dinanti-nanti
Daripada Nabi ambil teladan
Penyelewengan ditentang
Di Badar Abu Jahal mati terlentang
Islam menang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan