Rabu, 8 Ogos 2012

SURAU AL-ISLAMIYAH


Surau Al-Islamiyah 2C
Pengurusannya bervisi
Mahu jemaah berinspirasi
Melawan korupsi
Di peringkat tertinggi
Boleh merosakkan negeri
Ini perlu di atasi
Dengan kuliah-kuliah agama
Membangunkan Islam bersama
Tentu tolak yang lama
Dengar tazkirah bukannya lama
Perlu hanya buka telinga
Tumpu sepenuh tenaga
Tulis apa yang berharga
Balik ke rumah pula dibaca
Baru dapat cahaya
Memahami isi kandungannya
Lepas itu beramal dengan bersungguh-sungguh
Terbuka jalan untuk berjaya
Tentunya
Menawan Putrajaya
Dari pimpinan bermotif hanya kaya-raya
Melalui tipu semasa pilihanraya
Cuba di atasi
Melalui demonstrasi aman di jalanraya
Bersih 1.0
Bersih 2.0
Bersih 3.0
Ditolak mentah mentah oleh pemimpin yang ada
Gunakan pelbagai propaganda
Melalui media perdana
Orang kampung hidup papa kedana
Kos kehidupan harian meningkat
Nilai RM merosot
Bila dibandingkan dengan dolar Singapura
Bila dibandingkan dengan dolar Brunei
Disebabkan kepimpinan pusat cuai
Daripada projek mega keuntungan dituai
Melalui proksi
Melalui korupsi
Melalui komisyen
Contoh terbaik projek Port Klang

Ekonomi negara malang
Bertambah-tambah hutang
Ikan cencaru keluar petang
Mencari makanan dalam laut
Pemerintah korup kita tentang
Dengan kebenaran hati terpaut


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan