Jumaat, 28 Februari 2014

PENGIKUT SETIA KARL MARX


Karl Marx
Keturunan Yahudi
Penulis buku Das Capital
Karl Marx berkeyakinan
“Agama itu candu”
Bagi Karl Marx
Agama mesti dibinasakan
Dengan sosialisme
Dengan komunisme
Anak murid Karl Marx di seluruh dunia
Ada juga di Malaysia
Dari kalangan ketuanan Melayu
Mereka anti wahyu
Mereka anti sunnah Nabi
Mereka kata kena ikut Al-Quran sahaja
Macam mana nak solat?
Hendak ikut siapa?
Nabi Muhammad sengaja dilupakan
Sekarang ditimbulkan
Dapat sokongan mantan kuasawan
Duit berlebihan
Penyokong kuat Jemaah Al-Quran
Dipimpin oleh bekas ketua Parti Rakyat
Yang kuat fahaman sosialis
Senyum iblis
Ada rakan di akhirat nanti
Seksa hanya menanti
Di waktu itu
Baru dambakan syafaat Nabi
Tanam sayur tanam ubi
Tumbuh kangkung dan pegaga
Malang nasib pengkritik Nabi
Di akhirat terlepas nikmat syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Khamis, 27 Februari 2014

JUJURLAH KAWANKU


“Ketenteraman batin itu timbul dari keikhlasan menerima nasib buruk”
Baca dan fikirkan
Yang halal saja dimakan
Menutup aurat bila bersukan
Baru ikut peraturan
Baru betul dalam bersetiakawan
Baru wujud ketenteraman batin
Baru faham maksud surah At-Tin
Baru sedar Allah yang menjadikan manusia
Dengan sebaik baik kejadian
Berbaik baiklah bila berkawan
Jangan fikirkan jawatan
Fikirkan rancangan syaitan
Mencetuskan syakwasangka sesama rakan
Ini perlu dihindarkan
Selasaikan dulu rancangan lawan
Ikhlaslah bila berkawan
Baru sabar menerima apa apa keburukan
Dengan batin yang beriman
Setia Abu Bakar
Setia Umar
Dalam setiap keadaan
Bergantung harap kepada Tuhan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014

Rabu, 26 Februari 2014

FIKIRKAN KEBAJIKAN RAKYAT


“Apabila temanmu mati, maka biarlah dia dan janganlah kamu membicarakan (keburukannya)”

Mati adalah lawan hidup
Hidup hendaklah ikut agama
Membangunkannya pula bersama-sama
Dalam politik boleh bekerjasama
Jauhi politik ikan keli dalam tempayan
Setiap keadaan menyengat kawan
Dilakukan disebabkan cari makan
Ini merosakkan Tahaluf Siyasi
Tujuan utama menghapuskan korupsi
Bertujuan juga menegakkan yang maaruf dan mencegah munkar
Cara utama
Melalui dakwah
Melalui majlis ilmu
Bila belajar tidak jemu-jemu
Barulah tahu
Allah itu Maha Tahu
Rasulullah penunjuk jalan
Waktu pagi elok berjalan
Sambil berjalan sambil berzikir
Dalam kubur menanti soalan
Kebajikan rakyat sentiasa difikir



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014



Selasa, 25 Februari 2014

CARILAH ORANG YANG BAIK


“Orang Islam yang paling baik itu ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain dari gangguan lidah dan tangannya”
Mari kita analisa kata bestari ini
Dengan sikap yang berani
Di negara kita ini
Dari dasar ekonomi kroni
Buncit perut rakan-rakan sendiri
Hidup mewah anak dan isteri
Lupa dalam kubur seorang diri
Menanti soalan-soalan yang dah bocor
Harta dan pangkat semuanya hancur
Bermakna dia bukan orang Islam yang baik
Lidahnya memfitnah lawan politiknya
Tangannya menandatangani akta-akta zalim
Digunakan pakai ulama cari makan
Ulama keduniaan
Ulama pencetus ummah
Membisu melihat rasuah
Rakyat hidup susah
Mulai sekarang kita ubah
Dengan wirawan yang berhemah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Isnin, 24 Februari 2014

BUKAN GILA KUASA


Elok ingin berkuasa
Elok bercita-cita nak dapat kuasa
Dengan niat yang mulia
Membangunkan jati diri rakyat dalam negara
Kebajikan mereka diambil kira
Dosa pahala juga diambil kira
Dengan kesedaran bahaya neraka
Berdosa menerima rasuah
Berdosa juga memberi rasuah
Berdosa pecah amanah
Ini tanda pimpinan beramanah
Dituduh dan difitnah
Baginya bukanlah masalah
Bakat dilihat sewaktu di sekolah
Sedar pentingnya sekolah
Dengan rakan-rakan buka sekolah swasta
Membantu pelajar-pelajar yang ada cita-cita
Membela negara tercinta
Ini ada
Pada wira kita
Pernah dipenjara
Pernah jadi orang nombor dua negara
Nombor satu boleh dapat jika dia gila kuasa
Hanya sebut kepada bos
Yes Sir!
Your policy is OK
Ya Bos!
Dasar negara bos OK
Dasar ekonomi kronisme anda bagus
Walaupun dasar itu zalim
Tentu dia dah jadi
Orang nombor satu Malaysia
Tapi tak berlaku
Sebab si dia
Seorang wira
Ini diketahui oleh orang berfikiran waras
Pergi ke hutan mencari kijang
Dapat seekor anak rusa
Beliau terbukti seorang pejuang
Wira reformasi yang perkasa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Ahad, 23 Februari 2014

BILA DAPAT CAHAYA


“Di atas langit masih ada langit, jika anda orang berilmu, ketahuilah bahawa
di atas anda masih ada yang maha tahu”
Cuba baca berkali-kali
Cuba lihat diri sendiri
Cuba hadir di setiap majlis pengajian
Tentu bertambah ilmu pengetahuan
Tentu boleh digunakan untuk kerja-kerja kebajikan
Dari pihak atasan
Yang ada kekuasaaan
Yang disokong oleh ilmu agama
Disuruh manusia bekerjasama
Dalam setiap perkara
Nanti Allah akan ambil kira
Menanti di akhirat syurga
Tempat paling bahagia
Terbentang luas jalannya
Asasnya percaya
Beramal pula sedaya upaya
Datanglah cahaya
Kurniaan Yang Maha Tahu
Bila ini disedari
Tanda anda kenal diri sendiri
Menuju taraf bestari

Keredhaan Allah saja dicari



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Sabtu, 22 Februari 2014

8 KOTA ILMUAN ISLAM


Kota Mekah
Kota Madinah
Kota Baitulmaqdis
Kota Kufah
Kota Basrah
Kota Baghdad
Kota Damsyik
Kota Istanbul

Kota Mekah
Tempat turunnya Al-Quran
Tempat Muhammad bin Abdullah
Dilantik oleh Allah
Sebagai Nabi dan Rasul
Selama 13 tahun
Dari Nabi seorang diri
Diyakini pula Siti Khadijah
Diyakini sepupu nabi
Ali bin Abi Talib
Diyakini juga Zaid bin Harithah
Seorang perempuan
Dua remaja
Secara senyap-senyap bergeraklah mereka
Abu Bakar ikut serta
Korbankan harta
Tahan menghadapi derita
Modalnya Al-Quran
Modalnya Iman
Modalnya keyakinan
Datang kekuatan
Dari amalan berterusan

Kota Madinah
Bersinar setelah hijrah
Isteri Nabi pun bertambah
Saudah
Aishah
Zainab bt Khuzaimah
Raihanah
Juwairiyah
Zainab bt Jahsy
Mariyah Al-Qibthiyah
Ummu Habibah
Shafiyyah
Maimunah
Giliran tetap Nabi lakukan
Hanya bila sampai giliran
Saudah diberi kepada Aishah
Qiamullail tetap Nabi lakukan
Selama 10 tahun di Madinah
Ayat Al-Quran turun mencurah-curah

Kota Baitulmaqdis
Di Palestin
Tempat Nabi singgah
Sewaktu Israk dan Mikraj
Kota Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Dari kalangan Yahudi
Bertukar tangan berkali kali
Daripada Yahudi kepada Islam
Daripada Islam kepada Kristian
Sekarang di tangan Zionis Yahudi
Ramalan Nabi akan terjadi
Kembalikan rakyat ke masjid
Jadikan budaya
Berusaha sedaya upaya

Kota Kufah
Di Iraq
Ibu negara Saidina Ali
Ramai sahabat tinggal di sini
Jadi ulama yang berani

Kota Basrah
Cerah kerana adanya Hassan Basri
Ulama yang zuhud dan berani
Ramai murid murid yang bertaqwa

Kota Baghdad
Kota Imam Al Ghazali
Hujjatul Islam
Terkenal di Timur dan Barat
Ikut zikir hariannya dapat berkat
Al-Ghazali memang berbakat
Kitab kitabnya diterjemahkan ke berbagai bagai bahasa
Ulama yang berjasa

Kota Damsyik
Kota Imam Nawawi
Bermazhab Syafie
Ilmunya menggunung tinggi
Kitab kitabnya tersebar ke banyak negeri
Ramai muridnya di dunia ini

Kota Istanbul
Kota Jalaluddin Al-Rumi
Pujangga yang hebat
Menulis syair dalam bahasa Arab dan Parsi
Terkenal di Timur dan Barat
Badiuzzaman Said Nursi juga
Ulama berwawasan jauh
Berjuang bersungguh sungguh
Hingga sekarang Islam kembali teguh di Turki
Setelah 80 tahun dirosakkan sekularism Kamal Attarturk
Sekarang Istanbul bersedia menggempur Eropah
Dengan ekonomi dan dakwah Islamiah
Dengan ulama berganding dengan kuasawan
Dengan pemerintah yang pro-Islam dan pro-kebajikan

Bila ingat 8 kota ilmuan Islam ini
Jadikan Ipoh sebagai ganti
Kembangkan kuliah Dhuha di sana sini
Bantu juga program mengimarahkan masjid
Lengkapkan juga diri dengan iman dan taqwa
Jadikan jiwa kita jiwa merdeka
Menerima apa yang berfaedah untuk agama
Bila sebut angka lapan
Ingatlah 8 kota ilmuan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014



Jumaat, 21 Februari 2014

PERMINTAAN TERAKHIR


"Wangi-wangian yang paling baik adalah kasturi"
Manusia diciptakan Allah
Dengan sebaik-baik kejadian
Minat dengan wangi-wangian
Menyapunya ke tangan
Harum baunya menyenangkan
Berpahala bila dipakai
Sebelum solat
Bila solat berjemaah
Elok pakai minyak wangi
Yang bermutu
Harganya pun mahal
Contoh terbaik
Minyak wangi jenis kasturi
Terkenal kasturi putih
Baunya menyenangkan hati pemakainya
Biasa bagi orang kaya
Duit dapat dari berniaga
Pergi ke kebun kutip pagaga
Dapat pula sayur kangkong
Pemimpin beriman mudah ke syurga
Berlainan pula pemimpin kangkong
Bertaubat bila nyawa di kerongkong
Waktu itu isteri 'shopping' di Hong Kong
Kedengaran suara minta tolong
"Oh God, please help me"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Khamis, 20 Februari 2014

SEBARKAN ISLAM SEKARANG


"Memandang Kaabah adalah ibadah"
Kiblat umat Islam ialah Kaabah
Dihadapi umat Islam lima kali sehari semalam
Semasa bersolat wajib
Semasa membaca doa Iftitah
Umat Islam berjanji
Dengan suara yang boleh
Didengar oleh kedua-dua
Telinga
Semua solat
Semua ibadat
Semua hidup
Adalah untuk Allah
Dan mati juga kerana Allah
Bila ini disedari dari jauh
Seperti umat Islam di Malaysia
Timbullah keinginan untuk
Melihat Kaabah dengan
Mata kepala sendiri
Lengkapkanlah diri
Ilmu perlu dicari
Rezeki halal perlu dicari
Keredhaan Allah perlu dicari
Melihat Kaabah juga
elok dengan kedua-dua
Mata sendiri
Barulah lengkap diri sendiri
Menghadapi cabaran hidup
Cabaran dunia tanpa sempadan
Cabaran hasil komplot Yahudi Nasrani
Di depan Kaabah kita pun berjanji
Mahu ikut jejak langkah Nabi s.a.w
Dakwahlah Islam
Keseluruh alam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014



Rabu, 19 Februari 2014

BIARKAN LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

"Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain"
Marilah kita fikirkan
Kenyataan di atas
Fikirkan dengan ilmu pengetahuan
Terutama di zaman kita ini
Ramai yang berani
Mencari kesalahan orang lain
Mencari keaiban orang lain
Dengan mendapat upah
Dari puak yang rasuah
Dari gerombolan pecahamanah
Tambah-tambah pula ada PRK
Di N25 DUN Kajang
Yang bertanding seorang pejuang
Musuh-musuh bertindak curang
Mungkin dapat wang
Mahu mengagalkan "RK"
"RK"
Rancangan Kajang
Masanya agak panjang
Mengundi 23 Mac 2014
Pencetus "RK" tetap ikhlas
Mahu mempertahankan
Kewibawaan Kerajaan Negeri
Ditangan pimpinan bestari
DSAI telah lama diuji
Kebajikan rakyat tetap diutamakan
Biarkan dicaci
Biarkan diumpat
Biarkan difitnah
Anwar Ibrahim tetap berserah
Kepada Allah
Politik Macviavelli tetap kalah
dengan solat berjemaah
Lepas itu dengar tazkirah
"RK" tetap cerah
Bunga ros warna merah
Bunga tanjung putih berseri
Kepada Allah kita berserah
Kerajaan beramanah rakyat cari



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Selasa, 18 Februari 2014

BERSAHABAT DENGAN ULAMA TERSOHOR


"Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya"
Niat itu di dalam hati
Niat itu cita-cita
Dalam sirah Nabi banyak cerita
Di Mekah umat Islam menderita
Tiga belas tahun lamanya
Mula-mula Siti Khadijah dapat cahaya
Saidina Ali ikut sama
Zaid bin Harishshah begitu juga
Semua mereka ahli-ahli syurga
Tempat paling bahagia
Abu Jahal berbeza
Nasibnya celaka
Kekal dalam neraka
Abu Lahab begitu juga
Terlepas syurga
Di antara dua kumpulan ini
Kita pilih yang bahagia
Syarat utama ikut Nabi s.a.w
Amalkan syariat Islam
Bangun solat malam
Niat qiamullail sebelum tidur
Niat membesar Allah
Kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah
Dalam perjalanan jumpa ular
Kerusi Kajang tiada masalah
Walaupun nama Anwar dicelar
Pengundi daftar tetap sedar
Anwar ahli politik yang pintar
Niat "RK" cukup besar
Putrajaya menkjadi matlamat
Pertukaran pimpinan membawa rahmat
Bersih pula niat
Kebajikan rakyat jadi matlamat
Oleh itu pilihlah pemimpin yang berbakat
Senyuman Anwar pun memikat
Dengan Dr Yusof Qardawi persahabatannya erat
Seorang ulama bertaraf dunia yang berbakat dan hebat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Isnin, 17 Februari 2014

RAKYAT MENYOKONG KEBENARAN

"Kekuatan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran, melainkan kebenaranlah yang akan dapat mengalahkan kekuatan"
Di zaman kita ini
Melakukan maksiat ramai yang berani
Beri projek mega kepada kroni-kroni
Kayarayalah kroni-kroni
Boleh joli
Keluar negeri
Bawa anak dan isteri
Berbelanja sesuka hati
Rakyat hanya lihat
Rakyat ada maklumat
Kebenaran akan dinobat
Melalui Rancang Kajang
Ringkasnya RK
Bahasa Inggerisnya
"Kajang Plan"
Mahu gegarkan yang ada kekuatan
Di peringkat pusat
Kekuatan media massa
"RK" ada masa
Kepada rakyat Selangor dah terbukti berjasa
Kebenaran tetap rakyat rasa
Kekuatan propaganda tidak bermakna
Masyarakat madani "RK" mahu bina
Melalui kebenaran
Melalui keadilan
Inilah jalan
Mengatasi masalah rakyat
Dengan membetulkan niat
Niat untuk kesejahteraan rakyat
Kebenaran tetap
Mengalahkan kekuatan
Ini disedari oleh syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'akhir1435/Feb2014



Ahad, 16 Februari 2014

CARILAH PIMPINAN BESTARI

“ Harga atau nilai kesihatan tidak diketahui kecuali orang orang yang sakit”
Manusia sama saja
Melayu, India dan Cina
Mahu hidup bahagia
Dengan kesihatan yang baik
Bila sihat
Boleh buat apa yang dihajat
Boleh membantu masyarakat
Bukan dengan kangkung seikat
Tapi dengan kos kehidupan yang rendah
Dengan pimpinan bermaruah
Bebas dari pecahamanah
Bebas dari rasuah
Barulah rakyat dapat faedah
GST pun tak payah
Cukai yang adapun membebankan
Bila kos hidup tinggi
Rakyat jelata akan rugi
Bagi pimpinan bestari
Kesusahan rakyat
Adalah kesakitan juga kepada rakyat
Ini perlu di atasi
Dengan dasar ekonomi
Berteraskan kebajikan
Bukan dasar ekonomi kroni
Yang kaya bertambah kaya
Yang miskin papa kedana
Sakit ekonomi lebih teruk dari sakit jasmani
Ubatnya ialah masyarakat madani
Dipimpin pemimpin yang berani
Berani kerana benar
Berani kerana takutkan Allah
Ambil wudhu dari kolah
Kolah dibuat dari simen
Mari kuatkan agama Allah
Baru kebajikan rakyat terjamin




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014




Sabtu, 15 Februari 2014

RAKYAT DAH TAHU

Janganlah sampai kata-katamu (pidatomu) bertentangan dengan perbuatanmu”
Lidah itu tidak bertulang
Boleh bercakap berulang-ulang
Abu Jahal nasibnya malang
Di Peperangan Badar nyawa melayang
Seksa kubur jelas terbayang
Air mata jatuh berlinang
Air sungai mengalir tenang
Dibawa arus menuju muara
Hidup di dunia senang lenang
Perbuatan jahatmu rakyat kenang
Oleh itu
Bertaubatlah sekarang
Tinggalkan budaya temberang
Biarkan Anwar menang
Di N25 DUN Kajang
Pergi ke hutan mencari kijang
Dapat pula seekor rusa
Anwar Ibrahim seorang pejuang
Kepada negara mahu berjasa
Pidatonya menusuk jiwa
Perbuatannya bersederhana
Musuh politiknya tetap hina
Masyarakat madani Anwar mahu bina
Kajang tempat bermulanya
Lepas itu tawan pula Putrajaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Jumaat, 14 Februari 2014

BINALAH KELUARGA BAHAGIA


“Apabila seorang suami terlalu marah kepada isterinya, sebaiknya segeralah mengambil wudhu’ dan solat sunat dua rakaat”
Dunia barat
Dunia timur
Dipenuhi manusia berbagai bangsa
Asasnya keluarga
Hidup suami isteri boleh mesra
Bila suami ikut agama
Provokasi isteri mudah diatasinya
Bila suami marah
Berwudhu kata nabi kepada kita
Dapat dielakkan sengketa
Dengan solat sunat dua rakaat
Rahmat Allah kita ingat
Alam akhirat kita dekat
Modalnya
Iman dan amal soleh
Kuasa politik boleh beralih
Boleh jadi ketua kerajaan negeri
Allah yang beri
Melalui sistem demokrasi berparlimen
Pengorbanan teman
Di Kajang dibuktikan
Tanda satu halawan
Sedar taktik jahat lawan
Dengan provokasi berterusan
Dihadapi dengan sabar oleh wirawan
Yang berwawasan
Mencari gaharu dalam hutan
Dapat pula seekor kijang
Anwar Ibrahim digeruni syaitan
Jelas terbukti seorang pejuang
Umurnya masih panjang
Layak jadi ADUN Kajang
Kerajaan Selangor akan terus cemerlang
Sesama rakyat wujud kasih sayang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Khamis, 13 Februari 2014

DAPAT ISTERI SOLEHAH


“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah”
Dunia ini diciptakan oleh Allah
Tanpa apa-apa masalah
Selagi redha apa yang ada
Perlu ilmu di dada
Awal-awal ilmu tentulah mengenal Allah
Bila dah kenal Allah
Baru mudah ikut Rasulullah
Baru cari isteri solehah
Mudah mengurus rumah
Beramanah dan bermaruah
Disebabkan ikut sunnah Nabi SAW
Beramal pula ikut ajaran Islam
Kuat pula solat malam dengan cara ini
Sikap isteri jadi berani
Berani berkata yang hak
Dengan kebenaran pula memihak
GST dianggap sebagai semak
Rakyat jelata terus dibebani dengan harga barang
Terus meningkat
Kenaikkan kos hidup
Menyusahkan rakyat
Menghadapinya perlu ramai isteri-isteri solehah
Memudahkan pimpinan curang rebah
Terbang rendah burung kedidi
Turun ke bawah makan padi
Isteri solehah banyak berbudi
Buat semua kerja menjadi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Rabu, 12 Februari 2014

MENANTI PERTUKARAN HEBAT


“Penyesalan itu ertinya sudah bertaubat”
Manusia mudah lupa
Syaitan tetap ingat
Iblis tetap merancang
Ada yang jadi mata keranjang
Pantang nampak janda berhias
Dimulai dengan pandangan mata
Aktres nampak jelita
Artis nampak jelita
Penari K-Pop nampak jelita
Dilihat dua kali berterusan
Dosa pun dikumpulkan
Lepas itu timbul penyesalan
Bila hadir di majlis pengajian
Dapat pengajaran
Bertaubat itu adalah jalan
Dapat keampunan
Dari Tuhan
Buat pula suruhan
Tinggalkan pula larangan
Teruskan pula perjuangan
Menegakkan kebenaran
Menentang penipuan
Peluang terbuka di Kajang
Perubahan yang menakjubkan
Bila pimpinan bertukar tangan
Dari ahli ekonomi
Kepada ahli politik mega
Pagi-pagi kutip pegaga
Waktu malam jadikan ulam
Kebajikan rakyat kena jaga
Dengan ekonomi dan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014




Isnin, 10 Februari 2014

Ahad, 9 Februari 2014

TOLAK YANG BODOH


Orang yang bijaksana (pandai) akan mencari kesempurnaan,
tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan”
Kenyataan ini boleh difikirkan oleh orang Timur atau Barat
Oleh orang di utara atau selatan musuh kita tetap syaitan
Mangsa syaitan tentu orang yang bodoh
Disangka parti politik tempat berteduh
Walaupun pimpinannya hodoh
Kerana kuasa sanggup bergaduh
Hingga luput solat subuh
Dengan duit haram dibesarkan tubuh
Ini tanda orang bodoh
Bila dilihat suasana hari ini
Ramai pemimpin yang bodoh
Tapi ramai penyokong
Mungkin ini jenis kangkong
Pemikiran orang kampung dikongkong
Dengan
Bantuan Rakyat Satu Malaysia
Dapat duit tanpa kerja
Lupa nilai RM menurun
Harga barang-barang naik
Suasana ini
Disedari
Rakyat yang berilmu
Rakyat yang beriman
Rakyat yang beramal soleh
Dicarinya Keredhaan Allah
Disebarkan ilmu
Cintakan Allah
Cintakan Rasulullah
Dengan ini saja Yahudi boleh kalah
Dengan ini saja gerombolan asobiyah boleh kalah
InshaAllah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Sabtu, 8 Februari 2014

SELAMAT HARIJADI KE 82


Hari Sabtu
8 Februari 2014
Genap umur
Dato A. Samad Said 82 tahun
Dari Allah rakan-rakan memohon
Rahmat dari Allah akan turun
Menentang rejim ala Firaun
Dengan bait-bait indah puisi disusun
Pak Samad hebat mengadun
Setiap demonstrasi Bersih Pak Samad turun
Dia tidak gerun
Di Masjid Negara dua hari setiap mingggu ber’iktiqaf
Petang hari Selasa
Petang hari Khamis
Duduk disuatu tiang di Masjid Negara K.L
Duduk berzikir
Duduk membaca Al-Quran
Ada kalanya ada rombongan
Datang dari tempat-tempat lain
Memohon berbincang
Dengan Sasterawan Negara
Yang ada identiti sendiri
Dengan ilmu kenal diri sendiri
Dengan Bersih jadi idola belia-belia
Walaupun dah lanjut usia
Pak Samad teguh berdiri
Membaca puisi
Digeruni para tirani
Dia seorang yang berani
Berani berkata benar
Peserta-peserta Bersih 1, 2, 3 juga berani
Sebagai rakan dalam Paksi
Saya berdoa kepada Allah s.w.t
Di harijadi ke 82 ini
Semoga dirahmati Allah Pak Samad & isteri

Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula di tepi kolam
Semoga ceria menyambut harijadi
Serta istiqamah dengan Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014





Jumaat, 7 Februari 2014

INGATLAH RAKAN-RAKAN


“Hargailah orang bawahan, ketahuilah bahawa
sutera asalnya daripada ulat”
Setiap makhluk ada pasangan
Buat suruhan jauhi larangan
Kasihanilah rakyat bawahan
Dimiliki yang pegang jawatan
Diperhatikan oleh syaitan
Supaya wujud perpecahan
Sejak zaman berzaman
Lelaki ada keinginan
Terutamanya perempuan
Ada tarikan
Modalnya kecantikan
Dijadikan alat pemujaan
Dalam dunia kebendaan
Sutera dijadikan pakaian
Orang-orang atasan
Yang naik dari sokongnan orang bawahan
Di dalam sistem Pemilihan
Istilah sekarang
Demokrasi berparlimen
Jadikan ketua kerajaan
Jadilah PM, jadilah MB
Jadilah Ketua Menteri
Belanja boros para isteri
Yang lupa daratan
Disebabkan cetek pengetahuan
Tandusnya iman
Kurangnya amalan
Disebabkan kesibukan
Diatas urusan keduniaan
Lupa menanti kesudahan
Itulah kematian
Ditanamlah badan
Dalam tanah
Menjadi ulat
Ulat bulu panjat durian
Yang lupa menanggung kerugian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014