Isnin, 3 Februari 2014

PANTUN ELOK BERTAUBAT


Ramai pelancong pergi ke Hong Kong
Keselamatan negara terus dijaga
Tiba tiba timbul isu kangkung
Dikatakan tidak naik harga

Tanam ubi tanam keladi
Tiba tiba tumbuh kangkung
Rakyat miskin terus berjudi
Disebabkan dasar ekonomi kong kelengkong

Dalam Lai Chi Kang ada lengkong
Asal usulnya dari agar agar
Jadi malu disebabkan kangkung
Payah berubah pengikut pengikut tegar

Bunga ros warna merah
Mudah tumbuh di tepi taman
Bila dikritik Si Kangkung marah
Solusinya bertaubat dan beriman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan