Isnin, 6 Ogos 2012

PANTUN PENTINGNYA TAZKIRAH


Pergi ke pasar membeli laksa
          Bawa ke rumah untuk keluarga
Betulkan niat bila berpuasa
          Semoga di akhirat masuk syurga


Laksa dibuat dari beras
          Asal beras dari padi
Beredar masa begitu deras
          Hingga terlupa ancaman Yahudi


Padi tumbuh dalam sawah
Ditanam semasa musim hujan
Gunakan puisi untuk berdakwah
          Menguasai Putrajaya sebagai tujuan


Hujan turun di waktu malam
          Berterbangan serangga jenis kalkatu
Dengan tazkirah kuatlah Islam
Betul aqidah mudahlah bersatu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan